Friday, April 15, 2011

henti

akan kembali semula

mudah-mudahan

Thursday, April 14, 2011

belia

belia kena sedar bahaya tukar kerajaan-bharian

SHAH ALAM: Generasi muda dinasihatkan sentiasa membantu kerajaan mengekalkan kuasa politik sedia ada bagi memastikan kelangsungan pembangunan demi kesejahteraan masyarakat berbilang kaum.

Mereka juga diminta menggunakan liberalisasi maklumat sebaik mungkin agar tidak terperangkap dengan rancangan pihak tertentu yang bercita-cita untuk menghancurkan sistem pemerintahan yang sudah menabur bakti sejak 54 tahun lalu.

Prof Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi MARA (UiTM), Datuk Dr Ramlah Adam, berkata peralihan kuasa politik sangat berbahaya bagi rakyat Malaysia kerana kumpulan penentang kerajaan tidak mempunyai sejarah kepemimpinan yang jelas.


apa yang bahaya?
sampai bila nak pegang kuasa?
100 tahun?
200 tahun?


tukarlah
lama sangat dah tu..

aurat

aurat perlu dijaga tapi itu hak asasi setiap wanita di mana2 negara di dunia ini. soal dosa dan pahala adalah hak tuhan antara ia dgn tuhan, kita tak mampu menjadi pengadil dan hakim dlm soal ini kerana dikhuatiri menyebabkan wanita2 berkenaan tersinggung dan menjauhkan diri dari admin -anon-

memang tidak dinafikan bahawa aurat itu adalah hak setiap manusia. dosa dan pahala yang akan diberikan terhadap cara kita berpakaian pula bukan ditangan manusia.tapi kenapa aurat itu penting?

tak lain adalah kerana ia adalah arahan tuhan yang mewajibkan semua hambanya untuk menutup aurat. bukan aku yang suruh tapi tuhan. rujuk surah annur ayat 30-31. Bukak terjemahan dan cuba fahami ayat itu. sangat-sangat mudah untuk difahami aku rasa. soal hak pula, apa hak kita nak langgar arahan tuhan? kita bagi jawapan pula yang manusia itu tak lari dari melanggar arahan tuhan. baik. sampai bila? mungkin sebelum ini kita tidak tahu yang ada arahan berkenaan penutupan aurat tapi sekarang, dah tahu kan. apa tindakan kita seterusnya?dan, semak juga terjemahan surah al-ahzab ayat 59. aurat Allah kaitkan pula dengan gangguan yang akan terjadi keatas si pendedah aurat.

apa yang pasti adalah, aku tidak pernah memaksa mana-mana individu untuk menutup aurat. cukup sekadar aku sampaikan peringatan bahawa aurat itu perlu ditutup sesempurna mungkin. aku cuba letakkan di akhir entri ini beberapa ayat suruhan untuk menutup aurat.

hak manusia vs hak allah

kau fikir-fikirlah

1)annuur 30-31
2)al-ahzab 59
3)al'araf 20
4)al'araf 26

mungkin ada lagi, yang tahu itu sja

Wednesday, April 13, 2011

wind

Take me to the magic of the moment
On a glory night
Where the children of tomorrow dream away
In the wind of change



-scorpion(wind of change)-


kau

kau bukan yang suka mempertontonkan sesuatu yang harus disembunyikan

Tuesday, April 12, 2011

jangan

demi suara kami yang tidak dipedulikan
maka kamu, pemerintah atau pembangkang,
teruskan berkelahi, tetapi
jangan huru-harakan hidup dan mimpi kami
jangan mangsakan anak-anak buah hati kami!

-pyanhabib-

ubah

perubahan untuk sesuatu perkara itu amat menykitkan. kadang-kadang kita perlu meninggalkan segala yang seronok (penuh dengan kerosakan dan dosa) demi sesuatu yang lebih baik walau nampak begitu menyusahkan.noktah

kunci utamanya adalah takut. mungkin juga sebab tidak sanggup untuk sedikit merasa susah sebelum benar-benar kenikmatan berubah itu dirasai. itu sja masalahnya.

dalam konteks pilihanraya, masyarakat sering dimomokkan dengan hal serupa. Undi lain dari biasa, maka kita akan susah. bantuan tidak dapat disalurkan dan sebagainya.akan datang disarawak. laungan bodoh itu kini dapat didengar memandangkan di sana sudah bertapak lama si perintah dan analisis terbaru, kejutan bakal berlaku di sarawak.maka, semakin kuat gendang untuk menakutkan masyarakat di palu. kononnya, yang baru itu haprak, kelam kabut dan lain2.

sama juga halnya dengan diri kita. setelah sekian lama hidup dalam keseronokan yang melalaikan, pendedahan aurat yang kita sendiri tak tahu yang itu merupakan pendedhan aurat, maka bila ada yang datang menegor, maka kita akan mula gelisah. mana tidaknya, sedang kita mengikut kiblat itu, tiba-tiba ada yang ingin mengubah kiblat yang sedia kita telah ikut sejak dulu (kiblat-cara, kepercayaan -sumber, otak sendiri).

"Allah tak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri"- Allah


dari berpakaian yang jarang-jarang menutup aurat, kali ini perlu mengikut garis panduan islam tentang aurat. kalau dulu bertepok tampar laki perempuan, sekarang ini dah perlu jaga batasan pergaulan. macam mengongkong, bukan? tapi itulah yang terbaik.

apa yang pasti, perubhan itu memerlukan pengorbanan.sukarnya hanya ada pada permulaan dan selepas itu, perubahn yang baik itu akan berterusan menjadi sesuatu yang bermakna dalam hidup kita, insyaA

Monday, April 11, 2011

ghaib

adakah perlu keyakinan itu muncul hanya untuk sesuatu perkara yang jelas wujud di depan mata? bagaimana keadaannya kewajipan kita untuk mempercayai sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar? yang pastinya, aku tidak ingin menulis berkenaan apa yang sedang difikirkan kalian, buka juga berkenaan hantu. itu montaj.

kita sedang mengalami krisis kepercayaan pada hari ini. apa yang berlaku, kita meminta untuk diwujudkan dahulu sesuatu supaya kita boleh mempercayainya- selepas melihat. hakikatnya, dunia ini memerlukan kita untuk mempercayai sesetengah perkara yang tidak dapat dilihat dan ia sangat bersangkut paut dengan soal keimanan (bagi mereka yang bertuhankan Allah).

dosa, pahala ini tidak dapat dilihat. begitu juga syurga dan neraka. malaikat juga sama, tidak dapat dilihat. dan kepercayaan ini yang perlu dipegang bersungguh-sungguh. perlu kah diwujudkan di depan mata, supaya baru kita boleh percaya?mengarut lagi bodoh.

aku amat yakin, ramai dalam kalangan kita yang bosan dengan perbualan yang bersangkut paut soal keyakinan pada benda yang tidak dapat dilihat ini terutama soal dosa dan pahala.klise kata mereka. dan selama itu juga, apabila keyakinan terhadap wujudnya dosa dan pahala ini tidak diambil berat, maka, tanpa mereka sedari, mereka sedang bermain-main dengan dosa.sehingga ada yang memakan dosa-dosa itu, kenyang lalu tidor hasil kekenyangan dosa yang dimakan. kemudian dosa itu menjadi sebahagian dari darah daging mereka dan kemudian sebati, bersatu padu dengan ruh dan seterusnya merosakkan iman.


perlu difahami disini bahawa, sudah menjadi tugas kita,siapa?yang itulah, siapa? kitalah..untuk kembali menyedarkan golongan-golongan yang hanya percaya apabila melihat sesuatu. yakinkan mereka, dosa itu ada, dan yang berdosa akan ke neraka yang juga ada.


bercintalah dengan pahala.

Sunday, April 10, 2011

sebak

kita punya pelbagai alasan untuk berasa sebak. ada yang sebak kemudian terus menangis sampai mati. noktah

minggu lepas, dalam perjalanan pulang dari mana-mana, aku terserempak dengan seorang tua india sedang menyapu sampah di kawasan perumahan aku (cleaner). muka si tua india itu tadi telah membuatkan satu persoalan muncul dalam kepala ini "eh, macam familiar ja india ni..sapa ha.." selepas menyedekahkan sekuntum senyuman (harap dapat pahala untuk itu),aku terus ke rumah.


dan, semalam, semasa menuruni tangga flat rumah aku untuk ke mana-mana, aku terserempak dengan orang serupa, kali ini dengan seorang anak kecil sedang menyapu sampah. budak kecil itu tadi, memegang plastik sampah sambil memasukkan botol-botolair ke dalam plastik tersebut.oh ya, budak kecil itu tak ada la kecil. form 2 (tahu selepas aku buat temubual sekitar 2 bulan lepas). dan tanpa diduga, aku mula teringat akan 2 sosok tubuh yang sedang menyapu sampah terbabit. Mereka adalh penjual roti, di kejiranan aku. aku sebak. tiba-tiba. apa masalah dengan mereka ini.apa susah sangatkah hidup makhluk berdua ini? dari jual roti menjadi cleaner. atau cleaner sebagai kerja sampingan untuk cari pendapatan lebih (KAIS PAGI, MAKAN PAGI, KAIS PETANG POLITIKUS CURI).

apa yang ingin aku katakan


mereka sanggup bersusah payah


cukup bersusah payah


untuk menngenyangkan perut-perut mereka
mungkin, untuk dapatkan sesuatu untuk diamkan tangisan anak kecil yang kelaparan dalam kalangan mereka.


mereka mungkin lain bangsa
mereka mungkin lain agama

tapi mereka juga manusia


seperti kita.


kau faham tak?

Friday, April 8, 2011

ubah

berubahlah
berubahlah
berubahlah

Manifesto Pakatan janji RM600 untuk warga emas-malaysiakini

Pakatan Rakyat hari ini melancarkan manifestonya bagi pilihan raya Sarawak dengan menjanjikan beberapa habuan.

Ia termasuk memberi wang tunai secara terus kepada rakyat dan menuntut pemberian royalti minyak Sarawak ditingkatkan jika mereka berjaya membentuk kerajaan negeri yang baru pada 16 April ini.

Berbanding dengan manifesto BN yang diumumkan semalam yang didakwa hambar dan tidak mempunyai perincian masa depan, Pakatan berjanji untuk terus mengutamakan rakyat.

“Layanan adil kepada semua rakyat Sarawak dengan membantu daftar kerakyatan rakyat tempatan, menyumbang RM200 untuk setiap anak anak masuk darjah satu serta pemberian RM600 untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas setiap tahun,” kata manifesto itu.

Selain itu, manifesto lapan halaman itu juga berjanji menjamin kebebasan agama sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pakatan Rakyat juga berikrar bagi membentuk Suruhanjaya Tanah dan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumiputra dengan menyelesaikan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan mengembalikan semula tanah adat Orang Asal..

Berikut antara intipati manifesto yang bertemakan 'Kami Menjulang Kedaulatan Rakyat, Ketuanan Rakyat.'


-Pentadbiran yang baik berdasarkan prinsip antarabangsa – cekap, Akauntabel, Telus atau CAT dengan mengagih kekayaan hasil bumi terus kepada rakyat; di samping menolak amalan nepotisme dan rasuah sebagaimana yang diamalkankan BN Sarawak sebelum ini.

-Menubuhkan Dana Pembasmian Kemiskini sebanyak RM1 bilion untuk menangani keluarga rakyat di bawah paras kemiskinan.

-Menjamin hubungan baik antara persekutuan dan negeri Sarawak dengan meningkatkan pemberian royalti dari 5 peratus ke 20 peratus.

-Membela Sarawak yang lebih hijau dengan menghentikan pembinaan empangan yang berlebihan serta melarang sama sekali pembinaan loji nuklear di Sarawak.

-Mempertahan identiti kebudayaan etnik-etnik di Sarawak dengan menggalakkan pembelajaran bahasa ibunda serta memberikan peruntukan sistematik kepada anak Sarawak tanpa mengira kaum sebagaimana yang telahpun diamalkan oleh di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

-Membela hak wanita dengan keserataan jantina di samping membina prasarana bagi membela nasib wanita dan kanak-kanak yang mengalami keganasan rumah tangga dan lain-lain.

-Melabur untuk masa depan dalam modal insan, infrastruktur termasuk membangunkan prasarana jalur lebar (WiFi) dalam masa 2 tahun.

himahasih

Dari jauh, terlihat sepasang suami isteri, tua, lelakinya bertongkat, buta, jalan bongkok, si perempuan memimpin si lelaki. Slow and steady. Duduk di meja sebelah aku sambil meminta orang kedai itu isikan air panas di dalam bekas minuman. Keletihan. Mungkin berjalan jauh. Santapan tengah hari sebelum solat Jumaat ini, atau lebih suka aku panggil ganja untuk tidor ketika khutbah.

“makcik, nak makan apa2, jum saya belanja.”

“hakpa-hakpa, hakcik hakmau hakan hagi” (takpa-takpa, makcik takmau makan lagi)

“jum lah makcik, makan sikit, ajak pakcik makan sekali na”

“hakmau-hakmau. Hakcik nak hopok, bleh?” (takmau-takmau. Makcik nak keropok, boleh?”

“kopok ja?sat saya p ambil……….nah makcik,nak air?”

“himahasih, hakmau-hakmau..himahasih..hanggu hakan hanak ja..hakan-hakan” (timakasih-tima kasih, takmau-takmau..timakasih..ganggu makan anak ja..makan-makan”

Aku pun, menyambung semula ganja di depan mata.sekali-kali, melihat gelagat orang tua itu. Penuh daif. Penuh lelah. Penuh payah.

Tak semena-mena

“nah, hakcik hagi hain, bhuat phaikai hayang, himahsih..” (nah, makcik bagi kain,buat pakai sembahyang)
“eh makcik takpa, saya ikhlas..tapi boleh jugak..hee hee hee”
“ha,hamek-hamek..himahasih na..hanak makcik, hepas hawen, hinggai makcik ngan makcik..kaktau hepa pi mana..(ha, ambil-ambil..terima kasih na. anak makcik, lepas kawen tinggal makcik dengan pakcik. Tak taula dia p mana sekarang…”

“Hakcik, balik hulu ha..” (makcik balik dulu na), sambil sua tangan untuk bersalam.

“himahasih, nak..”

Thursday, April 7, 2011

azizah

hak

yalah
hak kita
badan aku
aku punya suka
hak aku

tak suka
jangan tengok
aku sekadar berfesyen

yalah
aku orang islam
salahkah aku berpakaian begini
kadang-kadang
ini jadi sumber rezeki aku

takpalah
bila lagi nak bergaya macam ni
tua-tua nanti, aku tutupla
tak tua pun
tunggu pergi haji dululah

takpalah
hak aku

hak

haktuih!






alien

sekumpulan Alien di planet apa-apa diluar sana telah mendapat tahu, melalui radio berfrekuensi tinggi, bahawa,salah sebuah negara di bumi, MALAYSIA mengamalkan amalan-amalan ketimuran.bersopan santun, berpakaian sopan. Entah macam mana, novel AKU ANAK TIMUR turut menjadi bacaan bergilir anak-anak alien disana. Mungkin ditinggalkan oleh DR.CIK PA (sheikh) yang mengikuti ROMBONGAN/LAWATAN ke angkasa lepas beberapa tahun dahulu kemudian berkahwin dengan seorang gadis jelita. Oh ya, kumpulan alien tadi berhasrat menjadikan penduduk bumi di negara malaysia untuk dijadikan ikon bagi penduduk alien di planet apa-apa diluar sana. Hal ini kerana, berlaku kecelaruan yang melampau dalam kalangan alien. Tahap sosial alien-alien disana sudah sampai ke tahap membimbangkan. Buang anak, letupkan alien-alien yang cantik, rogol alien yang dijadikan pembantu rumah di rumah alien-alien tertentu, rasuah dalam kalangan alien, fitnah melampau alien terhadap alien yang lain dan sebagainya. Justeru, cerita-cerita yang didengari melalui radio berfrekuensi tinggi itu telah menarik perhatian jemaah menteri alien terutama alien yang memegang portfolio bakti/permata negara alien untuk turun ke bumi dan melihat sendiri keadaan sebenar masyarakat dibumi malaysia.

Untuk mengelakkan masyarakat bumi malaysia daripada terkejut dengan kehadiran alien-alien ini,takut-takut mati mengejut atau cuba membunuh diri dengan terjun bangunan kerana takut dibaham alien-alien ini (persepsi), maka dengan kuasa yang ada, segala aktiviti dan tingkah laku masyarakat malaysia dihentikan untuk beberapa minit-masyarakat Malaysia menjadi kaku, tidak bergerak-kemudian mereka turun dan mendarat di KLIA. setibanya di klia,jemaah alien ini terserempak seorang pramugari cun yang montok lagi mantap yang kaku di hadapan cermin. Diperhatinya dari rambut ke kaki. Kain terbelah sampai ke peha. Oh, mungkin ini pakain sopan yang dikatakan itu. Alien buat catatan. dilihatnya kad pengenalan ada tertera ISLAM. Oh,catatan dibuat supaya tidak lupa untuk dipanjangkan di planet apa-apa diluar sana.

Berjalan lagi jemaah alien ini di sekitar kawasan-kawasan yang telah dirancang untuk dilawati. Terserempak jemaah alien dengan sekolompok anak muda yang kaku. Kakuan mereka itu berlaku tatkala masing-masing sedang berpelukan, ada yang hampir bercumbuan, tangan di tempat yang tidak sepatutnya diletakkan.muka mereka ada yang sedang menahan kenikmatan. Kenikmatan? “wah, kalau begini, pasti menarik jika dipraktikkan di tempat kita..tidak begitu datok?” “ya saya setuju. Inilah rupanya budaya ketimuran yang dimaksudkan..catat, jangan lupa!”

Bersambung..

Wednesday, April 6, 2011

pelik

kita benci jenayah buang bayi
tetapi kita tidak pernah benci zina
kita tidak pernah benci hubungan haram lelaki perempuan
kita tidak benci pendedahan aurat
kita tidak benci pergaulan bebas lelaki perempuan

betul kan,

wahai jantan dan betina?

puisi

inilah dia
puisi orang kebanyakan
orang gelandangan
masyarakat bawahan
ia tak terjual di naskhah harian
mahupun berita-berita yang menghairankan
ia tak berbicara soal kasta
mahupun faham falsafah budaya
apatah lagi menyentuh politik
dan isme-isme saintifik


apa yang ia bicara
hanyalah soal isi perut
kais pagi makan pagi
kais petang politikus curi


jangan bersedih hati
puisi ini tentang diri
bukannya hakikat Ilahi
ia tak berkhutbah fasal fikah
justeru ia tak pernah bersalah
juga sebenarnya tak pernah benar
ia selalunya pasrah
seperti air laut yang surut dan bah


inilah puisi
kau bacalah ia
biarpun kau berasa jelek
memandang kepada kami
orang miskin yang berpuisi.


-anak bumi-

Tuesday, April 5, 2011

P.C

KENYATAAN MEDIA

5hb APRIL 2011

Semalam, video seks yang mula-mula disiarkan di Carcosa Seri Negara baru-baru ini telah ditayangkan sebahagiannya di laman web-laman web tukang sorak UMNO.

Keluarga kami telah diuji dengan pelbagai dugaan sejak 1998. Pelbagai fitnah dan tuduhan telah dilemparkan terhadap Anwar Ibrahim. Setiap tuduhan tersebut adalah sendirinya terlalu berat, tetapi Anwar terpaksa melalui satu demi satu tuduhan yang busuk, jelek dan jijik.

Namun jika disenaraikan semua tuduhan tersebut, nyata sekali tidak masuk akal bagaimana Anwar dapat melakukan kesemuanya yang bertentangan antara satu sama lain.

Dalam kes video terbaru ini, kami sekeluarga memutuskan untuk menonton sendiri rakaman tersebut.

Video tersebut adalah bukti paling kukuh bagi sesiapa yang benar-benar mengenali Datuk Seri Anwar bahawa tuduhan terbaru ini satu lagi fitnah zalim dan palsu.

Siapa lagi yang lebih mengenali beliau dengan begitu intim kalau bukan kami, keluarga terdekat beliau, yang telah bersama beliau dalam susah dan senang, khusus dari saat beliau berada di arus perdana kepimpinan negara hinggalah ke hari-hari beliau mulai pulih dari serangan apabila beliau dibebaskan daripada penjara.

Jelas kelihatan susuk tubuh badan pelaku dalam video tersebut amat berlainan daripada susuk badan Anwar Ibrahim. Hal ini diperkukuh lagi memandangkan sejak lebih setahun yang lalu, anak-anak Datuk Seri Anwar Ibrahim sering menemani beliau setiap kali beliau pergi melakukan aktiviti senaman dan fisioterapi selaku sebahagian daripada aktiviti pemuliharaan kesihatan tulang belakang.

Oleh itu, kami sekeluarga berpendirian bahawa keluarnya video ini adalah satu lagi contoh taktik politik lucah yang diangkat dan dijulang UMNO-Barisan Nasional. Kami menolak sekeras-kerasnya politik sebegini dan mengajak rakyat Malaysia dalam bersama menegakkan keadilan dan menolak politik kotor. Kembalikan agenda perjuangan menuntut reformasi menyeluruh dalam sistem politik, ekonomi dan sosial negara.

Kami ingat firman Allah s.w.t dalam surah Al-Buruj, ayat 10: “Sesungguhnya orang-orang yang memfitnah (membuat keburukan) kepada lelaki beriman dan perempuan beriman, kemudian (daripada kedurjanaan itu) mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab neraka, dan bagi mereka azab yang membakar.”

Dalam menghadapi dugaan ini, kami yakin ada hikmah di sebaliknya. Pendedahan sedutan video ini dibuat pada 4 April 2011 – ulangtahun ke-12 Parti Keadilan Nasional yang lahir daripada kegawatan politik negara.

Fitnah dan tohmahan ini berpunca daripada ketamakan terhadap kuasa dan politik yang sudah hilang nilai moralnya. Kita sewajarnya berbincang secara kritis perbezaan pandangan kita, bukan dengan serangan peribadi yang kotor dan hina.

Kami berharap semua rakyat tidak terperangkap dengan permainan UMNO-Barisan Nasional ini, sebaliknya meneruskan usaha menegakkan keadilan dan memperjuangkan kebenaran.

DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden Parti Keadilan Rakyat

NURUL IZZAH ANWAR
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Lembah Pantai

Ahli-ahli Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim

soldier

-BUNKFACE-

You are a soldier
A rising sun
Wait for the heyday
Look far away
And believe in yourself
Your name's on a shelf
A legend

You are a soldier
The chosen one
Bring back the heyday
Look far away
With respect and decay
Forever we'll stay
Together

And singing life is all that we need
But the lies is all that we see
Raise your hands high up in the sky
Missing secrets you will find
In your heart (3x)

You are a soldier
Light up the night
We are the soldiers
We'll stand and fight
At the end of the day
Forever we pray
For the legend (the legend)

And singing life is all that we need
But the lies is all that we see
Raise your hands high up in the sky
Missing secrets you will find
In your heart

And singing life is all that we need
But the lies is all that we see
Raise your hands high up in the sky
Missing secrets you will find

And singing life is all that we need
But the lies is all that we see
Raise your hands high up in the sky
Missing secrets you will find
In your heart (Its in your heart)

Monday, April 4, 2011

'ilm

"ILMU ITU TIDAK AKAN SAMPAI SEBAHAGIAN DARIPADANYA KEPADAMU SEHINGGA KAMU MENYERAHKAN SELURUH DIRIMU KEPADANYA"

-asy-syafi'e-

kau

bukan yang pasif
bukan yang perlu diam memanjang
bukan yang senang dibuli
bukan yang mudah mengangguk
bukan yang malu tidak bertempat


Saturday, April 2, 2011

komen

Najib yakin BN dapat rampas semula Pulau Pinang - malaysiakini


komen yang diterima

1)hahahaha, tingginya angan2 Tok Najib.

2)Sepatutnya ditambah. bukan saja mampu merampas balik kesemua negeri-negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat malahan semua calon PR akan hilang wang pertaruhan.....BARU POWER...ALANG-ALANG MENIPU BIAR TIPU BETUL-BETUL.......

3)bah najib kalo ko rasa, ko cukup yakin, sa cuba try cabar ko bubar parlimen besok supaya cepat2 PRU boleh buat...sa inda sabar suda mo tanda pangkah ne...apa mcm ada berani ka?
najib, kalo ko xda kasi anak tiri pulau pinang, kenapa ckit saja ko bagi drg duit peruntukan? cua gia ko jwp....

4)najib kau x payah berbohong yang berbisik kat ko tu semua pencacai umngok dan spesis merompak macam kau jugak.. x payah nk kelelntong rakyat la.. rakyat dah bosan dgn permainan gila kau..

5)Najib,,,,, harap bukan rampas macam Perak, ini adalah terletak dikuasa rakyat, kalau rakyat tak suka UMNO/BN, tolong jangan rampas dan rompak.
Kuasa rakyat adalah kuasa sakti, kuasa keramat。 rakyat yang menentukan segala.



macam-macam...

seni

seni untuk perubahan
bukan untuk membodek
aku yakin dengan ini

seni punya mesej kemanusiaan
aku pasti dengan ini

seni mampu mengubah manusia
aku percaya pada ini

seni untuk semua
seni untuk kita dan mereka

tetapi

tolonglah

bersenilah mengikut peraturan tuhan


ini juga sebuah seni
yang harus difahami