Saturday, October 24, 2009

thank you to my dearest fren nur-el benjo el tele....

Tiada teman sehebat nur-el benjo el tele pernah aku kenal.TIADA!! jangan mengaku ada yang lebih hebat dari nur-el-benjo el-tele seorang ini. Bukan calang-calang makhluk yang bernama pelik itu. Dikurniakan tuhan kemahiran yang pelbagai..Digunakan kemahiran itu untuk membantu,bukan membisu..Jangan ada yang pernah berani-berani mengaku setanding nur-el benjo el tele seorang ini..JANGAN!! Terima kasih nur-el benjo el tele,terima kasih..Terima kasih tuhan kerana dipertemukan aku dengan si nama pelik ini.

p/s: Seorang teman sejati
p/s lagi : teman di dunia dan mudah-mudahan di akhirat
p/s jugak : Seorang yang bijak
p/s selain di atas: Suka membantu..

Monday, October 19, 2009

kepada KIPAS SUSAH MATI (die hard fan ) pasukan bola sepak england

aku tahu, ramai laki-laki yang mempunyai pasukan bola sepak sepak idaman..laki-laki,bukan bapok..bapok mana nak minat bola-bola ni..'bola' lain tu tak taula..kahkahkah,ampunkan aku bapok..kahkah..Kebanyakkan dari kita akan cuba sedaya upaya mendapatkan jersey-jersey pasukan idaman..aku sendiri memiliki jersey skuad manchester united dan england(england ni baru beli)..Dalam asyik dengan keghairahan memiliki jersey-jersey tersebut jangan kita terlepas pandang satu perkara penting, LAMBANG KEAGAMAAN agama tertentu macam lambang SALIB..Banyak lambang salib terdapat pada jersi-jersi tertentu macam jersi barcelona, england dan lain-lainla..yang ada qambaq macam syaitan tu pun kalau boleh, kena jaga-jaga..

Untuk pengetahuan, jersi england terbaru tidak memaparkan secara jelas lambang T tu macama jersijersi england yang lama tapi lambang T tu masih ada..TENGOK DEKAT BAHAGIAN BELAKANG BAWAH BAJU,KECIL DAN COMEL LAMBANG T TU!!!! baju tu aku memang nak beli dulu tapi baju dulu kalau alter T tu,nampak hodoh gila-gila-gila, so yang baru ni,ada potensi untuk aku lenyapkan T tu dan aku dah buat somethng untuk hilangkan lambang T tu dan sekarang BAJU ENGLAND AKU DAH TAK ADA LAMBANG T!!korbankan sikit..Biar nampak cacat sikit..hodoh sikit..kurang-kurang-kurang aku tak memperagakan baju ber T tu merata-rata..Bagi yang menganggap perkara ini perkara remeh,please,jangan nak mengada-ngada..jangan nak jadi bongok..Jangn nak taksub sangat...........


P/s: BAPOK MAIN BOLA,YEAY!BAPOK MAIN BOLA,YEAY!kahkahkah
P/s lg : jumpa babok baru-baru ni pakai baju kebaya..son of a @#$$%^!!

Friday, October 16, 2009

TAZKIRAH

Kawan2, jadilah yg terulung dan yg terbaik. Dalam kondisi kegelapan dan saat pencarian tema dan kekuatan, tidak wajar anda mengambil langkah ke belakang atau langkah menanti atas nama rendah diri dan takut kepada ujub dan riya'. Anda adalah aset ummah yg sgt bisa digemerlapkan dan menyinar. Nabi pesan utk tidak riya' tetapi ulama sudah juga mentafsirkan riya' utk tidak bangun solat sunat di masjid ketika ramai orang, atas alasan nak mengelak dari diperkatakan orang sebagai riya' ..juga adalah riya'. Sudah tersepit riya melakukan...dan riya' elak dari melakukan. Susah juga begini... Tapi bukankah agama itu...straight forward dan tidak bersimpang siur... ? hmmm


... ya benar, agama mengajar utk berhati2 (hazar), tapi ia juga mengajar utk jgn besifat was2, curiga, tidak konfiden apatah lagi pengecut. Hadis menyebut " La tatamanna liqa'al aduww, fa iza laqiitum fathbutuu" ertinya: Jangan kamu merancang/berangan2 dan sengaja mau berkonfrontasi/berdepan dgn musuh, tetapi jika kamu sudah berdepan dgn mrk, maka jangan sekali2 undur dan goyah!"


Ini ajaran nabi dan pesanan baginda, spirit ini dijerumuskan dalam diri untuk kita punya reminders dlm hidup ttg apakah peranan kita. Its like having a red boiling liquid metal poured down our throat where the pain is so unbearable that we mite just forget about it and THEREFORE continue with our work and find its sweetness very soon. Allahumma Solli ala Muhammad.

SUMBER

Wednesday, October 14, 2009

KATA USTAZAH SHAHRIZAT

-MALAYSIAKINI-

Wanita Umno hari ini menuntut enakmen Islam dikuatkuasakan dengan lebih tegas dan serius kerana banyak pelaksanaan sedia ada memberi kesan yang negatif pada wanita.

Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Jalil berkata, kesan negatif itu timbul apabila sesuatu hukuman yang dikeluarkan mahkamah syariah tidak berjaya dijalankan.

Berucap di persidangan tahunan pergerakan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pagi ini, Shahrizat berkata, pengendalian beberapa kes penceraian, tuntutan nafkah penjagaan anak masih banyak yang tertangguh dalam tempoh lama.

Shahrizat juga mencadangkan supaya waran tangkap dikeluarkan kepada mereka yang engkar pada perintah syariah dan dilakukan penyeragaman enakmen keluarga Islam di negeri-negeri.


KAHKAHKAHKAH...TIRU STYLE HISHAMUDDIN RAIS..KAHKAH
KAHKAH..BILA YANG JADI USTAZAH...KAHKAHKAH...PANDAINYA...KAHKAHKAH..BAGUS-BAGUS..tak lama boleh tengok shahrizat pakai tudang labuh dah..kahkah..berpurdah...kahkah

DUA OTAI ENGLISH, SEORANG PALESTINIAN DAN AKU DI USM

Semalam aku diajak oleh ibu aku untuk pergi ke wacana ilmiah di Masjid USM anjuran HALUAN PULAU PINANG. Penceramah yang dijemput adalah seorang pensyarah kanan di UKM yang merangkap Setiausaha Agung Haluan Malaysia, Dr Hj Azizan B Ahmad. Ceramah yang disampaikan oleh beliau bertajuk APA DAN KE MANA SELEPAS RAMADHAN. Wacana Ilmiah itu di hadiri oleh ramai golongan-golongan akademik di USm termasuk pelajar-pelajar tempatan di sana. Wacanaa Ilmiah yang cukup menarik dari seorang yang memang hebat!! Aku tak bercadang unuk mengurai isi wacana ilmiah tersebut tetapi…..Selepas selesai wacana ilmiah berkenaan, aku disapa oleh seorang kenalan abah aku yang aku anggap memang otai dalam English..Dia membawa aku berjumpa dengan penceramah berkenaan dan kami saling bertukar-tukar nombor telefon disamping turut merancang program yang akan dilaksanakan di tempat pengajian aku.

Selepas sahaja berbincang, aku dan otai English pertama itu segera beransur dan secara tiba-tiba bertembung dengan otai English kedua bersama seorang pelajar antarabangsa dari Palestinian, Muhammad nama dia..Aku kenal Muhammad tu..Dia pernah tegor aku selepas aku sembahyang tentang cara aku sembahyang 3 tahun dulu.Tahun lepas jumpa dia lagi dan dia ajak aku join program dia dan rakan-rakan di USM pada waktu cuti.Entah macam mana, dia muncul pada malam itu bersama Otai-otai English. Otai English kedua ini merupakan kenalan abah aku dan otai English kedua..

Nak dijadikan cerita, Palestinian ni sure lah tak pandai berbahasa melayu..Jadi, kena cakap English la!!!!! Aku, 2 orang otai English dengan Palestinian tu..Aku dengan Palestinian tu cakap dalam English yang aku sendiri tak tahu betul ka salah. As long Palestinian tu tahu apa yang aku cakap, ok la kan..Tapi yang tak sedapnya, 2 orang otai itu berdiam diri sambil melihat aku!!! Macam banyak ja salah aku berbahasa dengan Palestinian tu.

Habis merapu-merepek sikit,aku pun balikla dengan mak aku..Sepanjang perjalanan pulang aku dapat rasakan batapa rendah dan bodohnya aku di hadapan para-para cendekiawan tu..Sebenarnya aku dah rasa semacam waktu dating ke USM waktu dengar ceramah tu..Yalah, dikelilingi oleh golongan-golongan yang ‘power-power’..Teringat aku tentang kata-kata imam Al-Ghazali dalam bukunya IHya’ Ulumuddin yang mengatakan pembesar-pembesar yang diangkat tetapi tidak berilmu akan menjadi serendah-rendah makhluk apabila berada bersama dengan golongan-golongan yang tinggi ilmunya..(macam tu la lebih kurang) Di sini, aku bukanlah pembesar, bukan juga PM macam Datuk Najib…Bukan al-malikul sembab macam Muhyiddin Yassin..Bukan juga Macam Rosmah..

Banyak benda yang masih perlu dipelajari..Banyak..Sangat-sangat banyak..Kepada teman-teman, ayuh bersama teruskan belajar tanpa jemu..Belajar dan terus belajar..Jangan jadi bangang..Jangan jadi bongok..Jangan jadi tolol..Jangan jadi siru..Jangan jadi lengai..Jangan jadi samdol..Jangan jadi keng..Jangan jadi serrr..

ALLAHUMMA FAQQIHNA FIDDIN………….

Monday, October 12, 2009

AKHIRNYA...

Selepas tewas dalam siri-siri pilihanraya kecil yang lalu, akhirnya gerombolan berjaya memperoleh kemenangan bergaya..

TERIMA KASIH SPR...muehehehehe

Friday, October 9, 2009

PURDAH AKAN DIHARAMKAN???

orang yang pakai purdah ni selalunya orang kata cantik!!lepas ni boleh la tengok-tengok wajah-wajah cantik yang tak berpurdah dah!!UNMASKED..hahahaha
Rasa-rasa ada orang bantah tak??hahahaha
Buat demo ka..hahaha

Thursday, October 8, 2009

MASIHKAH KAU INGAT......

Pada insan yang lahir pada 1986-1989..kartun-kartun seperti thundercat, jetman,maskman, cybercop, maskrider, usop sontorian mesti menjadi bahan tontonan yang menghiburkan..dulu-dulu mana ada kartun macam spongebob tu..Ingat digimon??cyberpet??kereta dashyonkuro??hahaha..yoyo la..mesti kita bersusah payah nak dapatkan permainan-permainan itu semua..Lagi satu tang basikal..mesti nak letak kepala motosikal kat handle basikal tu..kahkahkah..


Sebelum kesekolah, hidangan brekfes seperti roti/biskut cicah milo mesti menjadi juadah wajib..sebelum kesekolah, mak akan pesan suh bawa bekalan roti tu pi sekolah tapi kita mesti tolak sebab nak duit belanja lebih..dulu,paling kurang duit yang bawa pi sekolah RM 1 tak pun up sikit, RM 1.50….Sampai ja kat sekolah pagi tu, terus main galah panjang ka, tengteng ka, tudung botol ka..yang perempuan mesti main getah..dah tu masuk kelas, berpeluh-peluh..konfem sekolah rendah dulu tak ada istilah tidor dalam kelas tapi bila masuk sekolah menengah, tak payah suruh…………tidor sampai ‘jatuh bangunan’..hahahaha…Bila ada pengumuman berkenaan pembatalan perhimpunan, semua bersorak!!Satu sekolah dengaq.Kalau ada perhimpunan, masing-masing dok mengumpat cikgu-cikgu kat depan.. Menyanyi lagu negaraku ka,lagu negeri ka,lagu sekolah ka,tak pernahnya sama..hahhaha..Last perhimpunan tu,adala persembahan pelajar sikit..

Dulu mana kenal sangat dengan hanfon-hanfon ni..Nak tackle awek ja, hantaq surat ja..hahaha
Kiri-kirim salam saja..Dulu ada RM 5 tu, kira banyak dah…

Sebelum kelas bermula, kelas sure bising..tapi akan ada sorang yang jaga kat pintu..ada cikgu datang saja, dia akan kata “cikgu datang!cikgu datang! “ then tiba-tiba kelas jadi senyap..hahahaha time paling bes, waktu rehatla..masing-masing tunggu kat dekat kantin kalau ada lebihan untuk RMT..tapi makan dulu tak semahal sekarang..Nasi lemak sepinggan boleh dapat RM 0.30 dan air segelas RM 0.20..Minta-minta-kat kawan tu biasala….

Yang ni sure hampa ingat..., program minum susu di sekolah. Nak galakkan budak-budak time tuh minum susu, sekotak 30 sen ja... beb. Minum vitagen? Sekarang dah berapa harganya? Bagi yang tak berkemampuan tengok jelah... lepas tu kecek kawan.

Main lastik-lastik, lipat kertas kecik-kecik pastuh lastik member, hmmm.. ni pun kita main dulu ni. Baling-baling kapur laa..., lepas tu kena cekup dengan cikgu kena sekeh..
Cikgu-cikgu kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. Pukul tapak tangan... kan? Tak pun pelempang kat pipi... selamba jer... balik tak repot pun kat mak bapak..., kalau repot kat mak bapak silap-silap ada pelempang bonus pulak... baik buat bodoh

Waktu pj pun bes jugak..Sure main bola punya.kadang-kadang men bola tu lawan dengan kelas-kelas lain sama..Paling tak bes kena denda la..sekolah dulu pakai pembaris panjang yang kaler kuning tu..Kena pukul kat tangan pun dengan pembaris tu la..hahaha

Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan. Mencangkung kat tepi parit dengan classmates semua kat sebelah.Ingat lagi dulu waktu pemeriksaan gigi?? Akan ada seorang nurse yang bawa kad laporan pergigian pelajar-pelajar yang akan dipanggil..waktu tu semua takut!!Bila dah masuk tempat check gigi tu, tengok jalah gigi orang lain yang rongak Bunyi mesin la..hahaha
Waktu inject pun bes jugak!! “ Jarum tu depa bagi panas dulu ka??” Ingat lagi soalan tu??kahkahkah

Dulu waktu habis ja exam,terutama peperikasaan umum, sure main karom ka…sahibba ka…Jutaria ka..Cikgu dah bagi line,apa lagi......

Bila balik sekolah lagi bes..Sebelum balik rumah tu, singgah jap kedai mana-mana beli ais krim pop( yang kena bagi patah tengah dia tu), ‘tikam’, keluar bola yang ada dua kaler tu, yang ada barang apa-apa dalam dia tu…haha..ada yang 2 posen,ada yang seringgit..Beli TORA la..


Tujalah dulu..Nanti aku sambung la lagi kalu aku ingat apa-apa…………………………..

Tuesday, October 6, 2009

APA-APA PUN, SOLAT DULU......

-OUT-

REMAJA DAN BERLIAN TAKWA

Sebelum apa-apa perlu diketahui bahawa berlian atau diamond dalam English is the strongest mineral on earth. Cantik dan kuat. Berasal daripada arang dan selepas mengalami proses-proses semulajadi tertentu, maka lahirlah berlian yang cantik dan kuat itu tadi. Berlian juga sering ‘digunakan’ oleh pakar-pakar motivasi sebagai modal bagi meningkatkan motivasi orang banyak. Apabila berlian yang kuat itu disamakan dengan TAKWA, maka ia dilihat sebagai satu kombinasi yang cukup menarik!! BERLIAN TAKWA- Kepatuhan yang sebenar-benar patuh kepada sang pencipta..Cantik dan tidak dapat ‘dipecahkan’ oleh sebarang anasir-anasir perosak. Bulan ramadhan baru melabuhkan tirai..Universiti Tarbiah Sementara sudah ditutup dan orang banyak akan menggunakan segala apa yang dipelajari di dalam universiti tadi untuk kegunaan luar universiti( selain Ramdhan). Kita juga diceritakan bahawa Ramadhan itu adalah untuk melahirkan ketakwaan kita kepada sang pencipta. Namun amatlah diyakini bahawa tidak semua yang mendapat penganugerahan takwa jika dilihat scenario yang berlaku sesudah ramadhan. Kalau ada yang dapat takwa itu pun , belum menjamin sampai ke tahap BERLIAN-CANTIK DAN KUAT. Dalam hal ini, remaja perlu sedar..Adalah penting untuk kita memiliki ketakwaan yang kuat..Apabila ketakwaan kuat, suruhan Allah dipatuhi, larangan Allah dijauhi, tidak mudah kita disogok dengan kenikmatan dunia yang melampau. Kenikmatan dunia yang melalaikan. Yakinlah, generasi-genarasi muda pada zaman Rasulullah itu memiliki ketakwaan yang cukup kuat dan hebat sehinggakan tiada apa yang lebih penting melainkan untuk mencari keredhoaan Allah..Bersamalah kita memperkuatkan ketakwaan kita kepada Allah. INSYAALLAH…

Monday, October 5, 2009

HANG JEBAT FAILED SPM!!!!!

TABARRUJ-it's ok to be fashionable but...

Hari-hari bertambah pelik dunia yang aku diami.Manusia sesama agama denganku sudah menjadi seperti makhluk asing.Banyak sangat masalah..Banyak sangat songeh..Banyak sangat bohong..Banyak sangat bapok..Banyak sangat mengada-ngada..Banyak sangat syo-oph..Bnayak sangat berwayang..Banyak sangat meniru..Hakikatnya kita berjaya diasuh oleh golongan yang membawa faham liberal dan seangkatan dengannya sehinggakan kita hilang jati diri,budaya ajaran dan faham kita sendiri. Proses pembaratan berjaya menyerap masuk dalam masyarakat Malaysia dengan begitu mudah.Tidak perlu memandang jauh kesan kepada pengaruh atau faham pembaratan ini cukup sekadar melihat dari sudut fesyen berpakaian masyarakat Islam Malaysia....Masyarakat menjadi bebas untuk berpakaian tanpa langsung mengambil kira aspek hukum hakam..Lebih malang bagi golongan ini apabila fahaman bahawa berpakaian perlu mengikut trend zaman adalah satu 'puaka' yang perlu diperbetul.Dalam soal ini, cara berpakaian kaum wanita akan dititik beratkan..Ramai golongan hawa yang yakin mereka sudah menutup aurat tetapi pada hakikatnya mereka masih mendedah  dan menarik perhatian orang lain..Tak percaya??haha..tanya aku..tanya laki-laki lain..jangan tanya bapok..pasti akan ada ruang yang boleh dikritik..Dalam soal ini,agak sukar untuk aku berterus terang tapi cukup aku katakan yang jangan terlampau yakin diri sudah berjaya menutup aurat sepenuhnya..Tak salah untu berfesyen tapi mesti tahu batas-batasnya..Sila rujuk ayat-ayat berikut di dalam Alquran yang berkaitan dengan feshen :

1) SURAH AL-AHZAB, AYAT 33

2) SURAH AL'ARAF, AYAT 26

3) SURAH AL-AHZAB AYAT 59

4) SURAH ANNUR AYAT 31

5) SURAH ANNUR AYAT 60





P/S : TABARRUJ ERTINYA MEMPERLIHATKAN DENGAN SAHAJA APA YANG SEHARUSNYA DISEMBUNYIKAN
KEMUDIAN KATA TABARRUJ INI DIPERGUNAKAN DENGAN ERTI KATA KELUARNYA PEREMPUAN
DARI KESOPANAN,MENAMPAKKAN BAHAGIAN-BAHAGIAN TUBUH YANG BOLEH MENGAKIBATKAN
FITNAH ATAU DENGAN SENGAJA MEMPERLIHATKAN PERHIASAN2 YANG DIPAKAINYA UNTUK
UMUM

P/S LAGI : TAK SUKA PEREMPUAN BERPERFUMES,GEDIK,BAJET CHUN,LEMBAB..

cantik-tetapi-idiot

mmmm..kahkahkah..mmmmmmmmmmmm..kahkahkah

Friday, October 2, 2009

JAMUAN RAYA............NGEEE

MKAN-MAKAN...MAKAN UNTUK KEGEMBIRAAN..MAKAN UNTUK KECERIAAN..KAHKAHKAH
PALING PENTING, MAKAN FREE...KAHKAH
JANGAN MALU-MALU..NANTI LAPAR, RUGI..KAHKAH
SATE,LEMANG,BIHUN SUP,KUIH RAYA SEMUA HABUAN UNTUK PERUT AKU KAHKAH..MARI-MARI SEMUA..MARI BERSAMA AKU..BERSAMA MENGHABISKAN JAMUAN YANG DISEDIAKAN..TERIMA KASIH TUHAN,TERIMA KASIH MAHKAMAH RENDAH SYARIAH BALIK PULAU,PULAU PINANG