Thursday, March 3, 2011

tua

seorang anak perempuan,aku rasa, sedang memimpin tangan bapanya, keluar dari kereta, perlahan-lahan, duduk dan si anak memesan makanan. Tosei, roti bawang, teh tarik kurang manis,2.

aku tertumpu pada si tua bertongkat itu.si tua berkopiah itu memandang aku, terus. Mungkin sangkanya aku sedang menikmati kecantikan anaknya. "Anak kau akan tua macam kau, pakcik..." jangan tafsir bukan-bukan.

aku sebenarnya sedang memasang telinga, ingin jadi penyebok, mendengar perbualan anak-beranak itu tapi kecewa. Tidak ada sebarang perbualan antara mereka.

tua

apa sebenarnya tua ini? tua ini aku lihat sebagai satu benda yang sangat ditakuti oleh kaum wanita. Ya kan? kalau tak, tak adanya, rawatan memulihkan kulit yang kedut dan sebagainya.kau ada duit, buat lah apa saja yang kau mahu..

bagi aku, tua ini sebagai satu tanda. satu alamat tentang kematian. Bila hidup dah lama, maka tua akan datang. Tua akan cakap yang kau dah tua, masa untuk kau ingat tuhan.tua kata, kubur kau sempit, cubalah luaskannya sekarang. tua kata kubur kau gelap, usahakanlah untuk terangkannya sekarang. Tua datang lagi,ingatkan, harta kau himpun waktu muda tak boleh kau bawa bila kau mati.dan tua akan cakap, yang kau akan menyusahkan ramai orang.tua cakap lagi,bila sampai satu tahap, kau akan kembali jadi seperti kanak-kanak, kau tidak akan difahami. Kau akan mengidap penyakit bukan-bukan. tua juga cakap, akhirat tak ada apa, bawalah bekalan, kumpul dari sekarang supaya kau tidak kering disana. tetapi,malangnya, sayunya, sedihnya, tua ini langsung tidak dipedulikan. Di pinggirkan dan cuba untuk disingkirkan. tanda mati ini dibiar tanpa diambil pengajaran.

susahkan manusia?

Bagi yang sedar, maka mereka akan berusaha sedaya upaya untuk menebus kesalahan di waktu usia muda. kesalahan bertuhankan dunia. Tidak hairan kalau ada yang 5 waktu full di masjid/surau.puasa setiap isnin khamis. bersedekah.

yang tak sedar? akan berusaha, mencari sesuatu untuk menutup ketuaan. Takut. sehingga ada yang tidak suka diingatkan tentang hari jadi kerana pada hari jadi, usia bertambah dan semakin tua.kalau boleh, biar muda sentiasa. Masa tualah, untuk bergaya.orang lebih respect. Uban di rambut, diwarnakan hitam.berhenti jadi penyanyi. ingat dah bertaubat tapi jadi guru nyanyian kepada pelapis. Penerus generasi.kononnya.katanya.

kau dah cukup tua

kalau nak dibandingkan dengan umur sehari kau dulu


kesudahannya?


aku tak tahu

No comments: