Tuesday, June 3, 2008

'Selamat dikebumikan' tak semestinya selamat dalam kubur..

"Baguslah, Allayarham dah selamat dikebumikan...."
Kita sering dengar ayat seperti di atas apabila menyentuh soal kematian samada daripada golongan atasan sehinggalah ke golongan bawahan..Tapi sedarkah kita , setelah selesai sahaja urusan pengkebumian, si mati bakal berhadapan dengan satu lagi ujian getir yang bakal ditempuhi yang menentukan nasib seseorang di alam kubur sama ada aman atau sebaliknya.. Penulis amat yakin bahawa kita sering dipertontonkan dengan filem-filem berunsur teladan yang mana sesuatu watak yang misalnya melakukan dosa di ats muka bumi maka watak itu akan menghadapi kesukaran sewaktu matinya(kesukaran sewaktu dikebumikan dan sebagainya).. Dalam dunia realiti, mungkin jarang perkara-perkara seperti itu berlaku namun itu tidak menjanjikan apa-apa dan bukan sebagai jaminan untuk selamat daripada ujian di dalam kubur.. Namun InsyaAllah, segala ujian itu dapat dilalui denagan 'lancar' sekiranya kita sewaktu hidup ini mempunyai bekal yang mencukupi untuk dibawa bersama ke dalam kubur. Bukan bekalan berupa harta benda, tetapi amal-amal kebaikan yang kita lakukan di bumi Allah ini. Nasihat penulis , muhasabahlah diri setiap masa . Renungkan berapa banyak amal yang kita lakukan dan apa bekalan yang akan kita bawa sekiranya kita ditakdirkan untuk mati pada saat ini..Syurga ? Neraka? Pilihan di tangan anda...

No comments: