Friday, March 25, 2011

jamin

kita sedang mengalami satu permasalahan yang cukup besar pada hari ini - kita seolah-olah yakin sesuatu akan atau tidak akan berlaku pada masa akan datang.

"KITA JAMIN, KESAN RADIOAKTIF TIDAK AKAN SAMPAI KE MALAYSIA"

"JANGAN RISAU, DENGAN APA YANG KITA ADA HARI INI, PASTI AKAN MENYELAMATKAN KITA DARI BENCANA ITU"

"KERAJAAN KITA PASTI AKAN MASIH MEMEGANG KUASA UNTUK TEMPOH MASA YANG LAMA"


mudah bukan? cakap macam orang tak sembahyang. Mungkin kita lupa, bahawa segala keputusan dan perancangan yang terbaik adalah dari tuhan semesta alam. Sangat-sangat yakin sehingga sanggup menegetepikan kuasa penentu sebenar di dalam dunia ini ( Allah ).

Ini semua sebab sombong. Sebab ada ilmu sedikit dirasakan tinggi. kita seolah-olah boleh tahu apa akan berlaku esok, lusa. Kita bukan Tuhan, bodoh.


"kita merancang, tuhan juga merancang..sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang"- Ali-'imran (54)

1 comment:

Anonymous said...

BN sama bodohnya macam Anwar Ibrahim yang menyatakan dia akan jadi PM pada 16 September.bodoh punya Anwar.penyokong Anwar lagi lah BODOH.