Monday, January 31, 2011

wind of change



I follow the Moskva
Down to Gorky Park
Listening to the wind of change
An August summer night
Soldiers passing by
Listening to the wind of change

The world closing in
Did you ever think
That we could be so close,like brothers
The future's in the air
I can feel it everywhere
Blowing with the wind of change

Chorus:
Take me to the magic of the moment
On a glory night
Where the children of tomorrow dream away
In the wind of change

Walking down the street
Distant memories
Are buried in the past forever

I fallow the Moskva
Down to Gorky Park
Listening to the wind of change

Take me to the magic of the moment
On a glory night
Where the children of tomorrow share their dreams
With you and me

Take me to the magic of the moment
On a glory night
Where the children of tomorrow dream away
In the wind of change

The wind of change blows straight
Into the face of time
Like a stormwind that will ring
The freedom bell for peace of mind
Let your balalaika sing
What my guitar wants to say

Take me to the magic of the moment
On a glory night
Where the children of tomorrow share their dreams
With you and me

Take me to the magic of the moment
On a glory night
Where the children of tomorrow dream away
In the wind of change

Sunday, January 30, 2011

cantik

kau
apa? eh mana kau menghilang?
aku? ada cuma sengaja tidak tegor

baik, ada apa?

minta tolong?

itulah kau, susah baru cari aku

kau ni, nak tolong or tak mahu?

baiklah, apa dia?

minta kau fikirkan dalam masa 2 MINIT, APA KECANTIKAN ISLAM? BAGI AKU LIMA, SUDAHLAH.

err baik..jumpa lagi nanti

baik

tahniah

tahniah atas kemenangan
tahniah kerana berjaya pertahan kerusi dun tenang

kepada para petugas

selamat pulang ke destinasi

Saturday, January 29, 2011

selamat

Entri ini ada kaitan dengan pilihanraya kecil yang bakal berlangsung esok. Sebagai seorang masyarakat, pelajar, aku mengharapkan tertegaknya kerajaan baru di Malaysia. Ubah yang lama kepada yang baru. Bukan lagi umno-barisan nasional. Sebab? Aku nak kan yang lain lah! Tiada sebab yang spesifik. Mungkin naluri aku berkeinginan yang baru. Seperti ada kekasih lama, kemudian bosan dan tukar baru. Atau mungkin seperti bertukar pakaian yang dah lusuh dan buruk kepada pakaian berjenama yang lebih baru atau mungkin juga bertukar selera makanan harian yang hari-hari makan benda yang sama yang tidak berjenis kepada makanan yang lebih berkhasiat. Ada orang tanya, kalau ditakdirkan pakatan menang esok pun, bukan boleh ‘jajah’ Putrajaya pun. Mahu aku back-hand dekat mulut celupar longkang itu. Nak ada rm10 perlukan kepada rm 1. Nak ada rm 1 perlukan kepada seposen. Itulah kiranya matematik mudah untuk menggambarkan suasana ‘Politik Putrajaya’. Dapatkan yang kecil untuk dapatkan yang lebih besar. Untuk esok, ramalan aku, umno-bn mampu mempertahankan kerusi dun tenang tetapi dengan majoriti undi yang tidak boleh dibanggakan. Sekiranya, majoriti undi berkurangan berbanding pru12, maka tidak mustahil masa depan Johor akan berubah tangan.


Kenyang makan budi

Ini faktor utama dari dulu sampai sekarang masyarakat takut untuk buat sesuatu demi perubahan politik negara. Banyak sangat makan budi-kata kawan aku. Mungkin ya mungkin tidak. Memberi undi kepada parti pembangkang dilihat sebagai satu malapetaka kepada masyarakat tambahan pula kenyataan yang telah dibuat oleh MR TPM semalam seolah-olah seperti pengumuman hukuman bunuh kepada masyarakat andai tidak mengundi parti kerajaan. Kita sering diingatkan berkenaan jasa kerajaan yang telah banyak membantu masyarakat. Dan kemudian, kita akan jadi serba tidak kena untuk tidak mengundi parti memerintah walaupun kepincangan demi kepincangan telah didedahkan terhadap badan memerintah ini.

Harapan
Diharapkan, masyarakat tenang dapat membuat pilihan bijak pada esok hari. Keluar beramai-ramai untuk mengundi. Meriahkan karnival demokrasi di tempat anda esok. Jangan termakan dengan segala provokasi yang dijalankan oleh pihak-pihak tertentu.

SELAMAT MENGUNDI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



-pengundi hantu-

Friday, January 28, 2011

entri rembat

Ketika aku mengeluh dengan prestasi minda yang semakin tumpul, idea yang semakin dingin, jasad yang semakin lesu, tiba-tiba datang As-Syafie dan Ibn Qayyim memberi nasihat.

"Jauhi maksiat wahai anakandaku". Kata Syafie.

"Dosamu akan turut memberi kesan langsung kepada fizikalmu wahai anakku..Ingat, kepada fizikal bukan hanya kepada spiritual." Ungkap Ibn Qayyim.


-muhdsyafiq-

lagi keluar ke jalan raya



lagi keluar berdemo
lagi ribuan turun ke jalan raya
kali ini giliran yaman

pasti akan ada lagi rakyat yang akan bangkit!!!

apa-apalah

BHRIAN
LABIS: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata adalah sukar untuk kerajaan menyalurkan bantuan dari segi projek pembangunan ke kawasan yang tidak diwakili Barisan Nasional (BN).

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata kerajaan BN sememangnya prihatin dengan kebajikan rakyat sehingga menyediakan peruntukan untuk setiap kawasan diwakilinya, termasuk RM30 juta bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10). kliksini

apa maksud kenyataan ini?
siapa-siapa boleh bagi tahu?
ada yang faham?
kalau wakil pembangkang dapat kuasa, sukar dapat bantuan?
kerajaan pusat pilih bulu nak salur bantuan?

Wednesday, January 26, 2011

pengumuman yang umum

demo



sejak kebelakangan ini, ada saja cerita tentang jalan raya. Bukan tentang kemalangan tetapi berkenaan protes yang dilakukan di jalan raya. Terbaru, warga Tunisia dan mesir turun bermai-ramai ke jalan raya sebagai protes terhadap pemerintah yang zalim dan tidak mampu untuk membela nasib rakyat terbanyak. Bagi sesetengah masyarakat yang faham akan hal berdemo di jalan raya, ia akan dilihat sebagai langkah terakhir bagi menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap dasar yang dibawa oleh pihak kerajaan. Ia dilakukan atas kesedaran. Ia dilakukan atas harapan. Kesedaran untuk mengubah pemerintah yang tidak tahu memerintah dan harapan perihal tingkah laku mereka dapat dilihat sebagai reaksi terhadap penindasan berterusan yang dilakukan. Malangnya, tindakan seperti ini akan dilihat sebagai tindakan yang memalukan pihak memerintah. Mana tidaknya, ratusan ribu manusia turun untuk menyatakan kepincangan pentadbiran pemerintah-pemerintah keparat yang menekan rakyat. Seluruh dunia akan tahu. Seluruh dunia akan sedar. Kemudian, dalam hal ini, untuk menutup malu yang berterusan, kekerasan digunakan untuk menyuraikan pendemonstran tanpa belas kasihan. Ada yang mati terhidu bau gas pemedih mata, ada yang cedera dipukul dengan cota, ada yang diheret kasar dengan tujuan, yang lain akan berasa takut untuk terus bersuara di jalanraya. Malangnya, usaha ini dilihat sia-sia. Tekanan yang dikenakan sejak puluhan tahun, pendapatan bulanan hanya sekitar $50 sebulan, menyebabkan tindakan kasar oleh pihak berkuasa tidak mendatangkan impak besar kepada semangat para pendemonstran untuk terus menjalankan protes.

Apa yang dilakukan oleh rakyat di 2 buah negara ini perlu dijadikan peringatan kepada mana-mana pemerintah di seluruh dunia. Kuasa yang ada pada rakyat mampu untuk menjatuhkan mana-mana pemimpin rakus yang tidak memahami keinginan rakyat. Apa yang telah dilakukan oleh rakat Tunisia dan mesir ini akan menjadi pemangkin kepada rakyat yang sedang ditindas di negara-negara tertentu. Tunggu dan lihat. Akan ada lagi ribuan rakyat yang akan turun ke jalan raya. Akan ada lagi luahan perasaan tidk puas hati dilakukan oleh rakyat di jalan raya.


Tuesday, January 25, 2011

macam-macam

kenapa perlu tidak terlalu yakin dengan akhbar hari ini?

kenapa disuruh menilai terlebih dahulu berita yang disampaikan?

kenapa disuruh untuk tidak menjadi bongok dengan terus mempercayai apa yang dinyatakan media?

kenapa?

kenapa?

PELANCONG IKTIRAF KEBERSIHAN KE'EL- bhairan (hari ini)

KUALA LUMPUR: Tahap kebersihan bandar raya ini masih memuaskan hati pelancong asing, malah mereka mengakui Kuala Lumpur antara bandar raya dunia yang wajar dilawati kerana tahap pembangunan dan kebersihannya amat membanggakan. Berikutan itu, pelancong asing yang kerap melawat ke sini, terkejut apabila mengetahui ada pihak tidak berpuas hati dengan kebersihan terutama di Kuala Lumpur kerana sepanjang mengunjungi negara ini, mereka berpendapat tahap kebersihan di sini baik dan terkawal.

Petty Marlow, 67, dari England berkata, beliau juga kagum dengan kebersihan tandas awam di bandar raya ini yang diselenggara dengan baik, selain Kuala Lumpur mempunyai sistem perparitan moden yang menggunakan sistem bawah tanah, sama seperti negara maju yang lain.

“Sepanjang berada di ibu kota ini, kebersihan gerai makanan serta tandasnya yang pernah saya kunjungi terutama di sekitar Bukit Bintang dan Jalan Masjid India berada dalam keadaan baik.

“Jadi, saya terkejut apabila timbul aduan kononnya tahap kebersihan bandar raya ini adalah lemah kerana saya kerap ke sini dan tahu perkembangannya,” katanya.
Suaminya, Roger Marlow, 73, berkata Malaysia dan Kuala Lumpur adalah destinasi kunjungannya bersama keluarga sejak 1990 dan melihat setiap pembangunan yang berlaku di sini serta tahap kebersihan yang dipersoalkan pihak tertentu itu.

“Saya tidak bersetuju jika ada yang mengatakan Kuala Lumpur kotor kerana saya melihat sendiri pembangunan yang berlaku di sini sejak 20 tahun lalu,” katanya.

Akhbar sebelum ini melaporkan, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang menerima aduan daripada pelancong asing dari London berhubung tahap kebersihan di negara ini, menghantar SMS berhubung perkara itu kepada Menteri Pelancongan, Datuk Seri Ng Yen Yen. klik sini




MALAYSIA CANTIK TAPI KOTOR - bhairan (hari lepas)

LABIS: Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, berkata majoriti pelancong asing ke negara ini mengakui Malaysia sebuah negara yang cantik, namun mempunyai masalah dari segi kebersihan.

Beliau berkata, antara aspek kebersihan yang sering dibangkitkan pelawat membabitkan gerai makan, longkang dan tandas. klik sini


keel tu kan kat malaysia?
yakan?

keel kan memang tempat umpuan pelancong?
yakan?

pointnya kat sini

jangan terus percaya pada apa-apa berita yang sampai kepada kita

jangan terus menghukum

Monday, January 24, 2011

sekali lagi

perjalanan itu menarik
tiba di sesuatu destinasi itu membosankan

Sunday, January 23, 2011

sampah

masih tiada ruang secukupnya
kita minta ruang diberikan kepada pihak pembangkang di dalam media utama
tapi tiada

yang ada
pembangkang bakar bendera
pendirian pembangkang tidak tetap
pembangkang cetus huru hara
pembangkang cakap tak serupa bikin
pembangkang celaka
pembangkang sampah
calon pembangkang tak mesra rakyat

yang ada
calon kerajaan mula diterima rakyat
kerajaan tunai janji
kerajaan buat itu
kerajaan buat ini
kerajaan baik
kerajaan bukan KERA

pergi mati
pergi mati dengan media sampah

sampai bila nak jadi sampah?

bila kalah mungkin tak jadi sampah

Wednesday, January 19, 2011

sajak anak muda

Kita adalah angkatan gagap

yang diperanakkan oleh angkatan takabur.

Kita kurang pendidikan resmi di dalam hal keadilan,

karena tidak diajarkan berpolitik,

dan tidak diajar dasar ilmu hukum

Kita melihat kabur pribadi orang,

karena tidak diajarkan kebatinan atau ilmu jiwa.

Kita tidak mengerti uraian pikiran lurus,

karena tidak diajar filsafat atau logika.

Apakah kita tidak dimaksud untuk mengerti itu semua ?

Apakah kita hanya dipersiapkan untuk menjadi alat saja ?

inilah gambaran rata-rata pemuda tamatan SLA,

pemuda menjelang dewasa.

Dasar pendidikan kita adalah kepatuhan.

Bukan pertukaran pikiran.

Ilmu sekolah adalah ilmu hafalan,

dan bukan ilmu latihan menguraikan.

Dasar keadilan di dalam pergaulan,

serta pengetahuan akan kelakuan manusia,

sebagai kelompok atau sebagai pribadi,

tidak dianggap sebagai ilmu yang perlu dikaji dan diuji.

Kenyataan di dunia menjadi remang-remang.

Gejala-gejala yang muncul lalu lalang,

tidak bisa kita hubung-hubungkan.

Kita marah pada diri sendiri

Kita sebal terhadap masa depan.

Lalu akhirnya,

menikmati masa bodoh dan santai.

Di dalam kegagapan,

kita hanya bisa membeli dan memakai tanpa bisa mencipta.

Kita tidak bisa memimpin,

tetapi hanya bisa berkuasa,

persis seperti bapak-bapak kita.

Pendidikan negeri ini berkiblat ke Barat.

Di sana anak-anak memang disiapkan

Untuk menjadi alat dari industri.

Dan industri mereka berjalan tanpa berhenti.

Tetapi kita dipersiapkan menjadi alat apa ?

Kita hanya menjadi alat birokrasi !

Dan birokrasi menjadi berlebihan

tanpa kegunaan -

menjadi benalu di dahan.

Gelap. Pandanganku gelap.

Pendidikan tidak memberi pencerahan.

Latihan-latihan tidak memberi pekerjaan

Gelap. Keluh kesahku gelap.

Orang yang hidup di dalam pengangguran.

Apakah yang terjadi di sekitarku ini ?

Karena tidak bisa kita tafsirkan,

lebih enak kita lari ke dalam puisi ganja.

Apakah artinya tanda-tanda yang rumit ini ?

Apakah ini ? Apakah ini ?

Ah, di dalam kemabukan,

wajah berdarah

akan terlihat sebagai bulan.

Mengapa harus kita terima hidup begini ?

Seseorang berhak diberi ijazah dokter,

dianggap sebagai orang terpelajar,

tanpa diuji pengetahuannya akan keadilan.

Dan bila ada ada tirani merajalela,

ia diam tidak bicara,

kerjanya cuma menyuntik saja.

Bagaimana ? Apakah kita akan terus diam saja.

Mahasiswa-mahasiswa ilmu hukum

dianggap sebagi bendera-bendera upacara,

sementara hukum dikhianati berulang kali.

Mahasiswa-mahasiswa ilmu ekonomi

dianggap bunga plastik,

sementara ada kebangkrutan dan banyak korupsi.

Kita berada di dalam pusaran tatawarna

yang ajaib dan tidak terbaca.

Kita berada di dalam penjara kabut yang memabukkan.

Tangan kita menggapai untuk mencari pegangan.

Dan bila luput,

kita memukul dan mencakar

ke arah udara

Kita adalah angkatan gagap.

Yang diperanakan oleh angkatan kurangajar.

Daya hidup telah diganti oleh nafsu.

Pencerahan telah diganti oleh pembatasan.

Kita adalah angkatan yang berbahaya.

-w.s rendra-

Saturday, January 15, 2011

azan

penambahbaikkan malaysiakini

sila klik sini

Daulat dan derhaka

Kebebasan bersuara di Malaysia sememangnya terjamin ‘keselamatan’-nya di dalam perlembagaan persekutuan. Walaupun kebebasan ini sedikit terganggu dengan kewujudan beberapa akta tambahan untuk mengehadkan kebebasan ini dari disalah guna (mengganggu kedudukan pihak-pihak tertentu.

Pada zaman kesultanan Melayu Melaka (1400-1511) kebebasan bersuara oleh rakyat hampir tiada. Hal ini kerana, pada zaman yang dikenali sebagai zaman feudal ini, pemerintahan dipecahkan kepada dua. Yang satu adalah terdiri dari golongan raja dan bangsawan dan yang satu lagi lagi adalah terdiri daripada rakyat dan hamba. Bagi golongan yang kedua ini, mereka tiada hak langsung untuk bercakap apa-apa berkenaan dengan hal ehwal pemerintahan. Mereka dipaksa untuk patuh tanpa bertanya, menurut tanpa rela. Tambahan pula, istilah DAULAT yang diguna pakai dan meletakan raja mengatasi golongan-golongan yang lain telah menghakis dan menidakkan elemen-elemen kritikan dan teguran daripada masyarakat yang diperintah kepada pemerintah. Manakala istilah DERHAKA diguna pakai bagi menggambarkan masyarakat yang diperintah yang berani ‘bersuara’ menentang institusi pemerintahan pada ketika itu.

Persoalannya, adakah pada hari ini, sekarang, today, fi hazal yaum, apa dalam bahasa hindu?, apa dalam bahasa cina?, kritikan atau perbedaan pandangan atau mempersoalkan keputusan raja atau sultan menjadi kesalahan? Atau boleh terus dilabelkan sebagai penderhaka? Adakah fahaman feudal yang telah ditanam di dalam jiwa masyarakat pada zaman dahulu perlu ditafsirkan dengan cara yang serupa pada hari ini?

Hari ini masyarakat telah keluar dari zaman itu. Zaman semakin berkehendakkan masyarakat untuk bebas mengkritik dan mempersoalkan apa-pa yang dirasa tidak wajar dan bersifat mengarut. Kemudiannya, kritikan ini perlu diambil sebagai pengajaran sekiranya kritikan ini bernas dan boleh menambah baik apa-apa perkara. Perbezaan pendapat, kritikan, mempersoalkan hal-hal tertentu dan kebebasan bersuara dalam kalangan masyarakat pada hari ini amat-amat diharapkan. Hal ini kerana, perkara yang disebutkan tadi akan membawa kepada penyelerakan idea-idea yang mungkin boleh membawa kepada pembaharuan sesebuah institusi dalam negara.

RAJA ADIL RAJA DISEMBAH
RAJA ZALIM RAJA DISANGGAH

azan

Azan
Isu azan ini telah kembali selepas lama menyepi. Dulu di salah sebuah masjid di puchong kononnya salah seorang YB cina yang membawa sekumpulan penduduk telah bertemu dengan seorang YB lain dan menyerahkan petisyen bantahan terhadap laungan azan yang dikatakan mengganggu penduduk sekitar. Kononnya. Dan hari ini, lain pula ceritanya. Seorang peguam not-yet muslim yang hampir sewel (aku saja letak) telah membuat aduan bahawa bunyi azan dari sebuah masjid di Kuala Lumpur telah membuatkan malaon ini menjadi hampir gila kerana ‘kelantangan’ pembesar suara yang digunakan oleh masjid terbabit sehingga memaksa pihak pengurusan masjid memperlahankan bunyi pembesar suara di masjid berkenaan. Aku rasa tak lama lagi peguam yang seekor ini akan menjadi seorang yb.

Pertamanya, aku tidak pasti sama ada tindakan yang dilakukan oleh pihak JAWI yang mengarahkan diperlahankan bunyi pembesar itu merupakan langkah yang betul atau pun tidak. Bagi aku, dalam soal praktik agama orang Islam, terutamanya di masjid, persoalan azan itu jangan langsung diusik. Apatah lagi mengatakan bahawa azan itu mengganggu di kawasan majoriti Melayu beragama Islam! Hal ini sudah tentu membangkitkan rasa benci dan marah terhadap pengadu yang bukan dari kalangan mereka. Difahamkan juga bahawa masjid tersebut telah diwujudkan hampir 30 tahun di situ.

Keduanya, bagi aku, sekiranya amalan-amalan biasa yang telah dilakukan sejak turun temurun seperti azan, bacaan alquran sebelum masuk waktu, bacaan-bacaan dalam solah dan lain-lain, pihak pengurusan masjid atau surau jangan ambil pusing langsung tentang aduan dan rungutan dan sekali lagi terutamanya di kawasan penduduknya orang islam. Cuma yang menjadi agak bermasalah, aktiviti seperti pengumuman kematian pada jam 3 pagi, zikir sambil bernasyid selepas solat subuh pada hujung-hujung minggu dan aktiviti-aktiviti lain seperti ini yang perlu diberi perhatian (seperti yang berlaku di tempat aku hari ini).

Pihak pengurusan masjid seharusnya bijak menangani masalah ini tanpa ada sebarang tekanan dari mana-mana pihak. Bagi aku, sekiranya pembesar suara yang di luar masjid digunakan untuk azan, mengaji 5 minit sebelum azan, kuliah maghrib mungkin, bacaan dalam solah, tidak mengapa untuk digunakan. Aktiviti-aktiviti lain, guna speaker yang ada dalam masjid sahaja. Sekiranya masih aduan berkenaan azan, kau pergi pasang speaker depan rumah pengadu. Bagi ada akal sikit.

Nasihat aku kepada peguam seekor ini, gamak tak suka dengar azan kuat-kuat, pindah pergi tempat lain. Faham?

Friday, January 14, 2011

korek

beritaharian

KOTA KINABALU: Akibat terlalu terkejut apabila mendapati bungkusan plastik yang dikeluarkannya dari halaman rumahnya di Taman Che Mei, Lido dekat sini, semalam, adalah janin, seorang wanita warga emas tercampak janin itu ke dalam parit. beritalanjut

berapa janin ditemui sehingga ke hari ini?
minggu pertama ada berapa janin ditemui?
minggu ini dan hari ini?

apa punca kes celaka babi ini terus berlaku?

AURAT DAN PERGAULAN BEBAS!
AURAT DAN PERGAULAN BEBAS!
AURAT DAN PERGAULAN BEBAS!

kenapa susah sangat nak faham????

boleh buat program kesedaran berkenaan itu wahai pak-pak menteri?

gubal undang-undang berkenaan pergaulan bebas? boleh?

ketatkan etika pemakaian di kampus-kampus boleh tak wahai pak-pak vice-canselor?

apa punya bangang suruh orang mantapkan akademik tapi bab-bab asas seperti aurat dan pergaulan bebas bongok?

tolonglah..

Tuesday, January 11, 2011

kenyataan ketua pembangkang

Kenyataan Perdana Menteri kononnya Janji 100 Hari Pakatan Rayat tidak dapat dilaksanakan atas alasan negara tidak berkemampuan membuktikan lagi UMNO/BN berselindung di sebalik penguasaan media untuk memadamkan fakta. Maka memandangkan isu ini mendesak dan menyentuh kepentingan rakyat dan negara, kami syorkan diadakan satu debat terbuka.

Tuduhan beliau bahawa Janji 100 Hari Pakatan Rakyat akan menjadikan negara muflis adalah dangkal kerana hakikatnya, UMNO/BN yang berhutang setiap tahun sehingga hutang negara menggunung. Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan pada 25 Oktober 2010 memberi amaran bahawa nisbah hutang negara kepada KDNK telah melepasi paras 50% buat kali pertama dalam sejarah negara.

Hutang kerajaan Malaysia bagi tahun 2009 meningkat kepada RM362.39 billion atau 53.7% dari KDNK. Malapetaka ekonomi ini berlaku di bawah pentadbiran Perdana Menteri sekarang sebagai Menteri Kewangan. Dalam tahun 2010, kerajaan melancarkan 19 program menjual bon yang membabitkan hutang tambahan bernilai RM58.1 bilion.

Tabiat berhutang UMNO/BN akan diperhebatkan tahun ini. Pada 14 Disember 2010, Bank Negara Malaysia mengumumkan kerajaan akan menjual 29 bon tambahan dalam tahun 2011. Menurut anggaran Institut Penyelidikan RHB, penjualan 29 bon ini akan membabitkan hutang baru kerajaan persekutuan berjumlah RM83 bilion.

Makanya, alasan Perdana Menteri untuk menolak Janji 100 Hari Pakatan Rakyat perlu dikaji dengan berlatar belakangkan perkara-perkara ini. Malaysia sememangnya sedang menuju ke gerbang kemuflisan jika UMNO/BN terus berhutang sewenangnya seperti sekarang – tetapi ia bukanlah disebabkan oleh Janji 100 Hari Pakatan Rakyat. Malaysia akan muflis akibat ketagihan UMNO/BN kepada pembaziran dan rasuah yang berleluasa, demi mempertahankan sistem kroni kapitalisme yang didokong UMNO/BN.

Contoh-contoh pembaziran UMNO/BN sudah diketahui rakyat. Perdana Menteri terlampau taksub dengan bangunan 100 tingkat yang menelan belanja RM5 bilion, sedangkan isu perumahan mampu milik meruntun golongan berpendapatan rendah dan orang muda. Kerajaan UMNO/BN akan mengugut bahawa negara akan muflis setiap kali Pakatan Rakyat memperjuangkan imbuhan tambahan para guru, tetapi ia tidak rasa bersalah apabila meluluskan kontrak RM77 juta kepada APCO. Senarainya terlalu panjang untuk dihuraikan disini.

Oleh itu, tindakan pertama Kerajaan Pakatan Rakyat adalah melancarkan perang habis-habisan menentang rasuah di setiap peringkat, bermula dengan pemimpin-pemimpin kanan politik. Ini akan menyelamatkan RM28 bilion yang tiris dari Perbendaharaan setiap tahun akibat rasuah, seperti yang dianggarkan oleh Ketua Audit Negara.

Selepas itu, Kerajaan Pakatan Rakyat akan menstrukturkan semula sistem subsidi untuk memansuhkan subsidi korporat yang hanya mengkayakan beberapa kerat kroni. Jumlah RM19 bilion subsidi korporat yang ditanggung oleh PETRONAS untuk membayar IPP milik kroni akan dipulangkan kepada Perbendaharaan. Kita juga akan menyemak semula sistem konsesi toll untuk memansuhkan bayaran pampasan RM4 bilion setiap tahun yang kini ditanggung kerajaan.

Dua tindakan yang mudah ini akan memulangkan RM51 bilion kepada rakyat – lebih dari cukup untuk melaksanakan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat yang jumlahnya hanyalah satu pertiga dari jumlah yang diselamatkan:

1.Imbuhan khas perguruan berjumlah RM500 sebulan menelan belanja RM3.2 bilion setahun.

2.Jaminan Pakatan Rakyat bahawa subsidi minyak akan dikekalkan untuk golongan berpendapatan rendah akan melibatkan penstrukturan semula sistem subsidi, supaya hanya golongan yang berkelayakan menikmati subsidi minyak. Kos subsidi di bawah sistem sebegini dianggarkan berjumlah RM4 bilion setiap tahun.

3.Kerajaan Pakatan Rakyat akan meneruskan subsidi gas memasak, berjumlah RM4 bilion setiap tahun.

4.Penstrukturan semula sistem tol di bawah PLUS dianggarkan menelan belanja RM23 bilion, berdasarkan harga pasaran yang ditawarkan oleh Khazanah dan KWSP. Kos tambahan yang perlu ditanggung kerajaan untuk mengambil alih operasi dari pemegang saham minoriti dianggarkan berjumlah RM8 bilion.

Justeru, jumlah dana yang diperlukan untuk melaksanakan Janji 100 Pakatan Rakyat hanyalah RM19.2 bilion; yakni sama dengan subsidi korporat yang diberikan kepada IPP milik kroni setiap tahun. Jumlah ini adalah terlampau sedikit berbanding RM51 bilion yang hilang setiap tahun akibat ketirisan dan rasuah demi memastikan kroni gembira dan bersenang-lenang.

Janji-janji lain seperti skim air percuma dan skim wi-fi percuma telah pun dilaksanakan di negeri-negeri Pakatan Rakyat. Kami telah membuktikan ia mampu dilaksanakan.

Oleh yang demikian, Perdana Menteri tidak boleh berdolak dalih lagi kenapa UMNO/BN tidak mahu melaksanakan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat apabila rakyat tahu bahawa ia mampu dilaksanakan. Tabiat berhutang UMNO/BN yang membebankan generasi akan datang adalah sangat tidak bertanggungjawab, apatah lagi apabila wang yang dipinjam tidak dibelanjakan untuk rakyat.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
11 JANUARI 2011

Monday, January 10, 2011

tahniah

selalu, tahniah orang selalu ucap di akhir-akhir sesuatu

tapi kali ini aku tukar

tahniah buat pmiusm untuk program yang belum berlangsung

sebab?

nama program yang begitu mnyelerakan

istilah ANAK MUDA yang telah digunakan cukup membanggakan

mempersonakan

bagi yang bercadang untuk buat apa-apa aktiviti,

sila contohi pmiusm



Sunday, January 9, 2011

khalifah pertama

siapa khalifah pertama selepas wafat Rasulullah?

siapa kau?

tanya diri sekarang

orang melayu?
atau Orang Malaysia?
atau Orang Islam?

yang mana jadi kebanggaan?

atau

kau bukan sesiapa?

kawan

aku ingin jadikan mereka sebagai kawan
siapa?
pekerja-pekerja buruh dari indonesia
pekerja-pekerja pemungut sampah berlori daripada bangladesh
tukang-tukang sapu sampah ditepi jalan
pekerja-pekerja ladang dari nepal
pemungut kotak-kotak di pusat membeli belah
yang bekerja seawal jam 6 pagi hingga kadang-kadang lewat malam

bila dah menjadi kawan, satu soalan ingin aku tanya

berapa pendapatan kau untuk sebulan?

kerana bagi aku, kerja kalian teramat berat untuk dilakukan

berat untuk aku dan kami yang bukan dari kalangan kamu

tetapi, aku boleh agak yang pendapatan kau tidak seberapa untuk sebulan

betul? ya aku tahu

soalan kedua, cukup pendapatan itu untuk kau dan keluarga?

aku tahu jawapan kau. CUKUP

aku ingin belajar itu

cukup untuk yang sikit

bantu aku, boleh?


p/s: ada ka orang-orang yang aku sebutkan tadi nak baca blog aku?siapa yang nak baca?

kedai 'kopi'

kerana meniru, kita menjadi TERLALU 'barat'
kerana meniru, kita menjadi TERLALU 'orang lain'
kerana meniru, kita menjadi TERLALU 'lupa jati diri dan ajaran agama'

bagaimana untuk menjadi sekadar diri sendiri dan hamba tuhan?

berpagi-pagian

aku nak sentuh tentang tahun baru yang aku kau dia dan semua kita sambut pada setiap tahun. Tidak kira sama ada tahun baru hijrah atau tahun baru masihi. Meriah bukan? yalah, benda baru, siapa yang tidak suka?

cumanya, setiap HARI baru dalam hidup kita tiada perayaan dilakukan. Ada yang merungut terpaksa menempuh hari baru. Terpaksa berdepan dengan orang yang sama pada hari yang baru.

seharusnya, setiap hari baru perlu dirai!
kau masih hidup!
kau masih beragama fitrah!
kau masih kau dan bukan orang lain!
tuhan nak kan kita hidup sebab tuhan sayang kita

berapa dosa kita buat sehari?

dan

terhidupnya kita hari ini adalah untuk membersih dosa yang kita telah kita lakukan semalam. dosa daripada kejahilan. dosa daripada perasaan ingin mencuba.

apa yang perlu dilakukan?

ucapkan,

TERIMA KASIH TUHAN KERANA HIDUPKAN AKU PADA HARI INI!

Saturday, January 8, 2011

perihal angka 7

-malaysiakini-

Tahun 2011 baru seminggu membuka tirainya tetapi dalam tempoh itu tujuh kes buang bayi dilaporkan.
Angka itu perlu diberi perhatian serius dan bimbang dengan gejala yang berterusan itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata kerajaan akan memperhebatkan kempen kesedaran dalam usaha menyekat gejala itu daripada berlarutan.
"Kerajaan komited terhadap usaha membanteras perbuatan membuang bayi yang kini menuntut tindakan segera," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen 'Kami Prihatin' di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini hari ini.

beritalanjut, kliksini

setiap hari satu kes
apa khabar sekolah itu?
pendaftaran tahun ini berapa orang untuk sekolah itu?

Friday, January 7, 2011

kritik

tanya sesiapa saja dalam didunia ini,kritik adalah perkara yang paling mudah untuk dibuat. Kau bisa mengkritik sesiapa-kerajaan, wakil rakyat, pimpinan pelajar, pensyarah, penyanyi, tukang masak dan sebagainya. Raja / sultan pun kau boleh kritik. Itu pendapat aku. Cumanya, yang agak menjengkelkan, sebarang kritikan yang kita buat tidak disusuli dengan solusi yang terbaik. Kau kata dia menyanyi tune ke laut, tapi cuba kau pula yang menyanyi (maaf, contoh tak sesuai) Kau kata dia terlampau jahat kononnya kau baik tapi apa yang kau buat untuk jadikan dia seorang yang baik? Itu yang aku sedang belajar. Kritikan disusuli dengan solusi terbaik. kamu pun seharusnya begitu. kita belajar sama-sama ya?

HIDUP AKU BERBUMBUNG AUKU

Orang kata, AUKU menyekat kebebasan mahasiswa. Aku kata, ada benarnya. Zaman bangkit mahasiswa dalam era 60-an dan awal 70-an sebelum kedatangan AUKU begitu mempesonakan. Lihat sahaja protes-protes yang dilakukan terhadap pihak memerintah. Hidup mati kerajaan pada waktu itu seolah-olah bergantung pada suara dan kuasa mahasiswa. Mereka punya pendirian yang begitu menakjubkan. Demonstrasi bantahan dilakukan secara besar-besaran oleh anak muda. Tiada yang gentar melawan. Tiada yang takut ditawan. Apa yang berlaku pada era itu telah membentuk jiwa anak-anak muda untuk tidak terus sujud dan patuh terhadap apa-apa pun selagi ia bertentangan dengan naluri kemahasiswaan anak muda. Anak muda juga menjadi juru bicara masyarakat. Masyarakat luar pada ketika itu melihat anak muda mahasiswa sebagai kelompok manusia yang mampu membela nasib mereka yang tertindas. Segala bentuk tekanan yang dikenakan oleh pihak memerintah terhadap golongan masyarakat mendapat reaksi segera oleh golongan anak muda mahasiswa. Demonstrasi, forum, debat, simposium dan sebagainya dianjurkan seiring dengan isu yang melanda masyarakat kampus dan luar kampus. Mengagumkan bukan?

Namun, gerakan ini menjadi agak hambar selepas wujud AUKU. Mahasiswa dikatakan sebagai pemimpin masa hadapan. Persoalannya, perlu tunggu masa hadapan baru boleh jadi pemimpin? Selepas beberapa ketika, gerakan mahasiswa menjadi agresif semula dan kembali hambar semula sehingga hari ini. Ada segelintir golongan mahasiswa pada hari ini yang cuba mengembalikan sinar kegemilangan yang berlaku pada zaman bangkit mahasiswa dalam era 60 an 70 an. Ada semacam semangat baru untuk membawa anak muda mahasiswa merasai nikmat yang telah dirasai oleh golongan terdahulu. Harap usaha mereka berjaya-menyuburkan bumi kampus dengan suara-suara mahasiswa.

Hari ini, kita di sini. Di sebuah kampus berbumbung AUKU. Aku tidak pernah hidup pada zaman sebelum kedatangan AUKU-hanya dari pembacaan yang tidak seberapa. Aku ingin menjadi seperti mereka sebelum datangnya AUKU. Sumpah, aku di sini bukan sekadar untuk mendapat segulung ijazah, bukan!

Thursday, January 6, 2011

menyampah

menyumpah kerana menyampah
terserah(kau) tanpa menyerah kalah (aku)
bila boleh berubah?
makin lama makin parah

Wednesday, January 5, 2011

tak sudah-sudah

aku terbaca cerita tentang seorang artis di akhbar. Dulunya si artis ini bertudung tetapi sekarang sudah tidak bertudung. Bila diajukan soalan kenapa tidak bertudung, jawapan mudah. "saya tidak bertudung kerana memenuhi tuntutan kerjaya sebagai pelakon. Hanya Allah saja yang tahu niat saya. Saya mencari rezeki.." lebih kurangla statement yang dibuat. Aku tak tahu apa kau rasa. Tapi cukup aku katakan yang statement itu telah membantutkan selera aku untuk menjamah roti telor bawang + milo ais yang aku telah pesan!!!! Apa sebenarnya yang berlaku? Kenapa pemikiran menjurus kearah itu? Soal aurat bukan main-main. Yalah,kau boleh cakap apa saja. Hak masing-masinglah. Jangan tengok orang dari segi luaranlah..jangan menghukum oranglah..kau laki apa tahulah..Ini post aku yang ke berapa untuk aurat aku pun dah tak ingat.

aku melihat bahawa trend masyarakat hari ini seperti itu-bila sentuh sahaja soal aurat, ada saja jawabnya..banyak pula alasannya. Kita seolah-olah cuba mempersoalkan apa yang telah diwajibkan ke atas kita oleh tuhan sekalian alam. Seolah-olah kita sedang memperlekeh dan mempermainkan apa yang disuruh tuhan. Kau rasa kau lebih tahu berbanding tuhan-justeru kau mengabaikan tanggungjawab untuk menutup aurat. Kau rasa kenapa tuhan suruh tutup aurat? Minta kau jawab dengan jujur kenapa. Agak-agak apa sebabnya tuhan suruh kau tutup bahagian-bahagian yang tak rata pada badan kau tu? Ada kau fikir? Tak pernah fikir? Tolong fikir sekarang. Bukan jenis kau saja yang hidup dalam dunia. Dalam celah-celah orang ramai dan kaum kau, wujud aku dan yang sejenis dengan aku. Tak tahu aku kalau kau masih tak faham.

Susah untuk menutup aurat? Kenapa? Sebab kita tidak yakin dengan agama yang ada pada kita sekarang. Pendekatan yang dibawa dikatakan bersifat kuno dan tidak berkembang. Aku nampak itu pada kita sekarang. Tengok pasukan bola sepak Malaysia yang menang piala Suzuki. Terus ingin diangkat menjadi ikon kepada anak-anak muda. Ikon kepala bana apa kalau soal aurat tak clear? Hakikatnya, nak mengubah fikrah masyarakat ke tahap yang lebih baik sikit dilihat agak sukar. Masing-masing punya ‘kiblat’ lain untuk disembah. Agung-agungkan sangat fesyen barat, pelekeh pakaian berciri muslim.

Pesan aku, kau nak bercakap soal agama, minta kau clear kan dulu soal aurat kau. Kalau ingin lebih mendalam, aurat bukan sekadar pakaian. Dah, aku nampak kau semakin pening.

Aku cuba letakkan ayat alquran yang berkenaan aurat. Minta kau tolong tengok terjemahan dan buat muhasabah. Apa, kau tak ada terjemahan Al-quran? Apa ada kat rumah kau? Anjing?


Sila rujuk surah AN-NUUR ayat 30-31

Tuesday, January 4, 2011

program anak muda



klik gambar untuk tumbesaran

Monday, January 3, 2011

manja

kau tahu atau tidak, proses dakwah itu panjang?
proses dakwah penuh dengan cabaran, kau tahu itu?
tahu atau tidak, dakwah memerlukan kesabaran yang tinggi?
kadang-kadang, kau akan dibenci dan dihina, tahu?
kadang-kadang jugak, kau akan dianggap sebagai ekstremis, tahu tak?
orang akan kata juga yang kau hanya tahu mengajak orang lain buat baik tapi kau abaikan tanggungjawab yang lain, faham tak?

dan yang paling penting

tahu atau tidak, beban dakwah itu tidak dapat dipikul oleh dai'e-dai'e yang manja?


manja=penuh dengan alasan

manja=sering merungut

manja=sering memberi alasan untuk melepaskan diri dari mnyertai apa-apa program

manja=takut untuk berjauhan

manja=terlalu meminta=minta

manja=tak tahan ujian

manja=terlampau berkira soal kewangan

manja= kau tafsir lah lagi apa-apa

non-muslim atau not yet muslim

Fuh! Fuh!

(mengelap - ngelap habuk di blog ini)

Baik, sudah bersih sikit. Tapi aku sarankan agar kau ambik selangkah ke belakang sebab habuk - habuk di blog ini masih tidak sempurna bersihnya. Terima kasih.

apa khabar tahun baru?
ada azam baru?
cukuplah azam yang dah diperbaharui sewaktu awal tahun hijrah dulu

sekadar ingin berkongsi. Penggunaan istilah NON-MUSLIM lebih sesuai digantikan dengan NOT-YET MUSLIM.


kenapa?

sebab, penggnaan istilah yang pertama itu, seolah-seolah sudah tetap sampai kesudah- mereka akan kekal dengan keadaan mereka sekarang-tidak boleh berubah

penggunaan istilah yang kedua, lebih bersifat anjal-boleh berubah-masih ada harapan untuk berubah.

istilah ini perlu diperluaskan!

orang bukan Islam (non-muslim)????

bukan..

Orang belum Islam lagi..