Saturday, March 19, 2011

dewasa

5 orang budak ini sedang membesar. Membesar sebagai seorang yang lebih matang dalam menempuh hidup. Dalam melihat proses tumbesaran mereka, apa yang mereka lakukan pada hari ini-kesilapan dalam mencari makna hidup dan tewas dalam merungkai simpulan cabaran hidup seawal usia mereka-pernah aku lalui dahulu. Segala-galanya seolah-olah diulang tayang. Gelagat dan tingkah laku serupa 5-10 tahun yang dahulu Cuma wataknya yang berbeza.

Sebagai seorang yang lebih dewasa dari 5 orang budak tadi, aku ingin memohon maaf. Maaf kerana aku sengaja membiarkan mereka berlima berterusan berada dalam kehidupan mereka-sambil belajar tentang persoalan dunia. Mereka dibiarkan tetapi dengan sedikit perhatian dan panduan. Sangat sedikit. Kesalahan dan kesilapan yang mereka lakukan itu sengaja aku biarkan agar mereka memahami sendiri kehidupan yang sedang mereka lalui. Sama juga seperti aku, segala-galanya dilalui sendiri dengan sedikit panduan dari orang tua dan hasilnya-aku tergelak besar dengan apa yang telah aku lakukan dahulu-selepas segala tindakan diulangtayang oleh makhluk kecil berlima itu.

Semoga sukses, kalian berlima








hanya 4? seorang lagi keluar sekejap, pergi kedai.....

2 comments:

Adi Wahab said...

Salam alaik...muadz...
kirim salam pada uwais dan umair...

Nurul Amal said...

comei2

kadang2, pengalaman lebih berharga dari ilmu

let them create da 'memories'