Friday, February 11, 2011

valentine

timbul isu valentine. Kononnya untuk menyambut hari kekasih dan berkasih sayang dan berdosa-dosa dan bernakal-nakal. Sebagai masyarakat islam, perlu difahami bahawa kasih sayang didalam islam tidak terhad kepada hari-hari tertentu sahaja. KASIH SAYANG SETIAP HARI HINGGA MATI. Ini satu hal. Hal lain, sambutan hari valentine ini bukan syari'at islam. Sila faham ini: Sambutan Hari Valentine sebenarnya berakar umbi dari agama Kristian yang mengingati hari St Valentine dihukum bunuh. St Valentine dianggap sebagai pejuang agama Kristian yang dibunuh kerana menyebarkan agama Kristian oleh orang Rom. St Valentine dianggap sebagai utusan agama Kristian yang dikenang, didewakan serta dipuja pada tarikh kematiannya. Ia dikatakan sebagai lambang kasih sayang antara manusia dan Tuhan serta antara manusia sesama manusia.

bagi couple-couple bodoh islam diluar sana, jangan sambut hari ini. Tolong faham. Bagi orang bukan islam, terpulang. Namun, tolong faham juga kenapa orang kaitkan valentine ini dengan permasalahan moral. silakan sambut wahai orang yang bukan bertuhankan tuhan aku tapi jangan ganggu urusan larangan terhadap orang islam.

agama kamu kata boleh

agama kami tdk benarkan.


bagi pihak berkuasa agama, jalankan tugas membendung permasalahan ini dalam kalangan anak muda islam.

No comments: