Saturday, May 31, 2008

kuntum khoiro ummah..

Melihat kepada reliti remaja terutama golongan mahasiswa dan mahasiswi di IPT-IPT awam dan swasta di malaysia, adakah 'title' KUNTUM KHOIRO UMMAH ini sesuai 'dipakai' oleh mereka??
Kadang-kadang kita termalu sendiri apabila mengenangkan perkara-perkara bodoh yang mereka lakukan sehngga kadang-kadang ISLAM mereka itu boleh dipertikai..Dalam kampus lain,luar kampus lain..berkopiah dan bertudung labuh di dalam kampus tetapi berseluar pendek dan berskirt di luar kampus. Pasangan berzina di dalam tandas, buang anak , gejala dadah dan sebgainya rata-rata melibatkan bangsa melayu islam..Dalam hal ini,siapa yang harus dipersalahkan?rektor?pihak kolej atau universiti?Barisan kepimpinan pelajar?ibu bapa?atau diri sendiri? Hal ini perlu di ambil serius oleh semua pihak dan 'sterns action' perlu dilakukan dengan segera.. Siswa siswi islam di IPT-IPT awam dan swasta tak ubah seperti pelajar-pelajar di barat(tak semua).." kalau nak baratkan anak2 tak payah hantar ke luar negara, hantar je ke IPT di....yang terkenal dengan sistem westernize budak-budak melayu.." dapat saya katakan disini baahawa pelajar-pelajar yang terlibat dengan perkara-perkara bodoh ini adalah disebabkan mereka tidak jelas tentang matlamat mereka di tempat pengajian. Mereka lebih tertumpu kepada perkara-perkara melalaikan berbanding perkara-perkara yang merupakan tanggungjawab mereka..teringat saya akan satu hadis nabi Muhammad yang menyentuh soal kualiti ummat pada akhir zaman..

"the people will soon summon one another to attack
you as people when eating invite others to share their dish

someone asked

"will that be because o our small number at that time?

He(the prophet) replied

No, you will be numerous at that time but you will be scum and rubbish carried down by a torrent and Allah will take away fear of you from the breast of your enemy and place Al-Wahan(enervation)
into your hearts."

someone asked

"What is al-wahan?Apostle of Allah."

He replied

"Love ad-dunia (the life) and dislike of death..

Senang cerita, umat akhir zaman yang di gambarkan oleh Rasulullah adalah dari kuantiti yang banyak tap tiada kualiti. Bangunlah sahabat-sahabat..Umat islam terutama golongan pelajar dan remaja seharusnya dapat menjadi contoh yang baik kepada bangsa agama lain dan jangan biarkan perlakuan kita menjadi fitnah kepada agama kita sendiri.CHAIYUK!!

FITNA ADALAH FITNAH

PENYIARAN filem pendek Fitna yang menunjukkan bahawa Islam adalah agama keganasan dan mengajar keganasan dibantah seluruh umat Islam di dunia. Hasil kerja seorang ahli parlimen Belanda, Gert Wilders atas nama kebebasan bersuara membawa satu agenda jahat memburukkan Islam dan menimbulkan keresahan dalam perhubungan antara agama. Bagi yang prihatin, keharmonian antara penganut agama adalah suatu yang suci dan perlu dijaga.

Justeru, umat Islam di beberapa negara menunjukkan bantahan dengan pelbagai cara menzahirkan penentangan serta rasa tidak setuju terhadap penyiaran filem pendek itu. Kita tidak menghalang kebebasan bersuara tetapi kita menentang penyalahgunaan kebebasan itu sehingga memburukkan agama lain termasuklah Islam.

Sesetengah negara Islam menunjukkan bantahan terhadap kebiadaban itu dengan tindakan memboikot barang dihasilkan dari Belanda. Kita bersetuju dengan pemboikotan, semoga ia memberi kesan halus kepada mana-mana pihak bahawa keharmonian antara agama di seluruh dunia perlu dipertahankan.

Usaha memburukkan Islam dengan memetik beberapa ayat al-Quran yang memerintahkan umat Islam mempertahankan diri apabila diperangi dijadikan dasar bahawa Islam menyuruh penganutnya berlaku ganas. Ia akhirnya boleh membawa kepada perasaan takut orang bukan Islam terhadap Islam dan merebak sehingga menghasilkan perasaan benci pula kepada umat Islam.

Jika diperhatikan, bermula dengan peristiwa 11 September 2001 iaitu serangan ke atas Pusat Perdagangan Dunia (WTC) di New York sehinggalah pengeboman 7 Julai 2005 di London, kemudian di Mesir, Turki, diikuti beberapa insiden di seluruh dunia, meninggalkan titik hitam kepada sejarah tamadun moden manusia. Simptom 'Islam-phobia' atau ketakutan kepada Islam dan umatnya disebarkan dan Muslim terus dipersalahkan serta terus dikaitkan dengan keganasan yang berlaku.

Penyiaran filem pendek Fitna adalah kesinambungan menyalahkan umat Islam atas keganasan yang berlaku dan dasar analisis mereka adalah Islam mengajar umatnya berbuat begitu. Selama bertahun lamanya, media Barat menunjukkan imej negatif mengenai orang Islam sebagai pengganas dan masyarakat belum bertamadun. Bahkan, atas alasan menangani keganasan jugalah Amerika masuk dan menyerang Afghanistan serta Iraq.

Adakah benar Islam mengajar keganasan? Apakah benar umat Islam orang yang keras dan ganas kerana agama mendidiknya begitu? Apakah Islam mengamalkan sikap tertutup sehinggakan umatnya tidak boleh duduk semeja untuk berbincang atau berdialog dengan lain-lain agama?

Islam adalah agama mengajak kepada perdamaian dan hidup secara harmoni. Bukan saja kepada sesama pengikutnya bahkan seluruh makhluk yang wujud di alam ini. Perkataan Islam itu sendiri datangnya daripada kalimah 'salama' yang bermaksud aman, sejahtera, patuh dan penyerahan diri. Perasaan toleransi sesama manusia juga menjadi tumpuan penting dalam ajaran Islam.

Islam tidak menganjurkan keganasan dan tidak mengajar umatnya membenci penganut agama lain sebagaimana digambarkan media barat dan filem Fitna itu. Bahkan, umat Islam diminta untuk berurusan secara harmoni dengan bukan Islam dan melayani mereka dengan baik. Islam turut menyentuh umatnya beramal dengan sifat lemah lembut, berbincang dan berdialog dengan baik, waras dan tersusun.

Islam turut menekankan konsep persaudaraan dan ukhuwah yang baik. Allah sendiri bersifat dengan sifat mutlak yang Maha Pengampun, Maha Pemurah dan Maha Mengasihani terhadap hamba-Nya. Allah tidak menyuruh umat Islam melakukan keganasan dan kekerasan. Tetapi pada masa yang sama al-Quran mengajar setiap kita mempunyai maruah, harga diri dan kesabaran kita juga ada tahapnya. Apabila agama dan maruah umat Islam dicerobohi dan diperangi, kita berhak mempertahankan diri.

Apakah mungkin apabila harta benda kita dirompak, kita hanya berdiam diri dan melihat saja? Apakah mungkin apabila anak perempuan kita dirogol, kita melihatnya dengan pandangan sayu tanpa bangun mempertahankan hak? Adalah suatu yang tabii bagi insan untuk bertindak apabila hak dan harga dirinya dicabuli.

Dalam hal ini, apabila Islam diperangi, maruah agama dicemari, maka Islam meletakkan peruntukan bahawa umat Islam boleh bangun bertindak apabila agama dan maruah diri dicabul. Namun begitu, kita dilarang mengikut emosi membabi buta dan melampaui batasan. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan perangilah mereka yang memerangi kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Kerana Allah menyukai orang yang tidak melampaui batas." - (Surah al-Baqarah, ayat 190)

Ini menunjukkan ayat al-Quran yang dipetik dalam filem Fitna sebenarnya menyentuh mengenai peruntukan mempertahankan diri selepas kita diperangi. Penerbit filem itu silap kerana menjadikan ayat ini sebagai dasar hujahnya bahawa Islam sebenarnya menggalakkan umatnya memerangi dan melakukan keganasan. Jika dirujuk kepada sejarah silam, Rasulullah SAW menekankan konsep bermaafan, lemah lembut, menjaga akhlak dan tingkah laku hatta ketika berada di medan perang.

Apabila Baginda SAW menghantar tentera mempertahankan maruah agama, Rasulullah SAW berpesan yang bermaksud: "Janganlah kamu membunuh orang tua yang uzur dan jangan kamu membunuh kanak-kanak kecil dan wanita dan janganlah melampaui batas. Kumpulkanlah harta perang, buatlah kebaikan, berlaku ihsanlah sesungguhnya Allah mencintai orang yang berbuat ihsan." - (Hadis riwayat Abu Daud)

Islam adalah ajaran yang positif, bersifat terbuka dan menggalakkan perdamaian serta kemaafan. Keterbukaan Islam ditunjukkan apabila Islam bukan saja menganggap semua Muslim sebagai saudara, bahkan Islam turut bersedia menerima orang bukan Islam yang tidak membenci dan memerangi Islam sebagai umat yang satu dan hidup bersama secara harmoni.

Islam juga melarang sama sekali umatnya memburukkan agama lain dan menghina tuhan agama lain kerana ia boleh membawa tindakan balas sehingga Allah pula dihina oleh penganut agama lain. Islam tidak pernah mengajar umatnya menghina Jesus yang dimuliakan orang Kristian, begitu juga Islam tidak pernah menyuruh umatnya menghina Gautama Buddha, menghina mana-mana agama tetapi mengajak perbincangan ke arah keharmonian hidup sesama insan.

Apa yang diketengahkan adalah perbincangan, dialog perbandingan agama dengan mengemukakan hujah dan keterangan mengenai kebenaran Islam tanpa menghina mana-mana agama. Oleh itu, adalah silap mana-mana pihak menganggap Islam ajaran mengajak kepada keganasan dan kekerasan, sedangkan Islam menganjurkan perdamaian, ketulusan hati, kemaafan, toleransi dan lemah lembut dalam melayani sesama manusia.

-Penulis adalah Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)-

lirik lagu ALBI NADAK dalam B.MELAYU

Hanya padamu...
Diri ini hanya milikmu
Datanglah dekat
Air mataku mengalir
Mengharapkan mu

Hanya padamu...
Dan jiwaku padamu
Wahai kasihku usia kita,usiaku
Seluruh hidupku untukmu

Cintamu adalah hayatku
Dirimu buat kita bercinta sebenar2 cinta
Hatiku disini, keindahanmu millikku
Jadi bersatu

Hatiku memanggil
Harapkan engkau sentiasa kekal
Hanya dirimu
Selepas bertahun lihatlah sayang
Kita berjumpa di sini dan bersama
Airmataku mengalir keranamu
Engkaulah kekasih, hidupku hanya untukmu
Seluruh hidupku, usiaku..
Kerna matamu, aku serahkan segalanya

Apa yang daku harapkan
Indahnya kau disisi bersamaku selamanya
Katakanlah kepadaku..
Diri ini..sekian lama mengharapkan
Hati ini, perasaan ini
Bersama hati dan perasaanmu

penipuan dalam KAYU KOKKA

Tiada dalil sahih yang mengatakan bahtera dan tongkat itu diperbuat daripada kayu Kokka, namun tiada juga dalil sahih yang mengatakan bahtera dan tongkat itu tidak diperbuat daripada kayu Kokka. Tiada juga dalil sahih yang menyatakan tongkat dan bahtera tersebut diperbuat daripada jenis kayu jati, cengal, berlian, balak dan sebagainya.

Di dalam sebuah artikel muka penuh Berita Harian bertarikh 31 Disember 2005 menyatakan, menurut fakta & sumber hasil kajian arkeologi bahawa Bahtera Nabi Nuh atau Noah Ark's itu diperbuat daripada kayu jenis Kokka (Gopher) yang sukar ditemui. Kayu tersebut juga menjadi bahan utama membuat bahtera dan ketahanannya menghadapi pelbagai keadaan cuaca dan alam semula jadi. Keputusan ujian makmal pada Jun 1987, membuktikan ia mengandungi logam & fosil (tinggalan tumbuhan atau haiwan dalam kerak bumi yang wujud semenjak dari zaman geologi lalu). Penemuan Dr Ronald Eldon Wyatt mendakwa menemui dan membuktikan kewujudan bahtera Nabi Nuh dengan menggunakan radar Geophysical Survey Systems Incoparated (GSSI).

Ramai telah menggunakan kayu Kokka dan merasai keberkesanannya. Ada segelintir yang menggunakan kayu Kokka dan tidak merasai keberkesanannya. Ada juga yang menggunakan kayu Kokka namun tidak menyedari keberkesanannya. Ada dikalangan mereka yang tidak menggunakan kayu Kokka kerana tidak tahu mengenainya. Samada ia berkesan atau tidak, semua bergantung kepada amalan individu tersebut disertai keizinan dari Allah SWT dan bukan kerana kepercayaan bahawa kayu Kokka itu berkhasiat semata-mata. Ini semua telah terbukti menurut pengalaman si pemakai.

Nabi Musa as. memiliki mukjizat dan tongkat beliau juga adalah mukjizat disebabkan beliau adalah seorang Rasul. Bagi manusia biasa, kita mempercayai bahawa kayu Kokka mempunyai kelebihan yakni bukanlah mukjizat. Kita juga sedia maklum bahawa manusia biasa tidak memiliki mukjizat namun dengan amalan kita dan gandingan kelebihan yang ada pada kayu Kokka disertai dengan keizinan Allah SWT yang akan membuahkan keberkesanannya.

Allah SWT jualah Pemilik kuasa yang mutlak di atas segalanya.

Adalah wajar jika penjualan kayu Kokka yang berleluasa pada masa kini dikawal. Tidak dinafikan ada peniaga mengambil kesempatan dengan mengada-adakan cerita yang tidak boleh diterima akal mengenai kelebihan kayu Kokka. Ianya boleh menyebabkan ramai orang keliru dan tertipu serta menyebabkan penyelewengan aqidah kerana tidak mendapat penerangan dan pemahaman yang jelas tentang definisi penggunaannya.

Darul Nu'man - 30 11 2006

MENGAPA SEBEGITU MUDAH??

Saban hari negara sering dihangatkan dengan isu-isu panas terutama daripada golongan artis dalam negara sehinggakan kes kehilangan kucing pun turut dipaparkan!Ini realiti dalam negara yang kadang-kadang hampir muak dan meluat penulis membacanya..namun ada sesuatu yang amat menarik minat penulis untuk mengupas dengan panjang lebar iaitu soal MASALAH RUMAH TANGGA bukan sahaja dari golongan artis tetapi turut melibatkan golongan bukan artis,tak lain tak bukan........PENCERAIAN...Kita sedia maklum bahawa perkahwinan merupakan suatu tuntutan fitrah manusia yang inginkan kepada kehidupan berpasangan dan perkahwinan merupakan jalan yang terbaik bagi menentukan 'status' pasangan terbabit..Antara dalil yang berkaitan dengan tuntutan perkahwinan adalah seperti sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud "WAHAI ORANG-ORANG MUDA,SESIAPA DI ANTARA KAMU YANG MAMPU BERKAHWIN MAKA HENDAKLAH DIA BERKAHWIN KERANA IA(IAITU PERKAHWINAN)ITU DAPAT MENGAWAL MATA DAN KEMALUAN.BARANGSIAPA YANG TIDAK MAMPU MAKA HENDAKLAH DIA BERPUASA KERANA PUASA ITU AKAN MENJADI PENJAGA BAGINYA(RIWAYAT AL-JAMA'AH TERMASUK BUKHARI).Namun kadang-kadang perkahwinan sesebuah pasangan tidak kekal panjang kerana berpunca dari pasangan itu sendiri terutama dari kaum wanita..Kesilapan yang dilakukan adalah terjadi sewaktu sebelum berkahwin lagi(kes-kes di mahkamah syariah,90% adalah melibatkan kaum wanita terutama dalam soal tuntutan nafkah dan sebagainya). Perkara ini diceritakan sendiri oleh seorang peguam syarie apabila mengendalikan kes-kes berkaitan masalah rumah tangga dan dapat saya simpulkan disini antara masalah yang timbul sehingga menyebabkan kepada penceraian adalah:
1)Kahwin di usia terlalu muda
2)terlampau mempercayai pasangan(lelaki)

'Point' nombor 2 amat menarik untuk dikupas kerana,sebagai seorang remaja kehidupan ber'couple' sudah menjadi satu kebiasaan.Mula-mula kenal dalam YM(contoh..) dan kemudian keluar berjumpa kononnya untuk mengenal lebih rapat dan seterusnya bercinta..Dalam waktu itu semuanya kelihatan sempurna belaka..Dalam waktu itu juga,yang perempuan akan terus terpedaya dengan sikap pasangan mereka.."romantiknya bfren aku ni" "Hensemnyeeer!" "pandai dia amek hati aku" "carring nyeerr!!"..mudah sangat terpengaruh kaum pompuan ni..Untuk kaum wanita yang sedang berpasangan,ingat satu perkara..adakah kamu yakin pasangan kamu itu nanti akan menjadi yang halal bagi kamu sehingga ada setengah kes,kaum wanita ini sanggup melakukan apa sahaja demi cinta kepada pasangannya..Penyerahan tubuh??'ringan-ringan'??biasa..Yang akan menanggung masalah ini,Kaum wanita!! jadi fikir-fikirkanlah..Jangan terlampau percaya dan terpengaruh dengan lelaki..Kehebatan seorang lelaki bukan ada pada romantiknya dia,bukan carringnya dia tetapi perlu dinilai dari tanggungjawabnya,sejauh mana hubungannya dengan Pencipta,dan pelbagai lagi unsur-unsur rohani yang perlu dititikberatkan.....

Friday, May 30, 2008

who next?your mother......


"ayah dan ibu..ayah dan ibu..
itulah permulaan kami..
dapat melihat,bulan dan matahari.."

Sengaja ingin penulis menyentuh dalam ruang yang ada ini untuk mengajak mengenang kembali jasa orang tua kita terutama insan yang bergelar ibu..Pernah kita terfikir betapa besarnya pengorbanan ibu yang bersusah payah membesarkan kita??Betapa mereka menjaga hati kita??sejauh mana pula sikap kita terhadap insan yang mulia ini??Pernah buat mereka menangis??Kata-kata SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU sering diperdengarkan namun sejauh mana kalimat ini memberi kan kesedaran kepada kita?Ingin penulis menceritakan sebuah kisah seorang anak dengan ibunya..Ghani(bukan nama sebenar) merupakan seorang pelajar sekolah rendah yang tinggal bersama ibunya.Kehidupan mereka boleh diibaratkan seperti 'kais pagi makan pagi,kais petang makan petang. Setiap pagi, ibunya akan menghantar Ghani ke sekolah dengan menaiki basikal . Namun dengan keadaan mereka yang serba kekurangan,Ghani menjadi malu dengan keadaan mereka."mak,hantar kat sini sudahlah..saya jalan kaki ja sampai sokolah.." Disebabkan terlampau malu,Ghani sanggup diberhentikan dan berjalan kaki sejauh 100 meter semata-mata untuk mengelakkan dirinya dan ibunya dari dilihat oleh rakan-rakan..Ini adalah satu babak yang menyedihkan apabila seorang anak malu dan terasa hina bila bersama dengan ibu kandungnya sendiri.. Ini baru satu kisah..Tak sentuh lagi kisah anak-anak yang memperlekehkan ibu bapa,memalukan ibu-bapa apabila mereka ditanya keputusan peperiksaan kita dan bermacam lagi perkara yang apabila kita buat,status ANAK DERHAKA bakal kita terima(na'uzubillah)..Gunakan kesempatan yang ada ini untuk meraikan ibu-bapa sementara mereka masih hidup..Berjasalah pada mereka selagi kita mampu dan banggalah anda kerana..............MASIH MEMPUNYAI AYAH DAN IBU!!