Saturday, March 26, 2011

lembu

bahagia seperti lembu. Kenapa lembu? boleh saja untuk disebut binatang lain teapi lembu lebih dramatik. lebih kena. lebih selesa. bahagia seperti lembu.

lembu. lembu bahagia dengan hidup beliau. boleh kita kata lembu kecewa? pernah lihat lembu menangis? pernah lihat lembu bersedih berduka?hidup beliau penuh dengan kebahagiaan. Makanan bersepah. rumput dimana-mana. hendak tidur, tidur. bangun tidur, nampak rumput hijau. apa lagi yang diperlukan!!!!!!

adakah perlu kita memiliki kebahagiaan seperti itu? bahagia kita sekadar makan dan minum? hanya sekadar tidur? sekadar berseronok-seronok untuk memiliki kebahagiaan sementara sehingga mencipta dosa? kalau itu kebahagiaan yang kita cari, kita, lembu, sama seperti beliau.

fahamilah. bahawa kebahagiaan yang ada sekarang hanya untuk menguji tahap kehambaan kita. jika bahagia itu melalaikan, mana mungkin kita peroleh bahagia di akhirat.


pilihan di tangan kita


lalai dengan bahagia lembu atau bahagia dengan kebahagiaan akhirat.

No comments: