Monday, February 28, 2011

bob

"Betapa terlalu lama aku bertuhankan dunia demi menyelamatkan kehidupan dunia dari soal kelaparan hinggalah kepada kemewahan yang melupakan aku kepada tujuan ALLAH menjadikan manusia dan jin di muka bumi ini."

TERATAK

menteri

bharian
TEMERLOH: PAS kini dilihat sudah semakin terdesak dan dijadikan kuda tunggangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila melancarkan Buku Jingga peringkat kebangsaan di Markas Induk PAS Kerdau di sini malam kelmarin.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata manifesto dan janji yang diketengahkan dalam Buku Jingga itu adalah hasil perancangan PKR, dan ia kini digunakan PAS untuk berkempen dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau dan pilihan raya umum akan datang.
“Buku Jingga itu adalah program ekonomi dalam tempoh 100 hari pembangkang memerintah yang menjanjikan pelbagai perkara tidak realistik dan boleh menyebabkan negara bankrap dalam tempoh kurang tiga bulan jika dilaksanakan.


apa yang tak kena?
fikir

antara buku jingga dan pakatan

antara persetujuan 3 sekawan dan kenyataan menteri ini.

Sunday, February 27, 2011

tahap

aku pernah mempersoalkan satu perkara besar kepada seseorang berkenaan kedudukan seseorang yang membolehkan orang tersebut berbuat sesuatu yang bertentangan dengan ajaran islam. Aku tanya walaupun aku tahu soalan ini tidak akan ada jawapan yang konkrit kerana orang yang aku tanya ini, bukan dari orang yang belajar agama. Tanya sajalah, kerana dia ketua. baik.

jawapan mudah, seperti aku sangka, memang tak ada jawapan.


kemudian satu malam, kami diminta berkumpul. Kami di 'basuh'. kalau boleh dikeluarkan otak dalam kepala ini, pasti dicuci dengan bersih oleh ketua tadi. semua dengar dengan penuh kaku. tergamam. takut. aku? biasa. lapar dan mengantuk. bukan boleh aku nak dengar ucapan yang aku memang menyampah. baik.

tiba-tiba.


persoalan yang aku tanya dulu, disebut semula oleh ketua tadi. berapi-api. hampir separuh menjerit. tanda marah, aku rasa. tanda tak setuju dengan aku, aku kira. katanya, kami ini terlampau banyak mempersoalkan sesuatu.ikut sajalah. katanya lebih kurang begitu. malam itu berlalu dengan agak mengecewakan. Menyampah aku dengan si tua itu.meluap-luap.baik.


adakah seperti itu?

kami perlu mengikut tanpa perlu faham?

atau, kami tak boleh persoalkan apa-apa sebab kami bukan setahap dengan kau?

kau ingat kami apa?

woi?

Saturday, February 26, 2011

kaki

yalah
kaki mereka memang cantik-cantik
tak macam kita..kan?bersepah.


sudah-sudahlah
sudah-sudahlah jadi kaki angguk
sudah-sudahlah menggangguk mmbabi-buta

kita bukan jenis itu

duit

untuk mencari duit, kemudian menjadi kaya, kadang-kadang manusia mengambil kesempatan atas kebodohan orang lain.oh, maaf, bodoh itu agak kasar. baik, kurang cerdik. ambil kesempatan atas kekurang kecerdikan orang lain.

Pernah bertemu dengan iklan-iklan jiwang celaka didalam televisyen? kasar lagi. Fikirkan satu perkataan lain untuk aku gantikan "celaka" bagi melambangkan kurang cerdik tahap melampau ini. ada? isi disini __________. terima kasih

Aku terbayang jugak, siapa yang akan percaya dan terus menggunakan servis yang tak masuk akal itu. Kau cuba bayangkan, untuk melihat peratus cinta teruna dan dara, hanya perlu menaip nama dan kemudian hantar melalui sms. Kemudian syarikat akan hantar peraatus cinta mereka berdua. Bangang. kasar?


syarikat yang menerima sms, gelak guling-guling. MASYUK atas kebodohan penghantar sms. satu msj rm3.50. kalau 100 orang yang hantar? kalau 1000? kalau 100000? kaya atas sebab @#$%@ manusia.

Friday, February 25, 2011

solidariti

HIMPUNAN MEMBANTAH KEKEJAMAN KOLONEL GADAFY

Jumaat ini jam 2.30 petang – sesudah jumaat.
Sila berkumpul di hadapan kedutaan Libya
No : 6 Jalan Madge off Jalan U Thant
(dekat kedutaan Amerika)

Hentikan pembunuhan rakyat Libya!

Perhimpunan ini akan di ketuai oleh:
Saudara Mat Sabu
Yb Nurul Izzah
Dr. Syed Azman
Yb Tian Chua
Yb Dr. Nasir
Wakil-wakil Ngo


yang dekat-dekat, turunlah

bodoh

bila yang tua tak faham
bila yang tua mula melalot
bila yang tua menafikan perjuangan anak muda
maka, tunggu saja
gaddafi...

aljazeera

Muammar Gaddafi, the Libyan leader, has said in a speech on Libyan state television that al-Qaeda is responsible for the uprising in Libya.

"It is obvious now that this issue is run by al-Qaeda," he said, speaking by phone from an unspecified location on Thursday.

He said that the protesters were young people who were being manipulated by al-Qaeda's Osama bin Laden, and that many were doing so under the influence of drugs.

"No one above the age of 20 would actually take part in these events," he said. "They are taking advantage of the young age of these people [to commit violent acts] because they are not legally liable!"


lebih-lebih baca sini

dunia



hayati
fahami

Thursday, February 24, 2011

belon

kadang-kadang
bila rasa banyak masalah
bila masalah itu pulak kita rasa memang masalah yang besar
tak dapat diselesaikan
kita cepat melatah
rasa takut
rasa sedih
tapi kita tak tahu
yang orang lain sedang menanggung masalah yang lebih besar
bersyukur untuk masalah kita itu.
kerana...
tak adalah sebesar mana..


sama juga
bila kau dah tak mampu berlari
maksud aku
berlari itulah..kejar-kejar
bila kau hanya mampu melihat dari jauh
acara-acara kegemaran kau dipertandingkan
dan bukan kau di diatas gelanggang itu
sekadar melihat
posisi di selekoh, yang memang kegemaran kau
diwakilkan kepada orang lain
kau hanya mampu untuk membayangkan
yang berlari itu adalah kau
tapi
kau harus bersyukur
kau tak dapat berlari
ada insan yang langsung tidak mampu berjalan
bersyukur


tapi masalahnya
bila tak berlari
atau tidak melakukan aktiviti yang melibatkan dengan larian
badan kau seperti belon
atau lebih kartun
badan kau seperti teletubbies
atau badak
atau seperti..

sanggup



ratusan mati
disebabkan manusia gila kuasa
sampai bila boleh bertahan?
sampai bila boleh bertahan?
sampai bila boleh bertahan?

yang pasti
pasti
kau akan turun seperti orang-orang sebelum kau
sekarang kau ego
sekarang kau berkeras
ingat apa yang jadi pada pak mubarak
awal ego
sekarang main lego di rumah


menyampah tengok muka kau

Wednesday, February 23, 2011

islam

bodoh

islam itu bukan topeng

boleh pakai-pakai buka

nak pakai, pakai

tak nak pakai, sepahkan

banyak kita hari ini bertopeng

bertopengkan agama
bertopengkan islam

Tuesday, February 22, 2011

gila

si gila takkan pernah tahu yang dia gila

"mamak, bagi saya teh ais, nasik lemak dengan roti telor bawang"
"ok"

di satu sudut meja yang lain, seorang lelaki, bertopi masuk dengan selamber, duduk, sambil buka surat khabar THE SUN milik restoran ini.

"mamak, bagi saya air bali panas satu, minum" kata orang itu.

aku perhati gelagat si bertopi tadi. ala-ala saorang pemuda yang berjiwa besar. Dia keluarkan telefon yang bersarong. Ala-ala saorang bisnesman berjaya.dia menyapa orang-orang yang lalu lalang. ala-ala ssorang yb.

juadah aku sampai. begitu juga dengan lelaki ala-ala bermacam tadi.

aku makan. lelaki bertopi ala-ala bermacam tadi tidak minum minuman balinya tadi.aku minum air aku dan dia masih tidak berbuat apa-apa dengan minumannya tadi.


sampai satu ketika, sesuatu yang memeranjatkan aku. sesuatu yang menghilangkan selera aku.

si bertopi ala-ala bermacam tadi buat sesuatu. Dia ambil tisu dan masukkan kedalam minuman balinya tadi, rendam hingga tenggelam.kemudian kacau dengan jari. kemudian..diambil tisu itu dan makan. diminumnnya air bali tisu itu seperti menikmati air kelapa yang punya isinya. kemudian, dia bercakap dengan kerusi kosong disebelahnya. tiada orang. sambil bergelak-gelak..mungkin bayangan orang yang disayangi dulu, muncul..mungkin, mati tercekik isi kelapa, kenangan lama.."


"maple, dia orang gila"
aku.."owwwhhh...."

kerdau

bhairan
TEMERLOH: Pekan Kerdau berpotensi dibangunkan sebagai bandar satelit menjelang 2020 berikutan kedudukannya yang terletak kira-kira 20 kilometer dari bandar Temerloh dan Mentakab dengan masa perjalanan kira-kira dua jam dari Kuala Lumpur.

lebih-lebih, sila ke sini


sila perhatikan laporan ini
tiba-tiba berpotensi jadi bandar satelit
haha
sebelum ini? jangan harap
apa maksudnya?
fikir sendiri
haha

Sunday, February 20, 2011

racist

bukan disini

syuh!syuh!

hidup

tengah malam
jalan sunyi
aku di atas jalan ini
hujan renyai
bau hanyir kencing
bau hanyir arak
baju busuk seluar busuk
hanya ini satu jalan yang perlu aku lalui
oh ya, terlupa
malam ini malam yang panjang
tidak akan ada sinar mentari sehingga diizinkan
terpaksa aku meraba-raba mencari arah di atas jalan ini
aku berjalan di atas jalan yang busuk
busuk dosa
busuk kejahilan
busuk akhlak
busuk kata-kata
busuk nafas
busuk hati
busuk pemikiran
tapi harus aku berjalan untuk sampai ke destinasi aku
di sana, ya di sana
untuk melihat sedikit cahaya

Friday, February 18, 2011

awek



cun?
sangat-sangat
lagi cun dari kau, kau dan kau

siapa pemilik wajah cun-melecun-mercun ni?

Nama : Asmaa Mahfouz
umur : 26 tahun
asal : mesir (aku rasa)

kegiatan :
1) antara penggerak kebangkitan rakyat mesir
2) pengemudi group Gerakan Pemuda 6 April di Facebook
3) lantang menyuarakan gerakan pro-demokrasi di youtube, facebook dan twitter


yang lain:
kau tengok sini

maaf

Kau berdiri
Tengah panas
Dalam hujan
Sambil menangis
Sambil mengharap kemaafan
Kemudian
Datang kilat
Kau mati
Tanpa sempat dimaafkan

mulut

"Mulut kau buat kita dalam masalah! Kau tau tak?!"

Aku terdiam. Tak tahu nak rasa apa. Kesal mungkin, marah pun mungkin. Entah.

Bila aku pulang ke rumah malam tu, cepat - cepat aku tanggalkan mulut aku, lalu aku letak atas meja. Kemudian aku duduk di sofa, betul - betul mengadap mulut aku.

Aku merenung.

Apa yang patut aku buat dengan mulut aku ni? Apa betul mulut aku ni selalu bawak aku dalam masalah? Dah lah tu, dengan orang lain pun tak pasal - pasal diheret sekali dalam masalah tu. Argghh. Aku buntu.

Tiba - tiba, elok pulak lagu John Mayer - My Stupid Mouth berkumandang.

Ah sudah, aku fikir. Ini racun dari syaitan ke apa? Ni apa ni? Kebetulan stail apa ni? Metafora apa ni? Nak suruh aku buang mulut aku jauh - jauh?

Taknak. Aku fikir aku harus bagi peluang kedua pada mulut aku. Aku yakin, kali ini mulut aku takkan bawa aku dan sapa - sapa lagi dalam masalah. Everyone deserves a second chance, takkan mulut aku tak boleh? Mulut je kot. Bukan satu badan pun yang buat masalah! Bila sebut perkataan everyone tu, maksudnya manusia. Seluruh tubuh badan manusia. Termasuklah kepala, kaki, tangan, badan dan lain - lain. Tapi ini mulut je yang buat pasal. Mesti layak untuk second chance!

Lalu aku nekad untuk jaga elok - elok mulut aku ni. Terus aku ambik mulut aku dan aku basuh bersih - bersih di sinki dapur. Aku basuh dengan clorox. Aku sental kuat - kuat. Aku basuh tiga kali, aku sabun tiga kali kemudian aku bilas dengan air lagi tiga kali. Memang kali ni, mulut aku betul - betul bersih. Kemudian aku perah cermat - cermat dan aku jemur di ampaian luar rumah untuk dikeringkan semalaman, sebelum aku masuk tidur.

Dan esok paginya, bila aku sudah siap - siap untuk ke kerja, aku dapati mulut aku telah hilang dari ampaian.

Dicuri orang.


-untuk kwn2 yg kita suka-

Thursday, February 17, 2011

pimpinan

Maka, akan bergegak gempitalah seluruh kawasan kampus, dengan suara-suara laungan slogan-slogan tertentu, cuba untuk meraih undi dan simpati masyarakat kampus. Perjuangan terpenting ini bakal menyaksikan perebutan kerusi-kerusi yang dipertandingkan seterusnya calon yang menang bakal menaiki takhta ‘pemerintahan’ untuk tempoh satu tahun yang akan datang. Seperkara, nama Majlis Perwakilan Pelajar kedengaran begitu klise. Seharusnya ia perlu diberi nafas baru dengan menggantikan nama yang lebih sesuai. Majlis Perwakilan Mahasiswa. Lebih eksklusif. Lebih mantap. Ya, mantap. Mantap seperti itu. Fikir dan dalami.

Apa yang ingin diperkatakan kali ini adalah berkenaan janji-janji yang akan disepahkan oleh clon-calon bertanding sepanjang waktu berkempen. Akan buat itu, buat ini. Perjuangkan itu dan perjuangkan ini. Masing-masing cuba untuk mengenegahkan ideologi dan fikrah masing-masing. Ok, cukup sekadar itu. Sila perhatikan kata-kata tuhan umat Islam dalam firmanya yang bermaksud:

"wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu perkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya? Amat besar kebencian di sisi allah bagi orang yang memperkatakan sesuatu yang tidak dilakukannya…..”

Sungguh mudah untuk difahami. Jelas. Cukup berkenaan ini.


Persatuan Mahasiswa Islam, aku amat mengharapkan kemenangan calon-calon dari kalangan kamu. Biar kuasa kamu yang pegang. Aku tak cakap kamu bagus. Cuma, antara yang tidak bagus dengan lebih tidak bagus, better pilih yang tidak bagus kerana hanya itu sahaja pilihan yang ada. Cumanya, aku akan sentiasa ANTI calon dari PMI yang bercinta-cinta, terjerumus dalam hubungan lelaki perempuan yang tidak halal.Sebab? Perkara asas.

Selamat berjuang!!

Salam perjuangan!!

merlimau

kalah sebelum bertanding
belum apa-apa
dah mengaku kalah

jangan masuk bertanding kalau macam tu

buang duit
buang tenaga

mahfuz-mahfuz

Monday, February 14, 2011

lahir



selamat hari lahir
kepada junjungan besar
pemberi syafaat
pembawa cahaya
pemusnah jahiliyyah

selamat hari lahir tuan

selamat hari lahir Muhammad Rasulullah

aku rindu..

surat

rembat dari sini


Setiap tahun sekitar pertengahan bulan Februari atau mengikut kalendar China yang jatuh pada tarikh tersebut, Kaum Hokkien dari kalangan orang-orang Cina akan mengadakan upacara sembahyang di tokong-tokong.
Ini adalah salah satu upacara wajib Tahun Baru bagi mereka.

Di Pulau Pinang, di Jalan Pokok Ceri yang terletak di bahagian bawah Bukit Bendera, berhampiran Stesen Keretapi Bukit Bendera turut berlaku upacara ini. Tahun ini jatuh pada 10 Februari 2011 menjelang tengah malam.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang yang sangat maklum hari upacara ini, sekali lagi meninjau sebelum menjelang tengah malam. Memang benarlah tokong yang terletak di kaki Bukit Bendera, kira-kira dua ratus meter dari pintu gerbang jalan raya merupakan rumah ibadat dan upacara sembahyang kaum Hokkien yang bernama Tua Pek Kong.

Tapi malangnya hari upacara sembahyang yang dituntut oleh agama mereka telah dicemari oleh sebahagian besar pengemis untuk mengemis sepanjang jalan tersebut.

Mereka, sepanjang tinjauan di buat ada yang datang dari negara luar selain dari Perak, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang sendiri. Seperti mana pengemis-pengemis yang mengemis di mana-mana rumah ibadah, mereka sebenarnya tidak dijemput.

Sejak pagi lagi mereka sudah duduk berbaris dengan bekalan di sepanjang jalan dua ratus meter ke Tokong Tua Pek Kong.

Persatuan Pengguna merasa terpanggil meminta perhatian mana-mana pihak yang berkenaan, terutama Jabatan Kebajikan Masyarakat, Polis Bandaraya atau parti politik yang sering sering bersuara menjaga maruah bangsa dan sukuan supaya mencari jalan, di samping menggunakan kuatkuasa yang ada untuk menafikan kehadiran golongan seperti ini.

Mereka telah mencemar keadaan dan suasana, memalukan kaum sukuan dan menjatuhkan maruah bangsa. Dengan tibanya hari upacara sembahyang setiap tahun, mereka seolah-olah berpesta dan mereka seperti terpanggil oleh sebab mendapat simpati dari pengunjung ke situ.

Persatuan Pengguna mahu mereka ditiadakan atau dalam ertikata yang lain tidak dibenarkan 'mengemis' pada hari-hari seperti itu, pada mana-mana tempat ibadah semua kaum.

Kami juga dapati, pengemis yang mengemis di situ bukan saja terdiri dari kalangan orang tua, dewasa tetapi juga telah mengguna tenaga kanak-kanak bagi mendapat simpati. Kami juga menemui sekumpulan keluarga yang sedia berkhemah, menghampar tikar plastik bersama anak beranak.

Persatuan Pengguna mendesak pihak JKM bertindak sama ada di bawah Akta 611, iaitu Akta Kanak-kanak 2001 Bahagian 3 atau pun Subseksyen 3(2) Akta Orang papa 1977.

Ini tentunya akan menjadi lebih kemas apabila Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang sedang mengkaji untuk meminda Akta Orang Papa 1977 bagi menghukum pengemis 'tulen' atau 'pengemis palsu'.

Kami berpendapat, kebanyakan pengemis di Jalan Pokok Ceri yang bermusim ini terdiri dari 'Pengemis Palsu.'

Apapun kami berpendapat, pengemis yang muncul di sepanjang Jalan Pokok Ceri berdekatan stesen Keretapi Bukit Bendera menuju ke Tokong Tua Pek Kong perlu dinafikan kehadiran mereka tahun-tahun mendatang, kerana selain dari kita dapat mengelak dari maruah kaum dan etnik tercemar, mengemis bukanlah budaya yang perlu dipelihara di negara Malaysia.

sila perhatikan
sila tengok malaon ni tulis
siapa nak jadi pengemis sila angkat tangan?
tak ada?
memangla, bodoh
mana ada orang mahu hidup susah!!
tapi malaon ni tak faham
malaon ini berani tulis benda macam ini sebab apa?
cuba teka?
sebab, mana ada penegmis nak baca dan kritik tulisan malaon ni
jangan harap pengemis nak buka internet
sebab itu malaon ini berani tulis

tengok istilah-istilah yang digunapakai terhadap golongan pengemis
1-mencemarkan
2-memalukan
3-menjatuhkan maruah bangsa
4-perlu dinafikan kehadiran mereka


woi!
apa sebab orang mengemis?
sebab susah
tak ada duit
tak ada nasi
tak ada roti
makanan mahal
duit tak ada

mahu salah siapa?
pengemis?

kau jijik tengok mereka?

sakinah



Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

jum

Saturday, February 12, 2011

bahagia



entah mengapa kemenangan mereka disana membuatkan jiwa aku disini begitu bahagia
tersangat bahagia
tersangat gembira

sumpah

bye

bye2

tamat sudah derita
tamat sudah hujan air mata
tamat sudah sengsara

terima kasih kerana mendengar suara rakyat

30 tahun

tahniah warga mesir!
tahniah anak muda!

bagi rakyat malaysia di mesir yang pulang
apakan daya
kamu bukan sebahagian daripada sejarah negara itu
sila pulang untuk sambung belajar

klik SINI

Friday, February 11, 2011

ganti

alternatif lain untuk kepala senget nak jugak bervalentine-melentine ni..

idea dari faisal tehrani

klik SINI

valentine

timbul isu valentine. Kononnya untuk menyambut hari kekasih dan berkasih sayang dan berdosa-dosa dan bernakal-nakal. Sebagai masyarakat islam, perlu difahami bahawa kasih sayang didalam islam tidak terhad kepada hari-hari tertentu sahaja. KASIH SAYANG SETIAP HARI HINGGA MATI. Ini satu hal. Hal lain, sambutan hari valentine ini bukan syari'at islam. Sila faham ini: Sambutan Hari Valentine sebenarnya berakar umbi dari agama Kristian yang mengingati hari St Valentine dihukum bunuh. St Valentine dianggap sebagai pejuang agama Kristian yang dibunuh kerana menyebarkan agama Kristian oleh orang Rom. St Valentine dianggap sebagai utusan agama Kristian yang dikenang, didewakan serta dipuja pada tarikh kematiannya. Ia dikatakan sebagai lambang kasih sayang antara manusia dan Tuhan serta antara manusia sesama manusia.

bagi couple-couple bodoh islam diluar sana, jangan sambut hari ini. Tolong faham. Bagi orang bukan islam, terpulang. Namun, tolong faham juga kenapa orang kaitkan valentine ini dengan permasalahan moral. silakan sambut wahai orang yang bukan bertuhankan tuhan aku tapi jangan ganggu urusan larangan terhadap orang islam.

agama kamu kata boleh

agama kami tdk benarkan.


bagi pihak berkuasa agama, jalankan tugas membendung permasalahan ini dalam kalangan anak muda islam.

DEGIL

Thursday, February 10, 2011

pokok

"Memang susah."

Kata Mat Nor.

"Mana boleh kau nak jumpa mak bapak kau yang dah meninggal"

Tertunduk Ayie mendengar ayat Mat Nor. Walaupun dia tahu kata Mat Nor tu memang betul, tapi bila disebut lagi sekali ke telinganya, peritnya sama seperti awal - awal mak bapaknya pergi tempoh hari. Tapi, Ayie memang betul - betul nak jumpa mak bapaknya. Rindu yang bergoncang dalam dirinya semakin kuat. Semakin hari semakin dahsyat rindu Ayie pada mak bapaknya. Kenyataan yang Ayie takkan dapat jumpa mak bapaknya lagi, belum lagi diterima bulat - bulat.

Ayie tetap cari ikhtiar.

Tapi pakcik kan boleh? Cincin - cincin yang pakcik jual ni, takkan takda satu pun yang boleh pakai? tanya Ayie pada Mat Nor. Terik matahari di atas Jalan Chow Kit, tidak menghalau pejalan kaki yang berhenti menyaksikan Mat Nor menayangkan 'keajaiban' cincin Mat Nor. Pejalan kaki benar - benar mengharapkan Mat Nor buat magik.

Sebab orang kita memang gemar dengan benda - benda pelik. Apatah lagi magik yang jarang dilihat dengan mata sendiri.

Sekejap. Mat Nor cakap. Aku ada kerja ni, kau tunggu aku kat sana. Mat Nor tunjuk lorong sempit celah - celah kedai yang berhampiran. Tapi sebelum Ayie beransur ke lorong yang ditunjukkan, Ayie sempat menyaksikan 'keajaiban' cincin yang Mat Nor jual, menampung beban batu besar di atas nya.

Ayie jadi lebih yakin yang cincin Mat Nor tu benar - benar akan bawak Ayie jumpa mak bapak dia.

Sesudah sampai di lorong sempit tu, Ayie mengeluarkan kotak rokoknya. Sebatang rokok dikeluarkan untuk dibakar, tapi Ayie tidak ada pemetik api, lalu diraba - raba kocek seluar depan dan belakang.

Apalah kau ni. Nak isap rokok tapi takda api, kata Mat Nor yang tiba - tiba muncul.

Pakcik! Macam mana? Boleh tolong saya? Ayie semakin teruja. Aku boleh tolong, tapi kau mampu ke? Mat Nor menjadi jujur tentang harganya. 500 ringgit. Ada?

Lemah terus lutut Ayie kerana impiannya untuk berjumpa dengan mak bapaknya hancur. Dengan menundukkan kepala langsung tidak memandang Mat Nor, Ayie menjawab 500 saya takda.

Habis berapa kau ada sekarang? Mat Nor kata.

Saya ada 250 je, cukup - cukup. Ayie jawab.

Hah, bagi sini. Mintak Mat Nor. Sebab kau tak dapat bagi pengeras penuh, aku bagi pilihan lain. Cincin memang susah. Tapi kayu pokok menunduk ni boleh tolong kau. Pokok Menunduk ini takda kat sini. Ni dari seberang. Pokok Menunduk ni orang cakap dia tunduk pada arah kiblat. Kau bawak balik, malam ni kau baca ayat ni lepas tengah malam. Nanti kayu Pokok Menunduk ini akan bawak kau jumpa mak bapak kau.

Ayie seronok? Kau rasa?

Malam tu, tepat - tepat jam 12, Ayie sudah bersedia dengan ayat yang diberi Mat Nor, kayu Pokok Menunduk dan menghala ke kiblat.

12 tengah malam.

Terkumat - kamit mulut Ayie membaca ayat yang Mat Nor bagi. Teriak gembira dan tak sabar tak dapat lagi Ayie sorokkan. Dia akan berjumpa dengan mak bapak dia yang dah meninggal. Memang Ayie sahaja manusia pertama yang akan berjumpa dengan orang mati!

Tapi biasalah, orang susah memang selalu kena benda yang buat dia lagi susah.

-utk kawan-kwan yang kita suka-

FISH

"jeti nelayan akan dibina di merlimau"


fish...


what the fish....


rakyat malaysia!

sila berdoa agar kawasan anda diadakan pilihan raya kecil!

pilihan raya atas alasan apa sekali pun ( YB MATI ATAU YB LETAK JAWATAN )


sebab?????


MACAM-MACAM BOLEH DAPAT!!!!!!!!!!!!!!!!!11

Tuesday, February 8, 2011

hey

Wikipedia translation of Tunisian poet Abo Al Qassim Al Shabbi‘s
(1909-1934) “To the Tyrants of the World,”

Hey you, the unfair tyrants…
You the lovers of the darkness…
You the enemies of life…
You’ve made fun of innocent people’s wounds; and your palm covered with
their blood
You kept walking while you were deforming the charm of existence and
growing seeds of sadness in their land


Wait, don’t let the spring, the clearness of the sky and the shine of
the morning light fool you…
Because the darkness, the thunder rumble and the blowing of the wind are
coming toward you from the horizon
Beware because there is a fire underneath the ash


Who grows thorns will reap wounds
You’ve taken off heads of people and the flowers of hope; and watered
the cure of the sand with blood and tears until it was drunk
The blood’s river will sweep you away and you will be burned by the
fiery storm.

Monday, February 7, 2011

pintu

Pintu hati kita seperti pintu hotel,

tombolnya di dalam.

Orang lain sekadar boleh mengetuknya sahaja

yang membukanya perlu dari dalam, kita yang perlu membukanya

-abu umar-

Sunday, February 6, 2011

demonstrasi


apa yang membuatkan demonstrasi aman bertukar ganas?

siapa penyebab?

mengapa?

kadang-kadang,

yang turun berdemo itu pakcik-pakcik tua, makcik-makcik tua

kadang-kadang juga, terselit ibu bapa yang membawa anak-anak kecil.

mereka ini penyebab keganasan?

atau mereka ini yang mengganas?

tolonglah

bila mereka kata akan mengadakan perhimpunan aman, amanlah

jangan halau
jangan guna gas pemedih mata
jangan guna meriam air
jangan guna cota
jangan guna kaki untuk tendang

ini sebenarnya penyebab keganasan

berkumpul, menyanyi, menjerit sorakan takbir kemudian dilepas gas pemedih mata
mengibar bendera, buat benteng manusia ditembak dengan meriam air

ini sebenarnya penyebab keganasan

polis
fru

ini ada kalungan bunga untuk kalian
biarkan kami untuk berdemo aman
jangan ganggu
lepas selesai kami pulang
lepas selesai kami puas

peace....

Saturday, February 5, 2011

dengar suara, mahu orangnya

“Andaikata kamu benar-benar beriman, maka janganlah kamu lunak-lunakkan suara semasa berbicara. Nantinya orang-orang yang hatinya berpenyakit menjadi tamak. Justeru berbicaralah dengan perbicaraan yang maaruf” [al-Ahzaab 33: 32]


panduan:

LUNAK SUARA JANGAN SAMPAI JADI SARJAN

TUNDUK PANDANGAN JANGAN SAMPAI TERLANGGAR DINDING


istilah:

BUAYA YANG BERGELI-GELI


maksud:

BUAYAFRIEND & GELIFRIEND



cara penggunaan istilah:

ini adalah hadiah buaya yang bergeli-geli



maksud:

ini hadiah dari buayafriend kepada gelifriendnya



-tambahtolakadjust dari saifulislam-

Friday, February 4, 2011

kuasa dan gila

Hosni enggan lepas jawatan. Sebab, alasan terbaru yang diberikan adalah kerana bimbang huru-hara akan menjadi lebih teruk berikutan pertembungan kumpulan pro-demokrasi dan pro kerajaan sendiri. Secara logiknya, kemunculan kumpulan pro-kerajaan di mesir selepas beberapa hari demo besar diadakan adalah suatu perancangan yang mungkin diatur oleh pihak kerajaan sendiri. Hal ini bertujuan untuk memberitahu dunia bahawa hosni masih lagi memiliki pengaruhnya tersendiri. Dari permulaan demo besar diadakan, matlamatnya hanya satu. HOSNI SILA BERUNDUR! Tetapi reaksi yang diberikan oleh hosni dengan melantik si omar Suleiman sebagai timb presiden hanya sebagai gimik politik demi menutup kelemahan. Kemudian, desakan untuk meletak jawatan dibalas pula dengan kenyataan akan menimbulkan kekecohan antara kumpulan pro kerajaan dan anti kerajaan yang dibuat baru-baru ini.

Masyarakat perlu faham mengapa masyarakat turun berdemo untuk menyahkan hosni dari terus menerajui kepimpinan kerajaan. Selama hampir 30 mentdbir, rakyat telah muak dengan amalan rasuah yang diamalkan kerajaan. Masyarakat mesir hidup dalam tekanan akibat tidak mampu mendapat bekalan asas dengan sebaik mungkin. Pengangguran berleluasa. Hal ini menimbulkan kemarahan rakyat. Ini sebenar matlamat desakan ‘turun & undur’ ke atas hosni.

Bagi aku, keengganan hosni untuk undur adalah disebabkan dosa dan kesalahan yang tersirat sepanjang 30 tahun pemerintahan si hosni itu. Sekiranya hosni berjaya disingkirkan, pelan peralihan kuasa berjalan dengan penuh kesudian dari pihak hosni, maka, kemungkinan besar hosni mungkin akan didakwa atas kesalahan yang telah dilakukan. Masuk mahkamah-masuk penjara. Ini yang amat ditakuti oleh pemimpin-pemipin seperti hosni. Akibat dari kebimbangan, maka, mahu tidak mahu, kuasa harus dikekalkan. Dan, selama itu, rakyat akan terus menentang. Biar kuasa kembali ke tangan rakyat.

Thursday, February 3, 2011

agama

Malaysia negara yang mengamalkan kebebasan agama yang terkawal. Terkawal di sini bermaksud, setiap masyarakat bebas untuk menjalan praktikkan urusan agama tetapi ada di sana kawalan terhadap perkembangan atau penyebaran agama selain Islam terhadap orang Islam. Hal ini harus difahami oleh setiap masyarakat. Di dalam soal ini, sebarang bentuk unsur jahat yang berusaha untuk menimbulkan sentimen keagamaan ini akan menjurus kepada permusuhan sesama masyarakat.

Di Malaysia, konsep beragama ini dilihat agak menyebelahi orang islam berikutan terdapat beberapa peruntukan di dalam perlembagaan persekutuan yang menyentuh ‘Islam’ di dalam beberapa fasal di dalam perlembagaan tersebut. Namun, sebagai orang islam, perkara ini tidak seharusnya dilihat sebagai ‘tiket’ untuk mempersenda dan merendah-rendahkan agama lain yang terdapat di Malaysia. Untuk menjamin kestabilan agama secara keseluruhan di Malaysia, setiap masyarakat seharusnya memiliki tahap hormat yang tinggi terhadap penganut agama lain. Jangan kita menyuruh orang yang beragama lain untuk menghormati agama kita sekiranya kita tidak mampu untuk menghormati ajaran agama orang lain. Trend itu berlaku pada hari ini. Sensitiviti terhadap penganut agama lain kurang di dalam jiwa masyarakat. Kekurangan ini hanya akan menimbulkan bibit permusuhan sesama anggota masyarakat.

Seharusnya sikap toleransi dan saling memahami perlu disuburkan di bumi Malaysia ini. Hanya dengan itu, masyarakat mampu dan akan terus hidup dengan aman tanpa ada prasangka buruk terhadap anggota masyarakat yang lain

Wednesday, February 2, 2011

PERUTUSAN SELAMAT TAHUN BARU CINA TUAN GURU ABDUL HADI AWANG



Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh rakyat Malaysia berbangsa Cina. Masyarakat Cina di Malaysia yang merupakan komuniti kedua terbesar di negara ini, merupakan juga penyumbang besar kepada pembinaan negara Malaysia.

Tahun Baru Cina yang biasanya dimulakan dengan semangat kekeluargaan dengan majlis makan besar setiap anggota keluarga merupakan sesuatu yang sangat baik ke arah membina masyarakat yang sejahtera. Di tengah kemelut masyarakat Malaysia yang berhadapan dengan keruntuhan moral dan jenayah yang parah, yang antaranya juga berpunca daripada keruntuhan institusi keluarga, masyarakat Cina tampil membawa budaya baik iaitu ‘makan besar’ yang merapatkan semangat kekeluargaan.

Kita juga berhadapan dengan kemelut ekonomi yang menyebabkan rakyat berhadapan dengan tekanan hidup akibat kenaikkan harga barang keperluan. Masyarakat Cina juga tidak terlepas menyambut Tahun Baru Cina dalam situasi tersebut. Keadaan ekonomi yang parah ini juga dibayangi oleh pengumuman-pengumuman manis pemerintah yang menjanjikan persekitaran ekonomi yang lebih baik, namun dalam masa yang sama keperluan rakyat terus terhimpit akibat salah guna kuasa dan penyelewengan yang berlaku.

Saya menyeru kepada seluruh masyarakat Cina di negara ini, semoga terus melakukan perubahan untuk menukar pemerintah yang ada kepada Pakatan Rakyat, bagi mencuba alternatif yang baru untuk menyelesaikan kemelut ekonomi negara. Semoga dengan sambutan Tahun Baru Cina ini akan meningkatkan lagi hubungan kekeluargaan dan hubungan antara kaum di negara ini dan seterusnya berjaya membina masyarakat dan negara yang lebih sejahtera.


Selamat Tahun Baru Cina.


Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Chinese New Year Message By Penang Chief Minister

Penang Can Be A Portrait Of Progress When Both Penangites Regains Their Trust In Their State Government And The Government Has Faith In The Wisdom Of The People.

The Penang state government wishes all Penangites a Happy Chinese New Year of the Rabbit. Penang can be a portrait of progress when both Penangites regains their trust in their state government and the government has faith in the wisdom of the people.

Since coming into power in March 2008, the PR state government has slowly regained the people’s trust and confidence in the state government. To overcome public distrust of the state government as an institution that does not help but harm the people, PR has terminated the politics of patronage, cronyism and corruption. Instead PR has adopted a people’s government centered on 3Es of enabling the people with skills and education, empowering them with rights or opportunities and enriching the people by ensuring that the fruits of economic success can be shared.

PR has shown our faith in the people by stressing that a good government must do three things, listen to the people, do the people’s work and give hope to the people. The results of both the people having trust in the state government and the government placing faith in the wisdom of Penangites is an amazing series of historical firsts for Penang. The 10 No.ls for Penang in Malaysia are as follows:-
1. Penang top in investments with RM12,238 million, the largest in Penang’s history, or 26% of 2010 Malaysia’s total investments;
2. Penang praised for good financial management topping both years 2008 and 2009;
3. Penang top in reducing the crime index for 2010 by 27%, the largest amongst all states;
4. Penang top in green initiatives to make Penang the first green state in Malaysia;
5. Penang top in fighting corruption being the only state government in Malaysia to be praised by Transparency International for our open tenders and CAT governance based on Competency, Accountability and Transparency;
6. Penang top in medical tourism with two-thirds of Malaysia’s medical receipts originating from Penang;
7. Penang the first state to give RM100 annually to every senior citizen above 60 as well as wipe out hard-core poverty and ensuring that every family receives at least RM500 a month;
8. Penang has the highest air passenger growth for both domestic and foreign travelers in 2010;
9. Penang top in Malaysia for protecting, preserving and promoting the UNESCO World Heritage City of George Town.
10. Penang now on top as the most livable city in Malaysia on par with Kuala Lumpur.

Further, Penang continues to enjoy not only the cheapest water rates but also the best water quality. There are 750 free wifi hotspots in our efforts to make Penang a wifi state. Penang is also the only state with a Speakers’ Square where there is freedom of speech as well as freedom after speech.

There is still so much more to do. Inflation and the recent rises in petrol prices have caused an unfair financial burden on the people. The racists and extremists who preach racial supremacy continue to undermine the people’s welfare by preaching hatred and even fomenting violence.

However, the successes by Penang in having 10 No.1s have given both the government and the people the self-confidence to move forward. Penangites can be better and succeed not because of the colour of our skin or our background or our ancestry; but through hard work and intelligence.

Let us work together regardless of race and religion to make Penang cleaner, greener and safer for our children.


2011 Penang State Government Chinese New Year Message By Penang Chief Minister Lim Guan Eng In Komtar, George Town On 2.2.2011.

PERUTUSAN SELAMAT TAHUN BARU CINA DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL

Di kesempatan ini ingin saya ucapkan Gong Xi Fa Cai dan Xin Nian
Kuaile kepada semua rakyat Malaysia yang berbangsa Tionghua. Semoga
Tahun Baru Cina di raikan dengan suasana yang mesra dan meriah. Tahun
ini adalah tahun arnab, ianya melambangkan sifat-sifat yang
peka,bijaksana, diplomatik lagi berseni.

Justeru, perayaan ini seharusnya disambut dalam suasana yang boleh
menjalin perpaduan tulin di antara segenap lapisan masyarakat dan
kepelbagaian kaum. Hanya dengan keharmonian sejati maka agenda besar
membina sebuah masyarakat bertamadun akan tercapai.

Saya yakin sambutan pada tahun ini adalah dalam suasana yang cukup
sederhana. Ekonomi negara yang belum keluar dari kekangan kemelesetan
pasti terus menekan rakyat. Apatah lagi kegagalan kerajaan mengawal
kenaikan harga barangan akibat dari kenaikan harga petrolium nampaknya
terus melonjakkan kos sara hidup.

KEADILAN yang berpegang atas panji Pakatan Rakyat akan terus
memperjuangkan hak dan kepedulian kepada rakyat. Buku jingga yang kita
galur sebagai tanda aras janji dan iltizam perjuangan, telah kita
sebarluaskan agar rakyat melihat jelas program merakyatkan ekonomi
negara.

Tahun ini adalah tahun penentu memandangkan besar kemungkinan
pilihanraya umum mungkin diadakan. Inilah masanya rakyat membuat
keputusan samada mahu terus dengan kesempitan ekonomi, kekangan
berpolitik dan adu domba perkauman atau bersedia membina Malaysia yang
maju ke hadapan. Pakatan Rakyat adalah pilihan bagi menjana kehidupan
yang mencerminkan sebuah negara yang benar benar merdeka dari segi
politik, ekonomi dan sosial.

Gong Xi Fa Chai, Xian Nien How

Dr Wan Azizah Wan Ismail

selamat

selamat tahun baru cina kepada sesiapa yang merayakan perayaan ini!!

gong xi fa cai (tahniah, semoga dapat rezeki)

Tuesday, February 1, 2011

hantu



weeeeehuuuu

senyum



senyum
jangan jadi kedekut
minta duit tentu kau tak bagi, kau halau

senyumlah untuk melihat senyuman yang lain
senyumlah sebagai ganti kepada wang
supaya kau boleh hiburkan hati mereka yang mengharap sesuatu

senyumlah
jangan sombong
jangan kedekut

kita senyum mereka akan turut tersenyum

dipukul berundur mara dan terus menang



dipukul
undur
dipukul - berkumpul lagi
mara ke hadapan

di pukul
lalu undur
kemudian mara ke hadapan
mara hingga menang -tt-

apa-apalah



rakyat diserang hendap sekali lagi
disaat sedang bersedap-sedap di tengah malam