Tuesday, December 14, 2010

berguna dan dipergunakan

Ya, aku dah tahu. Kau mesti tak suka dipergunakan. Betul?

Kalau macam tu, kita sama. Tanya sesiapa sahaja. Dipergunakan itu adalah sesuatu yang menjengkelkan.

Ada yang suka dipergunakan? Aku tahu kau tak suka tapi aku tanya pada yang suka. Ada?

Aku tak rasa ada yang suka. Baik.

Sebagai seorang pelajar, aku ‘telah’ dinasihatkan oleh ibu oleh ayah oleh makcik oleh datok belah ayah oleh datok belah ibu oleh kawan-kawan ayah oleh kawan-kawan ibu oleh kawan-kawan sendiri untuk belajar sepandai yang mungkin supaya aku menjadi seorang yang berguna. Sedar atau tidak, harapan yang menggunung itu amat terbeban di pundak aku sebagai insan yang bergelar pelajar. Beban harapan untuk menjadi PANDAI dan BERGUNA. Oh ya, aku pernah, bagi aku, satu penghinaan apabila ada seorang tua bangka menyuruh aku supaya tidak terus sambung belajar tatkala dia melihat keputusan SPM aku. Sungguh tidak guna orang itu.

Persoalan yang muncul sekarang adalah, aku perlu PANDAI dan BERGUNA untuk siapa? Kalau tidak PANDAI, adakah aku tidak BERGUNA? Macam orang tua tadi. Secara jujurnya aku tidak sepandai kamu. Bukan kamulah, kamu yang lain. Jangan perasan. Kamu biasa-biasa saja. Sebahagian harapan golongan yang mengharap tadi aku rasa sudah aku tunaikan sebahagiannya. Sebahagian yang lain, masih dikaburi soalan yang aku sendiri tidak tahu jawapannya. Antaranya, Ilmu yang akan aku peroleh nanti, adakah ia akan menjadi medium pembebasan-menyuluh kepada kebenaran atau medium penindasan-bersekongkol dengan kejahilan untuk mendapat kemewahan? Apa indicator yang digunakan untuk menilai aku sebagai seorang yang berilmu atau tidak?

Dan persoalan yang paling penting.

Kita ini, BERGUNA atau sedang DIPERGUNAKAN??

No comments: