Tuesday, December 16, 2008

A DAY AFTER MAGHRIB

Sebenarnya tak bercadang langsung nak post blog ni dalam english tapi ckup sekadar tajuknya sahaja dalam english. Hari ini sselepas sahaja menunaikan solat maghrib secara berjamaah, aku sengaja membiarkan fikiran ku melayang sambil-sambil mendengar lontaran kata-kata yang penuh mengandungi ilmu pengetahuan daripada seorang pensyarah yang cukup terkenal dengan gelaran ‘lecturer somalia’ oleh rakan-rakanku. Majlis ilmu yang disampaikan dalam bahasa arab yang diselang-selikan dengan bahasa inggeris itu langsung tidak menarik minat aku untuk terus mmendengar kena pula dengan keadaan aku yang penuh ulser di mulut terpaksa menahan keperitan yang tak dapat digambarkan. Sambil-sambil itu, aku terpandang seorang ayah bersama 2 orang anak kecilnya di dalam dewan sembahyang. Ayah ini sedang mengajar anak kecilnya bersembahyang. Terhibur aku melihat gelagat budak kecil yang dua itu.Diri ini terasa bagaikan mahu cepat menimang cahaya mata agar aku turut dapat mengajar anak aku bersembahyang. Tapi apakan daya,bak kata Ummi “ belajaq dulu…jauh lagi perjalanan..” hahaha
Tergelak aku terbayangkan kata-kata Ummi pada satu petang tatkala aku disuruh oleh adik aku yang kecil untuk berkahwin. Permintaan itu, Ummi dengar dan lantas kata-kata tadi dituturkan..Awal..terlalu awal..Ya Allah, peliharalah masa depanku..Amin…

Sunday, November 23, 2008

YOGA HARAM

Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini mengharamkan umat Islam mengamalkan yoga secara sistematik, yang melibatkan unsur-unsur fizikal dan spiritual kerana ia bertentangan dengan syariat Islam.

Pengerusinya Datuk Dr Abdul Shukor Husin bagaimanapun berkata, amalan fizikal iaitu senaman dalam yoga, tanpa adanya unsur-unsur mentera dan pemujaan pada zahirnya tidak menjadi kesalahan.

Namun, menurut laporan Bernama, beliau berkata, ia tidak digalakkan kerana dikhuatiri boleh menghakis akidah seseorang Muslim memandangkan ia merupakan salah satu komponen daripada keseluruhan amalan yang diharamkan itu.

"Amalan yoga yang berasal dari masyarakat Hindu mempunyai tiga peringkat, peringkat pertama adalah fizikal iaitu senaman, peringkat kedua adalah mentera dan pemujaan bagi mendapatkan ketenangan dan peringkat ketiga adalah penyatuan diri dengan tuhan.

"Oleh itu ahli muzakarah bersetuju memutuskan bahawa apa jua jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut adalah dilarang dan bertentangan dengan ajaran Islam," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Abdul Shukor berkata perkara itu diputuskan dalam persidangan Anggota Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan ke-83 yang bersidang 22-24 Oktober lalu di Kota Bharu, Kelantan, dan akan dipanjangkan kepada majlis-majlis agama negeri untuk diwartakan.

Selain Malaysia, amalan yoga telahpun diharamkan di Singapura dan Mesir, katanya.

Abdul Shukor berkata, pada peringkat ini, program kesedaran mengenai amalan itu akan diperluaskan ke seluruh negara melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Beliau turut menasihatkan masyarakat Islam supaya berhati-hati dan berwaspada dengan perkara-perkara yang boleh memesongkan akidah, serta perlu mengkaji secara mendalam mengenai sesuatu amalan sebelum melakukannya.

Beliau berkata terdapat banyak amalan lain dalam Islam yang boleh dilakukan bagi menjaga kesihatan dan mendapatkan ketenangan termasuk mengamalkan sembahyang dan berzikir.

Yoga merupakan satu pakej senaman yang telah diamalkan sejak 3,000 tahun sebelum Masihi dan dikatakan boleh melambatkan penuaan, mengurangkan risiko kencing manis, lelah dan penyakit jantung.

-MALAYSIAKINI.COM

Tuesday, October 28, 2008

DIARI 271008-AKU, LAUT DAN BEBOLA IKAN

Sedari sedar aku daripada tidur,aku terus mencapai telefon bimbit aku untuk melihat kalau-kalau ada mesej yang terpapar dan jangkaan aku tepat kerana aku mendapat sebuah mesej daripada seorang teman lama.."woi jadi ka tak??kalo jadi,mai umah aku dulu."
aku dengan segera bersetuju dan berasa amat gembira kerana sekali lagi masa aku di rumah terisi dengan plan yang dirancang oleh rakan aku itu.Rancangan apa?Aku segera bersiap dan menuju ke rumah kawan aku itu.Kami ke tempat yang dirancang dengan menaiki motosikal.Ke mana?Perjalanan yang agak membosankan itu diselang-selikan dengan gurauan yang dicipta sendiri oleh rakan aku yang membonceng di belakang.Beberapa minit kemudian,kami tiba di destinasi yang di tuju-KEDAI NASI KANDAR.Menurut tuan empunya idea,kedai makan ini merupakan kedai makan yang terkenal bagi penduduk setempat.Makanan yang disediakan hanya nasi beramuankan resepi rahsia yang dicipta oleh tukang masak.Ternyata hidngan sarapan pagi merangkap makan tengahari yang aku pesan begitu enak.Setelah selesai aku pulang ke rumah.Pada sebelah petang selepas selesai berdating* aku bercadang untuk mengambil angin di tepi pantai namun setibanya aku di sana keadaan agak begitu mengecewakan.Kawasan sekitar telah dipenuhi oleh orang banyak dan bakal menimbulkan suasana tidak selesa.Tanpa berlengah aku terus beredar tanpa hala tuju.Di sepanjang perjalanan aku menuju ke entah kemana,aku memperlahankan motosikal yang ditungganag sambil memerhati laut di sebelah kiri.Di sepanjang deretan pantai itu,aku mendapati banyak motosikal yang tidak berpenghuni di parkir di kawasan tepi pantai.Aku dapat jangkakan apa yang berlaku.Anak muda..Pasangan lelaki perempuan..Tidak perlu diurai panjang.........Setelah agak lama,aku memberhentikan motosikal di suatu tempat.....
-Bersambung

*sembahyang

Monday, October 27, 2008

PRK KUIS:CALON-CALON DIMINTA BERSIH DARI 'COUPLE' DAN AKHLAK BURUK

Beberapa purnama lagi(beberapa bulan lagi),Kolej Universiti Islam antarbangsa Selangor sekali lagi bakal memperlihatkan satu lagi perang poster diantara calon-calon yang bertanding bagi merebut kerusi di dalam perebutan jawatan di dalam organisasi pimpinan pelajar,MPM.Berdasarkan pengalaman lepas,calon yang agak bermasalah dan memberanikan diri bertanding mendapat kritikan hebat dari kalangan mahasiswa kuis.Contengan dan koyakan poster calon dilihat sebagai,normal.Hal ini hanya mengundang rasa tidak puas hati bagi pelajar yang tidak bertanding dan rasa kecewa bagi individu yang gambarnya di dalam poster di koyak-koyak.Bagi saya,beberapa langkah awal perlu diambil bagi individu yang bermasalah yang ingin bertanding dalam PRK kali ini.Yang pertamanya PERBAIKI DIRI DAN BANYAKKAN MELAKUKAN AMAL KEBAIKAN.Yang kedua JANGAN JADI HIPOKRIT.Yang ketiga BERSIH DARI MASALAH COUPLE.Yang keempat MEMILIKI HUBUNGAN BAIK DENGAN PELAJAR DAN PENSYARAH.Yang kelima BERAZAM MEMPERJUANGKAN NASIB MAHASISWA YANG TERTINDAS dan yang terakhir JANGAN JADIKAN JAWATAN YANG AKAN DISANDANG SEBAGAI SESUATU YANG PERLU DIBANGGAKAN TETAPI SEBAGAI SATU AMANAH YANG AMAT BERAT.
Diharapkan PRK yang tak ubah seperti pemilihan ketua pengawas sekolah kali ini,dapat memperlihatkan kematangan calon-calon yang bertanding khususnya dan warga pengundi umumnya.

Sunday, October 12, 2008

BULAN RAMADHAN BUKAN BULAN MENGUJI BAKAT LAKONAN

Hari ini kita sudah berada beberapa hari di dalam bulan Syawal. Madrasah Ramadhan yang telah meninggalkan kita berjaya kita lalui dengan AGAK cemerlang. Dan,tumpuan kita kali ini adalah untuk melihat sejauh mana pengalaman didalam Madarasah ramadhan ini diaplikasikan bukan sahaja kepada individu tetapi mampu menyumbang kepada orang banyak. Jika didalam Madrasah Ramadhan yang lalu kebanyakan daripada orang banyak segan untuk melakukan kesalahan, adakah keseganan ini turut akan dirasai di luar Madarasah Ramadhan??Sejauh mana penjagaan tingkah laku dalam bulan mulia itu kerana bimbang mengurangkan pahala puasa akan menjadi ‘alarm’ apabila berada di luar bulan mulia itu?? Bagi mereka yang pada awal Ramadhan begitu ‘warak’ dan selepas berlalunya Ramadhan berubah menjadi ‘waROCK’, mereka hanya sekadar berlakon seperti lakonan air mata di kaca televisyen(menangis,selepas selesai sesi pengambaran,ketawa bersuka ria). Tindakan individu malang ini juga boleh dispesifikasikan sebagai HIPOKRIT!! Seharusnya tarbiyah yang telah disediakan Madrasah Ramadhan boleh menjadikan kita lebih baik berbanding sebelum kita memasuki mdrasah itu.Renung-renungkanlah..


STOP BEING AN ACTOR

Friday, September 26, 2008

don't go ramadhan...

alhamdulillah,bersyukur kehadrat Allah kerana masih diberi kesempatan kepada kita semua untuk terus berada dalam bulan yang suci,bulan yang berkah,bulan yang mulia-BULAN RAMADHAN..sewaktu blog ini ditulis,Ramadhan mengingatkan umat islam kehadirannya kali ini berbaki 4 hari..4 hari lagi Ramadhan akan meninggalkan kita.Rata-rata masyarakat menggunakan baki hari yang ada dengan membuat persiapan raya.Anak-anak kecil begitu gembira mengenangkan bulan yang tidak membolehkan mereka untuk makan dan minum akan berlalu pergi dan akan tiba satu bulan yang akan disambut dengan penuh rasa gembira.Bagi sesetengah golongan remaja dan dewasa,waktu inilah waktu yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk membeli baju-baju baru,seluar-seluar baru dan sebagainya.Golongan-golongan senja yang sememangnya sudah merasai keseronokn itu sewaktu zaman muda mereka dulu,waktu berbaki 4 hari dianggap sebagai waktu yang singkat untuk merebut bonus yang dijanjikan oleh Allah sebagai bekalan untuk mereka.Rancangan-rancangan televisyen bersepah dengan iklan-iklan raya.Lagu-lagu raya mula rancak berkumandang di corong-corong radio.Yang kaya nampak ceria,yang susah terpaksa pasrah.itulah realiti orang banyak.Masing-masing mempunyai pendapat dan kesedaran tersendiri.Dalam hal ini,aku ada kesedaran aku sendiri.Selepas solat tarawikh,sekadar cukupkan 8 rakaat,aku sering duduk-duduk di belakang masjid sambil melihat orang banyak meneruskan solat witir.Waktu itu aku gunakan sebaik mungkin untuk mengelamun dan berfikir.Aku merasakan bahawa Ramadhan kali ini tidak bermakna bagi aku.Aku rasa kosong dalam Ramadhan.Aku merasakan hanya mendapat lapar dan dahaga dalam sesetengah hari dalam ramadhan kali ini.Aku merasakan Ramadhan tahun lepas lebih baik dari tahun ini.Aku merasakan Ramadhan berlalu begitu cepat tanpa sempat aku mengambil apa-apa dari Ramadhan.Aku merasakan Ramadhan kali ini aku sibukkan dengan perkara lain yang sememangnyaa aku lebih utamakan berbanding Ramadhan.Apa yang pasti,Ramadhan hampir meninggalkan aku dan kita semua.Kalau boleh aku nak tebus kembali kebobrokan ramadhan aku kali ini..Macam mana??Kena tunggu tahun depan tapi nak ka Allah bagi aku berada dalam Ramadhan akan datang??Namun,aku masih memiliki 4 hari!Aku akan cuba sebaik mungkin dalam mengisi hari-hari akhir aku dalam Ramadhan kali ini.Bagi mereka yang berpuasa,jangan sekadar berpuasa.Penilaian harus turut diberikan kepada puasa kita walaupun yang menilai puasa seseorang dinilai oleh tuhan..Mrilah sama-sama kita gunakan kesempatan yang diberikan ini untuk beribadah kepada Allah mudah-mudahan mendapat ganjaran yang berharga di sisi Allah..

Sunday, September 21, 2008

untuk remaja yang bercinta..dari seseorang..

Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa
dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh
apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada
saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya
khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa
saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya
sendiri untuk hari-hari kemudian.
Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan
disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh
hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk
dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping
hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh
mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting
wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak
dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk
itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa
syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah
orangnya.

Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian
tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari.
Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali
wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah
belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan
saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita
kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki
berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk
memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir
beberapa kali.

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk
mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar.
Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah
perkenalan kami bermula.

Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa
mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya.
Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia
amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun
dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman
dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya
amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara
ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia
sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan
maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali
dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan-
panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa
punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi
dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya,
itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan
orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata
walau sepatah.

Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang
perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua
itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu
siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya
bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping
saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan
respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali dengan lebih
dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang
boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok
semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah
lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan
rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak
pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu
daripadanya.

Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan
menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut.
Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan
lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia.
Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah
yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej-
mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan
kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.

Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas,
ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa
suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi
akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.

Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu
perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya
sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan
saya pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat
saya tak mampu membalas walau sepatah.

"I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing
right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is
permitted. But I know there's no relationship between male and
female except for what is very important and official between them.
So, may I know what kind of relationship you are having now and I
want to hear it from your mouth that it is legal in what you have
been learning until now."

"Not a single phrase, nor a word."

"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you
can never build it on what Allah has stated as wrong and proven
false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and
blessed family come from Allah, and you don't even have anything to
defend it as blessed if the first step you make is by stepping into
what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah
doesn't help you so, and you must know in every family that stands
until their dying day, they have Allah on their side. You can't
expect Him to help you if you did the wrong step from the very
beginning."

Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu
kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan
kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang
dipanggil fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia.
Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam
lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali
selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya
pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada
satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama
dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu
untuk menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan
saya kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini.

Ummi berkata:

"It's not me who want you to make a decision like this, but Allah
tells you so."

Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan
itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat
faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti
mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta
maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan
saya, tetapi ummi memberi isyarat, janganlah bimbang. Andai ada
jodoh kamu berdua, insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan
yang jauh lebih baik dari sekarang.

Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan
hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap
kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh
perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami
muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala
kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali
cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah
yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami
insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah
sudi maafkan kami.

Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu
melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu
yang tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku.

Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah
berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan jadi teman hidup
saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri
telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana
mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir
dalam hidup saya. Insya-Allah, sekiranya Allah s.w.t panjangkan
umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan
kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati
saya. Insya-Allah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya akan
berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya.

"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia
sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita
tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang
seumpamanya."

Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara
lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s
dan puteri Nabi Syuaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?

-got it from someone from the internet-

Thursday, July 10, 2008

DIARI 90708-AKU, LAUT DAN BEBOLA IKAN


Hari ini , sekali lagi aku berada di tepi laut berdekatan dengan sebuah pusat membeli belah yang agak terkemuka di negeri kelahiran aku.Setibanya aku di sana, aku singgah sebentar di sebuah gerai untuk membeli juadah ringan seperti bebola ikan,ketam dan sebagainya dan kemudian aku memilih tempat yang sesuai untuk menikmati juadah dan melihat salah satu kebesaran Allah yang kadang kala boleh menenangkan hati yang gundah gulana..Sengaja aku memilih untuk berada di sini kerana berdasarkan pengalaman yang lepas,aku berasa gembira dan lebih bermotivasi setelah pulang ke rumah.Entah mengapa tiba-tiba aku teringatkan janji aku kepada Sang Pencipta..JANJI UNTUK BERUBAH..Janji yang aku rasa aku nukilkan sewaktu aku berada disini juga dulu..Janji yang tidak dapat aku tunaikan..Tiba-tiba aku menjadi malu kepada tuhan yang menciptakan aku.Payah sungguh aku rasakan untuk beristiqomah..Hampir saja aku menitiskan air mata mengenangkan kesalahan dan dosa yang telah aku lakukan..Itulah aku..hanyut , insaf dan hanyut semula..YA ALLAH BERIKAN AKU KEKUATAN UNTUK BERISTIQOMAH DALAM BERIBADAH KEPADA-MU.PANDANGLAH AKU DENGAN PANDANGAN NIKMAT-MU.REDHOKANLAH KEHIDUPAN KU YA ALLAH..-bersambung-

Wednesday, July 9, 2008

Sunday, July 6, 2008

Krtikan kepada segelintir pendakwah(TABLIGH)

Seorang pensyarah pernah bercerita bahawa di kawasan tempat tinggal beliau sering didatangi oleh sekumpulan 'tabligh' pada waktu pagi. Keadaan ini menimbulkan rasa kurang selesa golongan suri rumah yang rata-rata suami keluar bekerja pada waktu itu. Di mana letaknya 'hikmah' dalam berdakwah??apa yang kamu faham wahai tabligh-tabligh tentang adab??Ini baru satu isu...Isu seterusnya, zuhud tak bertempat.soal zuhud sila buka majalah al-islam edisi jun 2008 kerana banyak disentuh soal zuhud di situ. mungkin minda zuhud yang dibawa oleh segelitir 'tabligh' ini hanya tertumpu kepada kesederhanaan dari aspek pemakaian sehingga kadang-kadang boleh membawa fitnah kepada agama.."nak berdakwah kt org tapi diri pun tak terurus...." kadang-kadang ada yang sampai mengorbankan tanggumgjawab sebagai seorang suami dan ayah apabila tabligh yang mempunyai status ayah dan suami terpaksa keluar berdakwah untuk tempoh yang lama..tabligh dan takbalik..namun tidak semua tabligh yang berdepan semua permasalahan di atas..yang ikut dan melibatkan diri dalam dunia tabligh ini dan masih menjaga suasana dan keadaan, tahniah!! tolong tunjukkan contoh yang baik kepada orang lain agar usaha anda tidak dipersoalkan kelak..

POLITIK DALAM MASJID-apa masalahnya??(sekadar pandangan)

beberapa pertubuhan NGO telah menyerahkan memorendum kepada seorang sultan berkenaan bantahan atau lebih mudah, TAK PUAS HATI dengan sikap segelintir rakyat yang mempergunakan masjid sebagai medan untuk berpolitik.Tindakan yang dilakukan itu menunjukkan masih ada msyarakat yang gersang dari sudut pemikiran dan bersikap 'narrow minded' dalam menilai keberkesanan dan boleh dianggap sebagai konspirasi untuk memburukkan sesetengah pihak. Pada pandangan saya ,POLITIK, ISLAM DAN MASJID tidak dapat dipisahkan. Perkembangan Islam itu sendiri sebahagiannya berkembang melalui politik dan pada zaman Rasulullah, masjid bukan sahaja menjadi tempat untuk bersolat semata-semata malah masjid dijadikan tempat untuk pelbagai aktiviti lain termasuk berpolitik. Tiada Putrajaya pada zaman baginda Rasulullah, tiada dewan parlimen pada zaman Rasulullah. Jadi pada waktu itu masjid dilihat sebagai satu tempat yang sesuai untuk berpolitik dan hasilnya , islam berkembang keseluruh pelusuk dunia dan pernah membentuk sebuah kerajaan yang disegani dan digeruni. Justeru , ubah cara berfikir dan sudah-sudahlah mencari kesalahan orang lain.

Wednesday, June 25, 2008

AUKU dan ketertinggian Perlembagaan Malaysia

Menurut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia ada dinyatakan tentang kebebasan untuk berpersatuan didalam artikel 10(c)..Dinyatakan juga di dalam sebuah akta yang menjadi agak kontroversi yang menjadi punca mahasiswa menjadi lemah dan kurang aktif, iaitu AUKU(akta universiti dan kolej universiti)..Antara peruntukan yang mengekang sedikit sebanyak pergerakan mahasiswa adalah melalui seksyen 15 (1)(2)(3)(4). Namun harus dipersoalkan sejauh mana akta kecil ini mampu untuk menandingi peruntukan di dalam Perlembagaan Malaysia?Peruntukan auku berkenaan bercanggah dengan artikel 10 Perlembagaan Persekutuan..Perlu diingat di sini bahawa Malaysia mengamalkan prinsip ketertinggian perlembagaan.Mana-mana undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah terbatal dan tidak sah! Tidak keterlaluan sekiranya AUKU dikatakan sebagai akta zalim dan menindas..Sudah tiba masanya akta ini diberi nafas baru atau dimansuhkan terus dari digunakan terhadap mahasiswa..

Friday, June 13, 2008

Sejauh mana pendekatan dakwah hari ini mempengaruhi remaja?

Sering kali kita melihat telatah-telatah anak muda remaja dalam negara yang semakin hari semakin menjadi-jadi dan amat membimbangkan. Mana mungkin mereka ini mampu untuk menjadi pewaris kepimpinan dalam negara suatu hari nanti jika mereka terus dengan keadaan 'bahagia' mereka. Cuba bayangkan, keadaan di Parlimen sekiranya pemimpin-pemimpin masa depan yang akan dipilih terlibat dengan gejala dadah, rempit dan sebagainya. silap hari bulan, sidang Parlimen akan bertukar menjadi tempat untuk memuaskan nafsu gian masing-masing. Dalam hal ini, keberkesanan pendekatan dakwah dan tarbiyah kepada remaja harus dipersoalkan. Adakah dakwah, tarbiyyah, pengajaran yang disampaikan tepat, betul dan berhikmah? Ingat! Mereka-mereka yang terlibat dengan gejala yang tidak sihat dan tidak bermoral ini merasakan bahawa apa yang mereka lakukan adalah betul kerana kurangnya ilmu berkaitan halal dan haram dalam kehidupan.. Pengalaman duduk di majlis-majlis ilmu(ceramah agama) membuktikan kepincangan wujud dalam usaha untuk menyedarkan masyarakat terutama golongan remaja yang bermasalah. Kebanyakan hadirin yang hadir adalah terdiri daripada golongan-golongan veteran dan agak berusia sahaja. Kalaupun ada anak-anak muda yang hadir ,bilangan mereka adalah amat sedikit dan kebanyakan dari mereka mempunyai latar belakang agama yang agak 'OK'. Dalam hal ini, di mana mat-mat ganja?Di mana mat-mat rempit? Golongan-golongan seperti inilah yang harus berada dalam majlis-majlis seperti ini untuk menyedarkan mereka tentang permasalahan hidup mereka yang perlu diperbetulkan. Dalam era yang serba moden ini, masyarakat remaja yang bemasalah memerlukan sesuatu yang baru dan kontemporari untuk kesedaran mereka. 'REFORMASI' dalam pendekatan dakwah kepada mereka perlu diteliti dan diperhalusi dengan secepat mungkin agar mereka tidak tersimpang terlalu jauh. Penceramah-penceramah perlu memikirkan langkah-langkah yang relevan dalam usaha mereka untuk menarik minat remaja yang bermasalah ini..

Tuesday, June 3, 2008

'Selamat dikebumikan' tak semestinya selamat dalam kubur..

"Baguslah, Allayarham dah selamat dikebumikan...."
Kita sering dengar ayat seperti di atas apabila menyentuh soal kematian samada daripada golongan atasan sehinggalah ke golongan bawahan..Tapi sedarkah kita , setelah selesai sahaja urusan pengkebumian, si mati bakal berhadapan dengan satu lagi ujian getir yang bakal ditempuhi yang menentukan nasib seseorang di alam kubur sama ada aman atau sebaliknya.. Penulis amat yakin bahawa kita sering dipertontonkan dengan filem-filem berunsur teladan yang mana sesuatu watak yang misalnya melakukan dosa di ats muka bumi maka watak itu akan menghadapi kesukaran sewaktu matinya(kesukaran sewaktu dikebumikan dan sebagainya).. Dalam dunia realiti, mungkin jarang perkara-perkara seperti itu berlaku namun itu tidak menjanjikan apa-apa dan bukan sebagai jaminan untuk selamat daripada ujian di dalam kubur.. Namun InsyaAllah, segala ujian itu dapat dilalui denagan 'lancar' sekiranya kita sewaktu hidup ini mempunyai bekal yang mencukupi untuk dibawa bersama ke dalam kubur. Bukan bekalan berupa harta benda, tetapi amal-amal kebaikan yang kita lakukan di bumi Allah ini. Nasihat penulis , muhasabahlah diri setiap masa . Renungkan berapa banyak amal yang kita lakukan dan apa bekalan yang akan kita bawa sekiranya kita ditakdirkan untuk mati pada saat ini..Syurga ? Neraka? Pilihan di tangan anda...

Saturday, May 31, 2008

kuntum khoiro ummah..

Melihat kepada reliti remaja terutama golongan mahasiswa dan mahasiswi di IPT-IPT awam dan swasta di malaysia, adakah 'title' KUNTUM KHOIRO UMMAH ini sesuai 'dipakai' oleh mereka??
Kadang-kadang kita termalu sendiri apabila mengenangkan perkara-perkara bodoh yang mereka lakukan sehngga kadang-kadang ISLAM mereka itu boleh dipertikai..Dalam kampus lain,luar kampus lain..berkopiah dan bertudung labuh di dalam kampus tetapi berseluar pendek dan berskirt di luar kampus. Pasangan berzina di dalam tandas, buang anak , gejala dadah dan sebgainya rata-rata melibatkan bangsa melayu islam..Dalam hal ini,siapa yang harus dipersalahkan?rektor?pihak kolej atau universiti?Barisan kepimpinan pelajar?ibu bapa?atau diri sendiri? Hal ini perlu di ambil serius oleh semua pihak dan 'sterns action' perlu dilakukan dengan segera.. Siswa siswi islam di IPT-IPT awam dan swasta tak ubah seperti pelajar-pelajar di barat(tak semua).." kalau nak baratkan anak2 tak payah hantar ke luar negara, hantar je ke IPT di....yang terkenal dengan sistem westernize budak-budak melayu.." dapat saya katakan disini baahawa pelajar-pelajar yang terlibat dengan perkara-perkara bodoh ini adalah disebabkan mereka tidak jelas tentang matlamat mereka di tempat pengajian. Mereka lebih tertumpu kepada perkara-perkara melalaikan berbanding perkara-perkara yang merupakan tanggungjawab mereka..teringat saya akan satu hadis nabi Muhammad yang menyentuh soal kualiti ummat pada akhir zaman..

"the people will soon summon one another to attack
you as people when eating invite others to share their dish

someone asked

"will that be because o our small number at that time?

He(the prophet) replied

No, you will be numerous at that time but you will be scum and rubbish carried down by a torrent and Allah will take away fear of you from the breast of your enemy and place Al-Wahan(enervation)
into your hearts."

someone asked

"What is al-wahan?Apostle of Allah."

He replied

"Love ad-dunia (the life) and dislike of death..

Senang cerita, umat akhir zaman yang di gambarkan oleh Rasulullah adalah dari kuantiti yang banyak tap tiada kualiti. Bangunlah sahabat-sahabat..Umat islam terutama golongan pelajar dan remaja seharusnya dapat menjadi contoh yang baik kepada bangsa agama lain dan jangan biarkan perlakuan kita menjadi fitnah kepada agama kita sendiri.CHAIYUK!!

FITNA ADALAH FITNAH

PENYIARAN filem pendek Fitna yang menunjukkan bahawa Islam adalah agama keganasan dan mengajar keganasan dibantah seluruh umat Islam di dunia. Hasil kerja seorang ahli parlimen Belanda, Gert Wilders atas nama kebebasan bersuara membawa satu agenda jahat memburukkan Islam dan menimbulkan keresahan dalam perhubungan antara agama. Bagi yang prihatin, keharmonian antara penganut agama adalah suatu yang suci dan perlu dijaga.

Justeru, umat Islam di beberapa negara menunjukkan bantahan dengan pelbagai cara menzahirkan penentangan serta rasa tidak setuju terhadap penyiaran filem pendek itu. Kita tidak menghalang kebebasan bersuara tetapi kita menentang penyalahgunaan kebebasan itu sehingga memburukkan agama lain termasuklah Islam.

Sesetengah negara Islam menunjukkan bantahan terhadap kebiadaban itu dengan tindakan memboikot barang dihasilkan dari Belanda. Kita bersetuju dengan pemboikotan, semoga ia memberi kesan halus kepada mana-mana pihak bahawa keharmonian antara agama di seluruh dunia perlu dipertahankan.

Usaha memburukkan Islam dengan memetik beberapa ayat al-Quran yang memerintahkan umat Islam mempertahankan diri apabila diperangi dijadikan dasar bahawa Islam menyuruh penganutnya berlaku ganas. Ia akhirnya boleh membawa kepada perasaan takut orang bukan Islam terhadap Islam dan merebak sehingga menghasilkan perasaan benci pula kepada umat Islam.

Jika diperhatikan, bermula dengan peristiwa 11 September 2001 iaitu serangan ke atas Pusat Perdagangan Dunia (WTC) di New York sehinggalah pengeboman 7 Julai 2005 di London, kemudian di Mesir, Turki, diikuti beberapa insiden di seluruh dunia, meninggalkan titik hitam kepada sejarah tamadun moden manusia. Simptom 'Islam-phobia' atau ketakutan kepada Islam dan umatnya disebarkan dan Muslim terus dipersalahkan serta terus dikaitkan dengan keganasan yang berlaku.

Penyiaran filem pendek Fitna adalah kesinambungan menyalahkan umat Islam atas keganasan yang berlaku dan dasar analisis mereka adalah Islam mengajar umatnya berbuat begitu. Selama bertahun lamanya, media Barat menunjukkan imej negatif mengenai orang Islam sebagai pengganas dan masyarakat belum bertamadun. Bahkan, atas alasan menangani keganasan jugalah Amerika masuk dan menyerang Afghanistan serta Iraq.

Adakah benar Islam mengajar keganasan? Apakah benar umat Islam orang yang keras dan ganas kerana agama mendidiknya begitu? Apakah Islam mengamalkan sikap tertutup sehinggakan umatnya tidak boleh duduk semeja untuk berbincang atau berdialog dengan lain-lain agama?

Islam adalah agama mengajak kepada perdamaian dan hidup secara harmoni. Bukan saja kepada sesama pengikutnya bahkan seluruh makhluk yang wujud di alam ini. Perkataan Islam itu sendiri datangnya daripada kalimah 'salama' yang bermaksud aman, sejahtera, patuh dan penyerahan diri. Perasaan toleransi sesama manusia juga menjadi tumpuan penting dalam ajaran Islam.

Islam tidak menganjurkan keganasan dan tidak mengajar umatnya membenci penganut agama lain sebagaimana digambarkan media barat dan filem Fitna itu. Bahkan, umat Islam diminta untuk berurusan secara harmoni dengan bukan Islam dan melayani mereka dengan baik. Islam turut menyentuh umatnya beramal dengan sifat lemah lembut, berbincang dan berdialog dengan baik, waras dan tersusun.

Islam turut menekankan konsep persaudaraan dan ukhuwah yang baik. Allah sendiri bersifat dengan sifat mutlak yang Maha Pengampun, Maha Pemurah dan Maha Mengasihani terhadap hamba-Nya. Allah tidak menyuruh umat Islam melakukan keganasan dan kekerasan. Tetapi pada masa yang sama al-Quran mengajar setiap kita mempunyai maruah, harga diri dan kesabaran kita juga ada tahapnya. Apabila agama dan maruah umat Islam dicerobohi dan diperangi, kita berhak mempertahankan diri.

Apakah mungkin apabila harta benda kita dirompak, kita hanya berdiam diri dan melihat saja? Apakah mungkin apabila anak perempuan kita dirogol, kita melihatnya dengan pandangan sayu tanpa bangun mempertahankan hak? Adalah suatu yang tabii bagi insan untuk bertindak apabila hak dan harga dirinya dicabuli.

Dalam hal ini, apabila Islam diperangi, maruah agama dicemari, maka Islam meletakkan peruntukan bahawa umat Islam boleh bangun bertindak apabila agama dan maruah diri dicabul. Namun begitu, kita dilarang mengikut emosi membabi buta dan melampaui batasan. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan perangilah mereka yang memerangi kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Kerana Allah menyukai orang yang tidak melampaui batas." - (Surah al-Baqarah, ayat 190)

Ini menunjukkan ayat al-Quran yang dipetik dalam filem Fitna sebenarnya menyentuh mengenai peruntukan mempertahankan diri selepas kita diperangi. Penerbit filem itu silap kerana menjadikan ayat ini sebagai dasar hujahnya bahawa Islam sebenarnya menggalakkan umatnya memerangi dan melakukan keganasan. Jika dirujuk kepada sejarah silam, Rasulullah SAW menekankan konsep bermaafan, lemah lembut, menjaga akhlak dan tingkah laku hatta ketika berada di medan perang.

Apabila Baginda SAW menghantar tentera mempertahankan maruah agama, Rasulullah SAW berpesan yang bermaksud: "Janganlah kamu membunuh orang tua yang uzur dan jangan kamu membunuh kanak-kanak kecil dan wanita dan janganlah melampaui batas. Kumpulkanlah harta perang, buatlah kebaikan, berlaku ihsanlah sesungguhnya Allah mencintai orang yang berbuat ihsan." - (Hadis riwayat Abu Daud)

Islam adalah ajaran yang positif, bersifat terbuka dan menggalakkan perdamaian serta kemaafan. Keterbukaan Islam ditunjukkan apabila Islam bukan saja menganggap semua Muslim sebagai saudara, bahkan Islam turut bersedia menerima orang bukan Islam yang tidak membenci dan memerangi Islam sebagai umat yang satu dan hidup bersama secara harmoni.

Islam juga melarang sama sekali umatnya memburukkan agama lain dan menghina tuhan agama lain kerana ia boleh membawa tindakan balas sehingga Allah pula dihina oleh penganut agama lain. Islam tidak pernah mengajar umatnya menghina Jesus yang dimuliakan orang Kristian, begitu juga Islam tidak pernah menyuruh umatnya menghina Gautama Buddha, menghina mana-mana agama tetapi mengajak perbincangan ke arah keharmonian hidup sesama insan.

Apa yang diketengahkan adalah perbincangan, dialog perbandingan agama dengan mengemukakan hujah dan keterangan mengenai kebenaran Islam tanpa menghina mana-mana agama. Oleh itu, adalah silap mana-mana pihak menganggap Islam ajaran mengajak kepada keganasan dan kekerasan, sedangkan Islam menganjurkan perdamaian, ketulusan hati, kemaafan, toleransi dan lemah lembut dalam melayani sesama manusia.

-Penulis adalah Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)-

lirik lagu ALBI NADAK dalam B.MELAYU

Hanya padamu...
Diri ini hanya milikmu
Datanglah dekat
Air mataku mengalir
Mengharapkan mu

Hanya padamu...
Dan jiwaku padamu
Wahai kasihku usia kita,usiaku
Seluruh hidupku untukmu

Cintamu adalah hayatku
Dirimu buat kita bercinta sebenar2 cinta
Hatiku disini, keindahanmu millikku
Jadi bersatu

Hatiku memanggil
Harapkan engkau sentiasa kekal
Hanya dirimu
Selepas bertahun lihatlah sayang
Kita berjumpa di sini dan bersama
Airmataku mengalir keranamu
Engkaulah kekasih, hidupku hanya untukmu
Seluruh hidupku, usiaku..
Kerna matamu, aku serahkan segalanya

Apa yang daku harapkan
Indahnya kau disisi bersamaku selamanya
Katakanlah kepadaku..
Diri ini..sekian lama mengharapkan
Hati ini, perasaan ini
Bersama hati dan perasaanmu

penipuan dalam KAYU KOKKA

Tiada dalil sahih yang mengatakan bahtera dan tongkat itu diperbuat daripada kayu Kokka, namun tiada juga dalil sahih yang mengatakan bahtera dan tongkat itu tidak diperbuat daripada kayu Kokka. Tiada juga dalil sahih yang menyatakan tongkat dan bahtera tersebut diperbuat daripada jenis kayu jati, cengal, berlian, balak dan sebagainya.

Di dalam sebuah artikel muka penuh Berita Harian bertarikh 31 Disember 2005 menyatakan, menurut fakta & sumber hasil kajian arkeologi bahawa Bahtera Nabi Nuh atau Noah Ark's itu diperbuat daripada kayu jenis Kokka (Gopher) yang sukar ditemui. Kayu tersebut juga menjadi bahan utama membuat bahtera dan ketahanannya menghadapi pelbagai keadaan cuaca dan alam semula jadi. Keputusan ujian makmal pada Jun 1987, membuktikan ia mengandungi logam & fosil (tinggalan tumbuhan atau haiwan dalam kerak bumi yang wujud semenjak dari zaman geologi lalu). Penemuan Dr Ronald Eldon Wyatt mendakwa menemui dan membuktikan kewujudan bahtera Nabi Nuh dengan menggunakan radar Geophysical Survey Systems Incoparated (GSSI).

Ramai telah menggunakan kayu Kokka dan merasai keberkesanannya. Ada segelintir yang menggunakan kayu Kokka dan tidak merasai keberkesanannya. Ada juga yang menggunakan kayu Kokka namun tidak menyedari keberkesanannya. Ada dikalangan mereka yang tidak menggunakan kayu Kokka kerana tidak tahu mengenainya. Samada ia berkesan atau tidak, semua bergantung kepada amalan individu tersebut disertai keizinan dari Allah SWT dan bukan kerana kepercayaan bahawa kayu Kokka itu berkhasiat semata-mata. Ini semua telah terbukti menurut pengalaman si pemakai.

Nabi Musa as. memiliki mukjizat dan tongkat beliau juga adalah mukjizat disebabkan beliau adalah seorang Rasul. Bagi manusia biasa, kita mempercayai bahawa kayu Kokka mempunyai kelebihan yakni bukanlah mukjizat. Kita juga sedia maklum bahawa manusia biasa tidak memiliki mukjizat namun dengan amalan kita dan gandingan kelebihan yang ada pada kayu Kokka disertai dengan keizinan Allah SWT yang akan membuahkan keberkesanannya.

Allah SWT jualah Pemilik kuasa yang mutlak di atas segalanya.

Adalah wajar jika penjualan kayu Kokka yang berleluasa pada masa kini dikawal. Tidak dinafikan ada peniaga mengambil kesempatan dengan mengada-adakan cerita yang tidak boleh diterima akal mengenai kelebihan kayu Kokka. Ianya boleh menyebabkan ramai orang keliru dan tertipu serta menyebabkan penyelewengan aqidah kerana tidak mendapat penerangan dan pemahaman yang jelas tentang definisi penggunaannya.

Darul Nu'man - 30 11 2006

MENGAPA SEBEGITU MUDAH??

Saban hari negara sering dihangatkan dengan isu-isu panas terutama daripada golongan artis dalam negara sehinggakan kes kehilangan kucing pun turut dipaparkan!Ini realiti dalam negara yang kadang-kadang hampir muak dan meluat penulis membacanya..namun ada sesuatu yang amat menarik minat penulis untuk mengupas dengan panjang lebar iaitu soal MASALAH RUMAH TANGGA bukan sahaja dari golongan artis tetapi turut melibatkan golongan bukan artis,tak lain tak bukan........PENCERAIAN...Kita sedia maklum bahawa perkahwinan merupakan suatu tuntutan fitrah manusia yang inginkan kepada kehidupan berpasangan dan perkahwinan merupakan jalan yang terbaik bagi menentukan 'status' pasangan terbabit..Antara dalil yang berkaitan dengan tuntutan perkahwinan adalah seperti sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud "WAHAI ORANG-ORANG MUDA,SESIAPA DI ANTARA KAMU YANG MAMPU BERKAHWIN MAKA HENDAKLAH DIA BERKAHWIN KERANA IA(IAITU PERKAHWINAN)ITU DAPAT MENGAWAL MATA DAN KEMALUAN.BARANGSIAPA YANG TIDAK MAMPU MAKA HENDAKLAH DIA BERPUASA KERANA PUASA ITU AKAN MENJADI PENJAGA BAGINYA(RIWAYAT AL-JAMA'AH TERMASUK BUKHARI).Namun kadang-kadang perkahwinan sesebuah pasangan tidak kekal panjang kerana berpunca dari pasangan itu sendiri terutama dari kaum wanita..Kesilapan yang dilakukan adalah terjadi sewaktu sebelum berkahwin lagi(kes-kes di mahkamah syariah,90% adalah melibatkan kaum wanita terutama dalam soal tuntutan nafkah dan sebagainya). Perkara ini diceritakan sendiri oleh seorang peguam syarie apabila mengendalikan kes-kes berkaitan masalah rumah tangga dan dapat saya simpulkan disini antara masalah yang timbul sehingga menyebabkan kepada penceraian adalah:
1)Kahwin di usia terlalu muda
2)terlampau mempercayai pasangan(lelaki)

'Point' nombor 2 amat menarik untuk dikupas kerana,sebagai seorang remaja kehidupan ber'couple' sudah menjadi satu kebiasaan.Mula-mula kenal dalam YM(contoh..) dan kemudian keluar berjumpa kononnya untuk mengenal lebih rapat dan seterusnya bercinta..Dalam waktu itu semuanya kelihatan sempurna belaka..Dalam waktu itu juga,yang perempuan akan terus terpedaya dengan sikap pasangan mereka.."romantiknya bfren aku ni" "Hensemnyeeer!" "pandai dia amek hati aku" "carring nyeerr!!"..mudah sangat terpengaruh kaum pompuan ni..Untuk kaum wanita yang sedang berpasangan,ingat satu perkara..adakah kamu yakin pasangan kamu itu nanti akan menjadi yang halal bagi kamu sehingga ada setengah kes,kaum wanita ini sanggup melakukan apa sahaja demi cinta kepada pasangannya..Penyerahan tubuh??'ringan-ringan'??biasa..Yang akan menanggung masalah ini,Kaum wanita!! jadi fikir-fikirkanlah..Jangan terlampau percaya dan terpengaruh dengan lelaki..Kehebatan seorang lelaki bukan ada pada romantiknya dia,bukan carringnya dia tetapi perlu dinilai dari tanggungjawabnya,sejauh mana hubungannya dengan Pencipta,dan pelbagai lagi unsur-unsur rohani yang perlu dititikberatkan.....

Friday, May 30, 2008

who next?your mother......


"ayah dan ibu..ayah dan ibu..
itulah permulaan kami..
dapat melihat,bulan dan matahari.."

Sengaja ingin penulis menyentuh dalam ruang yang ada ini untuk mengajak mengenang kembali jasa orang tua kita terutama insan yang bergelar ibu..Pernah kita terfikir betapa besarnya pengorbanan ibu yang bersusah payah membesarkan kita??Betapa mereka menjaga hati kita??sejauh mana pula sikap kita terhadap insan yang mulia ini??Pernah buat mereka menangis??Kata-kata SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU sering diperdengarkan namun sejauh mana kalimat ini memberi kan kesedaran kepada kita?Ingin penulis menceritakan sebuah kisah seorang anak dengan ibunya..Ghani(bukan nama sebenar) merupakan seorang pelajar sekolah rendah yang tinggal bersama ibunya.Kehidupan mereka boleh diibaratkan seperti 'kais pagi makan pagi,kais petang makan petang. Setiap pagi, ibunya akan menghantar Ghani ke sekolah dengan menaiki basikal . Namun dengan keadaan mereka yang serba kekurangan,Ghani menjadi malu dengan keadaan mereka."mak,hantar kat sini sudahlah..saya jalan kaki ja sampai sokolah.." Disebabkan terlampau malu,Ghani sanggup diberhentikan dan berjalan kaki sejauh 100 meter semata-mata untuk mengelakkan dirinya dan ibunya dari dilihat oleh rakan-rakan..Ini adalah satu babak yang menyedihkan apabila seorang anak malu dan terasa hina bila bersama dengan ibu kandungnya sendiri.. Ini baru satu kisah..Tak sentuh lagi kisah anak-anak yang memperlekehkan ibu bapa,memalukan ibu-bapa apabila mereka ditanya keputusan peperiksaan kita dan bermacam lagi perkara yang apabila kita buat,status ANAK DERHAKA bakal kita terima(na'uzubillah)..Gunakan kesempatan yang ada ini untuk meraikan ibu-bapa sementara mereka masih hidup..Berjasalah pada mereka selagi kita mampu dan banggalah anda kerana..............MASIH MEMPUNYAI AYAH DAN IBU!!