Sunday, July 6, 2008

POLITIK DALAM MASJID-apa masalahnya??(sekadar pandangan)

beberapa pertubuhan NGO telah menyerahkan memorendum kepada seorang sultan berkenaan bantahan atau lebih mudah, TAK PUAS HATI dengan sikap segelintir rakyat yang mempergunakan masjid sebagai medan untuk berpolitik.Tindakan yang dilakukan itu menunjukkan masih ada msyarakat yang gersang dari sudut pemikiran dan bersikap 'narrow minded' dalam menilai keberkesanan dan boleh dianggap sebagai konspirasi untuk memburukkan sesetengah pihak. Pada pandangan saya ,POLITIK, ISLAM DAN MASJID tidak dapat dipisahkan. Perkembangan Islam itu sendiri sebahagiannya berkembang melalui politik dan pada zaman Rasulullah, masjid bukan sahaja menjadi tempat untuk bersolat semata-semata malah masjid dijadikan tempat untuk pelbagai aktiviti lain termasuk berpolitik. Tiada Putrajaya pada zaman baginda Rasulullah, tiada dewan parlimen pada zaman Rasulullah. Jadi pada waktu itu masjid dilihat sebagai satu tempat yang sesuai untuk berpolitik dan hasilnya , islam berkembang keseluruh pelusuk dunia dan pernah membentuk sebuah kerajaan yang disegani dan digeruni. Justeru , ubah cara berfikir dan sudah-sudahlah mencari kesalahan orang lain.

1 comment:

************ said...

Saya bukanlah orang yang layak untuk memberi komen tentang berpolitik di masjid tetapi saya ingin berkongsi satu pengalaman kawan saya. Dia datang dari Sabah, berhari raya haji di rumah neneknya di XXX. Dia menceritakan kepada saya pengalaman bersolat di sebuah negeri XXX , di masjid ada 2 Imam, dalam satu-satu masa..bayangkanlah, 2 Imam untuk memimpin 2 jemaah yang berlainan 'fikrah'...saya pada mulanya sukar ingin percaya (walaupun ramai dah bagitau), tapi kawan saya beriya-iya menceritakan pada saya, barulah cerita ini bukanlah rekaan mana-mana pihak..bagi saya amat mendukacitakan..seolah-olah perbuatan mereka itu untuk memberikan kita ni, jemaah yang datang untuk memilih A atau B sebagai Imam kita!Bayangkanlah!Tujuan sembahyang, antaranya ialah simbolik untuk mematuhi seorang ketua dalam beribadah kepada Allah SWT DAN Islam mengajar kita untuk menegur ketua jika tersilap dalam solatnya....dengan cara yang betul, tanpa berkata-kata yang boleh mebatalkan solat kita....berbalik kepada cerita/pendapat saya, setiap kali kita solat di masjid KUIS kita, hati saya sering sebak bila Khatib membacakan doa untuk kita , rakyat Malaysia, dan rakyat Selangor khususnya...doa Khatib untuk menjaga kesejahteraan Sultan/Raja supaya dapat mentadbir negeri dengan mematuhi ajaran-ajaran Islam, selamatkan kita daripada bencana, wabak penyakit, dan sebagainya (dan ketika ini jugalah banyak yang lentuk mengantuk termasuklah saya!)....persoalan yang utama seperti kamu utarakan - berpolitik di masjid..adakah patut? pendapat saya berdasarkan keadaan politik sekarang di negara kita, YA dan TIDAK Patut...sebab? Ya-politik yang berpada2, tidak terlalu estrimis sehingga menyebabkan jemaah (selalunya yang atas pagar-neutral) tidak ada semangat datang ke masjid disebabkan terlalu banyak peringatan-peringatan yang memburukkan orang lain (terutamanya orang Islam yang lain)..dan Tidak patut jika berpolitik di masjid dengan berpandukan pegangan politik satu-satu parti TANPA memikirkan peringatan Allah dalam ayat-ayat Quran jangan memburuk-burukkan orang lain, yang sering khatib baca untuk para jemaah yang hadir.... sekadar renungan..