Sunday, September 26, 2010

tahanan hedonisme



Kalau bercakap soal tahanan,rata-rata akan menggambarkan satu keadaan seorang pesalah yang ditahan kerana melakukan sesuatu kesalahan. Tahanan ini akan berada di dalam penjara mengikut had masa yang telah ditentukan oleh pihak mahkamah.Sudah pasti, individu yang ditahan di penjara akan terputus hubungan dengan dunia luar. Apa yang diberikan sebagai ‘makanan’ seharian pesalah ini adalah ‘makanan2’ yang membentuk jiwa dan jasmani agar pesalah sedar akan kesalahan yang telah dilakukan semasa pesalah bukan pesalah,semasa ahli penjara ini bukan ahli penjara..
Itu realiti di penjara sebagai pusat tahanan..Hakikat diluar penjara, iaitu dunia yang penuh kegilaan, dunia yang penuh dengan karat-karat jahiliyyah adalah lebih teruk dari penjara. Apa yang ingin disampaikan adalah pengaruh hiburan yang melampau yang telah mengganja kebanyakan anak muda pada hari ini sehinggakan mereka ini boleh dianggap sebagai tahanan hiburan atau tahanan hedonism yang sedang menanti hukuman mati!!! Ketaksuban terhadap hiburan telah menjadikan umat-umat muda ini menjadi umat paling bodoh pernah dilahirkan. Dari sekecilkecil perbualan sehingga sebesar2 percakapan pengisian hanya menjurus kearah hiburan-hiburan yang melibatkan artis2 tempatan atau luar negara. Anjing artis hilang..Artis amalkan diet..Artis ke mekkah..Artis minat sambal belacan..Artis seorang yang tabah walaupun dah bercerai..Artis kahwen..Artis gigi depan patah..artis tak endah gossip..artis sumbang derma..artis bangga ada ayah dan ibu yang memahami..artis jadi itu..artis jadi ini..semua ini bodoh..teringat aku kata seorang pensyarah “KITA NI BUKAN MACAM ARTIS..ARTIS KENA GIGIT ANJING PUN BOLEH MASUK PAPER..KITA??KALAU KENA GIGIT ANJING BOLEH JADI ISU DALAM AKHBAR??TAK BOLEH..MELAINKAN, KITA YANG GIGIT ANJING,KOMFEM MASOK BERITA, PAPER..”

Bukan bermaksud cemburu kerana tidak se famous siti nur halijah..bukan..bukan itu..Cuma agak terkilan kerana umat2 muda terlampau mengagungkan insan2 yang tidak patut diagungkan..Bicara soal perjuangan? Bicara soal pembangunan ummah? Bicara soal Islam? Lupakan..golongan ini tidak mampu mengasah fikrah ke tahap itu..Pengaruh ganja hiburan sudah hampir ke tahap maksimum apabila golongan muda langsung melupakan peranan masing-masing..Peranan media adalah faktor utama anak-anak muda dipenjara di penjara hiburan ini..Dan media jugalah sebenarnya yang akan menjatuhkan hukuman mati kepada tahanan-tahanan hedonisme ini..Cerita2 artis yang tidak relevan sering dipaparkan..Rancangan2 berbentuk hiburan diperbanyakkan..Ganja2 ini terus masuk ke pemikiran anak2..Gaya2 artis ditiru..cara pemakaian artis ditiru..Pernah sekali melintasi sekumpulan kanak2 yang berusia 7-12 tahun..Mereka sedang bermain satu permainan teka-teki melibatkan artis!! Cuba teka, sekarang ni pelakon tu dah kaple dgn sapa?? Penyanyi tu sekarang siapa dia punya makwe baru? Pengaruh ganja hiburan berjaya meresap kedalam jiwa anak2 muda..kesedaran tentang persekitaran semakin berkurangan..Anak-anaak muda ini kini bersalah kerana memiliki ganja berlebihan!!! Tggu saja hukuman mati...

p/s : digigit anjing, biasa....menggigit anjing, luar biasa...

Thursday, September 9, 2010

salam kemenangan

teman2 skbb
teman mashoor(L)
teman2 kuis
teman2 usm
teman yang sudah tidak mahu berteman
teman2 sepermainan
teman2 suka
teman2 duka
teman2 jauh


SELAMAT HARI RAYA MAAF ZHIR BATIN
--;-@

Thursday, September 2, 2010

RAYA

APA MASALAH DENGAN RAYA??
TUHAN BAGI RAYA,SILAKAN BERAYA!!
RAYA ITU MASALAH APABILA PUASA SEBELUMNYA ITU DIPINGGIRKAN..
RAYA ITU MASALAH APABILA HARI2 SEBELUM RAYA ITU TIADA PENGISIAN..
RAYA ITU MASALAH APABILA RAYA TIADA UNSUR AGAMA..


APA MASALAH RAYA??
TUHAN BAGI RAYA, SILAKAN BERAYA!!
ANAK2 BOLEH DAPAT BAJU BARU..BAJU YANG MUNGKIN BERTUKAR SETAHUN SEKALI..
HARI INI HARI BUNYI2 MERCUN..ITU TRADISI..ITU SELALU YANG DIBUAT...
JANGAN MELAMPAU BERHARI RAYA..BILA TIDAK MELAMPAU,TIADA MASALAH..
INGAT SEPERKARA..MALAM YANG LEBIH BAIK DARI SERIBU BULAN SEBELUM MENJELANG HARI RAYA..


INGAT PENCIPTA..INGAT ANCAMAN DARIPADA PENCIPTA..INGAT GANJARAN DARI PENCIPTA..INGAT JANJI DARI PENCIPTA..RENUNGKAN SEBELUM BERHARI RAYA..
RAYA??TIADA MASALAH...SILAKAN...




P/S:datok najib suka berbuka posa dgn ikan patin masak lemak..jadi masalah bagi kita kalau nak ikot citarasa ini hari2..kahkahkah