Wednesday, April 28, 2010

KALAHKAH PR??

mujahid rawa@themalaysianinsider

28 APRIL — Istilah kalah dan menang dalam proses demokrasi berpilihanraya tidaklah semudah yang diungkapkan. Walaupun kalah tetap kalah dan menang tetap menang namun apa yang lebih penting daripada itu ialah bagaimana seorang calon itu boleh menang dan bagaimana seorang calon itu boleh kalah.
Oleh kerana Malaysia mengamalkan demokrasi separuh masak maka satu analisa mestilah melihat kepada keseluruhan sistem yang mempengaruhi corak dan perilaku pengundi dalam menjalankan tugas mereka.

Sebelum itu kita harus akur, Pilihanraya Kecil (PRK) tidak mungkin sama dengan (Pilihanraya Umum) PRU dari sudut tumpuan dan mobilasasi jentera parti, kedua dalam PRK kerajaan mempunyai segala kemudahan untuk dieksploitasikan bagi tujuan memujuk pengundi sedangkan dalam PRU, jentera kerajaan bersifat ‘caretaker’ yang walaupun dinodai oleh BN tetapi tetap membataskan tahap ‘keselesaan’ yang boleh dinikmati.

Analisa pertama kepada kemenangan BN ialah bagaimana jentera kerajaan Pusat yang dikuasai BN digunakan habis-habisan untuk berkempen. Paling utama ialah kerahan kepada menteri-menteri untuk meluluskan atau isytihar meluluskan apa-apa projek di kawasan HS bagi membuktikan keprihatinan BN kepada masalah rakyat.

Kedua ialah proses pilihanraya dicemarii dengan liputan media yang berat sebelah menggambarkan parti lawan BN sebagai ‘haprak’ dan tidak berkualiti. Tanpa kekuatan moral para pengamal media perdana menulis apa sahaja yang mereka rasakan dapat menggambarkan keburukan parti lawan BN dan mereka langsung tidak memberi ruang untuk dijawab oleh pihak yang diserang.

Keadaan ini amatlah mendukacitakan kerana antara tuntutan proses demokrasi berpilihanraya ialah perlu ada ruang media yang bebas dan berkecuali dalam membuat liputan supaya media berperanan memantapkan hak kebebasan mendapat maklumat bukan sebaliknya.

Walaupun dalam tuntutan BERSIH tempoh hari perkara ini dibangkitkan namun Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menjawab persoalan ini dengan mengatakan bahawa ianya di luar bidang mereka, walhal SPR boleh mengambil tindakan kepada pihak yang membuat liputan berat sebelah kerana menganggu proses pilihanraya yang mana SPRlah yang menjadi institusi utama dalam menjayakan proses ini.

Namun apakan daya SPR hanya ‘boneka’ kepada BN dan haknya terbatas kepada kehendak BN yang jika benar-benar SPR bebas dan berkecuali dalam segenap segi pasti keadaan ini akan merugikan BN.

Jikalau inilah makna proses pilihanraya di Malaysia yang keadaanya berat sebelah sudah tentu penguasaan mereka ke atas pengundi begitu besar sehingga menyebabkan Datuk Zaid calon PKR kemungkinan akan hilang deposit dan kalah dengan malunya namun jika dianalisa keadaan dan corak pengundian segala ‘sampah’ yang ‘dilonggokkan’ kepada pengundi tidak menjadi malah tidak berbaloi pulangannya. Buktinya Datuk Zaid mendapat 23,272 undi dan tewas dengan 1725 undi sahaja! Malah undi kepada Datuk Zaid berbanding sebelumnya yang diperolehi oleh Datuk Zainal iaitu 23,177 menunjukkan undi duluan tidak lari banyak.

Implikasi kepada keputusan ini amat besar kepada proses demokrasi di negara ini seolah-olah pihak kerajaan hari ini tidak peka bahawa taktik ini sudah kolot dan ketinggalan zaman, rakyat tidak lagi menjadi ‘mulut-mulut’ yang ‘ternganga’ menerima apa sahaja yang disuapkan kepad mereka secara paksa.

Bukankah masanya keputusan PRK yang kali ke sebelas ini menuntut kerajaan hari ini insaf dan bertaubat?

Analisa undi mengikut kaum pula menggambarkan sesuatu yang amat membimbangkan BN, bak ungkapan Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS, “Gembira dalam gelisah.”

Memang kegelisahan itu ada kewajarannya kerana PKR mempertahankan kerusinya daripada direbut oleh BN yang merupakan landasan perpaduan parti politik berbagai kaum berumur hampir 36 tahun dibandingkan PR yang hanya 2 tahun.

Pun demikian undi kaum Cina membuktikan penolakan mereka kepada gagasan BN kerana BN hanya mendapat 5,164 undi di kawasan padat Cina berbanding PR yang mendapat 7,194. Perbandingan dahulu menunjukkan Datuk Zaid mendapat 6 kali ganda sokongan iaitu 344 majoriti undi Cina berbanding 2,030 sekarang.

Bukankah ini isyarat yang mengerunkan BN. Sepatutnya BN yang berbangga dengan gagasan perpaduannya berjaya meraih sokongan orang Cina namun kemaraan PR sebagai parti yang lebih berwibawa memikul perpaduan ini merupakan cabaran terbesar BN untuk PRU ke 13 nanti. Kenyataan ini seolah menggambarkan BN dan konsep perpaduannya tidak lagi releven untuk rakyat Malaysia.

Peningkatan undi Cina sebagai kontranya membawa kebimbangan kepada PR terhadap undi Melayu yang gagal ditembusi Datuk Zaid. Kebanyakan Felda dan beberapa perkampongan Melayu seolah-olah menolak dan belum lagi yakin dengan kemampuan PR membawa aspirasi Melayu dan Islam.

Walaupun PAS bertungkus lumus di tempat dominon Melayu ini tetapi sentiment kuat pengharapan kepada Umno yang menjadi tonggak BN masih tebal. Walaupun demikian isyarat ini tidaklah sangat membimbangkan jika dibandingkan dengan undi Cina yang diperolehi kerana Datuk Zaid berjaya meningkatkan undinya di Kalumpang dan beberapa kampong Melayu yang lain. Bagi PAS trend ini iaitu Melayu masih tidak menyokong PR perlu diambil peringatan penting kerana dalam persaingan politik PR dan BN, PASlah yang akan berhadapan dengan majoriti Melayu dalam Pilihanraya yang akan datang.

Selagi PAS tidak berjaya membawa aspirasi Melayu dalam kerangka PR sebagai wahana masa depan politik negara selagi itulah corak pengundian kaum tidak akan berubah dan ini memberi kelebihan kepada Umno/BN untuk terus berkuasa dan keseimbangan kaum akan terbahagi kepada bukan Melayu sokong PR dan Melayu akan terus sokong Umno, keadaan ini tidak baik untuk masa depan politik negara dan kemungkinan Umno terdesak untuk menggunakan sentiment perkauman amatlah tinggi untuk meneruskan hegemoni Melayu supaya terus berkuasa.

Akhirnya undi rosak rendah berbanding dengan 2008 sekaligus menjawab peningkatan undi kepada BN kerana kemungkinan undi rosak yang tinggi dahulu dapat diselamatkan melalui P. Kamalanathan kali ini.

Begitu juga undi Pos 767 undi pergi ke BN manakala hanya 120 kepada PKR dan ini tidaklah mengejutkan kerana isu undi pos ini terus dipertikaikan ketelusannya oleh PR. Apa pun MIC mendapat sedikir oksijen untuk bernafas walaupun saya yakin hanya sementara.

Kemenangan ini tidak membayangkan masyarakat India kembali menyokong MIC tetapi yang pasti Umno terus mendominasi undi Melayu dan trend ini tidak baik untuk PR jika rancangannya untuk ke Putrajaya terus membara. Jadi kalah atau menang bukanlah isunya tetapi apa yang penting ialah pengajaran untuk memperkemaskan strategi untuk PRU ke 13. Tahniah kepada pengundi HS kerana membawa mesej besar kepada penulisan ini!

Monday, April 19, 2010

38 tahun dahulu....

-TT-

PETANG ITU - 38 TAHUN DAHULU

Ini cerita lama. Tapi baik juga untuk dibuka kembali agar kita semua dapat tahu apa yang berlaku puluhan tahun dahulu. Cerita-cerita ini kalau baik kita jadikan tauladan. Kalau tidak molek dapat kita jadikan sempadan. Kalau tidak pun kita baca untuk ketawa.

Ceritanya bagini:

Saya ingat lagi pada tahun 1972 - ketika itu saya anak mahasiswa yang mengulang tahun satu di Universiti Malaya. Saya telah aktif dalam perjuangan gerakan mahasiswa sejak dari awal tahun pertama lagi. Pada tahun itu, ketika Kongres Tahunan Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia (PKPM ), saya telah dilantik untuk menjadi Setiausaha Agung. Badan yang bernama PKPM ini telah diharamkan pada tahun 1974 - sesudah demo pelajar menyokong warga Baling.

Ketika saya dilantik sebagai SU Agung PKPM – perang Vietnam sedang rancak. Kuasa imperial Amerika sedang melancarkan perang kolonial ke atas Vietnam, Laos dan Kamboja – sama seperti yang sedang berlaku di Iraq dan Afghanistan hari ini.

Justeru dalam Kongres PKPM tahun 1972 itu ada terdapat resolusi yang mengutuk imperialis Amerika Syarikat dan menyokong perjuangan menuntut keadilan oleh rakyat Indo China. Ketetapan yang dibuat dalam kongres akan menjadi dasar persatuan sehingga ke kongres tahun hadapan.

Pada zaman itu gerakan mahasiswa cukup rancak. Saya adalah seorang ahli kelab sosialis yang aktif. Justeru pandangan politik saya adalah kiri. Buku dan akhbar yang saya baca adalah kiri. Negara dan pemimpin negara yang saya hormati adalah dari jalur kiri.

Berdasarkan resolusi PKPM yang anti-Amerika saya telah memasang poster-poster anti-perang Vietnam yang kami terima dari International Union of Students yang berpengkalan di Prague.

Rupa-rupanya ada juga kumpulan mahasiswa, terutama dari PMUKM yang yang tidak bersetuju dengan pemasangan poster ini. Lalu saya dikritik sebagai SU Agung PKPM yang tidak bertanggungjawab. Sebenarnya isu poster anti-perang Vietnam ini hanya alasan. Kritikan ini datang dari pelajar reaksionari bermazhab kanan.

Akhirnya satu persidangan tergempar telah diadakan. Persidangan ini diadakan di Dewan Majlis Persatuan Universiti Malaya. Saya ingat lagi petang itu – delegasi dari PMUKM, dari Serdang College, dari Institut Teknoloji Kebangsaan, KSITM dan tuan rumah PMUM turut hadir.

Saya dapat merasakan seolah-olah telah ada persetujuan untuk menyingkirkan saya dari PKPM. Idris Jusi, dari PMUKM mula bercakap membuka kes tentang saya yang dikatakan tidak mengikut dasar PKPM dan dilihat pro-komunis. Dari KSITM, presidennya Zahari tidak pula bercakap. Yang banyak bercakap ialah Ibrahim Ali.

Pandangan-pandangan kanan dan reaskioner bertaburan pada petang itu.

Sebelum keputusan dibuat untuk menyingkirkan saya dari PKPM - tiba-tiba seorang wakil delegasi dari KSITM mengangkat tangan untuk berucap. Saya masih ingat lagi anak muda itu. Dia kurus lansing dan kacak. Berkulit sawo matang. Anak muda ini memakai seluar hitam dan berbaju biru. Mustahil saya akan melupakan susuk ini. Sampai akhir hayat saya ingat apa yang berlaku pada petang itu. Tidak mungkin saya akan lupa kerana pada petang itu saya sedang disalib.

Masih terngiang di telinga saya hingga ke hari ini apa yang dikatakan oleh anak muda itu:

“Sebelum dia dibuang, dia berhak untuk diberi peluang bersuara. Ini adalah cita-cita demokrasi pelajar… dan ini adalah hak dia.”

Saya terperanjat kerana tidak ada sesiapa dari persatuan lain yang menyokong saya kecuali PMUM. Saya terperanjat kerana anak muda ini berani ‘pecah regu’ untuk menyokong saya. Saya kagum atas keberanian nya.

Saya tidak kenal anak muda ini. Tapi saya tahu anak muda ini datang dari KSITM – satu persatuan pelajar yang saya anggap reaksionari. Bila saya selidiki baru saya sedari anak muda ini ialah Zaid Ibrahim – pelajar jurusan undang-undang Institut Teknoloji Mara. Saya juga difahamkan si Zaid ini datang dari Sekolah Tuanku Abdul rahman (STAR) seteru kuat sekolah saya, MCKK.

Semenjak petang itu saya tidak bertemu dengan Zaid Ibrahim. Kami meneruskan keyakinan diri. Saya difahamkan Zaid telah menjadi seorang peguam yang berjaya. Saya terus menjadi diri saya.

Lima tahun dahulu seorang kawan dari MCKK mengajak saya untuk menjadi ahli Civil Society of Malaysia. Ini badan hak asasi manusia yang cuba diwujudkan oleh Zaid Ibrahim. Cuma ada ‘catch’ - sesiapa yang ingin menjadi ahli wajib membayar RM250. Jumlah ini agak berat untuk saya - lalu saya menolak jemputan ini.

Seminggu sebelum Ngo ini berkumpul dan bersidang saya telah mendapat panggilan telefon mengatakan bahawa RM250 telah dibayar oleh Zaid Ibrahim. Saya hairan kerana seumur hidup saya – saya belum pernah bercakap sepatah pun dengan susuk ini. Dari panggilan talipon - saya telah diberi kebenran untuk datang ke persidangan pertama Civil Society ini di Hotel Renaisance.

Inilah kali kedua saya melihat Zaid Ibrahim. Kali kedua ini agak berbeza. Anak muda kurus yang berbaju biru dan berseluar hitam dahulu telah agak bersisi. Rambutnya telah dicantikan oleh anyaman uban. Baju dan pantalon yang dipakainya kelihatan dari jenis yang baik dan bermutu. Nah! Pastilah dia telah berjaya hinggakan sanggup membayar yuran untuk orang yang tidak dikenalinya.

Dua hari sebelum nama Zaid Ibarahim dimahsyurkan sebagai calon di Hulu Selangor saya telah pergi menemuinya. Rumah kediaman si Zaid ini bukanlah sama seperti bilik sewa tempat saya menginap. Ini kawasan lumayan yang hanya 30 minit dari Serendah Hulu Selangor.

Mata saya memerhati dengan rapi untuk mengetahui lebih dalam lagi manusia yang bernama Zaid Ibrahim ini. Rumahnya tidak mengancam tapi pastilah lebih luas dari bilik sewa saya. Dalaman tidak lucah dan bukan bermotifkan budaya ‘arriviste – horray henry’ yang sering kita temui di wilayah-wilayah mewah.

Tujuan saya datang kerana ingin bertanya apakah dia masih ingat lagi apa yang terjadi di Dewan Majlis PMUM 38 tahun dahulu. Zaid termenong sabentar sebelum mengakui yang dia pernah datang ke PMUM untuk bermesyurat. Tetapi tidak ingat apa tujuan dia hadir. Malah dia juga tidak ingat bahawa pada petang itu yang di salib ialah saya.

Saya tidak merasa kecewa kerana si Zaid tidak mengingati episod itu. Inilah perjalanan hidup kita sebagai manusia . Terpencar pencar - ada yang kita ingati dan ada yang kita lupakan. Untuk kita – pekara yang ini mungkin penting dan untuk orang lain pekara yang sama adalah ‘non event – tidak ada apa apa yang penting’.

Kenapa saya menulis kesah ini? Saya menulis kerana susuk yang bernama Zaid Ibrahim ini sedang berkempen untuk memenangi kerusi di Parlimen. Saya menulis ini kerana saya yakin bahawa manusia yang bernama Zaid Ibrahim ini adalah manusia demokrat. Tiga puluh lapan tahun dahulu – ketika kami masih lagi anak pelajar - si Zaid ini telah memperlihatkan sifat jujur dan demokratnya.

Pada petang itu – 38 tahun dahulu - si Zaid telah tidak terpengaruh dengan tohmah anti-komunis, anti kiri dan anti sosialis. Sifat demokratiknya telah tertanam dalam sebelum dia meletakan jawatan sebagai menteri kabinet kerana menentang ISA. Susuk yang bernama Zaid Ibrahim dapat melihat salah dan benar.

Jika saya warga Hulu Selangor saya merasa senang hati untuk menobatkan Zaid Ibrahim sebagai wakil suara saya di Parlimen. (TT)

( sebarkan lah kesah ini - untuk kita membuat kebaikan)

Monday, April 12, 2010

MENCARI SABAR DAN REDHO DALAM KEKURANGAN DAN KESUSAHAN

SETIAP KITA TAK SENTIASA SENANG..
SETIAP KITA TAK SENTIASA SEMPURNA..
SETIAP KITA TAK SELALU GEMBIRA..
SETIAP KITA PASTI TERKADANG MERASA DERITA..
SETIAP KITA TAK SEMUA KAYA..
SETIAP KITA TAK SEMUANYA BERJAYA..
SETIAP KITA TAK SEMUANYA BERKUASA..
SETIAP KITA TAK MUDA SENTIASA..
SETIAP KITA TAK SEMUA BERDUIT..
SETIAP KITA TAK SEMUA BERPASANGAN..
SETIAP KITA TAK SEMUA BER'POINTER' TINGGI..
SETIAP KITA TAK SEMUA PANDAI..
SETIAP KITA ADA YANG SEDIH SENTIASA..
SETIAP KITA ADA YANG BERMASALAH MEMANJANG..
SETIAP KITA ADA YANG ASYIK DILUKA..
SETIAP KITA ADA YANG GILA..
SETIAP KITA ADA YANG BAPOK..
SETIAP KITA ADA YANG SENTIASA RASA SERBA TAK KENA..
SETIAP KITA ADA YANG SENTIASA RASA TAK CUKUP..
SETIAP KITA ADA YANG MERINTIH SUSAH..
SETIAP KITA ADA YANG KEHILANGAN SESUATU BERHARGA..
SETIAP KITA ADA YANG TERPAKSA MEMINTA-MINTA..
SETIAP KITA ADA YANG CACAT..
SETIAP KITA ADA YANG MASIH BELUM BERTEMU JODOH HIDUP..
SETIAP KITA ADA YANG 'STRESS' SENTIASA..
SETIAP KITA ADA YANG BERBAJU LUSUH..
SETIAP KITA ADA YANG BERUMAH KECIL..
SETIAP KITA ADA YANG TAK DAPAT SAMBUNG BELAJAR..
SETIAP KITA ADA YANG TERPAKSA BEKERJA MUDA..
SETIAP KITA ADA YANG KEMATIAN IBU..KEMATIAN BAPA..KEMATIAN KELUARGA..
SETIAP KITA ADA YANG LEMBAB..
SETIAP KITA ADA YANG GAGAL 'FINAL PROJECT'..
SETIAP KITA ADA YANG GAGAL BERCINTA..
SETIAP KITA ADA YANG TERPAKSA MENUMPANG..
SETIAP KITA..SETIAP KITA DAN SETIAP KITA..

BERSABARLAH..CARILAH SABAR ITU..BIAR SABAR MENGUASAI DIRI..REDHOLAH DENGAN APA YANG BERLAKU..JANGAN MARAH TUHAN..JANGAN BENCI TUHAN..TERUSKAN BERSANGKA BAIK..BERDOALAH..BERUSAHALAH..TAK SENANG DISINI MUNGKIN DISANA..TAK SEMPURNA DISINI MUNGKIN DISANA..TAK LENGKAP DISINI MUNGKIN DISANA..

Saturday, April 10, 2010

TAK PERLU MENCARI PASANGAN HIDUP..BERDOALAH

Sudah menjadi fitrah kehidupan di dunia bagi setiap penciptaan makhluk yang hidup untuk memiliki pasangan hidup..fitrah itu sengaja ditiupkan ke dalam jiwa-jiwa makhluk hidup sebagai antara hadiah terbesar kepada manusia khususnya sekiranya fitrah itu berjaya ‘dikawal’ dengan cara yang terbaik dan menuruti hukum syara’. Tetapi sebaliknya, ia hanya akan menjadi pemuas nafsu dan tidak akan kekal sekiranya fitrah itu tidak ‘dikawal’ dengan sebaiknya..

Namun, sejauh mana fitrah manusia itu dapat dikawal dengan cara yang baik?Bagaimana untuk mengawal? Jawapannya jelas apabila manusia faham dan mengerti hakikat bahawa setiap jodoh bagi manusia itu telah ditetapkan oleh Tuhan Yang Maha Esa..Segala2nya telah ditetapkan..bila akan bertemu..di mana…siapa..selama mana..apa ujian yang akan ditimpakan..apa keseronokan yang akan dikecapi bersama dan sebagainya..Jika hal ini berlaku-faham akan hakikat jodoh yang akan dikurniakan, maka manusia akan menjadi manusia yang lebih bermatlamat dan kehidupan berumah tangga akan dibina atas dasar keimanan dan keredhoan Allah..

Perlukah jodoh dicari?? NO NEED..TAK PERLU CARI..ALLAH DAH TETAPKAN JODOH UNTUK KITA!!! JODOH YANG TELAH DITETAPKAN ALLAH INI PASTI YANG TERBAIK..Malangnya, hakikat ini jarang difahami..kita akan tetap mencari..kononnya apa2 pun perlu kepada usaha..Ya,memang apa-apa pun perlu kepada usaha tetapi bukan di dalam soal pasangan/ jodoh kepada kita!!BUKAN!! Hal ini kerana, jika berusaha untuk mencari jodoh, maka semuanya akan menyimpang dan menjurus ke arah dosa..ALLAH MENGHARAMKAN KEBAIKAN DI DALAM SESEBUAH RUMAH TANGGA YANG DIMULAKAN DENGAN DOSA..DOSA BERDATING..DOSA BERZINA HATI DENGAN SMS..DOSA ZINA TELINGA DENGAN BERBUAL DENGAN PASANGAN YANG TIDAK HALAL dan sebagainya..

Perlukah jodoh dicari?? Sekali lagi, NO NEED..sebabnya, perasaan suka dan sayang kepada jodoh yang dicari tidak dapat dijamin statusnya samada suka dan sayang atas DASAR IKHLAS KERANA ALLAH atau atas DASAR NAFSU..Hal ini hanya merosakkan perhubungan rumah tangga yang seharusnya dimulakan dengan permulaan yang baik tetapi telah dicemari dengan SYUBHAH..

Kita perlu jelas bahawa hanya perhubungan selepas akad yang sah saja akan mendatangkan ketenteraman jiwa yang memanjang..tiada apa yang perlu dirisaukan kerana pasangan yang ada sudah menjadi yang halal bagi kita tetapi perhubungan yang tercipta sebelum akad perkahwinan ditambah dengan perlakuan dosa hanya akan mendatang nikmat sementara yang tidak berpanjangan dan berkemungkinan besar akan membawa kepada kehampaan dan individu terlibat berkemungkinan akan melakukan sesuatu yang akan memudaratkan diri dan orang lain..

Yakinlah bahawa pasangan yang tidak halal yang kita miliki sekarang yang dianggap terbaik di antara yang terbaik,caring di antara yang tercaring, cantik di antara yang tercantik, kacak diantara terkacak, pandai mengambil hati, pendengar yang baik, lain dari yang lain, macho dan sebagainya adalah usaha jahat syaitan yang sedaya upaya untuk mengaburi dan memperdaya kita sedangkan sebenarnya pasangan kita yang ‘DISIMPAN’ oleh Allah itu adalah yang paling terbaik!! Hanya masa yang menjadi penentu..Caranya tiada siapa yang tahu tetapi bukan dengan usaha mencari sendiri..

Perkahwinan itu bukan semata-mata untuk mententeramkan jiwa dan nafsu sebaliknya ia merupakan ibadah dan amanah. Bukan juga untuk berseronok tetapi penuh dengan cabaran dan dugaan..Hanya pemilihan bakal pasangan yang benar2 ‘kena’ sahaja yang mampu melayarkan bahtera rumah tangga yang penuh dengan gelora ujian..

Pernah diceritakan bahawa terdapat sepasang kekasih yang tiada ikatan yang halal, yang sedang hangat bercinta tetapi disedarkan akan hakikat kewujudan ‘PASANGAN YANG DISIMPAN’ memutuskan perhubungan masing-masing..Masing-masing ‘menderita’ selepas berpisah..Namun selepas beberapa lama, keadaan menjadi terkawal dan kehidupan mereka kembali normal..Tiada pasangan yang tidak halal..tiada dating dan sebagainya..Masing2 sedaya upaya kembali ke jalan tuhan..Dan ditakdirkan, Allah mempertemukan mereka dengan jodoh masing-masing disaat masing-masing sudah berubah dan berazam untuk mencari redho tuhan di dalam perhubungan yang sah..Ditakdirkan juga, salah satu pasangan itu mengalami kemalangan maut sewaktu di dalam perjalanan ke sebuah majlis ilmu di sebuah masjid..SYAHID(mudah-mudahan)Perhatikan betapa perasaan ingin kepada sesuatu yang baik itu Allah gandakan dengan yang lebih baik..

Justeru, diharapkan apa yang cuba disampaikan ini dapat membuka sedikit minda kita yang tertutup rapat berkaitan perihal pasangan-jodoh-kehidupan berumah-tangga..Berazamlah untuk berubah..YAKINLAH BAHAWA ADA INSAN YANG DISIMPAN OLEH ALLAH UNTUK KITA SEBAGAI PELENGKAP DI DALAM KEHIDUPAN KITA..JANGAN TERBURU-BURU..JANGAN RISAU DAN JANGAN TERLAMPAU MEMIKIRKAN SOAL JODOH KERANA MASIH ADA PERKARA YANG YANG LEBIH PENTING YANG PERLU DIUTAMAKAN..

Saturday, April 3, 2010

JIWANG DARI MAHER ZAIN

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along

And theres a couple words I want to say
Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along

And theres a couple word I want to say
*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

Repeat Chorus
I know that deep in my heart..