Friday, December 31, 2010

cukup

apa yang aku faham
kaya itu tidaklah penting.
yang penting, cukup..berkat..
duit sikit tapi cukup dan tidak meminta-minta dan mencuri, ok tak dengan duit sikit?ya, sangat-sangat ok.

ada orang kaya yang tak pernah cukup dengan kekayaan.
ada jugak orang kaya yang mencuri.
tapi curinya yang besar-besar.
ribu-ribu-juta-juta
kadang-kadang, sampai curi harta orang berharta sedikit
kau tamak, memang celaka kan kau?

Thursday, December 30, 2010

soalan

Ini ada soalan .
dari orang bukan Islam.
dia bertanya, sebab dia keliru.
aku naik menyampah dengan orang-orang yang membuatkan si bukan Islam ini bertanya.

layan sajalah soalan-soalan itu:

1)orang bukan Islam boleh masuk surau atau tidak?
2)boleh atau tidak boleh orang bukan islam masuk ke perkarangan masjid?
3)boleh or tak, orang bukan islam baca al-Quran?
4)orang bukan islam boleh guna or tak kalimah Allah?

soalan tambahan dari aku:

baju ketat-ketat itu, siapa ya yang tak boleh pakai? Orang Islam atau orang bukan Islam?

kewajipan menutup aurat itu, untuk siapa? orang Islam atau orang bukan Islam?




p/s : teringat kata-kata mat sabu : "saya ni, kalau yang nak bercakap soal judi tu orang-orang pejabat agama saya boleh terima lagi. Sama juga kalau yang menentang/bercakap soal judi tu ustaz-ustaz, ngo-ngo islam, saya boleh terima. tapi kalau puak gerombolan united malay ehem-ehem tu yang bercakap soal judi, saya nak termuntah..."

Wednesday, December 29, 2010

cari takut



Takut selalu dikaitkan dengan malam dan bukannya hantu. Cuba kau surahkan cerita hantu di waktu siang, budak-budak kecil akan terus mendengar tanpa rasa seram dan gerun dan tidak akan lari ke mana-mana. Bila disurahkan pula cerita-cerita seram pada waktu malam, kau akan kelihatan seperti bercakap sorang-sorang-budak takut untuk dengar dan lari tanpa kau sedari.

Dan, takut juga dikaitkan dengan benda-benda lain. Takut bini, takut tidak ada jodoh, takut putus cinta, takut itu dan takut ini. Takut kepada benda-benda ini wujud secara semula jadi tanpa perlu dicari.

Sewaktu pulang dari mana-mana tadi, aku terserempak dengan 3-4 orang gadis, orang kita. Semuanya pakai seluar pendek ketat menampakkan peha-peha yang menggiurkan. Aku nak sentuh… bukan peha-peha tu tapi bab aurat. Apa sebenarnya punca pendedahan aurat? Jawapan mudah, golongan-golongan ini tidak menemui apa yang dipanggil sebagai takut. Mereka tidak bertemu dengan takut. Mungkin takut itu tidak dicari atau mereka sudah mencari tetapi masih tidak berjumpa dengan takut.

Sama juga dengan pelaku maksiat, perasuah, perogol pembantu rumah, pembunuh altantuya, pemfitnah dan lain-lain. Semua ini dilakukan tanpa bertemu dengan takut. Jika bertemu dengan takut yang satu ini, pasti kelakuan-kelakuan keparat ini tidak dilakukan.

Takut apa sebenarnya yang perlu ditakuti? Takut apa lagi kalau bukan takut pada tuhan? Takut pada tuhan ini perlu dicari oleh setiap umat manusia. Cina, India, Melayu Islam perlu mula mencari takut pada tuhan masing-masing. Hanya dengan takut ini, kejadian-kejadian bangang tidak akan berlaku. Percayalah, agama mana pun tidak mengajar penganutnya untuk berkelakuan bodoh dan senget.

Sebagai seorang Islam, takut ini wajib dicari. Wajib ini lain dari wajib bagi penganut agama lain kerana kita percaya agama kita agama benar. Neraka itu benar. Syurga itu benar. Seksa kubur itu benar. Dan sebarang perlakuan kita akan dinilai. Maka, dengan perlakuan salah yang dilakukan tanpa perasaan takut pada tuhan, para pelaku perlu kembali bermuhasabah. Kenapa takut kepada tuhan tidak menguasai diri? Dan, kenapa berterusan melakukan kesalahan?

Carilah takut itu. Usahakan. Kongsikan.

Tuesday, December 28, 2010

bodoh

bharian:
JAKARTA: Aktres seksi terkenal Indonesia, Julia Perez (atas) yang terkenal dengan panggilan 'Jupe' berikrar mengganggu tumpuan pemain Malaysia dalam perlawanan kedua final Piala Suzuki AFF di sini, esok.Jupe kesal dengan tindakan peminat bola sepak Malaysia mengganggu pemain Indonesia dengan melakukan ‘serangan’ laser ketika perlawanan pertama di Stadium Bukit Jalil, Ahad lalu.
Oleh sebab itu, dia akan membalas dendam dengan mengenakan pakaian seksi yang nampak dada bagi mengalihkan perhatian anak didik K Rajagobal.

Perkara itu disuarakannya ketika dihubungi wartawan Indonesia yang kemudian membuat soalan susulan sejauh mana dia serius dengan hal berkenaan.

“Ya, saya serius. Biar semua pemain bola sepak Malaysia buta. Saya akan pakai baju belahan dada supaya mereka buta. Ini adalah laser ciptaan saya,” katanya lagi. KLIK SINI

ini nama dia bodoh
tahap melampau
bodoh tahap puaka

Monday, December 27, 2010

turut

kalau kata tuhan kau selalu ingkar
kenapa terlampau menurut kata manusia?

lebih malang lagi

kenapa orang perlu ikut kata kau?

seperti itulah

Seharusnya perlu seperti itu
Jangan mudah mengalah
Sehingga jatuh rebah menyembah
Tergadai maruah

Seharusnya perlu seperti itu
Berjuang tanpa jemu
Kerana perjuangan itu berterusan
Mendidik jiwa-jiwa insan tentang hakikat kebenaran

Saturday, December 25, 2010

NATAL

Selamat Hari Natal

untuk siapa-siapa yang menunggu hadiah dari santa

untuk insan-insan beragama kristian

Friday, December 24, 2010

kerana kita semua manusia (sedikit peringatan)

Pompuan kalau ngan ber'shopping', kira pecah kepala la orang kata.

Kadang kadang kita kalau terlampau ghairah sangat ber'shopping' di shopping complex, bukan kita kisah pun keadaan sekeliling. Masa masa genting macam ni la tanpa kaum pompuan sedari, ramai mamat yang mata keranjang melampiaskan nafsu serakah depa dengan joli katak menelanjang kita dengan kamera tersembunyi. Mata jahat mereka menelanjangi kita malah ada yang videokan untuk edaran kat kawan kawan satu kepala.

Disini kak Ros perturunkan satu cara macamana nak kesan HIDDEN CAMERA atau kamera tersembunyi dalam bilik persalinan di butik butik dalam sesetengah pasaraya. Caranya agak mudah iaitu bawa henfon masuk kedalam bilik persalinan. Tapi pastikan yang henfon kita tu berfungsi, boleh buat panggilan luar.

Masuk saja kedalam bilik persalinan dan sebelum mulakan apa apa, terus buat satu panggilan dulu. Kalau panggilan kita terganggu dan gagal membuat panggilan luar, itu bermakna bilik tersebut ada kamera tersembunyi...!!!

Panggilan terganggu kerana di halang oleh fibre optic semasa pemancaran signal dari henfon berlaku. Tolong beringat dan beritahu anak anak kita, kakak kakak dan adik adik kita untuk mengelakkan mangsa yang tidak berdosa ini menjadi mangsa dari HIDDEN CAMERA atau kamera tersembunyi ini. sumber, klik sini

Thursday, December 23, 2010

berubah

kita semua boleh berubah

ya,pegang pada itu

tapi ingat, mesti atas diri sendiri

yang tak baik boleh jadi baik

dan

yang baik boleh juga jadi tidak baik

ketahuilah, bila diri boleh berubah kepada yang lebih baik

itu tanda kita kuat

Tuesday, December 21, 2010

nikmat..errmmm

Dikisahkan, pada zaman dahulu kala, di sebuah negara ALUPA (aku lupa,kau, maafkan aku ya?)terdapat seorang raja yang hidupnya begitu merendahkan diri kepada Allah. Hidupnya penuh dengan ketaatan dan beribadah kepada Allah.

Namun demikian, sifat tawadduk yang ada pada si raja tidak pula dimiliki oleh para menteri beliau. antara tabiat yang kurang disenangi adalah menteri-menteri kepada raja ini suka kepada makanan. Pantang ada masa lapang, pasti makan. Makanlah apa sahaja. Mana aku tahu ada ayamas kot time dulu.Kalau orang harini, "kau ni, tahu makaaaan ja.."

hal ini menimbulkan rasa kurang senang si raja. Dirancangkan satu agenda. Untuk memberi pengajaran kepada menteri-menteri yang..yang..suka makan..

Pada suatu hari di suatu malam:

"ok2, datang sini para menteri ku yang kurus-kurus. Beta akan mengadakan satu jamuan diraja besar-besaran pada malam esok.beta harap kamu semua dapat hadir. siapa tak boleh hadir,sila angat tangan. ya, menteri penerangan, kamu tak boleh datang kah?

"err, tak, saya nak ajak keluarga saya sekali boleh?"

"boleh, kamu nak ajak sepupusepapat kamu pun, ajaklah....ok,kita jumpa esok"

selepas daripada pengumuman tersebut, berkumpullah para menteri dengan riangnya.

"weh, best weh!esok ada jamuan diraja!!komfem2 ada kijang bakar, ikan berbagai rasa, sate samuri, tosei, bbq, nasik beriani hamidiah, jus2 buah-buahan (contoh).."

"yalah menteri sukan..tapi awak jangan makan banyak2, nanti semua atlit badan macam awak,kan rugi negara..esok esok patik tidak akan makan seharian kecuali pada malam jamuan tersebut..orang kata, reserve perut?ha..."

"ya saya pun tak mahu makan..malam itu nanti, baru kau tahu, silap kau menjemputkami wahai raja.."

bla bla bla

pada hari jamuan, semua menteri 'berpuasa' pada siang hari..muka masing-masing dah macam tosei masam. jeng jeng jeng

saat jamuan..

"terima kasih beta ucapkan kepada semua menteri kerana sudi hadir ke majlis jamuan ini..itu ya isteri kamu menteri perthanan?boleh tahan..beta bergurau...baiklah, waiter,hidangkan makanan sekarang"

selepas 5 minit, makanan telah tersedia. alngkah terperanjatnya para menteri kesemuanya perihal hidangan yang disediakan pada malam itu. Menu pada malam itu hanya sekadar nasi putih, kicap kipas udang yang manis, ikan masin, dan air suam.

"sedap ya wahai rajaku yang baik hati..tak sabar patik nak menjamah makanan yang sedap ini"

"tak pernah menteri pertahanan memuji beta sebegitu,terimakasih..baiklah, makanlah, apa lagi....sila-sila"

akibat berpuasa disiang hari tadi, dengan lapar yang tak terhingga, maka, dengan rakus para menteri menjamah juadah yang tidak seberapa itu dengan rakus..

selepas beberapa minit, habislah juadah yang telah disediakan. Masing-masing kekenyangan tidak terhingga. ada yang sampai nak termuntah. Apa-apalah kau menteri.

"kenyang semua?tu ada sikit lagi tu menteri BAKTI, habiskanlah.."
"maafkan patik, patik dah terlalu kenyang..dah macam teletubbies dah ni ha..."

"ok, baiklah memandangkan semua dah kenyang....err, waiter, next please..."

para waiter mengemaskan meja dan kemudian menghidangkan juadah-juadah lain seperti kijang bakar, bbq, sate samuri dan makanan yang heaven2 yang lain..meja dipenuhi dengan makanan yang sedap2! sebut sahaja apa makanan yang kau mahu, pasti ada di atas meja tu..

"Para menteri, ini ada hidangan yag para menteri sekalian idamkan, silalah makan.."

"err....kami dah kenyang wahai rajaku yang sopan..terlalu kenyang. patik rasa 3 hari patik akan berada dalam kekenyanagan seperti ini.."

"tapikan itu kijang bakar yang menetri inginkan?"

"ya, tapi patik dah terlalu kenyang...."



itu sajalah ceritanya. msejnya adalah, nikmat kenyang/makan dunia hanya sekadar itu..
bila kenyang, dah tak boleh nak makan makanan yang lain Tapi diceritakan kepada kita, nikmat makan/kenyang/puas disyurga itu tidak dapat digambarkan.(kau carilah dalil sendiri tentang itu)

Ok?

kemanusiaan

"kemanusian tidak mungkin dapat diselamatkan

selagi akal masih terkongkong

selagi kepercayaan ingin menundukkan fakta

selagi nafsu mahu dijadikan raja

dan

selagi ada bangsa yang memijak bangsa yang lain"

-JOSERIZAl-

tak faham

apa sebenarnya yang kau sedang fikirkan

atau lebih cantik soalannya macam ini,

apa yang kau harapkan sebenarnya dari orang ramai

ada pilihan jawapan

kau nak bagi tahu yang kau belajar jauh?
kau nak orang kata kau style?
kau nak orang kata kau sibuk tapi masih ingat tuhan?
atau, kau nak orang kata kau...BAGUS?
atau, kau harap ada mata yang menangis kerana kedangkalan post kau?
atau, kau?



ESOK selepas ZOHOR di Masjid RAHMAN ada sedikit DAURAH oleh Mahmud (arab)...Bawak semua kitab untuk fasa ni...dia nak beritahu cara nak jawab untuk dapat MUMTAZ....


StUdY NaHu SoRoF TaHuN 1 PuNyA...huhuu


Sedang BeRsiAp uNtUk SoLaT JuMaAt.


Mode KERJA : Basuh baju n Masak...hehhee

aduh..pedihnya perut..


perlukah aku menerimnya kembali



postpost yang berjenis ini adalah antara penyebab aku larikan diri dari FB.

sebab lain?

penghinaan melampau terhadap tuhan aku

Kau memang celaka FB

Monday, December 20, 2010

apa?




macam-macamkan kau?
ada-ada saja ya?
apa-apalah..

Sunday, December 19, 2010

pak turut

Mengikut tanpa tahu
Mengikut tanpa faham
Semuanya mengarut!
Jangan mengikut tanpa tahu dan faham
Jangan menurut tanpa tahu dan faham
Mengikut tanpa tahu dan faham adalah bodoh

Saturday, December 18, 2010

tulis dan berkata-kata

Menulis, dan juga berkata - kata, ibarat seperti berbogel. Setiap apa yang kita tulis memperlihatkan apa yang berada di dalam kita. Minda kita terutamanya.

Pemikiran, mentaliti. Atau personaliti.


-untuk kawan-kawan yang kita suka-

Friday, December 17, 2010

masalah

aku berdepan dengan masalah

masalah dengan perkataan dan ayat-ayat berikut

1)ukhuwah
2)rindu padamu
3)kenapa kau tinggalkan aku
4)bagaimana mencari cinta?
5)siapa jodoh aku?
6)bagaimana inginkan jodoh yang terbaik?
7)pemilik cintaku selepas Allah dan rasul
8)uhibbuka fillah
9)teman dunia dan akhirat
10)aku akan berusaha untuk terus hidup tanpamu disisi
11)bukti cinta kepada kekasih hati
12)tentang cinta
13)bersabarlah wahai diri
14)bila kawan yang nak berkahwin, aku pula yang excited
15)jangan mencari terlalu sempurna
16)jadilah seperti mawar yang berduri
17)cinta
18)C.I.N.T.A? Apakah?
19)menjalin semula ukhuwah yang terputus
20)terimalah diriku seadanya

ada lagi sebenarnya. nak tulis lagi tapi aku pula nanti yang kau kata bermasalah.

apa-apalah kau.

Thursday, December 16, 2010

program anak muda



klik gambar untuk tumbesaran

cis

bedebah

kerdil gila

apa?

oh

buta SEJARAH rupanya

negaraku yang bernama malaysia




aku sangka kanggaroo hanya ada di zoo
hanya ada di australia
tapi parlimen pun ada kanggaroo
Parlimen kanggaroo

aku sangka ISA itu sahaja menghukum tnpa bicara
tapi turut berlaku di dalam parlimen
parlimen mana?parlimen kanggaroo


ingat tarikh ini
ingat hari ini
demokrasi dicabul

disebuah negara yang bernama malaysia

apa-apa hal lah..

Wednesday, December 15, 2010

PILIHAN RAYA

"kalau pilihan raya itu boleh mengubah apa-apa, sudah lama pilihanraya itu diharamkan"

muda

Apa ada pada golongan muda?
Kita, ya aku dan kita.
Kita istimewa.

Kenapa?

Masalah sosial banyak dikaitkan dengan kita
Kita dikatakan sebagai waris kepada kepimpinan negara
Idea kita idea ‘bersih’ tanpa pengaruh (seharusnya)
Kita punya semangat yang kental.Ya? betul, aku nampak kau angguk.

Ok,apa sekarang?

Penjenamaan semula diri kita
Kita perlu istilah baru
Istilah yang akan diguna pakai menggantikan yang lama

Istilah PEMUDA. Klise
SHABAB? Kau tahu apa itu?tak tahu? Tak mengapa, aku faham kita cari yang lain
Golongan Muda? Macam panjang dan agak keberatan untuk disebut
Remaja? Apa kau ingat rancangan televisyen? Lupakan.

Anak Muda?

Ya, ANAK MUDA!
Nampak lebih ‘bersemangat’!
Siapa kita? ANAK MUDA!


Sedarkan pada golongan yang bukan sejenis dengan kita-golongan bukan muda.
Golongan yang sedang dan akan berurusan dengan kita.
Yang cuba membentuk kita dengan faham yang pelbagai.
Lepas ini, hanya istilah ini sahaja yang akan difahami,faham?
kami punya hidup sendiri
kamu suka atau tidak, itu hidup kami


dekati kami
fahami kami
kenali kami

BARU KAMU FAHAM AKAN KEINGINAN KAMI!

kaya or miskin senang?

"mat, kita ni jadi miskin lagi senang daripada jadi kaya tau dak."

aku terdiam tanda tidak bersetuju. Sambil terus menjamu juadah tengahri. dalam hati, "apa laki ni tengah merepek" .bagi aku, kenyataan itu penuh dengn persoalan. kalau miskin, kau tak akan berada disini mentekedarah dengan aku. Disini.

sambil makan, aku terus berfikir. Jadi miskin lebih senang? minum air sedikit. Kawan aku tadi blah pergi tandas.

apa yang dimaksudkan oleh kawan aku? miskin yang bagaimana senang? miskin tu ada banyak.miskin duit kah? miskin ilmu kah? miskin budi kah? tak tahu aku jawan sebenar.

kalau kaya, kaya yang macam mana?kaya duit? ada kereta banyak? kaya ilmu? kaya senyuman?

pun..tiada jawapan. mungin mamat kawan aku tadi hanya ingin menduga aku. persoalan-persoaln tadi membuatkan aku tak puas hati. justeru, soalan berikut terbit dari mulut aku "apa maksud kau?"

dia jawab "nanti bila kau kaya kau akan tahu"

ah,lantak kau lah.pandai-pandai buat statement kemudian suruh aku jadi kaya pula. kadang-kadang, malas sebenarnya untuk terus memikirkan persoalan yang susah untuk mendapat jawapan.sebab aku memang agak susah untuk berfikir. jangan suruh aku berfikir sebab aku akan tidur.aku tetap tidak bersetuju kerana tanyalah siapa pun, semuanya mahu kaya. Kaya apa-apa pun.

tapi bila direnung-renung, cuba kau tengok orang-orang kaya hari ini. ada yang suka membantu?kurang. yang mereka tahu, kereta, 3 buah tu masih tak cukup.kalau boleh setiap ahli keluarga perlu ada kereta sendiri. kalau ada 10 ahli keluarga, 10 keretalah. rumah, biar lain dari yang lain. biar besar dari yang lain. biar cantik dari yang lain. bila kaya, kita punya banyak tanggungjawab. citarasa pun berubah. 'expensive taste' kata orang kampung aku. ada pulak tu, dah kaya, rasa tak kaya-kaya lagi. mulalah, tindas orang untuk tambah kekayaan. selepas diimbas episod-episod tertentu dalam hidup aku berkenaan tajuk entri ini,

aku semakin hampir untuk bersetuju dengan kawan aku tadi.

bodoh

sekarang aku tak tahu macmna nak explain.

lagi cerita celaka

bayi dibalut kain lusuh ditemui-bharian

KLANG: Seorang bayi lelaki yang dianggarkan berusia antara satu hingga dua bulan, ditemui seorang pengawal keselamatan berhampiran tandas di bangunan utama Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, ketika ditemui kira-kira jam 4 pagi semalam, bayi berkenaan hanya dibalut dengan tuala dan kain batik lusuh.
Katanya, tiada kesan pelalian BCG ditemui pada bayi berkenaan.

teruskan melapor...

Tuesday, December 14, 2010

berguna dan dipergunakan

Ya, aku dah tahu. Kau mesti tak suka dipergunakan. Betul?

Kalau macam tu, kita sama. Tanya sesiapa sahaja. Dipergunakan itu adalah sesuatu yang menjengkelkan.

Ada yang suka dipergunakan? Aku tahu kau tak suka tapi aku tanya pada yang suka. Ada?

Aku tak rasa ada yang suka. Baik.

Sebagai seorang pelajar, aku ‘telah’ dinasihatkan oleh ibu oleh ayah oleh makcik oleh datok belah ayah oleh datok belah ibu oleh kawan-kawan ayah oleh kawan-kawan ibu oleh kawan-kawan sendiri untuk belajar sepandai yang mungkin supaya aku menjadi seorang yang berguna. Sedar atau tidak, harapan yang menggunung itu amat terbeban di pundak aku sebagai insan yang bergelar pelajar. Beban harapan untuk menjadi PANDAI dan BERGUNA. Oh ya, aku pernah, bagi aku, satu penghinaan apabila ada seorang tua bangka menyuruh aku supaya tidak terus sambung belajar tatkala dia melihat keputusan SPM aku. Sungguh tidak guna orang itu.

Persoalan yang muncul sekarang adalah, aku perlu PANDAI dan BERGUNA untuk siapa? Kalau tidak PANDAI, adakah aku tidak BERGUNA? Macam orang tua tadi. Secara jujurnya aku tidak sepandai kamu. Bukan kamulah, kamu yang lain. Jangan perasan. Kamu biasa-biasa saja. Sebahagian harapan golongan yang mengharap tadi aku rasa sudah aku tunaikan sebahagiannya. Sebahagian yang lain, masih dikaburi soalan yang aku sendiri tidak tahu jawapannya. Antaranya, Ilmu yang akan aku peroleh nanti, adakah ia akan menjadi medium pembebasan-menyuluh kepada kebenaran atau medium penindasan-bersekongkol dengan kejahilan untuk mendapat kemewahan? Apa indicator yang digunakan untuk menilai aku sebagai seorang yang berilmu atau tidak?

Dan persoalan yang paling penting.

Kita ini, BERGUNA atau sedang DIPERGUNAKAN??

manusia haiwan

Mayat Bayi Masih Bertali Pusat Ditemui
BERITAHARIAN:KOTA TINGGI: Mayat bayi lelaki yang baru lahir dan masih mempunyai tali pusat dipercayai dibuang ke Sungai Johor, ditemui terdampar di satu pelantar menurun bot bertentangan Sekolah Kebangsaan Bandar di sini, pagi semalam.

Mayat bayi yang dibaluti tuala kecil berwarna biru tua di kepala dan dibungkus beg plastik hitam itu ditemui pemancing, Lim Kin Chee, 58, ketika ingin menurunkan bot ke sungai melalui pelantar turun bot Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di tebing Sungai Johor berhampiran Taman Kemang, di sini kira-kira jam 7.30 pagi.

setelah sekian lama
akhirnya muncul juga
ada pun..bukan tak ada..
cerita orang jumpa bayi

apa cerita sekolah harapan?aku nak tahu saja..

Monday, December 13, 2010

mimpi

mimpi itu menarik
kau boleh jadi apa sahaja di dalam mimpi
kau boleh jadi pembunuh
kau boleh jadi miskin
kau boleh jadi kuat
kau boleh jadi cacat

mimpi itu indah
kau boleh berjumpa sesiapa
kau boleh jumpa orang yang kau tidak kenal
kau boleh jumpa orang yang dah mati
kau boleh berjumpa ali
kau boleh berjumpa ahseng
kau boleh berjumpa muthu

mimpi itu takut
kau boleh dikejar oleh hantu
kau mungkin jatuh dari tempat tinggi
kau mungkin sedang melakukan jenayah
kau mungkin dalam perjalanan ke tali gantung


mimpi itu syahdu
tak mahu aku ulas
culas
aku tahu kau faham


selamat beradu

selamat malam semua hamba

Sunday, December 12, 2010

hina

kau..
ya, ada apa pagi-pagi ini?
kau pernah kena hina?
pernah, kenapa kau tanya?
pernah kau menghina?
ada juga, kenapa?
kenapa kau menghina?
perlu aku jawab soalan tu?


Aku terpanggil untuk mengulas sedikit berkenaan soal penghinaan terutama penghinaan terhadap golongan berilmu ( alim Ulama ). Dalam simpanan aku, ada beberapa blog yang aku rasa melakukan kesalahan penghinaan terhadap golongan-golongan yang mempunyai darjat ketinggian di sisi Allah ini. Kau nak tahu apa blognya? Kau cari sendiri.

Dalam Islam, Allah memberikan penghaargaan yang cukup tinggi kepada orang berilmu (ulama') Sebagai contoh dalamsurah al-Mujadalah ayat 11

"diangkat oleh Allah orang-orang yang beriman daripada dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa tingkat"

Dan nabi S.A.W bersabda yang bermaksud

"orang berilmu (ulama) adalah pewaris dari nabi-nabi"

"Isi langit dan bumi meminta ampun untuk orang-orang berilmu"


Diatas merupakan beberapa dalil berkenaan orang berilmu dalam Islam. Dalam soal ini, amat malang lagi menyedihkan apabila terdapat segelintir makhluk yang berterusan menghina para alim ulama. Sampai satu tahap, ulama-ulama yang terkenal di Malaysia disama tarafkan dengan seekor anjing, dituduh mendustakan nabi, dilemparkan tuduhan-tuduhan melampau secara melulu, dituduh sebagai pelaku perkara-perkara mungkar dan sebagainya.

Siapa kita sebenarnya untuk mempersoal tahap ketinggian ilmu dan kewarakan para alim ulama sedangkan kita sendiri tidak setanding mereka? Siapa kita untuk mempersoalkan akhlak para alim ulama yang sememangnya terkenal dengan sifat tawaddu' berbanding kita? Kau nak menghina para alim ulama tetapi ilmu kau ilmu sampah. Oh ya, dalam perkara ini, kalau kau tak pernah mendalami ilmu agama, dan bidang agama bukan pengkhususan kau, kau jangan bersembang terlampau 'dalam' soal agama sebab kau akan nampak macam badut. Belajar sampai SPM, persoal ilmu orang yang ada PHD (perumpamaan). Kan ka masalah tu?

Kita selaku masyarakat bebas mengkritik. Contoh mudah, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kau nak kritik pentadbiran beliau, mungkin ada kekurangan dalam usaha beliau untuk teraju kepimpinan di Kelantan, SILAKAN. Tapi kalau kau nak kritik tentang peribadi, ilmu dan akhlak beliau, baik kau cermin diri kau dulu.

Nasihat aku, janganlah disebabkan perbezaan ideologi politik, kau, mereka dan kita sanggup untuk menghina dan memalukan para alim ulama yang merupakan pewaris para nabi.

Kau menghina para ulama dah macam kau menghina?

Hina siapa?

Kau jawab lah sendiri.



sumber dalil alquran dan hadis: totally rembat dari kitab ihya ulumuddin jilid 1 (kelebihn ilmu)


Kau..dah habis..
aku dah faham, kau tak perlu tanya aku faham atau tak.
betul?
ya..
kau bukan tak pandai, kau pandai..nak 5posen?
tak perlu, 5posen kau bagi hari tu ada lagi.
oh ok

Saturday, December 11, 2010

Bertubi-tubi

TO BE IS TO ACT
TO BE IS TO KNOW

bila yang bodoh menang

Beritaharian : Program permainan berkonsepkan ingatan kepada seni kata lagu, Jangan Lupa Lirik musim ketiga yang dihoskan Aznil Nawawi dipilih sebagai Program Gameshow Terbaik di Anugerah Televisyen Asia yang diadakan di Singapura, malam kelmarin.

Dalam anugerah itu, Jangan Lupa Lirik, bersaing dengan program gameshow dari negara lain seperti Talk’ bout Your Generation (Hong Kong), Take Him Out (Indonesia), Yok Siam 10 Kor (Thailand), The Chinese Challenge Grand Final (Singapura) dan Game On (Singapura).
Mengulas kemenangan itu, Aznil yang mendapat tahu perkhabaran gembira itu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada penerbit program berkenaan, menyifatkan ia sebagai hadiah yang bermakna sempena ulang tahun ke-20 pembabitannya dalam bidang seni.



antara program gameshow yang paling aku menyampah
antara program gameshow yang bila aku tengah happy, tertengok saja rancangan ini, aku jadi frust
program gameshow senget
kau menang anugerah apa?

Apa? anugerah gameshow terbaik?

tiada tajuk

tiada tajuk?
dah jadi tajuk dah pun..kan
tajuk TIADA TAJUK

bosan
nak mengarut malam ini, tiada daya untuk mengarut, nak mengarut apa
tapi aku sudah dikira mengarut dengan tertulis entri mengarut ini

tak tahu apa nak buat
dengan adanya entri ni, aku dah buat sesuatu

tiada idea
entri mengarut ini dikira idea?

apa-apa sajalah untuk malam ini.

SELAMAT MALAM SEMUA HAMBA

Friday, December 10, 2010

Thursday, December 9, 2010

RESPONSIF

KAU NAK MEREPEK APA?
TAK-TAK, ADA BENDA AKU HENDAK CAKAP PASAL TAJUK KAT ATAS NI, BOLEH?
HAH? APA TU? KAU PERLI AKU?
ITULAH, NAK CERITALAH NI, BUKAN PERLI
BAIK, SILAKAN



Manusia hari ini kurang ada sikap ini. Sikap apa? Sikap RESPONSIF. Sikap? Boleh juga kau hendak kata sifat. Apa kau ingat responsif ini apa? Makanan? Bukan. Ini sikap/sifat yang perlu ada pada setiap manusia terutama bila kau kata kau seorang Islam. Sikap/sifat ini merupakan REAKSI yang ditunjukkan oleh seseorang terhadap sebarang perkara. Kalau kau rajin kau akan faham RESPONSIF itu apabila kau buka kamus DEWAN:

segera atau mudah memberikan kerjasama atau reaksi yg bersifat membantu terhadap sesuatu usaha dsb.

Ya, hari ini kita kurang memberi respon atau reaksi yang sewajarnya terhadap perkara-perkara yang berlaku di sekeliling kita. Dalam hal ini, aku hendak sentuh satu saja perkara yang aku rasa amat penting untuk diberi perhatian. Apa? KEMISKINAN. Soal masalah golongan remaja,rumah tangga, peperangan, kau ulas sendiri. Bukan tak mahu ambil kisah tapi aku menyampah.

KEMISKINAN

Aku hendak tanya beberapa soalan, sila jawab dengan jujur.

1) Apabila ada seorang datang minta sedekah pada kau, apa kau buat?
2) Apa pendapat kau tentang orang yang meminta-minta di tepi jalan?
3) Apa perasaan kau terhadap golongan seperti ini?
4) Ada kau insaf dengan kehidupan mereka?
5) Apa kau rasa jijik dengan golongan ini?
6) Apa kau suka membazir?
7) Apa kau sering merungut dengan apa yang kau dah ada?

Aku amat yakin yang kita kurang beri perhatian terhadap golongan ini. Kadang-kadang aku menyampah dengan pemimpin-pemimpin negara dan negeri. Kau kata kau nak membela rakyat tapi kenapa masih ada golongan-golongan tidak bernasib baik ini? Kau boleh berjanji tapi tiada perlaksnaan.

Cukup dulu salahkan mereka.

Dengan kemewahan yang tak seberapa yang kita miliki, kita lupa golongan susah ini. Kita sering membazir. Sering merungut dengan kemewahan yang kita ada. Sentiasa rasa apa yang kita ada tidak pernah cukup.(sambil-sambil tulis ni, berita tentang klinik bergerak 1malaysia dekat tv3suku). Duit yang kita ada sering disalurkan untuk tujuan yang salah. Tapi yalah, duit kau, kau punya pasal. Tapi, dari kau dapat dosa, apa salah kau cari pahala. BAgi seringgit dua dengan niat membantu.

susah atau senang? Soal cara apa kau nak guna untuk membantu golongan ini tidak perlu diceritakan. Kau buatlah apa pun janji orang-orang ini happy.

Kadang-kadang terpandang juga reaksi negatif segilintir puak yang berlagak. Jumpa saja orang-orang yang selekeh, halau. Tak mahu layan. Pandang jijik. Apa kau ingat harta yang kau dapat tu tuhan suruh guna untuk besarkan perut kau saja?Tidak.

Aku amat berharap aku, kau, kawan-kawan kau, kawan kepada kawan-kawan kau, akan ada rasa simpati terhadap golongan yang tidak bernasib baik ini. Selain fikirkan masalah diri, fikirkan juga masalah golongan-golongan ini. oh ya, teringat satu hadis nabi yang bermaksud:

"Barangsiapa yang tidur nyenyak dan tidak mengambil peduli urusan umat ISlam maka ia bukan dari golongan mereka"

Fikirkan mereka, ingat mereka, simpati terhadap mereka, fikirkan cara untuk membantu mereka. Bantu sajalah walau pun bantuan itu kecil. Ok?



Aku rasa itu saja
Baik, terima kasih kerana sudi menconteng di ruangan ini
ya..kau termotivasi tak?
adalah sikit
bagus, aku suka kau. Nah
apa ni?
tanda yang kau bagus..5-posen
terima kasih, datang lagi.

Wednesday, December 8, 2010

TOY STORY



LEpas jawatan ketua pembangkang sahaja ka?
ADUN? Tak Mau lepas?

Tuesday, December 7, 2010

Monday, December 6, 2010

DOA AKHIR DAN AWAL TAHUN

DOA AKHIR TAHUN



Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”




DOA AWAL TAHUN



Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Perjuangan adalah Perlaksanaan Kata-kata

Kau janji itu janji ini
cakap akan buat itu akan buat ini
kau cakap seharusnya ia macam ini dan bukan macam itu
kau kata ini salah itu betul
kau kata kau betul dia salah
kau cakap itu baik ini jahat
kau kata kau baik dia jahat
dulu kau cakap lain hari ini kau cakap lain
dulu kau kata itu tidak akan berlaku tetapi berlaku juga hari ini
dulu kau kata itu akan berlaku tetapi tidak berlaku juga hari ini
kau suruh orang buat baik tetapi kau tidak
kau hanya mampu bercakap
bercakap dan terus bercakap
bercakap lagi dan lagi

Apa Yang Kau Cakap?

Sunday, December 5, 2010

puan rokiah dan anaknya

Zaman kecik - kecik
Kelihatan anak - anak Puan Rokiah sedang bermain di halaman rumah.

PUAN ROKIAH : Ya Allah, ya Tuhanku... Apa yang korang buat ni budak - budak oi??!!

ANAK - ANAK - Takda apa ibu, kitaorang nak buat istana pasir.

PUAN ROKIAH : Heyshhh! budak - budak ni, dah berapa kali ibu cakap, takmau main dengan pasir tu! Kotor!! Kang cacing masuk perut kang, baru tahu! Cubalah dengar cakap ibu sikit! Isshhh!!!

Zaman dah besar sikit.
Anak - anak Puan Rokiah sudah besar. Ada kerja arkitek, doktor, peguam. Diaorang lepak - lepak dekat halaman rumah sambil berborak pasal politik. Mereka dah tak berminat main pasir lagi.

PUAN ROKIAH : Ya Rabbi budak - budak ni, apa yang korang buat kat luar ni??!!

ANAK - ANAK : Takda apa ibu, kitaorang borak - borak pasal headline surat khabar ni.

PUAN ROKIAH : Ish, ish ish.. Dah berapa kali ibu cakap, takmau main dengan politik! Kotorlah!! Kang cacing masuk dalam peerrrrrr..... Eh.

ANAK - ANAK : Masuk dalam apa ibu? Dalam perut?

PUAN ROKIAH : Ouh takda apa. Sorry, ibu pantang tengok anak - anak ibu main benda - benda kotor. Tu je. Dah jom masuk, ibu dah call McDelivery, jap lagi sampai lah tu.

ANAK - ANAK : Ouh, politik pun kotor gak ke ibu?

PUAN ROKIAH : Lagi kotor daripada pasir yang korang main dulu. Baik korang pergi main pasir tu je, sekurangnya kalau sakit boleh pegi berubat. Politik kotor payah nak berubat.

ANAK - ANAK : Orait ibu..

"Politik tak kotor, orang di dalamnya yang mengotorkannya" - Naturalisasi.


-untuk kawan-kawan yang kita suka-

Hidup untuk Yang Maha Hidup

Ya
itu saja tujuan kita di sini
hidup kita ini hanya untuk Yang Maha Hidup
tiada tujuan lain
kalau ada, matlamat akhirnya adalah untuk Yang Maha Hidup, pasti
atau..PASTIKAN

pengumuman yang umum

untuk kaum wanita, ini ada sedikit maklumat berkenaan trend perogol untuk merogol. Berhati-hati.


(Beware) : Important message for every female who goes to work, college or school alone. If you find a child crying on the road, showing you his/her address and asking you to bring him/her there. Please take him/her to the police stations. No matter what you do, DON'T go to that address. This is a new way for gang members to rape females. Please sms this to all the girls and boys, so they can inform all their friends and family members.

Thanks
ASP Suman Kumar
D9-Bukit Aman.

Saturday, December 4, 2010

anak anak rosak, salah siapa?

hah, apa lagi kau petang-petang ni?
takda, soalan aku kat atas tu kau tahu jawapan tak?
soalan apa?oh yang itu..entahlah, aku pun rosak

aku rasa aku tahu jawapan dia, kau nak tahu tak?nak tahu macam mana kau boleh rosak?

boleh juga, aku nak dengar pandangan kau, silakan.tapi, kau tak rosak kah?

sama sajalah kita..kau nak tahu atau tak mahu?

nak

kalau macam tu, diam, aku nak bercerita



anak-anak yang dilahirkan diatas muka bumi ini dilahirkan di dalam keadaan fitrah iaitu suci lagi bersih. BErtepatan dengan maksud sebuah hadis nabi yang lebih kurang berbunyi " setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya yahudi Nasrani atau yahudi..."


Jelas dalam hadis nabi ini pembentukan akhlak dan sikap anak-anak pada asasnya terletak di bahu setiap ibu bapa. Ibu bapalah yang menjadikan anak-anak itu seperti apa yang diinginkan. Sekiranya anak-anak yang dibela dari kecil tiba-tiba bertukar menjadi 'hantu' ketika dewasa, jangan terus kita salahkan media, KERAjaan, institusi-institusi pendidikan dan sebagainya sebelum kita melakukn koreksi terhadap sistem kekeluargaan yang sedia ada.

Bak kata pepetah, melentur buluh biar dri rebung (dalam english apa ceknah??) Keluar saja anak dari perut ibu, terus hantar pergi sekolah ka?terus dapat kawan-kawan? terus perkenalkan kepada perdana menteri ka? tak bukan. Anak-anak yang baru dilahirkan akan mengalami satu proses penjagaan yang panjang sebelum mereka boleh kenal yang mana baik yang mana buruk. Maka, ibu bapa sebenarnya yang akan mengajar anak tentang kebaikan dan keburukan sesuatu perkara. Dalam proses pembesaran ini, tidak mahu tidak, unsur ISLAM perlu diterapkan dengan sebaik mungkin. Dodoikn anak dengan zikir-zikir memuji tuhan, ajar anak sembahyang, belikan buku-buku cerita para nabi yang berbentuk animasi, buat halaqah alquran, ajar anak mengaji, tegur anak buat salah, ajar apa yang baik apa yang buruk, tunjuk akhlak yang baik, tekankan persoalan aurat kepada anak, kawal bentuk hiburan anak-anak, beli cd maher zain ka kan dan pendek kata, sebelum anak-anak sampai ke tahap yang lebih dewasa, jiwa mereka sudah tertanam dengan ruh islam yang cukup kuat. Kalau pun ditakdirkan mereka berbuat dosa dan maksiat, maka mereka akan sedar dan cepat memohon ampun kepada Allah.

Malang tahap puakanya hari ini, apa yang aku sebutkan di atas tidak berlaku. Yang ada hanya segelintir sahaja yang faham akan tujuan sebenar anak-anak perlu dibesarkan dengan ruh islam. Ibu bapa hari ini lebih mementingkan keduniaan semata-mata. Kalau sesebuah keluarga menurut acuan islam, maka label KETINGGALAN ZAMAN, TAK IKUT TREND akan menjelma. Anak-anak berterusan dimanjakan sehingga apabila mereka meningkat dewasa, mereka menjadi 'pondan'! Jiwa langsung hilang dengan semangat islam, tiada benteng pertahanan yang baik dan mudah terpengaruh. Mengapa boleh jadi begini? Keluar saja anak-anak dari perut ibu, bapa terlupa nak azan dan iqomah tapi terus dengan ungkapan WOW! COMELNYA ANAK AKU!!!!!!!, dodoikan anak-anak dengan lagu-lagu siti nurhalijah,lupa lirik tukar pula ke lagu mawi, anak-anak terus dihidangkan dengan kemewahan dunia, kasut nak NIKE saja, umur baru 3 tahun, dressing nak macam BRITNEY SEPE'AH, rambut nak bagi panjang-panjang (bagi lelaki) biar ada 'ekor', bagi pakai skirt. Dah macam anak patung barbie....Bab hiburan, jangan tak cakapla, kena cakap. Hantar anak-anak masuk uji bakat menyanyi, masuk bintang kecil, bawa famili ke konsert-konsert jom heboh, standby awal2 sebelum AF start dekat kaca televisyen. Mengaji??Beli quran buat hiasan. Anak-anak pulun hafaz lirik-lirik lagu celaka, quran, tak tahu apa. Malang kan? Kemudian anak-anak ini akan dilepaskan ketengah-tengah masyarakat dengan harapan anak-anak hasil didikan keparat ini akan 'survive' dengan jayanya. Kemudian bila anak rosak, mengandung anak haram, hisap dadah, slahkan kerajaan. Salah kan sekolah. Salah kan kawan-kawan. Kemudian buat seminar, cewah "MASALAH SOSIAL REMAJA. ANTARA IBUBAPA GURU DAN KAWAN-KAWAN, SIAPA YANG HARUS DIPERSALAHKAN??" poooorah, saja nak buat duit lah tu.


Jangan kita tudingkan jari pada pihak-pihak lain sekiranya anak-anak bertukar menjadi hantu bia besar. Buat muhasabah, fikir apa yang kamu dah buat terhadap anak-anak kamu waktu mereka masih kecil. Ingatlah, apa anak-anak kita akan jadi pada masa hadapan adalah tanggungjawab ibu bapa. Ibubapa pula dalam membesarkan anak-anak, ada hadis-hadis nabi berkenaan tanggungjawab tersebut.

1) "seseorang yang mendidik anaknya dengan baik adalah lebih baik dari bersedekah dengan secupak"-(riwayat Al-Tarmizi)

2) "Berlaku pemurahlah kepada anak-anakmu dan bentuklah mereka dengan akhlak yang baik"

3) "Apabila mati seorang anak adam, terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya (ibu bapa)


dol, kau faham tak?
faham, terima kasih..
macam blurr saja aku tengok?
takdalah..

ok,gudboy...

apa-apalah untuk tengahari ini

apa-apalah labu..
beberapa harga barang keperluan meningkat
tapi, dalam beberapa akhbar tak guna perkataan HARGA NAIK atau PENINGKATAN HARGA atau HARGA DINAIKKAN

tapi guna perkataan HARGA DISELARAS dan PENGURANGAN SUBSIDI

makcik-makcik pakcik-pakcik tahu maksud HARGA DISELARAS?orang-orang yang kurang berpelajaran tahu apa maksud PENGURANGAN SUBSIDI?
tak tahu?

lepas ini, tunggu..
akan ada beberapa laporan..
berkenaan kesihatan (ada kaitan dengan gula)
jangan guna gula banyak sangat, bahaya untuk kesihatan
diabetes meningkat (dah ada laporan)

labu??

apa-apalah labu......

Friday, December 3, 2010

Tidak ada masa atau Tidak penting?

-cikgu azmi-

Ketika anda sedang sibuk menyiapkan assignment yang perlu dihantar beberapa hari lagi, tiba-tiba kawan sebilik mengajak anda keluar minum. Anda pun menjawab ringkas "Maaf, saya sibuk, tak ada masa".

Atau mungkin anda sedang membersihkan kereta yang anda sayangi, tiba-tiba anak anda datang dan meminta anda bacakan buku cerita yang isteri anda belikan beberapa hari lepas atau mungkin beberapa bulan lepas. Andapun menjawab sambil lewa "Ayah tengah sibuk ni, tak ada masa".

Mungkin juga anda sedang menonton TV lalu adik anda datang memohon bantuan untuk baiki sedikit kerosakan pada basikalnya lalu anda menjawab tanpa memandang wajah adik anda "Abang tak ada masalah sekarang".

Katakan dalam semua keadaan itu, tiba-tiba anda menerima panggilan dari pihak hospital yang memaklumkan bahawa ayah anda kemalangan dan sekarang di wad kecemasan. Adakah anda akan jawab dengan selamba "Maaf encik, saya tengah sibuk ni, tak ada masa".

Hari ini kesibukan atau tidak ada masa adalah modal utama untuk kebanyakan orang menolak satu permintaan atau melupakan satu tanggungjawab. Persoalan yang sebenar bukanlah tidak ada masa tetapi adakah kita melihat satu perkara itu penting bagi kita atau tidak. Bahkan yang amat merisaukan ialah KEPENTINGAN ini kadang-kadang ditentukan oleh minat, kecenderungan jiwa atau nafsu kita semata-mata bukan diukur dengan tanggungjawab, amanah dan hak yang perlu ditunaikan.

Ada orang yang sanggup menghabiskan masa berjam-jam untuk 'cycling' tetapi orang yang sama juga tidak ada cukup masa untuk mengajarkan anak-anaknya membaca al Quran atau membetulkan solat. Saya tidak katakan cycling itu tidak syarak. Memang elok kalau kita boleh berbasikal untuk satu jarak tertentu yang sesuai untuk keperluan kesihatan kita tetapi apa yang saya perhatikan ternyata berbeza; berkayuh baru beberapa KM dah berhenti pekena teh tarik dan roti canai. Kayuh pula begitu slow motion sambil berbual lepas tu balik rehat ketika peluh baru nak keluar. Bahkan yang lebih menyedihkan, ada golongan yang berpendapatan rendah tetapi basikalnya ribuan ringgit. Yuran sekolah anaknya tidak berbayar, makan pakai anak isterinya tidak menentu bahkan (maaf kalau ada yang tersinggung) ada yang berpesan pada anak-anak atau isteri yang mengadu kesempitan hidup supaya berfikir dan hidup sederhana.

Ada juga yang terlalu sibuk membangunkan empayar perniagaannya hingga tidak ada masa untuk membangunkan keperibadian anak sendiri. Setiap hari kesibukannya atau masanya untuk customer dan bina 'networking' namun hatinya tidak pernah perasan tingkahlaku dan akhlaq anaknya yang semakin hari semakin runtuh.

Sahabat-sahabat Rasulullah SAW juga ada yang berjaya dalam perniagaan bahkan mungkin jauh lebih berjaya dari kita namun pada masa yang sama mereka juga berjaya dalam bidang kekeluargaan, dakwah dan kemasyarakatan serta puluhan bidang lain. Siapa yang tidak kenal Abdullah Ibnu Umar RA anak kepada sahabat (Saidina Umar RA) yang paling sibuk hingga malam harinya pun digunakan untuk mengintai keperluan dan keadaan rakyatnya.

Jadi persoalan yang paling besar bukannya masa atau kesibukan kita tetapi apakah matlamat hidup kita, apa yang kita cari dalam kehidupan yang sementara ini atau apa sebenarnya yang kita PENTINGkan dalam kehidupan kita.

Barang naik

Barang Naik!!!
Bila Naik?????!!!
Baru Naik.......
Barang Naik!!!
Bila Naik?????!!!
Baru Naik.......

kenapa naik sikit-sikit saja?
bagi lah naik banyak-banyak sikit..

kau cakap tak bebankan rakyat?
kau cakap apa ni?
kau mabuk kah?

tahun baru

hari ini berapa hari bulan?
berapa?
bukan yang itu
itu semua orang tahu nak jawab
orang yahudi tahu
orang india tahu
orang cina tahu
orang bangla tahu
orang myanmar tahu
orang kristian tahu

maksud aku, hari bulan dalam ISLAM..ikut kalendar hijri..
berapa hari bulan hari ini dalam ISLAM?
tahunnya berapa?
yang kita tahu, 1 syawal
yang kita tahu, 1 ramadhan
yang lain?
lemahnya kita..

dah, jum sama-sama pergi tengok kalendar sekarang
sebab, tadi, waktu khutbah jumaat kepala aku kena 'ketok'
"tuan-tuan, lagi empat hari kita akan masuk ke awal muharam..apa persiapan kita?"
apa??lagi empat hari?sekarang dah 26 zulhijjah?
tapi, bukan baru 3 disember kah? sini, aku nak ketok kepala kau!

sama-sama cuba ingat hari bulan dalam islam
pentingkah?
haruskah?

Kamu islam?

hari baru

harap hari ini tidak seperti hari-hari semalam
biar lebih baik
biar lebih bermakna
jangan jadi celaka sebab hari ini lebih buruk dari semalam

Thursday, December 2, 2010

aurat orang perempuan

masih tak puas hati

149 babies dumped since 2009


-thestaronline-

KUALA LUMPUR: A total of 149 babies were dumped by their parents from 2009 to August this year, Deputy Women, Family and Community Development Minister Heng Seai Kie said.

She told Parliament of the total, 83 died while 66 survived.

“Fifty-nine babies were boys while 54 were girls. The other 36 babies couldn’t be identified as their bodies were decomposed when they were found,” she said in reply to Datuk Mohd Jidin Shafee (BN - Setiu).

To a supplementary question, Heng said the race and nationality of the babies could not be determined as the skin colour of the babies were similar.

She said to counter the issue of baby-dumping, the ministry had adopted a concept where it tried to assist troubled young mothers instead of bringing them to book.

When Chong Eng (DAP - Bukit Mertajam) asked whether the ministry planned to trace the fathers of the abandoned babies and charge them for abandonment, she said the police were studying the matter.

Earlier, Heng said the ministry provided shelters for teenagers and women who were pregnant out of wedlock to give birth safely as a measure to curb the baby-dumping problem.

She added that these shelters were provided through grants from the Social Welfare Depart ment.

Heng said the department and the National Population and Family Development Board also organised programmes such as counselling, interactive workshops, awareness programmes and activities to strengthen family values.

“The ministry’s four Taman Seri Puteri institutions also provide shelter and rehabilitation for girls below 18 years old who were pregnant out of wedlock. Two Sinar Kasih centres were set up for those above 18 who require immediate protection,” she said.

“The cooperation from the Islamic Affairs Department, the Health Ministry and non-government organisations is important to curb this problem,” she added.


ini tak cukup..
hari ini berapa bayi yang dibuang?
semalam?
minggu lepas?
2 minggu sudah?

untukmu terkasih

nah kau, cakap banyak sangat!

“Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya.


Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai,”

-tuan guru-

Politik dan Kita

Ramai kenalan yang tidak suka untuk ambil tahu tentang politik kerana bagi mereka atau mungkin sesetengah masyarakat di negara ini beranggapan bahawa politik itu sesuatu yang menjijikkan, menjengkelkan, penuh dengan tipu daya, wujud penindasan dan sebagainya. Kesimpulan total yang dibuat oleh mereka ini dapat aku simpulkan pula sebagai kurangnya ilmu KITA tentang politik- maka lahirlah pandangan dan perspektif yang tidak sihat itu tadi.


Realitinya, politik itu sesuatu yang menarik! Politik yang mungkin difahami oleh sesetengah daripada kita hari ini mungkin hanya berkisar tentang politik kepartian(PAS, UMNO, PKR dan sebagainya), berkenaan pilihan raya, lompat parti, ketuanan Melayu, Perkasam (eh,Perkasa) dan lain-lain pandangan yang menyempitkan makna asal politik itu sendiri. Apabila skop politik itu disempitkan, maka perbahasan dan perbincangan menjadi agak membosankan. Justeru, amat penting sebenarnya untuk kita memahami terlebih dahulu apa sebenarnya politik sebelum menghukum Politik itu sebagai kotor.


Politik itu perlulah difahamkan sebagai kesemua aktiviti harian yang melibatkan masyarakat. Maknanya di sini, setiap aktiviti yang kita lakukan setiap hari yang menghubungkan kita dengan manusia lain seperti apa-apa sajalah – pergi kerja, mengajar, bermuamalah, bersembang, derma kepada anak yatim, beli rumah dan sekali lagi, apa-apa sajalah adalah politik. Masyarakat yang menjalankan aktiviti harian tadi disebut sebagai bersifat political. Namun, makna ini hanya sesuai digunakan dalam perbahasan umum untuk kita yang bergelar sebagai orang awam (lay men) dalam usaha kita untuk tidak membenci ‘politik’. Faham?


Bagi golongan yang mendalami ilmu politik pula, perbahasan berkenaan politik ini lebih dikhususkan. Politik bagi golongan ini menerima ‘politik’ sebagai yang difahami oleh golongan awam sebentar tadi ditambah dengan pengertian yang lebih khusus iaitu berkenaan kuasa, pengaruh, negara, institusi-institusi yang mentadbir negara, kerajaan, perundangan dan sebagainya. Politik dalam skop ini adalah lebih menarik sebenarnya.


Jangan kita ambil mudah tentang politik kerana politik yang baik akan sedikit sebanyak mempengaruhi hidup kita seharian. Sebagai contoh proses politik yang melibatkan pilihan raya. Sesebuah kerajaan yang akan memegang tampuk kuasa hanya ditentukan dengan jumlah majoriti di parlimen melalui pilihan raya. Kalau semua orang Islam dan golongan terpelajar memboikot pilihan raya, konon tidak mendatangkan faedah apa yang akan berlaku? Kerajaan akan tetap dipilih dengan melihat penguasaan Parlimen. Jika golongan ini bertindak ‘memulaukan’ pilihan raya, maka golongan yang lemah dan tidak sepatutnya diangkat akan menguasai Parlimen. Hasilnya, negara diperintah oleh mereka dengan sistem yang porak peranda. Mahu tidak mahu, pilihan raya (politik) ini perlu disertai kerana keputusan kita akan mempengaruhi keadaan.


Begitulah ringkasnya penerangan berkenaan politik. Hakikatnya, politik itu bersih tetapi individu yang ‘bermain’ dengan politik itu sebenarnya yang pengotor dan mengotorkan. Eeeeee.

Setakat itu dahulu, jangan benci-benci, faham? Terima kasih

senyum-senyum pagi

-situasi berlaku di sebuah restoran KFC-


cashier : assalamualaikum pakcik..

pakcik : walekumsalam..err.err.

cashier : makan sini ka bawa balik?

pakcik : makan kat sana.(tunjuk meja)..patot ramai..pakat duk makan kat sini..

cashier : err..maksud saya..makan di meja dalam kedai ni atau bungkus bawa balik?

pakcik : ooo..habes tu kalau bungkus tak bawa balik.dia terbang balik rumah pakcik seniri ka.bungkus.

cashier : err..ok..pakcik nak set yang mana?

pakcik : yang setsi ada tak??

cashier : err..maksud saya..pakcik bule pilih set set yang sedia ada kat belakang saya ni.(tunjuk).ada yang 2 ketol ayam.ada yang 3 4 ketol..dia sekali dengan ayaq..bla bla bla..

pakcik : pakcik nak beli ayam setengah kati ja.makcik hang nak buat serunding raya esok..

cashier : pakcik..kat sini juai ayam yang dah siap digoreng la..bukan mentah.

pakcik : kalau camtu..beli teloq ayam dah la.depa kalut nak buat kueh tart..aku mana reti nak beli barang kueh camna..haru btoi.

cashier : errr..err..teloq ayam pon takdak..yang ada ayam goreng ja..makan ratah cicah dengan sos camtu ja..

pakcik : hang pilih ja la yang mana pon..ishh..pakcik tak reti nak pilih pilih ni..yang mana pon takpa.

cashier : pakcik ada berapa orang kat umah?

pakcik : pakcik sorang.anak ada 4 orang.makcik hang maseh sorang..

cashier : ok..kalau camtu saya bagi pakcik dinner plate 2 ya..air nak air gas yang mana ka?

pakcik : huuu..pakcik takleh minum ayaq gas ni.satg reja kentut..angin..teh o suam ka kopi tarik takdak ka?

cashier : takdak..takpa saya bagi milo ais kat pakcik.ada nak tambah wedges ka?

pakcik : huu?natang apa tu?

cashier : kentang goreng.senang creta..cucur ubi.

pakcik : ha bule la..bagi cucur ubi seringgit cucur pisang seringgit..campur..kerak boh lebih..

cashier : err…ok ok..(segan layan)

cashier : semua sekali RM 34.50..

pakcik : tu dia aih..mahal gila..ayam berapa ketoi?(buka plastik tengok)..6 ketoi ja sampai 30 lebih..p market bule beli ayam 3 ekor.tak mai dah.(buka wallet bayaq)

cashier : err err..terima kaseh pakcik..datang la lagi..

pakcik : tak kelapaq mai dah.



-kedahlanie-

Wednesday, December 1, 2010

APA KATA ORANG?

Perlu kita kisah dengan apa orang kata tentang kita?
Perlu kita nak sedih-sedih dengan kata-kata orang tentang kita?

nak buat itu, nanti orang kata apa pula
nak buat ini, nanti orang kata apa pula
kalau tak buat, orang kata apa pula
kalau buat, orang kata apa pula


perlu perkara ini berlaku?
perlu dan tidak perlu..

kalau dah benda tu baik, jangan pedulikan orang lain,buat sajalah..
takut orang panggil kau poyo?sini, aku nak ketuk kepala kau!
jangan biar prestasi kerja kita merosot kerana terlampau 'ambil berat' tentang apa orang nak kata tentang kita


tetapi, kalau kau nak buat benda tak baik, memang wajib kau pertimbangkan kata-kata orang. orang cakap-cakap tentang kau tu, sebab mereka meyampah dengan kau, baik kau jangan buat benda tak betul, kau faham??bagus..

Apa Ertinya Saya Menganut Islam



Baik.

Apa?

ada nak share sedikit ilmu dari buku ini,boleh?

oh,baik silakan

Cara-cara menghalang godaan SYAITAN

1) Tamak dan buruk sangka, maka perlulah kita atasi dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan apa yang ada.

2) Cinta kehidupan dunia dan panjang angan-angan, maka perlu diatasi dengan perasaan takut terhadap kedatangan maut yang boleh berlaku bila-bila

3) Cintakan kerehatan dan kemewahan maka kita perlu menghadapinya dengan keyakinan bahawa kenikmatan itu akan hilang dan balasan buruk pasti menanti

4) kagum terhada diri sendiri lantas kita perlu menghadapinya dengan rasa terhutang budi kepada Allah

5) Memandang rendah orang lain maka perlu diatasi dengan memahami dan mengenali hak-hak mereka

6) Dengki dan perlu kita hadapi dengan sifat Qanaah (berpada) dan redho terhadap kurniaan Allah

7) Riya' maka kita perlu atasi dengan sifat Ikhlas

8) Bakhil, lalu kita perlu hadapinya dengan menyedari bahawa apa yang ada pada makhluk akan binasa manakala yang kekal itu hanyalah Allah

9) Takabbur perlu dihadapi dengan rasa tawaddu'

10) Tamak Haloba perlu diatasi denganpercaya dengan yakin tentang ganjaran Allah



Kubu Pertahanan Dari Syaitan

1) Jangan terlalu kenyang

2) banyakkan membaca Al-quran, berzikir dan memohon taubat kepada Allah

3) tidak tergopohgapah dalam setiap pekerjaan



kau tidor ka?

eh taklah, pejam mata saja, kau dah habes?

dah,

ok, terima kasih

apa-apalah untuk petang ini



klik gambar untuk sedikit 'tumbesaran'

kita di sini

ya, kita disini
berkongsi rasa berkongsi harap berkongsi cita
hidup bersama mengharapkan keamanan dan kesejahteraan
di sini, sepatutnya aman
di sini, sepatutnya ceria dan harmoni
di sini, sepatutnya gembira

tetapi muncul celaka datang membuat bising
ganggu kita ganggu semua
berambus kamu dari sini
kami tidak inginkan kamu di sini
kamu sahaja yang baik
kamu sahaja yang betul
kamu buat salah, tiada masalah
orang lain buat salah, kamu marah, heboh satu daerah


kami rela hidup bersama kami tanpa kamu
kalau kamu pernah berjasa kepada kami, terima kasih, moga tuhan kasih
tetapi sekarang, kami tidak mahu kamu
otak lama, pemikiran lama, fahaman lama
biar kamu dengan kalangan kamu

kami tidak mahu ada kaitan dengan kamu!!

biar kami sahaja yang hidup di sini

Monday, November 29, 2010

motivasi untuk kita

buat semangat buat-buat

Apa pernah kau dapat idea nak buat ini, itu, itu, ini, ini, ini, itu, itu, itu. Macam - macam. Semuanya pada kau bagus - bagus.

Berkesan, dalam, menarik.

Seronok nak buat! Tak sabar nak buat! Kau bayangkan ini! Kau bayangkan itu! Kalau begini pasti menarik! Kalau begitu pasti bagus! Kau tengok itu, kau terinspirasi. Kau lihat ini, kau terinspirasi! Tak sabar! Tak sabar!

Semangaaattttttt!!!!!!!!

Tapi akhirnya, sampai hari ini, satu pun tak terbuat. Bila kerja lain menghambat.

-untuk kawan-kawan yang kita suka-

apa-apa sajalah untuk malam ini

kotak pemikiran aku diketuk-ketuk
tok!tok!tok!
apa kualiti ISLAM aku?
makin kuat ketukan berlaku
argghh..ISLAM aku hanya menurut tanpa memahami apa-apa?
Jenis ISLAM yang macam mana aku ini?
tok!tok!tok!
Ada aku amal ISLAM yang aku ada sekarang sepenuhnya?
tok!tok!tok!
Aku penganut yang macamana?
Ada orang sekeliling aku terkesan dengan ISLAM aku?
atau..."ceh, ini orang ISLAM ka??"
tok!tok!tok!
Pernah aku memalukan ISLAM?
penganut jenis apa aku ini?
Quran baca selalu??
Sembahyang tepat waktu?
arghh..tok!tok!tok!

jangan ketuk lagi,cukup..aku akan mula berfikir.

macam-macam



MADRID - Seorang wanita dari Galicia, Sepanyol, Angeles Duran menyatakan matahari secara rasminya sudah menjadi miliknya, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut Duran yang berusia 49 tahun, dia mendaftarkan namanya sebagai pemilik matahari di sebuah pejabat notari awam tempatan.

Pejabat notari awam bertanggungjawab mengesahkan sesuatu perjanjian yang dibuat.
Dokumen yang dikeluarkan pejabat itu mengisytiharkan bahawa Duran merupakan pemilik matahari iaitu bintang yang terletak di pusat sistem suria dengan jarak dari Bumi kira-kira 149,600,000 kilometer.

Menurut wanita itu kepada akhbar El Mundo, dia mengambil langkah mendaftarkan namanya sebagai pemilik matahari pada September lalu.

Duran berkata, dia mendaftarkan namanya itu selepas membaca artikel bahawa seorang lelaki Amerika Syarikat telah mendaftarkan namanya sebagai pemilik bulan dan kebanyakan planet di dalam sistem suria.

Dia menjelaskan, terdapat satu perjanjian antarabangsa yang menyatakan bahawa tidak ada mana-mana negara boleh mengaku menjadi pemilik bintang atau planet.

Namun, perjanjian itu tidak menyatakan bahawa mana-mana individu tidak boleh menjadi pemilik bintang atau matahari.

Duran menyatakan, dia kini mahu mengenakan caj kepada setiap orang yang menggunakan matahari.

Menurutnya, dia akan memberikan separuh daripada hasil kutipannya itu kepada kerajaan Sepanyol, 20 peratus untuk dana pencen, 10 peratus bagi tujuan penyelidikan dan 10 peratus untuk menamatkan kebuluran dunia manakala 10 peratus lagi menjadi miliknya. - Agensi

aktiviti santai

pergi ke laut
mana-mana lautlah
ambil jari kelingking
masukkan jari kelingking ke dalam air laut
kemudian angkat..
perhatikan titisan air terakhir yang menitis dari jari kelingking tadi

titisan terakhir yang jatuh itu adalah KEINDAHAN DUNIA yang kita kejar
sikit bukan?

keindahan akhirat??yang mana??

sudah tentu, KEINDAHAN AKHIRAT itu adalah air laut keseluruhannya

faham tak? bagus..nah 5 kupang, pergi main jauh-jauh.

Sunday, November 28, 2010

apa-apa saja lah malam ni

apa?

seorang yang bernama JOHN tidak akan ke neraka disebabkan dia bernama demikian..
begitu juga AH CHONG, MUTUSAMY dan lain yang seperti nama-nama mereka

seorang yang bernama SUHAIMI tidak akan dimasukkan ke dalam syurga kerana dia hanya bernama sedemikian. begitu juga yang bernama AMIR, MUNIRAH, JENAB dan sebagainya

semuanya berkenaan keimanan kepada tuhan-tahap keimanan

Saturday, November 27, 2010

Jatuh

hendak jatuh, jatuhlah
jatuh petanda kita manusia normal
jatuh petanda kita manusia yang memang tidak sempurna
jangan mencaci orang yang jatuh kerana jatuh itu lumrah ummah

silakan untuk jatuh
jatuh itu pengalaman untuk meneruskan hidup
jatuh akan ajar kita untuk jadi manusia
bila berbangga dengan kemewahan, jatuh itu akan membuat kita insaf
bila berbangga dengan kepandaian,jatuh itu akan membuatkan kita berasa ilmu itu bukan milik kita
bila berbangga dengan kecantikan jatuh itu akan menyedarkan kita betapa cantik itu tidak akan kekal

jangan kita mencaci diri bila terjatuh
jatuh akan banyak menyedarkan kita tentang banyak perkara, turut mengajar banyak perkara
jangan bimbang bila terjatuh, sekali lagi ia lumrah ummah untuk jatuh

jatuhlah, asalkan selepas jatuh itu kita akan kembali berdiri dan terus berlari

Friday, November 26, 2010

zina dan buang bayi

apa sebab zina?
apa sebab buang bayi?
adakah zina itu berlaku kerana manusia itu jahil tentang hal ehwal SEKS?
adakah buang bayi itu disebabkan manusia kurang ilmu tentang SEKS?

zina itu berlaku sebab pergaulan bebas melampau
zina itu berlaku sebab masyarakat tak tahu dosa pahala
zina itu berlaku sebab masyarakat tak kenal tuhan, tak takut azab tuhan
zina itu berlaku sebab pendedahan aurat yang menjulingkan mata-mata liar
buang bayi itu berlaku hasil dari penzinaan

kenapa susah nak faham?

Thursday, November 25, 2010

dialog cermin

apa?apa yang kau tengok?
itu..
apa?ini?ada kena mengena dengan kau?pergi kau dari sini!
tak mahu..
kenapa?kerana ini?kau nak?
tak mahu..
jadi?apa yang kau nak?kau tanya tentang ini kan?
ya..
apa sebenarnya yang kau nak tahu?
itu...?
kenapa dengan ini?milik engkau?bukan, bukan?
tak tahu..
siapa kau ni ha? orang gila!
aku adalah engkau
apa yang kau merepek ha orang gila?
aku adalah engkau, engkau tak faham?
memang tak faham sebab kau gila!pergi kau dari sini!

BUANG BAYI

tadi waktu exam, keluar tentang buang bayi..
aku rindu cerita buang bayi..
aku nak dengar tentang berita buang bayi
aku nak baca cerita tentag buang bayi..
aku nak dengar 'kesihatan' sekolah orang hamil di melaka, sihat kah..sakit kah..
sesiapa yang ada berita apa-apa, sila maklumkan kepada aku

Wednesday, November 24, 2010

malam

malam ini malam lah.
malam untuk apa?
malam untuk bermalam
bermalam di malam yang telah lewat malam
seperti semalam, malam ini sudah larut malam

Selamat Malam

Tuesday, November 23, 2010

bila lelaki itu DAYUS??

lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

4) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'supporting' yang memahami.

5) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

6) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

7) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan? Tidak sekali-sekali.

8) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

9) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

-rembat aradledashina27-

Sunday, November 21, 2010

niksimis

Kenapa
Perlu ada kamu ada di sini
tatkala orang lain hidup bersenang mewah
hidup kamu dalam susah
kenapa kamu perlu di sini
duduk meminta-minta sekupang dua untuk kenyang seminit dua
adilkah dunia?

jawapannya..itu dan lagi satu

setiap marah yang mengundang air mata
setiap jerkah yang meluruhkan jantung
setiap bebelan yang berterusan
setiap kritikan yang memalukan
setiap pukulan kecil yang tidak memberi kesan

semuanya kerana kita masih dikasihi dan disayangi

Saturday, November 20, 2010

untuk member2 yang kita sayang

malam ini ada nasihat sedikit
nasihat untuk member2 yang kita sayang
nasihat untuk kamu dan aku dan kita semua dan sesiapa sahaja

1- jaga hubungan kita dengan tuhan walau sesibuk mana pun kita tuhan yang bagi rezeki bukan bos bukan pensyarah bukan sesiapa bukan orang bukan hantu. ada apa-apa, bersembang dengan tuhan, bukan mengadu kat FB (oh, bukan berniat mengutuk sesiapa)

2 - jadilah apa-apapun- gangster,gedik,jahat dan sebutlah apa-apa adjektif yang negatif, ibu ayah kena hormat

3 - hidup ini pertandingan. hanya ada yang menang dan yang kalah sahaja. tiada seri. jadi yang terbaik. nak jadi doktor,jadi doktor yang terbaik.nak jadi cikgu, jadi cikgu yang terbaik. nak jadi penulis, jangan tahu tulis buku cinta-cinta sahaja

4- cubalah sedaya upaya untuk menjaga aurat. aurat itu perlu ditutup bukan dibuka dan dipertonton. orang yang tengok aurat tu berdosa menanggung dosa sebab melihat aurat tapi yang mendedah aurat itu menanggung dosa sebab mendedah dan dosa orang melihat aurat. biarlah orang lain nak mendedah, member2 yang kita sayang jangan dedah

bersambung

kurang ajar!

Sebuah perkataan yang paling ditakuti
Untuk bangsa kita yang pemalu.

Sekarang kata ini kuajarkan pada anakku;
Kau harus menjadi manusia kurang ajar
Untuk tidak mewarisi malu ayahmu.

Lihat petani-petani yang kurang ajar
Memiliki tanah dengan caranya
Sebelumnya mereka tak punya apa
Kerana ajaran malu dari bangsanya.

Suatu bangsa tidak menjadi besar
Tanpa memiliki sifat kurang ajar

-ns usman awang-

belajar untuk tidak berpatah balik

Aturan dah ditetapkan
Tiada ruang berpatah balik kecuali tuhan benarkan kiraan waktu ke belakang
Iaitu seperti : selepas hari RABU adalah hari SELASA. Selepas pukul 9 adalah pukul 8
Tiada peluang berpatah balik

Friday, November 19, 2010

perjalanan

perjalanan itu menarik
biar lama-lama perjalanannya
biar berjam-jam
tetap menarik

tetapi

sampai ke destinasi adalah membosankan

busuk membusuk

Tak faham aku. Otak-otak pemikiran orang hari ini. Terkejar-kejar sangat cinta orang. Aku pernah bagi pendapat aku tentang cinta-cinta ni, tau apa jawapan/reaksi/komen? “tak kahwin la kau sampai kau tua” aku kata, okla, tua nanti aku kahwin.
Buka blog, meraban soal cinta. Buka FB, orang putus cinta, minta simpati. Buka radio,ucapan-ucapan sayang untuk kekasih. Cari buku, jumpa buka cinta (eh, siapa kata aku perli timah syarha!!) buka tv cerita cinta. Dengar-dengar lagu, keluar lagu cinta. Buat seminar, soal cinta.
Entahlah, aku memang tak boleh. Tak setuju dengan aku, ada aku peduli?ada aku kisah?
Mana-mana pergi orang cakap tentang cinta.
Nak cinta..nak cinta..nak cinta
Semua nak jadi macam cik timah syarha, menyampah aku.

Tuhan, kita bercinta berdua nak tak? Please..

Wednesday, November 17, 2010

berhenti MENYURUH

berhenti menyuruh
berhenti mengarah sebab aku tak suka

cukup dengan sedarkan aku dengan tanggungjawab aku

gelincir rutin

hari ini
hari besar
hari darah merah bersepah

hari ini juga
tergelincir rutin tahunan aku
ke masjid tanpa berbaju melayu

niat aku cuma ingin menjadi seperti buruh-buruh indon, buruh-buruh bangla.orang-orang thai yang mencari rezeki di sini.cuba mendalami kepayahan hidup yang sedang dilalui mungkin.Mereka ke masjid tanpa berbaju melayu sebab baju tu kan untuk orang melayu? entah, tapi pertama kali aku ke masjid untuk bersolat tahunan yang besar tanpa menjadi seorang melayu (tanpa baju melayu).

sebab apa nak jadi macam mereka?
sebab apa nak mendalami hidup mereka?

sebab mereka sedang mendapat layanan yang tak baik dari kita

kenapa jadi macam tu?

sebab mereka bukan dari negara kita?

sebab mereka bukan berbahasa kita?

sebab mereka berkerja sebagai buruh binaan?

sebab mereka berkerja sebagai pencuci?

sebab mereka berkerja sebagai pemungut sampah?

sebab, mereka bukan..bukan...apa yang kamu fikirkan?

semalam, kereta kena 'block' dengan lori sampah. pasrah dan tunggu mereka selesaikan tugas memungut sampah.sambil-sambil kawan aku tanya "kau nak tak kerja macam mereka?sanggup?" aku diam.mereka tak peduli dengan kekotoran semata-mata untuk MENCARI REZEKI dan MEMBERSIHKAN KAWASAN KITA. tiba-tiba, ada orang baling bungkusan sampah dari atas flat dekat pekerja-pekerja 'suci' yang 'keji' pada pandangan orang lain.

tadi bersama mereka di majlis penyembelihan.
pun, dilayan secara sambil lewa.

Apa ni?kamu siapa nak melayan orang macam tu?!

memang bukan daripada kalangan kita.
mungkin mereka bukan melayu.
mungkin bahasa MELAYU mereka susah kita faham

tapi,mereka tetap manusia.manusia yang susah.boleh tak tolong mereka?kasihan kamu wahai sang orang asing, malang kamu di negara kami, kasihan.maafkan kami

lupakan kenegaraan, lupakan kebangsaan jika mereka seakidah sama dengan kita. KITA SEAKIDAH, SEAGAMA.

Teruskan bekerja sang orang asing, tanpa kamu, tiada apa-apa di negara kami


SELAMAT HARI RAYA HAJI-SELAMAT HARI RAYA KORBAN

Monday, November 15, 2010

awan menangis dengan kita

hari itu,
awan menangis
tak henti-henti
tanda marah
tanda benci mungkin
kerakusan umat keparat
lupa dunia lupa akhirat

tangisan awan cukup kuat
disuruh berhenti tidak mahu, terlampau sedih
dipujuk-pujuk, terus melepaskan kesedihan
ditaya kenapa tidak mahu berhenti bersedih, "biarkan kau rasa"

tangisan awan ini sebagai peringatan
peringatan untuk mereka yang faham
peringatan untuk mereka yang turut bersedih

Sunday, November 14, 2010

Sukan Asia

kagum
tergamam
beberapa orang ahli pasukan BOLA SEPAK WANITA JORDAN PAKAI TUDUNG

Bangga

ingin berkenalan..tahu tak mungkin, harap muncul dalam mimpi

Eksploitasi wanita (entri rembat orang punya)

Semalam aku lepak minum bersama sutradara AIR CON dan beberapa penggiat teater & tari tempatan. Sedang kami berbual, bertukar pendapat, mengutuk sesama sendiri, kami didatangi oleh gadis - gadis berskirt pendek dan baju - baju yang agak tidak sesuai dalam ruang yang sungguh berhawa dingin begitu.

Mereka menjual rokok.

Aku tidak ada masalah dengan rokok yang mereka jual itu. Juga, aku tidak ada masalah dengan gadis penjual rokok yang menggiurkan itu. Cuma aku terfikir kenapa syarikat penjual rokok dan beberapa syarikat lain menggunakan perempuan untuk menjual rokok.

Dan kalau kita tengok syarikat kereta, telefon, kamera dan banyak lagi, yang juga menggunakan atau dalam kata lain,

mengeksploitasikan wanita.

Kalau kita berjalan di mana - mana, katakan di Midvalley dan sedang berlangsungnya promosi menjual kereta-bapak-mahal, pastinya lebih mahal harga kereta itu, lebih pendek skirt dan lebih terlopong dada gadis penjual kereta itu.

Begitu juga bila kita berjalan di PC Fair. Yang memegang kamera, printer dan barang - barang elektronik lain, pasti perempuan/gadis/wanita. Lelaki hanya duduk di belakang kaunter mengira keuntungan. Berapa sangat je gaji gadis - gadis itu?

Bukan. Aku tidak ada masalah dengan perempuan/gadis/wanita seksi. Tidak sama sekali, itu hak mereka berpakaian. Baguslah jika mereka nak tunjukkan yang mereka menjaga kulit. Aku faham.

Tapi aku cuma bermasalah dengan para kapitalis yang mengeksploitasikan mereka untuk keuntungan.

Bila hari ini, aku berjalan membeli rokok di sebuah kedai majalah, aku lihat ramai juga perempuan/gadis/wanita yang dieksploitasikan untuk meningkatkan penjualan majalah.

Biar orang kata, "Wah! Cantiknya covergirl majalah ni, aku kata, "Wah! Semakin banyak wanita dieksploitasikan!". Malangnya, yang dieksploitasikan ini tidak sedar, malah lebih teruja.

Adakah mereka ini sedar bahawa mereka sedang dieksploitasikan? Kalau betul mereka setuju untuk dieksploitasikan, baguslah kerana mereka sendiri yang mahu. Sekurang - kurangnya mereka tahu apa yang mereka buat. Kalau begitu, andaikata mereka sedang berjalan di pasar malam, ada tangan yang menggenggam punggung mereka, mereka mahu marah? Separuh badan sudah dipertontonkan, mesti ada yang mahu merasa pula, kan?

Aku tidak ada masalah dengan sesiapa yang pernah menjadi covergirl/boy, kerana aku sendiri pernah muncul di muka depan majalah. Tapi isinya dibualkan mengenai hasil kerja aku. Bukan isu covergirl/boy yang aku tekankan disini. Harap maklum.

Tun Mahathir, Anwar Ibrahim pun pernah banyak kali keluar mukasurat depan majalah TIME. Aku tidak ada masalah.

Walau bagaimanapun, isu ini sebenarnya sudah lama dibualkan, dibincangkan. Namun tiada penghujungnya, malah semakin hebat. Agak basi sebenarnya. Cuma aku terdetik untuk menulis kerana aku terfikir,

Adjektif Positif

cute comel soleh pandai kaya bijak wangi (berhenti sekejap sambil berfikir) cantik kenyang pantas (berhenti lagi untuk berfikir,sambil-sambil tengok tv) kuat mantap lazat berani (berhenti lagi, terlintas untuk padam saja entri ni tapi masih teruskan)wangi (sambil-sambil tgk perkataan diatas kalau-kalau dah tulis) comel gembira pandai (tertulis MALAS tapi ini adjektif negatif, padam dan sambung)segak sweet (terlintas untuk padam entri ni tapi masih terus, cadang untuk tulis yang terakhir)Sihat

MEDIA

Kamu kena halau hari ini.
Apa aku boleh kata?
Pada Muka.

Saturday, November 13, 2010

Din

tak tahu apa nama penuh kau.
aku tak pernah tanya tapi kita kerap bersua muka.
kau dan aku. dunia kau lain dunia aku lain.
bila jumpa kau, kau tanya aku, aku, dengan skemanya akan menjawab semua persoalan kau.
bila aku tanya kau, kau, entah.."nak p mana din?" kau jawab "aku hensem tak?"
dunia kau lain, dunia aku lain..

kau tak macam kami..kami bertanggungjawab atas segala perbuatan kami..kau?tiada,tiada tanggung jawab.

bila aku tanya kau "knapa tak datang tadi?" kau dengan jawapan yang memang tak akan menjawab soalan aku pun "petang ni kita main bola nak?"

kau tak pernah kisah apa kata orang tentang kau.
kau happy dengan dunia kau. aku tak pernah tengok kau bersedih, sungguh, sumpah, tak pernah.

jalan kau, tersenyum. diam kau tersenyum. cakap kau tersenyum. apa lagi indah dari sebutir senyum?

pernah kau tanya aku "nak p mana?" aku penuh dengan skemanya menjawab "rumah kawan"
soalan kau semua aku jawab, tak tergamak nak berbohong.aku tanya kau balik "kau nak ikut?" "takpalah, moto aku lagi besar dari kau punya"

kau istimewa din, sangat-sangat istimewa.

kau tahu tak nama aku? aku rasa tak. sebab kau panggil aku..erm..kau tak pernah panggil aku pun. jumpa saja, kau terus bertanya.aku pun akan terus menjawab.

din, aku harap kau akan sentiasa disitu.

orang asal

baca blog orang, tiba2 terlihat sebuah video,menarik untuk dikongsi

pagi-pagi

matahari terbit lagi,penanda hari baru tiba untuk umat bersedia,dalam mengharungi hidup suka dan duka.

kemunculan matahari ini, sekali lagi, pada hari ini, mengingatkan diri, mungkin ini matahari terakhir atau mungkin esok berjumpa lagi.

cantiknya matahari pagi ini, menimbulkan rasa iri hati..Dia tidak seperti kita, mudah tergoda dengan ajakan syaitan celaka..kalau dia seperti kita, mudah tergoda, mungkin hari ini kita tidak melihat sinarnya.."jangan kau bersinar hari ini, duhai matahari "

matahari tetap taat, sentiasa beribadat, patuh setiap saat arahan pencipta, untuk muncul setiap hari, menggembirakan kita.

selamat datang matahari, selamat datang pagi, selamat pagi pak-pak menteri, selmat pagi MALAYSIA!!

BUANG BAYI

sekali lagi..apa orang kata, ada aku peduli??

Sunyi..
Tiada lagi kedengaran..Cerita-cerita celaka individu yang membuang bayi..
Apa sebabnya?
Masyarakat dah jadi baik?
Penzina-penzina dah bertaubat?
Remaja-remaja dah benci berzina?
Perempuan dh mula rasa sakit?
Yang terlanjur sanggup untuk membela bayi dlam kandungan?
atau...hmm...RAMAI YANG PERGI SEKOLAH HARAPAN UNTUK PELAJAR HAMIL..POoOoODah..
Atau...Media diarah untuk jangan masukkan berita-berita buang bayi?
Kalau dimasukkan jugak berita-berita buang bayi, Malu...SIapa Malu?

Tolongla..Kalau ada, kata ada..Jangan diam..Rakyat Malaysia ni bukan baik sangat pun..

Friday, November 12, 2010

hidup menghidup

makanan kita, makanan mereka.
makanan mereka, makanan mereka dan makanan kita.
harga kenderaan mereka, seribu kali harga kenderaan kita.
tempat mereka, digedong-gedong besar, tempat kita di kedai-kedai kaki lima tumpuan golongan kurang mampu.

tempat makan mereka, hotel-hotel mewah, restoran-restoran mengadap laut, mcd dan kfc
kita?berkongsi makanan di rumah.kadang-kadang cukup,kadang terpaksa berlapar.nasi+telor+kicap = masakan-masakan ala thai+sushi+ayam2 mengiurkn

Baju-baju mereka jenama terkenal,berubah setiap minggu..bajubaju kita produk jualan longgok yang bertukar setahun sekali.

biarkan kita begini, asalkan kita happy!!

JIKA

jika aku boleh jumpa diri aku sendiri masa kecik balik, akan aku ceritakan kehidupan aku sekarang kepada aku kecik yang dulu supaya aku kecik yang dulu dapat menjadi lebih baik dari aku sekarang..

Hasutan Demi Hasutan

-kakcikseroja-

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz


Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... ..
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .....


Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!


Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?


Manusia - Azan sudah kedengaran.. .....
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.


Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..


Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ...


Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?


Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. ...... (kalau sempatla)


Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?



Manusia - Uuhhh? letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....



Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :

1. Anda - Patutke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku.
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sibuk2

Berjalan

-perangkap kata-

Kerana semalam adalah beban,
Aku berjalan tanpa memandang ke belakang.

Kerana lalang tidak patah dipukul angin,
Aku mengambil jalan menyerah.

Kerana bulan menyorok di balik awan,
Aku belajar berjalan dalam gelap.

Kerana ular bisa selalu menghendap,
Aku selalu berjalan perlahan.

Kerana maut terus mengejar,
Aku mesti berjalan tanpa henti

Menuju ke kaki langit yang masih saja jauh...

Aku Tahu Kau Ada

-perangkap kata-

Tuhanku,
Aku menghidumu dalam bau gerimis pagi ini,
dan mendengarmu pada ketenangan selepas hujan tadi,
melihatmu pada bilah-bilah cahaya yang menikam tembus awan,
lalu menyembahmu dengan tangisan…

Ya.

Aku tahu.

Kau ada.

Dan kau tak lepas memberitahu kewujudanmu
Pada setiap saat kehidupan!

Thursday, November 11, 2010

HASRAT KITA

Inginkan yang baru..
tukar yang lama, dengan yang baru..
Yang sedia ada, membosankan..
Yang sedia ada, tak sesuai dengan kami..
Bakal pengganti yang lama, dalam krisis..
Sila selesaikan segera masalah agar harapan untuk melihat yang baru akan tercapai..

Jangan musnahkan impian kami untuk melihat yang baru berjalan megah, memenuhi hasrat sesetengah daripada kami..

TEMU BUAL USTAZ AZIZAN DENGAN HARAKAH

-duniacacamarba-

Beliau turun rumah pagi dan pulang semula ke rumah lewat malam. Bekerja keras, ke sana ke sini, demi memastikan rakyat Kedah yang ditimpa musibah mendapat bantuan yang sewajarnya. Tiba-tiba Menteri yang datang dengan menggunakan kapal terbang, menaiki kereta mewah, kaki pun tidak dibasahi air bah memfitnah beliau dan menggambarkan beliau tidak bersungguh-sungguh membantu rakyat Kedah.

Media perdana yang membuat liputan pula memutarbelitkan fakta dan cerita demi memenuhi kehendak pemerintah. Jadi apabila Ustaz Azizan melenting kepada wartawan seperti yang ditayangkan di stesen TV milik MediaPrima dan RTM, maka saya faham sebab beliau berbuat demikian. Biarlah blogger pro-UMCO mensensasikan klip video tersebut dengan ulasan yang jelas memfitnah beliau. Namun orang yang mengetahui realitinya akan faham sebab beliau berbuat demikian.

Saya petik:
Paras banjir Kedah makin surut memasuki hari ke-8, namun bukanlah masanya untuk memeluk tubuh. Kerajaan Negeri dan semua pihak terbabit, daripada hari pertama kejadian banjir melanda 1 November lalu bertungkus-lumus menyelamatkan lebih 40,000 nyawa sehingga ke saat ini.

Bantuan bertali arus, lawatan dan singgahan tidak putus-putus ke lebih 100 pusat pemindahan, untuk memastikan yang terbaik untuk penduduk Kedah menangani musibah menimpa. Dalam kesibukan dan kepadatan jadual turun padang, Menteri Besar Kedah Dato' Seri Ustaz Azizan Razak sudi mencebiskan masa, menjelaskan situasi banjir dan langkah drastik yang siap siaga daripada pihaknya.

Ikuti wawancara Ketua Wartawan Harakah Kedah AZAMIN AMIN, para wartawan Unit Penerangan Negeri Amelia Hashim, Azam Awang, Azryzamri dan Izwan Abdul Halim bersama beliau di pejabatnya 8 November lalu.

HARAKAH: Seluruh negara tertumpu kepada banjir terburuk yang melanda negeri ini, boleh Dato' Seri jelaskan situasi terkini banjir yang telah memasuki hari ke-8 (8November)?

USTAZ AZIZAN: Alhamdullilah, hari kelapan ini keadaan semakin pulih dan air surut di kebanyakan tempat malah beberapa pusat pemindahan telah ditutup dan sebahagian besar sudah pulang ke rumah. Cuma masih ada di kawasan Kota Setar sebab air tadahan laut mula berhimpun di sini.

Kita harap kalau tiada hujan esok atau lusa ... semua selesai, banjir habislah. Cuma tinggal sikit. Di kawasan DUN Anak Bukit mungkin memakan masa dua tiga hari ini tapi ikut maklumat dari meteoroloji kalau hujan turun mungkin berpanjangan.

Dari segi gangguan-gangguan komunikasi, jalanan air dan elektrik semua sudah pulih. Yang terlambat di kawasan loji air Bukit Pinang dah sehinga pagi tadi 90 peratus telah beroperasi. Bagi kawasan Padang Terap dan Kubang Pasu, semua beroperasi semula manakala bekalan air disambung balik termasuk elektrik pun telah berfungsi dengan baik.

Jalan raya pula boleh dikatakan 90 peratus sudah dapat dilalui kecuali Jalan Putra antara Alor Setar ke Alor Janggus. Ada air dalam di batas jalanraya dan bebebrapa kawasan di Gunung. Air dalam sawah masih melimpah. Saya bercakap air yang sudah kering di atas jalan raya.

Keseluruhan mangsa yang pindah mencecah 40,000 sekarang sudah tinggal sedikit. Mengikut data ini (sambil menunjukkan rekod terkini) mangsa yang telah pulang sehingga jam 3.00 petang ini berjumlah 30,662. Kawasan Padang Terap semua pusat pemindahan telah ditutup kerana keadaan semakin pulih. Hanya tinggal kawasan Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Pendang sahaja lagi.

Bagaimana bentuk bantuan kerajaan negeri dan jumlah peruntukan yang diberikan bagi tujuan operasi dan membantu mangsa banjir, ketika mula-mula tragedi ini menimpa?

Untuk makluman Kerajaan Negeri pada hari pertama telah mengambil tindakan segera dimana kita memberi tiga pihak yang mengendalikan mangsa banjir. Dari segi penempatan mangsa yang mengendalikan ialah Pengarah Operasi iaitu di pihak Setiausaha Kerajaan peringkat negeri dan peringkat daerah oleh pegawai daerah dan peringkat penempatan adalah penghulu.

Kita mengkoordinasi dengan semua agensi kerajaan. Dengan pihak polis, tentera, bomba, pertahanan awam, Rela dan agnesi penyelamat termasuk bahagian perubatan dengan semua bergerak serentak..serta-merta bertindak. Itu kita operasi dari hari pertama kita menghadapi banjir.

Manakala kerajaan negeri memberi bantuan bekalan, kita salurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarkat (JKM). Semua pusat penempatan banjir ditanggung oleh kerajaan negeri .

Sehinggalah pihak lain datang memberi bantuan. NGO dalam negeri dan luar kedah. Pada peringkat awal sehingga hari ini pun memang kerajaan negeri buat peruntukan dan semua itu disalur ke pejabat daerah kawasan yang terlibat.

Apa antara kekangan dan halangan yang berlaku?

Jadi peringkat awal memang kita hadapi beberapa masalah kerana air naik cepat dan kita bertindak berdasar kepada nasihat dari pihak egensi tertentu daripada Jabatan Saliran, Polis, beberapa agensi lain bomba dan seumpamanya.

Tentang kedudukan banjir ini, air naik mendadak dan mengundang tempat-tempat yang bahaya. Berdasarkan maklumat ini kita terus buka dan menyediakan tempat pemindahan.

Keduanya makluman kepada penduduk supaya meninggalkan rumah mereka dan datang ke tempat pemindahan.

Semua dapat menerima nasihat kita, tetapi ada segelintir masih berdegil dan nak duduk di rumah.

Akhirnya bila lepas beberapa jam air naik, baru mereka hendak datang masa itu dan kita menghadapi masalah kerana pihak penyelamat tak sempat nak pergi tolong kerana jalan sudah terputus. Jalanraya menjadi sungai, kenderaan ringan tak boleh pergi dan kenderaan beratpun tak sampai.

Maka kita kena pergi dengan bot-bot tentera atau bomba tapi bila sampai tengah jalan tak boleh pergi kerana tempat sudah tersekat dan air sebelah sana, sudah jadi macam pulau. Jadi melambatkan usaha menyelamat.

Itu bila kita lambat sampai, kita memerlukan kerjasama dari penduduk supaya pindah lebih awal. Kita nasihat. Kemudian penempatan pusat banjir berlaku masalah lain pula. Kita buat persiapan untuk 3,000 tiba-tiba datang lebih 4,000.

Yang asal tak mau pindah mula datang tiba-tiba. Bila sampai, kita tak cukup nak masak bagi makan tengahari atau malam. Bagaimanapun kita telah atasi dengan cepat.

Tak lama selepas itu, bekalan elektrik terputus bagi mengelak bahaya. Air bersih juga tak dapat disalurkan sebab loji tenggelam dan air terlalu keruh sehingga bahan ketika itu tak boleh rawat air lagi.

Itu automatik dan pihak kita tak boleh pergi ke loji kerana jalan dah jadi laut. Jadi dengan sebab itu kita terpaksa cari bantuan air. Ini kerana Sayarikat Air Darul Aman (SADA) tak cukup lori dan peralatan di sini. Kemudian selepas dua hari, kita mendapat daripada bekalan air daripada Pulau Pinang,Selangor dan Perak.

Mereka hantar air, kita supply semua tempat penempatan dan hospital. Semua tangki berkerja 24 jam. Lebih 100 tangki.

Di sinilah mereka kata kita tak buat keja. Kita tak gagal nak buat. Ini bukan satu kejadian yang semua jangka.Agensi kerajaan negeri dengan kerjasama dengan Kerajaan Pusat dengan agensi bantuan Kedah beri sumbangan. Yang kita buat. Makanan kita boleh masak tak ada masalah. Makanan kerajaan negeri salurkan semua penempatan.

Cumanya ada tempat-tempat yang mereka tak boleh keluar dia tak dapat makanan kita tak boleh hantar pasal jalan terputus. Itu saja kita sekarang ini masih menerima bantuan-bantuan dan kita meningkatkan peruntukan kita sehingga RM600,000 dan kita 'stanby' lagi RM2 juta untuk tujuan beri bantuan semasa mangsa berada di tempat pemindahan.

Zakat pula beri RM500,000. Tuanku Sultan Kedah sumbang RM100,000 manakala derma dan sumbangan lain kita telah terima sebanyak RM2 juta.

Bagaimana fitnah dan tuduhan tidak berasas pemimpin politik dan menteri berkaitan bantuan banjir di Kedah ini sambil mengungkap kata-kata 'lepas tangan' dan mendakwa Dato' Seri mengharap pertolongan Pusat?

Dia silap. Dia datang sejam kemudian buat komen. Ada yang tak turun lagi kaki ke Kedah, sudah buat kenyataan tak cerdik...tak tengok lagi keadaan di sini. Kita duduk di sini dah 60 jam.

Bagaimana dia buat kenyataan tanpa datang bilik gerakan? Dia tak hubungi pihak auotoriti negeri seperti Bilik gerakan utama negeri. Tak tanya sama ada peringkat Setiusaha kerajaan negeri atau pegawai daerah.

Dia hanya melawat tempat pusat penempatan banjir kemudian mendengar laporan daripada daripada seoarang dua ketua umno di situ. Fakta mana dia dapat?

Kita kerja tak putus. Semua pegawai bertugas seminggu siang malam. Dia buat kenyataan sedap-sedap kata kerajaan negeri lepas tangan. Dia dapat maklumat dari tepi jalan. Dia sepatut mai dengar di bilik gerakan negeri.

Di situ ada polis tentera. Jeneral pun duduk bersama kita. Ketua polis, ketua bomba, semua pengarah-pengarah ada bersama–sama kita. Tiba-tiba buat kenyataan yang tak cerdik.

Dalam kedaan musibah menimpa pun mereka masih main politik, Dato Seri?

Mereka buat kenyataan politik. Tambah hari ini kata air datang dari Hatyai . Itu tak betul. Kita cakap masalah banjir berdasar daripada pihak agensi yang terlibat. Yang bertanggungjwab. JKR, MADA dan JPS, pengarah mereka tahu pergerakan air. Dah dengar maklumat hari itu baru kita buat kenyataan.

Adakah Timbalan Perdana Menteri (TPM) bercakap dengan pengarah JPS dan pihak lainsebelum keluar kenyataan kita 'lepas tangan'?

Antara punca banjir sebenarnya....

Hujan bermula di Padang Terap bukan di Hatyai. Tradisinya akan mengalir ke Pokok Sena. Air kemudian ke Derang terus ke Wang Tepus. Jitra dari Dehrang turun ke sungai Tajar dan akan pergi ke Sungai Haji Deris. Sebahagian ke kawasan Pendang taoi tahun ni terus tembus sampai Changloon.

Masalah air turun diganggu oleh pembinaan landasan keretapi yang tertumpu di Alor Setar. Landasan itu sepatutnya ada saluran air yang lebih besar. Tapi saluran bilangan sikit dan kecil. Maka air lambat keluar maka berlaku tempat-tempat yang selama 20 ke 30 tahun tak pernah ditenggelami air.

Pihak JPS kata air tak jalan kerana pembinaan landasan keretapi. JPS yang juga hak kerajaan pusat dan dan kerajaan negeri. Jadi kita sebut kita minta dibuka saluran sebab jalan air ini sempit.

Kita panggil hari tu syarikat terbabit dia tak datang. Petang datang dia mesyuarat dan dia setuju nak luaskan saluran air keluar mudah ke laut dan memang dia korek hari itu juga.

Kalau dia tak korek dan saya arahkan JPS untuk buka saluran kepada orang wam. Bila dia buka sekarang dah cepat kering. Lepas buka, terus kering. Memang saluran kecil.

Dalam hal ini syarikat kata dia rugi. Gangguan. Kenyataan KTM Berhad kata dia rugi. Ini cakap tak bertanggungjawab. Dia rugi dan hanya penting keuntungan. Rakyat rugi yang tak berniaga, beratus juta wang habis. Rosak harta benda. Rakyat rugi ratusan juta. Ganggu kerja dan kehidupan orang awam sampai sekarang.

Kenapa cakap macam tu. Kenapa nak simpati dengan pihak syarikat GAMUDA dan KTMB ini? Mereka yang tak buat kerja dengan cara betul. Ini rakyat biasa yang setiap bulan dok potong nak bayar sewa rumah RM700-800. Dapat gaji seribu. Sekarang nak kena baiki sana sini rosak sampai 4 dan 5 hari sebab rumah tenggelam.

Musnah harta benda. Kenapa tak bercakap kerugian rakyat... yang tau dia bercakap kerugian dia saja. Maka tak peliklah bila rakyat saman dia lepas ni.

Saya difahamkan rakyat akan buat tuntutan mahkamah. Biar mahkamah putuskan air naik berpunca daripada mana. Kesilapan dia memang banjir hujan lebat. Ini salah satu faktor yang lambat air nak turun.

Itu cakap dan bila saya bercakap mula-mula pihak keretapi tanah melayu menafikan. Bila petang pihak yang Gamuda datang baiki. Makna dia bercakap atas maklumat yang tak betul.

Saya bercakap dengan mereka buang masa. Saya bercakap fasal rakyat saya. Maka sebab itu saya arahkan semua kerajaan tempatan semak dan kaji semula tentang kelulusan yang kita bagi kepada Gamuda tentang landasan keretapi ni.

Kita akan semak semua persetujuan kita benarkan dulu. Kerana ianya membebankan rakyat. Esok ada mesyuarat, saya arahkan semua Pihak Berkuasa Tempatan Kubang Pasu, Kota Setar dan Padang Terap semakan semula tentang kelulusan yang kita bagi ni.Dan kita takkan benarkan lagi sehingga mereka selesaikan masalah ini.

Pasca banjir, apakah yang akan dilakukan kerajaan negeri untuk memulihkan dari segi kerugian mangsa banjir?

Kerugian ada dua. Harta benda seperti rumah dan kereta . Kedua kerosakan tanaman. Tanamam kita serah pada MADA kerana yang ambil tanggungjawab itu Pusat.

TPM kata akan buat jawatankuasa selepas banjir. Kita akan serahkan untuk peruntukan yang diperlukan. Kenapa pegawai TPM datang Kedah tak jumpa saya.

'Mai rumah kita kena tanya kita...tuan rumah'. Demokrasi dia laung-laungkan. Sepatutnya kena tanya saya. Maka sebab itu tak pelik takda seorangpun pegawai kerajaan negeri yang sambut TPM di stadium. Yang ada seorang pengurus stadium.

Sebab apa? Kerana dia nak dengar daripada maklumat Umno cakap, bukan cakap kerajaan negeri. Sepatutnya sebagai negeri persekutuan dia (TPM) kena mai jumpa saya. Hubungi kerajaan negeri seperti saya hubungi Menteri Besar negeri lain minta tolong.

Kerana kami tak cukup peralatan. Minta kenderaan dari Perak dan kereta air tangki dari Selangor. Air kita ada di paip-paip yang kita baiki tapi 'tangker' (lori) tak ada. Hanya ada 20 sahaja... tak cukup.

Takpalah mereka datang nak tolong. Terima kasihlah dah dia duit banyak dia mai tolonglah. Keranjaan negeri takda duit. Tapi tak payah ajar kita... kita tahu apa nak buat.

Pelbagai cemuhan dan kata-kata nista, apa bidasan Dato' Seri?

Dia mengatakan kita sensasi. Kita tak tanyapun dia orang yang terima bantuan itu Umno atau PAS. Peruntukan diambil dari kerajaan negeri. Itu saja .

Saya tak tunggu bantuan kerajaan pusat. Sekalipun saya tak minta. Siapa kata saya minta? Siapa kata saya lepas tangan.

Muhyudin (TPM) kata saya lepas tangan. Pernah pejabat saya hantar surat ke kl minta selesaikan masalah? Tak ada.

Saya merayu NGO kalau berlaku gempa bumi di Pakistan di Afganistan, Indonesia berduyun-duyun pi tolong di sana. Kenapa tak tolong di Kedah. Itu saja saya minta kepada NGO.

Saya tak pernah tulis kepada PM tolong saya. Saya tak pernah tulis surat Shahrizat mai sat tolong saya. Dia turun pun pi Tunjang bukan tempat banjir. Kaki kasut dia pun tak basah. Nak cakap apa...

Mungkin, Dato Seri nak 'nasihati' mereka yang membuat fitnah dan ganggu keadaaan?

Pelik di mana yang saya lepas tangan? Itu political statement tapi pihak BN mengeksploit untuk kepentingan politik.

Pasang bendera BN di Stadium Sultan Abdul Halim ketika Muhyidin nak trun. Maka jadilah lebih publisiti daripada misi kemanusian.

Saya datang tak ada bendera PAS atau Kedah iring saya. Ada pihak Umno sendiri nak control.. puteri-puteri Umno menafikan bantuan kononnya . Terhalang orang nak melawat tak boleh.

Itu tak tamadun... otak tamadun sempit. Politik sempit. Kita tak boleh termasuk menteri yang dibodohkan oleh pemimpin umno di Kedah. Dan rakyat akan menilai mereka.

Difahamkan Dato' Seri telah melawat lebih 20 pusat penempatan banjir, 6 bilik gerakan malah meredah banjir tujuh hari berturut-turut untuk bertemu mangsa, boleh gambarkan kedaan mereka?
Saya simpati dengan mereka. Tempat pertama saya pergi ke Padang Terap... semua tempat saya pergi. Masjidnya, surau, sekolah dan bercakap dengan mangsa. Anak-anak gembira sebab berkumpul ramai. Cuma ibu-ibu agak runsing kenangkan rumah. Tempat tinggal, makan minum tak ada masalah. Siap bantal selimut dan kain. Tempat lain begitu juga.

Orang kita...alhamdulillah mereka tenang dengan ujian Allah. Layanan kita baik dan para sukarelawan menolong mereka dan cuma adakalanya lambat. Kerana nak siapkan makanan tu.

Biarlah kita centerlisedkan makan. Macam di Jitra tu supply nak bungkus, nak hantar lagi terlambat terutama hari pertama. Dengan lampu tak ada dan panas. Jitra sekolah cina, dewan cina kadang kadang baru pindah ke pusat penempatan tiba-tiba berapa jam air naik, pindah tempat lain pula. Inilah terpaksa kita gunakan jentera-jentera kenderaan berat.

Akhir kata, apa yang boleh Dato' Seri titipkan buat menguat semangat mangsa banjir, sukarelawan dan semua pihak yang membantu banjir terburuk dalam sejarah yang datang mengejut ini?

Saya sangat menghargai, sukarelawan, agensi penyelamat, semua pegawai kerajaan negeri dan semua pihak yang cukup baik. Saya pun keluar siang malam meninjau tempat banjir.Kebetulan rumah saya juga dimasuki air, termasuk para pegawai dan kitangan yang lain.

Saya keluar 4 petang balik 11 malam. Keluar 10 pagi balik petang. Malam pergi pula, saya pindah dari satu bilik gerakan ke satu bilik gerakan. Saya selalu hubungi SU kerajaan dan pengarah bertanya apa kekurangan. Semua cukup 'standby', jika perlu kita arah keluarkan duit kerajaan negeri .

Semangat mangsa dan sukarelawan diharap semakin tinggi sebab pihak ingin membantu. Saya ucapkan terima kasih kepada semua dan yang ingin membantu, saya ucapkan selamat datang.

Bagi mangsa banjir bersabarlah atas ujian Allah. Alhamdulliah kita selamat, cuma hilang harta benda tapi tak hilang keluarga. Kita bersyukur.