Friday, September 26, 2008

don't go ramadhan...

alhamdulillah,bersyukur kehadrat Allah kerana masih diberi kesempatan kepada kita semua untuk terus berada dalam bulan yang suci,bulan yang berkah,bulan yang mulia-BULAN RAMADHAN..sewaktu blog ini ditulis,Ramadhan mengingatkan umat islam kehadirannya kali ini berbaki 4 hari..4 hari lagi Ramadhan akan meninggalkan kita.Rata-rata masyarakat menggunakan baki hari yang ada dengan membuat persiapan raya.Anak-anak kecil begitu gembira mengenangkan bulan yang tidak membolehkan mereka untuk makan dan minum akan berlalu pergi dan akan tiba satu bulan yang akan disambut dengan penuh rasa gembira.Bagi sesetengah golongan remaja dan dewasa,waktu inilah waktu yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk membeli baju-baju baru,seluar-seluar baru dan sebagainya.Golongan-golongan senja yang sememangnya sudah merasai keseronokn itu sewaktu zaman muda mereka dulu,waktu berbaki 4 hari dianggap sebagai waktu yang singkat untuk merebut bonus yang dijanjikan oleh Allah sebagai bekalan untuk mereka.Rancangan-rancangan televisyen bersepah dengan iklan-iklan raya.Lagu-lagu raya mula rancak berkumandang di corong-corong radio.Yang kaya nampak ceria,yang susah terpaksa pasrah.itulah realiti orang banyak.Masing-masing mempunyai pendapat dan kesedaran tersendiri.Dalam hal ini,aku ada kesedaran aku sendiri.Selepas solat tarawikh,sekadar cukupkan 8 rakaat,aku sering duduk-duduk di belakang masjid sambil melihat orang banyak meneruskan solat witir.Waktu itu aku gunakan sebaik mungkin untuk mengelamun dan berfikir.Aku merasakan bahawa Ramadhan kali ini tidak bermakna bagi aku.Aku rasa kosong dalam Ramadhan.Aku merasakan hanya mendapat lapar dan dahaga dalam sesetengah hari dalam ramadhan kali ini.Aku merasakan Ramadhan tahun lepas lebih baik dari tahun ini.Aku merasakan Ramadhan berlalu begitu cepat tanpa sempat aku mengambil apa-apa dari Ramadhan.Aku merasakan Ramadhan kali ini aku sibukkan dengan perkara lain yang sememangnyaa aku lebih utamakan berbanding Ramadhan.Apa yang pasti,Ramadhan hampir meninggalkan aku dan kita semua.Kalau boleh aku nak tebus kembali kebobrokan ramadhan aku kali ini..Macam mana??Kena tunggu tahun depan tapi nak ka Allah bagi aku berada dalam Ramadhan akan datang??Namun,aku masih memiliki 4 hari!Aku akan cuba sebaik mungkin dalam mengisi hari-hari akhir aku dalam Ramadhan kali ini.Bagi mereka yang berpuasa,jangan sekadar berpuasa.Penilaian harus turut diberikan kepada puasa kita walaupun yang menilai puasa seseorang dinilai oleh tuhan..Mrilah sama-sama kita gunakan kesempatan yang diberikan ini untuk beribadah kepada Allah mudah-mudahan mendapat ganjaran yang berharga di sisi Allah..

1 comment:

Along said...

Bersyukurlah kerana masih memikirkan samada puasa kita ini hanyalah sekadar lapar dan dahaga sahaja yang kita dapat...dengan perbuatan "memikirkan" itu menunjukan masih ada secebis iman untuk kita memperbaiki diri untuk lebih bermuhasabah untuk diri sendiri..:)..saya tertarik dengan frasa.."bila berpuasa, saya rasa kosong"...sebabnya? saya juga kadang-kadang kala merasa diri saya "kosong" bila berpuasa, seolah2 amalan ini tidak diterima:(...tapi saya sering juga berkata pada diri ini, amalan baik/buruk yang kita buat, adalah urusan Allah untuk menilainya...yang penting kita buat sehabis baik kualiti sesuatu amalan itu walaupun kita berasa kosong apabila melakukannya..moga2 niat ikhlas kita, Allah akan terima... Amin:0) Salam Aidilfitri 1429H..Selamat Hari Lebaran! Maap Zahir & Batin...:)Jumpa lagi bila buka sem akan datang dengan semangat yang baru & membara untuk buat yang terbaik....!