Thursday, March 31, 2011

doa

bismillah
sudilah pandang kami
terangi jalan gelap ini
jangan biarkan kami terus sendiri

dengarlah doa kami
hadirlah dalam kehidupan kami
juga kematian kami

tuhan

tuhan

...

soley



Just a little bit lonely
Just a little bit sad
I was feeling so empty
Until you came back
Until you came back
Until you came back.

Oh
Soley
Soley
Soley
Soley
Soley
Soley
Oh
Soley
Soley
Soley
Ley
Soley
Soley
Soley
Ley
Soley
Soley.

Just a little bit closer
Can you lay by my side
Can we get it together
Lazing in the sand
Lazing in the sand
Lazing in the sand.

Oh
Soley
Soley...

Wednesday, March 30, 2011

FB

AWEK CELAKA
INI SEMUA ANGKARA FB
GUNA FB UNTUK BUAT BENDA CELAKA




klik gambar untuk tumbesaran

Tuesday, March 29, 2011

masalah

pakatan rakyat dari semenanjung tanpa SNAP?
apa masalah?
banyak bunyi pula snap nih


mkini

Monday, March 28, 2011

usia

apa ada pada usia?
hanya sekadar angka

lucah

perhatikan situasi yang berlaku dalam negara sekarang. hari ini, timbul isu video seks yang dikatakan melibatkan seorang tokoh politik terkenal tanah air. adegan selama 20 minit itu menjadi isu yang begitu mengujakan bagi sesetengah pihak yang mempunyai permasalahan dengan individu yang kononnya terlibat dan parti yang diwakili hamba ALlah itu. Persoalan mudah yang harus dijawab, kita sedang menuduh seseorang melakukan zina dengn hanya membuktikan melalui rakaman cctv, apakah itu sudah menjadi bahan bukti yang kukuh untuk mensabitkan seseorang dengan perlakuan zina tersebut?

bagi yang kurang faham, pensabitan zina didalam islam hanya berlaku dengan membawa 4 orang saksi. Saksi ini pula, wajib, melihat perbuatan zina itu secara 'live' tanpa ada sebarang perantaraan. Dan, jelasnya mereka untuk melihat perbuatan zina itu adalah seperti mereka melihat 'batang celak yang masuk kedalam bekasnya' ( sekadar melambangkan bagaimana jelasnya perbuatan zina itu dilakukan).

Jika bercakap berkenaan zina, itu terlampau luas. jika dikecilkan, ia berkaitan dengan aib individu tersebut. pendedahan yang telah dilakukan itu kepada wartawan telah menimbulakn pelbagai persepsi terhadap rakaman video tersebut. ada yang bersetuju da ada yang tidak bersetuju mengatakan keterlibatan individu terbabit didlam video seks itu. apa yang pasti, aku amat yakin, walaupun siapa didalam video terbabit, dia tidak ingin perbuatannya diketahui oleh umum. dan, islam tidak menghukum dosa sesorang itu sekiranya kemungkaran yang dilakukan adalah secara sembunyi dan tidak menampakkannya ( tidak melibatkan orang lain ).

justeru, amat malanglah sekiranya permaslahan ini hanya ditimbulkan semata-mata untuk mendapat laba dunia yang tidak seberapa.




beberapa dalil berkaitan:
1)"Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menampakkan (dosanya)" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


2)Dalam riwayat Muslim, seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan berkata:

"Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (seks), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu. Lalu 'Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya: Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu. Nabi s.a.w tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan pergi. Nabi SAW menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah (maksudnya) Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat (Surah Hud ayat 114). Maka ada seorang bertanya: Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah? Jawab Nabi SAW: Bahkan untuk manusia keseluruhannya."

3)"Sesiapa yang menutup (keburukan) seorang muslim, Allah tutup (keburukannya) di dunia dan akhirat." (Riwayat Muslim).

Saturday, March 26, 2011

lembu

bahagia seperti lembu. Kenapa lembu? boleh saja untuk disebut binatang lain teapi lembu lebih dramatik. lebih kena. lebih selesa. bahagia seperti lembu.

lembu. lembu bahagia dengan hidup beliau. boleh kita kata lembu kecewa? pernah lihat lembu menangis? pernah lihat lembu bersedih berduka?hidup beliau penuh dengan kebahagiaan. Makanan bersepah. rumput dimana-mana. hendak tidur, tidur. bangun tidur, nampak rumput hijau. apa lagi yang diperlukan!!!!!!

adakah perlu kita memiliki kebahagiaan seperti itu? bahagia kita sekadar makan dan minum? hanya sekadar tidur? sekadar berseronok-seronok untuk memiliki kebahagiaan sementara sehingga mencipta dosa? kalau itu kebahagiaan yang kita cari, kita, lembu, sama seperti beliau.

fahamilah. bahawa kebahagiaan yang ada sekarang hanya untuk menguji tahap kehambaan kita. jika bahagia itu melalaikan, mana mungkin kita peroleh bahagia di akhirat.


pilihan di tangan kita


lalai dengan bahagia lembu atau bahagia dengan kebahagiaan akhirat.

Friday, March 25, 2011

gelak




kahkahkah

apa-apa lah..

jamin

kita sedang mengalami satu permasalahan yang cukup besar pada hari ini - kita seolah-olah yakin sesuatu akan atau tidak akan berlaku pada masa akan datang.

"KITA JAMIN, KESAN RADIOAKTIF TIDAK AKAN SAMPAI KE MALAYSIA"

"JANGAN RISAU, DENGAN APA YANG KITA ADA HARI INI, PASTI AKAN MENYELAMATKAN KITA DARI BENCANA ITU"

"KERAJAAN KITA PASTI AKAN MASIH MEMEGANG KUASA UNTUK TEMPOH MASA YANG LAMA"


mudah bukan? cakap macam orang tak sembahyang. Mungkin kita lupa, bahawa segala keputusan dan perancangan yang terbaik adalah dari tuhan semesta alam. Sangat-sangat yakin sehingga sanggup menegetepikan kuasa penentu sebenar di dalam dunia ini ( Allah ).

Ini semua sebab sombong. Sebab ada ilmu sedikit dirasakan tinggi. kita seolah-olah boleh tahu apa akan berlaku esok, lusa. Kita bukan Tuhan, bodoh.


"kita merancang, tuhan juga merancang..sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang"- Ali-'imran (54)

Wednesday, March 23, 2011

longkang

"mat, cuba tgk awek-awek jururawat tu, cun kan?
mana?
tuha..
cun ka tu? muka penuh jerawat..tu bukan jururawat tapi JURUJERAWAT"



mulut longkang...

Tuesday, March 22, 2011

aman

apa nilai sebuah keamanan? jika ini ditanya kepada kita, mungkin tiada jawapan tepat yang boleh diberi kerana kita sedang mengecapi sebuah nikmat keamanan-mungkin. namun jika ditanya pula soalan serupa kepada mereka yang sedang berjuang melawan musuh keparat-untuk sinar keamanan- jawapan yang pasti mungkin dijawab, keamanan begitu mahal! manakan tidak, ada yang harus mati, ada yang harus cacat, ada yang harus bersendirian demi meraih sebuah keamanan. PERJUANGAN MENUNTUT KEAMANAN!

apa yang berlaku hari ini adalh, seolah-olah KEAMANAN itu adalah hak milik kuasa besar seperti Amerika. Hanya mereka penentu keamanan negara-negara lain. Jangan kita lupa perihal Iraq satu ketika dulu, ketika diberi kata dua oleh amerika berkenaan weapon of mass destruction (wmd), segala keputusan berada di tangan mereka. Hanya mereka yang akan menentukan masa depan iraq pada ketika itu. Dan hari ini, tindakan yang agak serupa dilakukan ke atas libya atas dasar kemanusiaan untuk menghentikan pembunuhan terhadap rakyat terbanyak hasil dari kesombongan sosok malaon bernama Gaddafi.

persoalannya, benarkah serangan itu sekadar untuk itu? atau wujud agenda lain? seorang makcik, pernah meluahkan rasa tidak puas hati beliau keatas tindakan amerika keatas libya.

"ceh, konon baik lah tu.tu yang kat israel tu, israel dok bunuh orang palestin, tak gaduh pulak amerika nak p serang israel....errrr, makcik, jemput makan..."


apa yang pasti, keamanan itu bukan sesuatu yang mudah untuk dinikmati. Kita atau mungkin sesetengah daripada kita mungkin berasa aman tetapi jangan kita yakin keamanan itu dirasai oleh orang lain.

nilai keamanan?


ada yang sanggup mati demi keamanan..




-makcik yang ala-ala sharifah aini tadi berlalu pergi sambil menikmati 'keamanan' kesedapan minuman bungkus yang dibeli-

Monday, March 21, 2011

sombong

dosa syaitan itu hanya satu, SOMBONG
sombong dengan penciptaannya berbanding Adam.
kerana sombong, disingkirkan

kita jangan jadi syaitan
maaf, jangan jadi seperti syaitan, sombong.

jangan sombong!

kau sombong?

datok

jujurnya, dari dulu lagi aku menyampah tahap puaka golongan-golongan datuk 'huruf' ni.
Datuk k
Datuk a
Datuk s
Datuk u

dan yang terbaru

Datuk T

yang menarik, datuk T ni ada video. Video seks katanya.

aku tak nampak apa dah selain daripada proses mengotorkan lagi politik malaysia. persoalannya, berapa ramai masyarakat malaysia yang akan mempercayai cerita datok malaon ini?

aku faham, mungkin ini satu strategi berikutan pilihanraya yang akan diadakan di sarawak.

apa-apalah kau

harapan aku, semoga aku, kau, mereka cuba jadi masyarakat yang bijak, menilai sebarang bentuk khabar yang diterima.

Saturday, March 19, 2011

bubar

dun sarawak bubar isnin

dewasa

5 orang budak ini sedang membesar. Membesar sebagai seorang yang lebih matang dalam menempuh hidup. Dalam melihat proses tumbesaran mereka, apa yang mereka lakukan pada hari ini-kesilapan dalam mencari makna hidup dan tewas dalam merungkai simpulan cabaran hidup seawal usia mereka-pernah aku lalui dahulu. Segala-galanya seolah-olah diulang tayang. Gelagat dan tingkah laku serupa 5-10 tahun yang dahulu Cuma wataknya yang berbeza.

Sebagai seorang yang lebih dewasa dari 5 orang budak tadi, aku ingin memohon maaf. Maaf kerana aku sengaja membiarkan mereka berlima berterusan berada dalam kehidupan mereka-sambil belajar tentang persoalan dunia. Mereka dibiarkan tetapi dengan sedikit perhatian dan panduan. Sangat sedikit. Kesalahan dan kesilapan yang mereka lakukan itu sengaja aku biarkan agar mereka memahami sendiri kehidupan yang sedang mereka lalui. Sama juga seperti aku, segala-galanya dilalui sendiri dengan sedikit panduan dari orang tua dan hasilnya-aku tergelak besar dengan apa yang telah aku lakukan dahulu-selepas segala tindakan diulangtayang oleh makhluk kecil berlima itu.

Semoga sukses, kalian berlima








hanya 4? seorang lagi keluar sekejap, pergi kedai.....

Friday, March 18, 2011

ulterior


ini cerita dulu
tentang isu kalimah Allah
hari ini, Bible
kenapa tidak perlu bible dalam bahasa melayu?


bimbang dengan rencana jahat

Thursday, March 17, 2011

che

"When injustice becomes law, resistance becomes duty"...."Many will call me an adventurer - and that I am, only one of a different sort: one of those who risks his skin to prove his platitudes."— Che Guevara (1928-1967) International Revolutionary

Wednesday, March 16, 2011

soalan

layakkah kita untuk syurga Allah?

adakah cukup dengan angan-angan, tanpa disusuli dengan tekad dan perbuatan?

syurga bukan sekadar kemampuan melakukan amalan baik,

tapi kemampuan untuk meninggalkan perkara yang tidak baik.

aufklarung

"apakah akal ini mempunyai limitasi untuk berpikir?kalau ada, siapa yang meletakkan bahawa manusia hanya boleh berpikir akan perkara A tetapi bukan B contohnya?atau adakah kita sendiri yang meletakkan limitasi tersebut kerana adanya ketakutan-ketakutan?Dimanakah kematangan manusia untuk berfikir jika takutkan pemikirannya itu akan menggugat kestabilan diri (rohani dan jasmani)."

-malaysialah(mesincetak),hlmn 187-

Tuesday, March 15, 2011

cantik

Aku beranggapan bahawa apa yang cantik itu akan dikatakan “ia cantik” berdasarkan nafsu. Hanya nafsu yang akan memandu manusia untuk mengatakan yang enak-enak berkenaan apa pun. Tanpa nafsu, tiada gambaran akan diberikan tentang apa pun. Manusia kaku tanpa nafsu. Manusia beku tanpa nafsu. Dan kerana itu, kita diajar untuk mengawal nafsu, bukan dikawal. Mengawal.

Aku sedang cuba menyampaikan idea nafsu ini kepada sang pencinta kecantikan individu. Mereka ini akan terus menghukum dan mengadili seseorang hanya dengan melihat kecantikan seseorang tanpa mempedulikan apa di sebalik kecantikan itu.

Apa di sebalik kecantikan? Ramai yang kurang faham. Cuma yang pasti, kecantikan individu sering menutup sebarang bentuk kelemahan dalaman individu-individu cantik ini. Dan yang paling menarik, cantik selalu dikaitkan dengan perempuan. Ya kan? Sebab aku, dia dan seorang lagi adalah lelaki. Biasa. Bisa tertarik dengan kecantikan golongan mereka.

Dan untuk mengatakan perempuan itu cantik adalah dari panduan yang disediakan oleh si nafsu. Bukan dari hati yang ikhlas. Hanya kecantikan luaran yang perlu dilihat, kata nafsu. Ini biasa. Sekali pandang ok, cantik dan terus berkenan. Ini kehendak celaka nafsu. Ini yang berlaku sekarang. Dalam dunia anak-anak muda. Dan kerana itu, ramai anak-anak muda tua sebelum tiba usia tua mereka.

Apa yang perlu diberi perhatian,menilai sosok seseorang bukan dengan nafsu tetapi hati yang penuh dengan keikhlasan untuk melihat kecantikan itu sebagai peluang untuk menyebarkan kebaikan.cuba selak kecantikan luar itu, untuk melihat kecantikan yang ada di dalam. kalau di dalam, cantiknya seperti longkang penuh kekotoran, persetankan tuanempunya kecantikan luaran yang gagal mencantikkan dalamannya seperti apa yang wujud diluarnya.


agama dari langit belum sampai kepada wanita cantik ini-belum berpeluang melihat sosok ini bertudung-nafsu aku kata, kau cantik, summer glau..

Monday, March 14, 2011

pilih

"kalau pilihan raya di malaysia boleh mengubah apa-apa, telah lama ia diharamkan"
-orang-

dimana letaknya adil pilihan raya di malaysia? kalau tak adil pula dimana?adilnya pilihan raya sering dilaungkan apabila terdapat beberapa negeri yang dulu dikuasai kerajaan tetapi jatuh ke tangan orang lain. Adakah adil sekadar itu? Tidak adilnya pula, bagaimana? persoalan ini sering timbul tatkala satu persatu pilihan raya kecil dijalankan. dalam isu pilihan raya ini, permasalahan yang sering timbul adalah berkenaan dengan ruang berkempen kepada calon bertanding.

Dan, jangan dilupa, walau apa pun alasannya, matlamat asal dijalankan pilihan raya adalah untuk menawan putrajaya dan seterusnya menubuhkan kerajaan. faham itu. baik. berkenaan dengan media, perhatikan sahaja media-media berbentuk elektronik setiap malam sepanjang tempoh berkempen. Apa yang ada bila berita berkenaan pilihna raya disebut? berita elok-elok untuk siapa? yang tak elok? Ini satu ketidak adilan yang berlaku dalam sistem pilihan raya malaysia (kempen).Media-media milik kerajaan ini sudah semestinya mendokong perjuangan kerajaan tanpa banyak soal. Yang menerima publisiti buruk adalah lawan mereka dari pembangkang.

Seperkara lagi yang perlu difahami adalah, masyarakat malaysia merupakan masyarakat yang malas membaca.bukti, kempen membaca bersepah-sepah. Kita lebih suka mendengar dan melihat daripada membaca. Jadi, media elektronik dilihat sebagai alat yang mujarab untuk mendoktrinkan sesuatu ke dalam kepala hotak masayarakat berbanding media-media alternatif seperti blog yang lebih 'memaksa' masyarakat untuk membaca. Dan seperkara yang perlu difahami, demokrasi mengikut tafsirannya adalah berhubung dengan kerajaan yang dikawal oleh rakyat.

Justeru, untuk memilih kerajaan, maka seharusnya, kebebasan media amat perlu sebagai mediator untuk rakyat dalam membuat pemilihan. Bukan pemilihan dari sumber berat sebelah tetapi media yag penuh integriti.

Sunday, March 13, 2011

sebelum

sebelum mati
sebelum pergi menghadap illahi
sebelum disoal didalam kubur
sebelum hilangnya kenikmatan-kenikmatan dunia
sebelum tiba penentu syurga neraka
sebelum datangnya malaikat pencabut nyawa
sebelum tiba saat-saat mengerikan

biarlah aku disini
menabur budi
mencurah kasih dan bakti
mencetus idea untuk membawa perubahan hakiki


semoga berjaya wahai diri

semoga berjaya

nuklear

bharian

Ketika harapan menemui lebih ramai mangsa masih hidup kian tipis, Jepun dikejutkan dengan kejadian kebocoran radioaktif di salah reaktor nuklearnya di Fukushima, utara Tokyo akibat letupan di bumbung loji terbabit berikutan gempa bumi kuat.

Perkembangan itu meningkatkan ancaman radiasi jika reaktor itu terbakar dan memaksa kerajaan memindahkan penduduk yang tinggal di lingkungan 20 kilometer dari reaktor Daichi 1 berusia 40 tahun itu.


MALAYSIA RANCANG BINA 2 LOJI KUASA NUKLEAR 2021, 2022 - bernama

19/12/2010 11:48am


KUALA LUMPUR 19 Dis. – Malaysia merancang untuk membina dua loji kuasa nuklear yang masing-masing akan menjana 1,000 megawat sebagai sebahagian daripada rancangan jangka panjang untuk mengimbangi bekalan tenaga.

Loji pertama akan siap dan mula beroperasi pada 2021 manakala loji kedua, setahun kemudian.

kenapa kita tidak mahu loji ini di negara kita?
memang ada manfaat tapi tak kurang juga bahaya
haramkan ia di sini
di bumi malaysia!




bayangkan kalau stadium boleh runtuh tanpa ada gempa bumi



kalau dibina loji nuklear?
apa jaminan?

Saturday, March 12, 2011

injil

injil dalam bahasa melayu?
isu bahasa atau isu agama?

statistik terkini berkenaan orang murtad/keluar islamaku tak tahu. Cumanya, dulu pernah ada satu laporan berkenaan dengan jumlah pemuda islam yang mohon utnuk keluar agama adalah ebih kurang 5000 orang.


isu kali ini aku rasa lebih kurang sama dengan isu penggunaan kalimah allah oleh orang not-yet-muslim yang hangat diperkatakan satu ketika dulu. Banyak hujah yang diguna pakai untuk membenarkan atau tidak membenarkan penggunaan kalimah suci itu untuk kalangan mereka.dalam hal ini boleh atau tidak boleh adalah bergantung kepada keadaannya di malaysia. Tatkala ada laporan berkenaan dengan jumlah yang banyak untuk keluar Islam, lebih baik jangan bagi. Takut orang-orang tertentu salah guna.

sama juga dengan isu injil dalam bahasa melayu. Perlu lihat kepada keperluan. Kenapa perlu dimelayukan?sekali lagi kita bimbang. dengan jumlah angka yang banyak untuk keluar islam,versi melayu ini dilihat lebih mudah untuk difahami oleh semua orang terutama kalangan orang melayu.bimbang, tarikan itu akan menyebabkan bertambahnya jumlah angka yang memohon utnuk keluar dari islam.

baca usaha memurtadkan islam di sini

niaga

siapa cakap meniaga itu senang?
kau kan?yalah, kau!
sini aku nak tarik telinga.

proses

"pakcik ni, start join benda2 ni start umuq pakcik 23. skarang dah 43, anak, wayne rooney dah (10 orang, sebab rooney pakai jersi n0. 10). Sekarang ni baru pakcik rasa tenang dengan Islam.."

ok, itu montaj.


pernah tanya diri kenapa kita tidak boleh jadi sebaik orang yang kita rasa mereka baik?maksud aku, orang yang berupaya menangis kerana kesalahan-kesalahan kecil yang mereka lakukan. "isk..isk..maaf prof, ana, ni..isk..isk..sembahyang, sembahyang..tapi..isk..susah nak fokus..isk..takut saya tuhan marah dan tak redha..isk.." Maksud aku lagi, cuba tgk orang-orang yang begitu komited dengan agama Islam. Kagum kan? tak kagum? islam tak kau? Macam mana mereka boleh sampai ke tahap itu?


jawapannya mudah. PROSES. PROSES UNTUK MENJADI HAMBA DAN PEMIMPIN.

Bila bercakap berkenaan proses, ia tidak akan mengambil masa yang singkat untuk kita merasai kesan dari proses tersebut. Malah, ia mungkin mengambil separuh dari umur-umur kita. Proses yang dimaksudkan adalah proses membentuk jiwa-jiwa kita untuk kembali kepada sang pencabut segala kenikmatan. Proses ini pula penuh dengan kepayahan dan cabaran. cuba renungkan balik sejarah-sejarah sahabat nabi pada zaman rasulullah. Islam tersemat indah dalam diri mereka sehingga mereka sanggup mati kerana agama. hal ini kerana proses yang diberikan oleh rasulullah sangat berkesan. Tiada kemewahan. Tiada jalan mudah. semuanya selepas diseksa, diancam bunuh, meninggalkan kemewahan, meninggalkan kesenangan dunia dan sebagainya.


apa yang berlaku hari ini, kita kurang kepada proses itu. ada juga yang berada didalam proses tetapi sekejap-sekejap sebab jemu, bosan dan tak tahan.


ingat, proses untuk menjadi insan yang baik adalah sangat lama dan payah. Yang berjaya harungi segala 'peraturan' yang ada di dalam proses, maka mereka akan dapat rasa sesutau yang cukup membahagiakan. Percayalah.

carilah..cari..

Friday, March 4, 2011

ubah

untuk melihat perubahan, kita memerlukan sesuatu yang luar biasa. perubahan dari segi apa pun. mesir misalnya, untuk melihat perubahan, ada yang harus diterbang-layangkan nyawa mereka demi perubahan pada masa akan datang.di libya, ribuan mati, berkorban untuk menentang keparat muammar yang degil lagi zalim. Dan bila bercakap berkenaan perubahan yang akan dibawa ke sesuatu temapat dan situasi, maka ia akan selalu ditentang oleh golongan yang tidak bersetuju dengan perubahan. penentangan terhadap perubahan ini sudah menjadi sesuatu yang lumrah.Bagi mereka, mengapa perlukan yang baru?apa relevannya perubahan sekiranya apa yang telah sedia ada sudah cukup?Mengapa perlu ada tentangan terhadap perubahan?

Jawapannya mudah. Hal ini kerana, sesuatu yang telah lama dilakukan, dinikmati, ini bakal bertukar dengan sesuatu yang baru. Contoh mudah, trend bertuhankan barat dalam soal berfesyen sejak sekian lama pastinya menentang trend yang lebih bersifat 'menutup' yang dibawa oleh ajaran dari langit. Perkara ini jangan lagi dinafikan. Sebut sahaja tentang kesempurnaan berpakaian, maka akan ada segelintir masyarakat akan melenting.

Sama juga halnya dengan pemerintahan. Asal ada saja idea dan rancangan untuk menggulingkan kekuasaan lama, maka akan ada kumpulan yang bertindak menyokong dan sanggup ‘mati’ demi mengekalkan kuasa yang lama. Mereka ini tidak akan pernah sedar akan faham muak dan bosan. Mereka akan hidup dalam ketakutan. Takut untuk mencuba yang baru. Maka, akan ada pelbagai justifikasi yang akan diguna pakai demi untuk membenarkan tingkah laku mereka.

Namun walau apa pun berlaku, selama mana masa yang mungkin diambil, pembaharuan akan tiba. Yang adil akan memusnahkan yang batil. Yang adil akan berdiri gah. Cahaya itu akan terpancar ke segenap penjuru kegelapan fikiran manusia yang tidak inginkan perubahan.

lagi

bharian
PELABUHAN KLANG: Mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat dan dibungkus dalam plastik hitam ditemui bersama surah Yassin serta sejadah di bawah tempat duduk gerabak depan tren komuter yang berlepas dari stesen Batu Caves dan berhenti di stesen Pelabuhan Klang sini semalam.
Mayat bayi itu dibalut dengan selimut bercorak bunga dan masih berdarah itu ditemui kira-kira jam 9.15 pagi semalam oleh seorang pekerja pembersih Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Siti Khalijah Mat Zain, 37, ketika menjalankan kerja pembersihan di gerabak berkenaan.

lebih-lebih, klik sini

itulah
bila guna ayat-ayat kasar, marah
bila guna perkataan-perkataan kotor, tak setuju
bila suruh pergi sekolah wanita hamil tak mahu

ini semua sebab bangang memantul-mantul

Thursday, March 3, 2011

HA

haha
gelak-gelak dulu
guling-guling dulu
macam-macam manusia sekarang
macam-macam boleh buat
buat apa?
buat untuk apa?


tua

seorang anak perempuan,aku rasa, sedang memimpin tangan bapanya, keluar dari kereta, perlahan-lahan, duduk dan si anak memesan makanan. Tosei, roti bawang, teh tarik kurang manis,2.

aku tertumpu pada si tua bertongkat itu.si tua berkopiah itu memandang aku, terus. Mungkin sangkanya aku sedang menikmati kecantikan anaknya. "Anak kau akan tua macam kau, pakcik..." jangan tafsir bukan-bukan.

aku sebenarnya sedang memasang telinga, ingin jadi penyebok, mendengar perbualan anak-beranak itu tapi kecewa. Tidak ada sebarang perbualan antara mereka.

tua

apa sebenarnya tua ini? tua ini aku lihat sebagai satu benda yang sangat ditakuti oleh kaum wanita. Ya kan? kalau tak, tak adanya, rawatan memulihkan kulit yang kedut dan sebagainya.kau ada duit, buat lah apa saja yang kau mahu..

bagi aku, tua ini sebagai satu tanda. satu alamat tentang kematian. Bila hidup dah lama, maka tua akan datang. Tua akan cakap yang kau dah tua, masa untuk kau ingat tuhan.tua kata, kubur kau sempit, cubalah luaskannya sekarang. tua kata kubur kau gelap, usahakanlah untuk terangkannya sekarang. Tua datang lagi,ingatkan, harta kau himpun waktu muda tak boleh kau bawa bila kau mati.dan tua akan cakap, yang kau akan menyusahkan ramai orang.tua cakap lagi,bila sampai satu tahap, kau akan kembali jadi seperti kanak-kanak, kau tidak akan difahami. Kau akan mengidap penyakit bukan-bukan. tua juga cakap, akhirat tak ada apa, bawalah bekalan, kumpul dari sekarang supaya kau tidak kering disana. tetapi,malangnya, sayunya, sedihnya, tua ini langsung tidak dipedulikan. Di pinggirkan dan cuba untuk disingkirkan. tanda mati ini dibiar tanpa diambil pengajaran.

susahkan manusia?

Bagi yang sedar, maka mereka akan berusaha sedaya upaya untuk menebus kesalahan di waktu usia muda. kesalahan bertuhankan dunia. Tidak hairan kalau ada yang 5 waktu full di masjid/surau.puasa setiap isnin khamis. bersedekah.

yang tak sedar? akan berusaha, mencari sesuatu untuk menutup ketuaan. Takut. sehingga ada yang tidak suka diingatkan tentang hari jadi kerana pada hari jadi, usia bertambah dan semakin tua.kalau boleh, biar muda sentiasa. Masa tualah, untuk bergaya.orang lebih respect. Uban di rambut, diwarnakan hitam.berhenti jadi penyanyi. ingat dah bertaubat tapi jadi guru nyanyian kepada pelapis. Penerus generasi.kononnya.katanya.

kau dah cukup tua

kalau nak dibandingkan dengan umur sehari kau dulu


kesudahannya?


aku tak tahu

Tuesday, March 1, 2011

masjid


roslimah


masjid untuk tarikan pelancong
kau tahu melancong saja kan?

lebih2, klik sini



kaklimah

kaseh

kalau bukan karena kaseh