Sunday, July 6, 2008

Krtikan kepada segelintir pendakwah(TABLIGH)

Seorang pensyarah pernah bercerita bahawa di kawasan tempat tinggal beliau sering didatangi oleh sekumpulan 'tabligh' pada waktu pagi. Keadaan ini menimbulkan rasa kurang selesa golongan suri rumah yang rata-rata suami keluar bekerja pada waktu itu. Di mana letaknya 'hikmah' dalam berdakwah??apa yang kamu faham wahai tabligh-tabligh tentang adab??Ini baru satu isu...Isu seterusnya, zuhud tak bertempat.soal zuhud sila buka majalah al-islam edisi jun 2008 kerana banyak disentuh soal zuhud di situ. mungkin minda zuhud yang dibawa oleh segelitir 'tabligh' ini hanya tertumpu kepada kesederhanaan dari aspek pemakaian sehingga kadang-kadang boleh membawa fitnah kepada agama.."nak berdakwah kt org tapi diri pun tak terurus...." kadang-kadang ada yang sampai mengorbankan tanggumgjawab sebagai seorang suami dan ayah apabila tabligh yang mempunyai status ayah dan suami terpaksa keluar berdakwah untuk tempoh yang lama..tabligh dan takbalik..namun tidak semua tabligh yang berdepan semua permasalahan di atas..yang ikut dan melibatkan diri dalam dunia tabligh ini dan masih menjaga suasana dan keadaan, tahniah!! tolong tunjukkan contoh yang baik kepada orang lain agar usaha anda tidak dipersoalkan kelak..

2 comments:

cucu tok mullah said...

salam sahabat...
saya tak berapa setuju la dengan sahabat punya komen...
sahabat nie pernah ke keluar jalan allah??kalau tak pernah jangan cakap..nanti jadi munafik pulak..
kenapa kalau orh keluar nak islah diri banyak org pertikai??kenapa bila ada org pegi belajar kat luar negeri bertahu2 lamanya tinggal anak bini takde plak org nak pertikai??kenapa ? sebab itu untuk dunia kan??fikilah apa tujuan kita dihantar kedunia ini...menghina tertib tabligh bermakna menghina usaha nabi s.a.w...dulu nabi kita muhamad dan para sahabat buat kerja nie...diorang bukan sekejap tinggal anak bini tapi 23 tahun....
nabi yang maksum pun kena susah payah untuk agama...kenapa??kerana dengan cara ini iman meningkat..tiada cara lain kau belajar agama kau akan dapat ilmu iman..tetapi nak tingkatkan iman??
inilah cara yang sahabat2 r.hum buat..islah kan diri mereka dengan cara mujahadah cakap kebesaran allah..supaya masuk kebesaran allah dalam hati keluarkan kebesaran makhluk dalam diri....kejayaan manusia dalam agama apabila manusia dapat taat seluruh perintah allah dengan cara nabi s.a.w...perintah allah terkandung dalam al quran,bukannya dalam majalah yang awak sebutkan tadi...tu semua takleh pakai..kalau awak ikut petunjuk dalam al quran insyaallah awak akan dapat faham...salam

Unknown said...

Wahai saudaraku,

Inilah kesalah fahaman umum terhadap usaha tabligh ini. Usaha ini untuk islah diri. Semua umat Muhammad SAW wajib buat usaha atas iman sendiri. Tabligh bukan aliran,jurusan atau kumpulan. Semua orang patut buat termasuk diri anta juga. Pasal ziarah ketika waktu suami keluar bekerja, mana lah mereka tahu suaminya tiada di rumah. Dan kami akan muzakarah adab2 sebelum ziarah dibuat. Jadi tuduhan kami tiada adab itu tidak benar sama sekali. Bila seorang wanita buka pintu, kita akan minta berjumpa dengan tuan rumah lelaki. Kita tundukkan pandangan. Bicara dengan tundukkan pandangan. Ini tiada adab..??? Inilah usaha Nabi SAW dan para sahabah Ra.hum. Semoga Allah beri anta dan kami semua taUFIq dan hidayat..Salam..