Tuesday, December 3, 2013

ISLAM, POLITIK, HAK ASASI DAN NILAI-NILAI KONVENSIONAL


TUGASAN BLOG SIW505
ISLAM, POLITIK, HAK ASASI DAN NILAI-NILAI KONVENSIONAL
MUHAMMAD MU’ADZ B MOHD SAUFEE (P-SM0137/13)
CALON SARJANA SAINS KEMASYARAKATAN (PENGURUSAN PEMBANGUNAN ISLAM)

PENDAHULUAN

Islam dan politik merupakan dua perkara yang tidak seharusnya dilihat secara berasingan. Malah, kedua-dua elemen ini sangat berkait antara satu sama lain. Untuk rekod, pentingnya politik dalam kehidupan umat Islam dapat dilihat melalui peristiwa kewafatan Nabi Muhammad S.A.W. Walaupun kewafatan baginda adalah pada 12 Rabiulawwal tahun ke-11 hijrah iaitu pada hari Isnin, pengebumian jasad mulia Rasulullah tertangguh hingga ke malam Selasa malah hingga menjelang Subuh hari berikutnya ( Shaikh Sofiy al-Rahman al-Mubarakfuri, 2000). Hal ini berikutan perdebatan yang berlaku dalam kalangan sahabat untuk melantik seorang khalifah bagi menggantikan Rasulullah (Baca: Sayidina Abu Bakar al-Siddiq dilantik sebagai khalifah pertama). Dalam situasi di atas, perdebatan yang berlaku dalam kalangan sahabat dalam memilih pemimpin selepas Rasulullah begitu penting. Pemilihan pemimpin yang benar-benar mirip pemerintahan Rasulullah dan berupaya menguruskan hal-ehwal umat Islam selari dengan kehendak syarak adalah antara urusan penting di dalam politik Islam.

Namun begitu, harus diakui bahawa dogma-dogma Islam di dalam amalan politik yang pernah wujud satu ketika dahulu sudah memiliki ‘pesaing-pesaingnya’ yang tersendiri. Nilai-nilai politik konvensional (Baca: Negara-negara barat) mula mengambil tempat. Sebagai contoh, homogenisasi dalam nilai politik telah membolehkan sistem Demokrasi yang bermula dari Eropah, ‘dianuti’ oleh hampir keseluruhan negara-negara di Benua Asia ( Mohd Izzudin Ramli dan Mohamad Zaini Abu bakar, 2013). Kerencaman nilai-nilai politik ini harus diraikan dan diterima dengan sikap berlapang dada dan terbuka. Sememangnya diakui bahawa wujud di sana beberapa hal yang saling bertembung terutama dalam persoalan prinsip. Namun demikian, ini tidaklah bermakna perkara yang bertentangan ini harus dijadikan sebagai modal untuk bertelagah. Dalam hal ini, Hussein Alatas (1956) menegaskan bahawa peraturan atau sistem yang berbeza ini adalah bertujuan to compete to do good dan bukan untuk membenci antara satu dengan yang lain. Perkara ini dilihat bertepatan dengan saranan Allah S.W.T yang menyuruh manusia melihat kepelbagaian dan perbezaan atas dasar li-ta’arofu dan bukannya untuk membenci antara satu sama lain.


Justeru, artikel ini akan cuba melihat pendekatan Islam terhadap politik dan melihat sisi-sisi harmoni yang boleh diwujudkan dalam mendepani pertembungan budaya dan nilai yang semakin rancak pada abad ini dalam kalangan masyarakat.



TASAWWUR ISLAM DALAM AMALAN POLITIK

Secara asasnya, Islam adalah sebuah agama yang lengkap dan menyeluruh tanpa perlu ada sebarang penambahan dan pengurangan dalam pensyariatannya. Hal ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud :


..Pada hari ini telah Aku sempurnakan untukmu agamamu dan telah Aku cukupkan nikmatKu kepadamu dan telah Aku redhai Islam sebagai agamamu..” (al-Maidah : 3 )


Namun begitu, terdapat kelonggaran dan kebebasan yang diberikan oleh Allah kepada umat manusia untuk melaksanakan (tanfiz) syariat-syariat yang telah diturunkan oleh Allah ini. Kelonggaran dan kebebasan ini pula haruslah yang tidak bertentangan dengan hukum-hukum Allah S.W.T dan perlu kepada rujukan golongan yang berautoriti seperti dalam firman Allah yang lain :


“..Bertanyalah kepada ahlinya jika kamu tidak mengetahui..” ( al-Anbiya’ : 7 )



Begitu juga halnya dengan politik di dalam Islam. Menurut Abdul Hadi Awang (2007), elemen utama politik dalam Islam adalah berlandaskan akidah tauhid (Allah yang satu) dan menolak syirik (menyekutukan Allah) dan ini menjadi asas kepada pembentukan tasawwur Islam di dalam urusan-rusan politik. Selain itu, politik di dalam Islam juga mengandungi elemen-elemen lain seperti keadilan, kebebasan, persamaan dan syura (Mohd Izani Mohd Zain, 2005). Memandangkan politik juga mempunyai disiplin-disiplin ilmunya yang tersendiri, wujud di sana beberapa panduan yang telah digariskan oleh syariat untuk masyarakat dalam menguruskan hal ehwal politik mereka. Dalam erti kata lain, masyarakat Islam seharusnya memahami (paling tidak, cuba untuk faham) apa yang cuba diajarkan oleh Islam dalam urusan politik. Sumber-sumber ilmu kepada disiplin politik seharusnya berteraskan kepada sumber-sumber syarak seperti yang telah disebutkan sebelum ini. Hal-hal berkaitan hak, konsep keadilan, syura, pemilihan pemimpin dan lain-lain perkara yang sinonim dengan politik harus berlegar di dalam kerangka Islam itu sendiri. Hal ini penting bagi menjaga kesucian politik itu secara umum dan menjaga nama baik agama Islam itu secara khusus.

Namun begitu, politik di dalam Islam, yang bertujuan untuk menjaga urusan umat di dalam dan luar negara tidak terhad kepada apa yang disebut oleh syarak sahaja tetapi disyaratkan tidak menyalahi teks daripada al-Quran, sunah, ijma’ dan kedah-kaedah syarak yang lain. Hal ini kerana, menurut Nazih Ayubi (1991), al-Quran dan Hadis have little to say on matters of government and state. Berkongsi pandangan serupa, Khalid Ali Muhammad al-Anbariy (2008) memetik kata-kata Ibn al-Qayyim dalam membicarakan tentang hal ini: “Sesiapa yang berkata bahawa politik ialah apa yang disebut oleh syarak sahaja, maka ia adalah satu kesilapan dan menyalahi para sahabat.” Dapat difahami bahawa apa yang cuba diperkatakan oleh Ibn al-Qayyim ini ialah Islam masih membenarkan manusia untuk mencipta undang-undang yang sesuai dengan zaman kita asalkan tidak bertentangan dengan sumber-sumber yang dinyatakan di atas.



ANALISIS

Seperti yang dinyatakan di atas, walaupun Islam bersikap terbuka dan memberi kelonggaran terhadap urusan hal ehwal umatnya, perkara ini tidaklah bermakna Islam membenarkan penganutnya untuk mengikut dan mengambil sebarang idea konvensional secara membuta-tuli dengan melebihkan dan melanggar ketentuan syariat. Hal ini kerana, di dalam dunia Islam, agama menjadi central place di dalam setiap perkara (Mahmood Monshipouri, 1998). Kedaulatan di dalam Islam meletakkan tuhan (Baca: Allah) sebagai kemuncak segala-galanya yang berbeza dengan idea konvensional yang meletakkan manusia sebagai elemen tertinggi.

Dalam membincangkan tentang perkara ini, salah satu cabang kepada politik iaitu berkenaan hak asasi manusia dapatlah dijadikan sebagai contoh terbaik bagi menggambarkan persamaan dan perbezaan pendekatan Islam dan konvensional. Secara umumnya, ajaran Islam dan konvensional melihat hak asasi manusia sebagai sesuatu yang harus diperjuangkan. Persoalan berkenaan keadilan, kebebasan, persamaan dijadikan sebagai maudu’ utama kedua-dua fahaman ini. Allah telah berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud :


Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). (al-Hujurat: 13)


Di dalam ayat ini, penciptaan manusia yang terdiri daripada berbagai lapisan masyarakat dan jantina tidak dilihat sedikit pun kelebihan yang ada pada mereka melainkan yang membezakan mereka adalah dengan ketakwaan kepada Allah. Begitu juga halnya dengan sistem demokrasi yang menjadi teras kepada perjuangan hak asasi manusia. Dalam membahaskan elemen-elemen yang perlu wujud di dalam sistem demokrasi, penyertaan di dalam politik dijadikan antara elemen terpenting dalam menggambarkan aspek persamaan. Sebagai contoh, pada masa dahulu, sejarah telah merekodkan dalam aktiviti politik seperti pilihan raya, hanya kaum lelaki sahaja yang dibenarkan mengundi. Namun atas semangat persamaan dan demokrasi ini, peraturan ini dihapuskan dan menjadi antara syarat penting bagi melambangkan suburnya demokrasi sesebuah negara apabila kaum lelaki dan wanita diberikan hak yang sama untuk mengundi (Anthony H. Birch, 1993). Justeru dapat difahami perjuangan tentang persamaan ini telah mengambil tempat dalam perbahasan di dalam kedua-dua aliran fahaman ini.

Walaupun demikian, di atas persamaan yang dikongsi bersama, wujud juga pertentangan di dalam kedua-dua aliran pemahaman ini di dalam soal hak asasi kemanusiaan. Dalam konteks ‘sumber rujukan’atau dalam erti kata lain dari aspek epistemologi , amalan hak asasi manusia corak konvensional menjadikan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 sebagai panduan dan rujukan. Justeru, perkara ini dilihat sebagai memberi kuasa dan ruang yang luas kepada golongan-golongan tertentu untuk mengaplikasikan peruntukan-peruntukan ini (walau dengan apa tindakan) atas nama hak asasi manusia. Maka tidak hairanlah, wujud kumpulan yang memperjuangkan agenda lesbian, gay, bisexual and transgender (LGBT) yang secara jelas bertentangan dengan fitrah manusia asalkan perjuangan mereka didasarkan atas semangat kemanusiaan (kumpulan minoriti) dan diperuntukkan di dalam ‘kitab’ hak asasi mereka. Berbeza dengan Islam, perkara berkenaan hak ini turut menjadi perkara asas yang harus diperjuangkan. Namun begitu, mengikut Showkat Hussein (1991), hak asasi manusia harus dimulakan dengan setiap umat Islam harus memahami konsep kewujudan manusia terlebih dahulu. Kemudian, pemahaman ini harus pula diikuti dengan kesedaran bahawa hak-hak Allah (huququllah) harus diutamakan. Jika perkara ini berjaya dilaksanakan, maka urusan melibatkan hak-hak manusia yang lain pasti akan berjalan dengan sempurna tanpa melanggar segala peraturan yang ditetapkan oleh Allah.

Dalam kes terbaru yang melanda Malaysia pada hari ini terutama dalam aspek politik dan hak kebebasan manusia, wujud golongan masyarakat yang melihat perbezaan-perbezaan yang wujud terutama dalam aspek pokok (akidah dan cara hidup) sebagai sesuatu yang melanggar nilai-nilai kemanusiaan dan bertentangan dengan Deklarisasi Hak Kemanusiaan Sejagat 1948. COMANGO (The Coalition of Malaysian NGOs for the UPR ) merupakan antara gabungan daripada badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan perkara ini. Beberapa bulan yang lepas, kumpulan ini telah menyerahkan laporan-laporan berkaitan hak asasi manusia ke Pertubuhan Bangsa-banga Bersatu (PBB) yang menurut mereka perlu kepada campur tangan PBB sendiri. Dalam erti kata lain, hak kebebasan menurut mereka memerlukan kepada penafsiran yang lebih luas tanpa langsung mengambil kira dan faham tentang sekatan-sekatan hak kebebasan manusia di Malaysia, yang mengambil kira latar belakang agama dan budaya.
Antara tuntutan kumpulan ini ialah berkenaan hak kebebasan beragama, termasuk membolehkan mana-mana orang Islam untuk bebas keluar dari agama mereka dan menganuti agama lain yang kemudiannya mendapat kecaman hebat daripada menteri yang bertanggungjawab dalam menjaga hal ehwal umat Islam di Malaysia. Dalam hal seperti ini, kebebasan sudah pasti dilihat sebagai sesuatu yang indah dan menarik. Namun begitu, dalam keindahan amalan kebebasan itu, terdapat juga faktor ‘silent killer’ yang menjadi penyebab kepada tergugatnya akidah dan nilai-nilai baik dalam diri umat Islam. Dalam soal ini, persamaan yang wujud pada awalnya sudah menjadi sesuatu yang memudaratkan dan secara langsung telah melanggar antara maksud-maksud syariah (maqasid syar’iyyah).





KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, artikel ini cuba menyingkap persamaan diantara idea-idea Islam dan konvensional dalam aspek politik dan hak asasi manusia. Dalam persamaan itu, wujud juga perbezaan-perbezaan yang menjadi pemisah kepada tasawwur dan epistemologi bagi kedua-dua idea ini. Islam tidak membenci perbezaan sebaliknya mempunyai sikap yang tersendiri dalam menghadapi perbezaan-perbezaan yang wujud. Cuma apa yang diharapkan adalah, perbezaan-perbezaan yang wujud ini dapat diterima oleh segenap lapisan masyarakat supaya toleransi beragama dan bermuamalah sesama masyarakat di Malaysia akan lebih subur dan harmoni.






RUJUKAN

1)Abdul Hadi Awang (2007). Islam Dan Demokrasi. Selangor PTS Publication & Distributor SDN. BHD.
2)Anthony H. birch. (1993). The Concepts And Theories of Modern Democracy. London: Routledge.
3)Hussein Alatas. (1956). The Democracy of Islam. The Hague and Bandung: W. Van Hoeve LTD.
4)Khalid Ali Muhammad Al-Anbariy. (2008). Sistem Politik Islam. Telaga Biru Sdn. Bhd.
5)Mahmood Monshipouri. (1998). Islamism, Secularism And Human Rights in the Middle East. London: Lynne Rienner Publisher.
6)Mohd Izani Mohd Zain. (2005). Islam Dan Demokrasi : Cabaran Politik Muslim Kontemporari Di Malaysia. Penerbi Universiti Malaya.
7)Mohd Izzudin Ramli dan Mohamad Zaini Abu bakar. (2013). Kearifan Tempatan Dalam Institusi Sekolah Pondok: Kajian Kes Malaysia. Dibentangkan di Persidangan Serantau Kearifan Tempatan 2013, Terengganu.
8)Muhammad Asad. (2009). The Principles of State And Government In Islam. Kuala Lumpur: Islamic Book Trust.
9)Nazih Ayub. (1991). Political Islam : Religion And Politics In The Arab State. Routledge.
10)Shaikh Sofiy al-Rahman al-Mubarakfuri. (2000). Sirah Rasulullah S.A.W (al-Raheeq al-Makhtum). Kumpulan Usahawan Muslim SDN BHD.
11)Showkat Hussain. (1991). Islam And Human Rights. Petaling Jaya: Budaya Ilmu Sdn. Bhd.
12)Warjio.(2013). Politik Pembangunan Islam : Pemikiran Dan Implementasi. Indonesia: Perdana Publishing

13)http://www.un.org/en/documents/udhr/index.shtml.
14)http://www.wao.org.my/news_details.php?nid=308&ntitle=More+attention+on+human+rights
15)http://www.aljazeera.com/indepth/features/2011/01/2011126121815985483.html.
16)http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/minister-says-comangos-demands-against-constitution-islamic-laws


Friday, June 17, 2011

parade

CA-YA

Di negeri ini, Ca-Ya merupakan pendominasi terbesar. Pemimpin negeri ini juga dari kalangan mereka. Maka, berteriaklah mereka yang tidak menyukai pemimpin dari kalangan CA-Ya ini. Kata mereka, golongan ini penindas dan sebagainya. Kebencian mereka ini disuarakan di hampir kesemua blog individu yang mempunyai masalah dengan si CA-YA. Ini Montaj.

Post ini bukan untuk mengatakan berkenaan kebencian terhadap golongan CA-YA ini tetapi aku memilih untuk menulis sesuatu perihal berkenaan hubungan mereka (bukan Islam) dengan golongan seagama dengan aku. Aku amat terkesan apabila mendapati terdapat dari warga Indonesia yang beragama islam menjadi pembantu rumah kepada golongan CA-YA ini. Bagaimana keadaan mereka bersama golongan yang bukan dari sealiran dengan warga Indonesia yang beragama Islam?Praktik agama mereka bagaimana? Makanan?

Aku berpeluang bekerja di sebuah perusahaan milik CA-Ya ini. Sebagai seorang pembantu jualan/promoter atau apa saja yang kau nak sebut, aku pernah menyaksikan seorang warga Indonesia, Islam (aku tanya), mengikuti majikannya memilih barang2 di kedai tempat aku bekerja. Reaksi wajah si Indonesia itu, penuh dengan kesedihan. Takut. Seperti sering dipaksa-paksa melakukan sesuatu. Pakaian warga Indonesia itu sungguh tidak terurus. Ke tempat yang exclusive dengan pakaian yang..yang..sungguh tak terurus. Mengekori majikannya tanpa tahu apa-apa. Apabila diajak berbual, dia takut sambil memerhatikan majikannya seorang CA-YA bergaya. Kan bagus kalau kalian berada di tempat aku pada hari itu, melihat sendiri warga yang aku maksudkan itu. Sumpah, sangat-sangat menyedihkan.

Persoalan, adakah susah untuk dilakukan pemilihan warga asing yang bakal bekerja di Malaysia terutama pembantu rumah, diambil kira terlebih dahulu dari sudut agama mereka dengan bakal majikan? Islam dengan Islam. Bukan Islam dengan bukan islam. Mungkin aku tak tahu prosedur sebenar pemilihan warga asing untuk bekerja sebagai pembantu rumah tetapi cukup aku katakan yang ia amat tidak adil terhadap mereka yang bakal bekerja sebagai pembantu rumah.

Cukup coretan untuk kali ini, sebagai mencari mood untuk merapu kembali..

Selamat

CA-YA?

Ca-ya-nun-alif

Friday, April 15, 2011

henti

akan kembali semula

mudah-mudahan

Thursday, April 14, 2011

belia

belia kena sedar bahaya tukar kerajaan-bharian

SHAH ALAM: Generasi muda dinasihatkan sentiasa membantu kerajaan mengekalkan kuasa politik sedia ada bagi memastikan kelangsungan pembangunan demi kesejahteraan masyarakat berbilang kaum.

Mereka juga diminta menggunakan liberalisasi maklumat sebaik mungkin agar tidak terperangkap dengan rancangan pihak tertentu yang bercita-cita untuk menghancurkan sistem pemerintahan yang sudah menabur bakti sejak 54 tahun lalu.

Prof Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi MARA (UiTM), Datuk Dr Ramlah Adam, berkata peralihan kuasa politik sangat berbahaya bagi rakyat Malaysia kerana kumpulan penentang kerajaan tidak mempunyai sejarah kepemimpinan yang jelas.


apa yang bahaya?
sampai bila nak pegang kuasa?
100 tahun?
200 tahun?


tukarlah
lama sangat dah tu..

aurat

aurat perlu dijaga tapi itu hak asasi setiap wanita di mana2 negara di dunia ini. soal dosa dan pahala adalah hak tuhan antara ia dgn tuhan, kita tak mampu menjadi pengadil dan hakim dlm soal ini kerana dikhuatiri menyebabkan wanita2 berkenaan tersinggung dan menjauhkan diri dari admin -anon-

memang tidak dinafikan bahawa aurat itu adalah hak setiap manusia. dosa dan pahala yang akan diberikan terhadap cara kita berpakaian pula bukan ditangan manusia.tapi kenapa aurat itu penting?

tak lain adalah kerana ia adalah arahan tuhan yang mewajibkan semua hambanya untuk menutup aurat. bukan aku yang suruh tapi tuhan. rujuk surah annur ayat 30-31. Bukak terjemahan dan cuba fahami ayat itu. sangat-sangat mudah untuk difahami aku rasa. soal hak pula, apa hak kita nak langgar arahan tuhan? kita bagi jawapan pula yang manusia itu tak lari dari melanggar arahan tuhan. baik. sampai bila? mungkin sebelum ini kita tidak tahu yang ada arahan berkenaan penutupan aurat tapi sekarang, dah tahu kan. apa tindakan kita seterusnya?dan, semak juga terjemahan surah al-ahzab ayat 59. aurat Allah kaitkan pula dengan gangguan yang akan terjadi keatas si pendedah aurat.

apa yang pasti adalah, aku tidak pernah memaksa mana-mana individu untuk menutup aurat. cukup sekadar aku sampaikan peringatan bahawa aurat itu perlu ditutup sesempurna mungkin. aku cuba letakkan di akhir entri ini beberapa ayat suruhan untuk menutup aurat.

hak manusia vs hak allah

kau fikir-fikirlah

1)annuur 30-31
2)al-ahzab 59
3)al'araf 20
4)al'araf 26

mungkin ada lagi, yang tahu itu sja

Wednesday, April 13, 2011

wind

Take me to the magic of the moment
On a glory night
Where the children of tomorrow dream away
In the wind of change



-scorpion(wind of change)-