Friday, June 13, 2008

Sejauh mana pendekatan dakwah hari ini mempengaruhi remaja?

Sering kali kita melihat telatah-telatah anak muda remaja dalam negara yang semakin hari semakin menjadi-jadi dan amat membimbangkan. Mana mungkin mereka ini mampu untuk menjadi pewaris kepimpinan dalam negara suatu hari nanti jika mereka terus dengan keadaan 'bahagia' mereka. Cuba bayangkan, keadaan di Parlimen sekiranya pemimpin-pemimpin masa depan yang akan dipilih terlibat dengan gejala dadah, rempit dan sebagainya. silap hari bulan, sidang Parlimen akan bertukar menjadi tempat untuk memuaskan nafsu gian masing-masing. Dalam hal ini, keberkesanan pendekatan dakwah dan tarbiyah kepada remaja harus dipersoalkan. Adakah dakwah, tarbiyyah, pengajaran yang disampaikan tepat, betul dan berhikmah? Ingat! Mereka-mereka yang terlibat dengan gejala yang tidak sihat dan tidak bermoral ini merasakan bahawa apa yang mereka lakukan adalah betul kerana kurangnya ilmu berkaitan halal dan haram dalam kehidupan.. Pengalaman duduk di majlis-majlis ilmu(ceramah agama) membuktikan kepincangan wujud dalam usaha untuk menyedarkan masyarakat terutama golongan remaja yang bermasalah. Kebanyakan hadirin yang hadir adalah terdiri daripada golongan-golongan veteran dan agak berusia sahaja. Kalaupun ada anak-anak muda yang hadir ,bilangan mereka adalah amat sedikit dan kebanyakan dari mereka mempunyai latar belakang agama yang agak 'OK'. Dalam hal ini, di mana mat-mat ganja?Di mana mat-mat rempit? Golongan-golongan seperti inilah yang harus berada dalam majlis-majlis seperti ini untuk menyedarkan mereka tentang permasalahan hidup mereka yang perlu diperbetulkan. Dalam era yang serba moden ini, masyarakat remaja yang bemasalah memerlukan sesuatu yang baru dan kontemporari untuk kesedaran mereka. 'REFORMASI' dalam pendekatan dakwah kepada mereka perlu diteliti dan diperhalusi dengan secepat mungkin agar mereka tidak tersimpang terlalu jauh. Penceramah-penceramah perlu memikirkan langkah-langkah yang relevan dalam usaha mereka untuk menarik minat remaja yang bermasalah ini..

1 comment:

Unknown said...

REMAJA KINI MERUPAKAN PEWARIS DAKWAH DAN TARBIYAH. JIKA MASIH LEKA DENGAN SUASANA SEKELILING YANG TIDAK LANGSUNG MENDIDIK, DIKHUATIRI AKAN TERUS HANYUT BERSAMA GELOMBANG PEMUSNAH DEEN. SEDARI DAN INSAFI DIRI, SESUNGGUHNYA DAKWAH DAN TARBIYAH YANG DIBAWA OLEH JUNJUNGAN BESAR KITA ADALAH PENYELAMAT UMAT.