Friday, February 4, 2011

kuasa dan gila

Hosni enggan lepas jawatan. Sebab, alasan terbaru yang diberikan adalah kerana bimbang huru-hara akan menjadi lebih teruk berikutan pertembungan kumpulan pro-demokrasi dan pro kerajaan sendiri. Secara logiknya, kemunculan kumpulan pro-kerajaan di mesir selepas beberapa hari demo besar diadakan adalah suatu perancangan yang mungkin diatur oleh pihak kerajaan sendiri. Hal ini bertujuan untuk memberitahu dunia bahawa hosni masih lagi memiliki pengaruhnya tersendiri. Dari permulaan demo besar diadakan, matlamatnya hanya satu. HOSNI SILA BERUNDUR! Tetapi reaksi yang diberikan oleh hosni dengan melantik si omar Suleiman sebagai timb presiden hanya sebagai gimik politik demi menutup kelemahan. Kemudian, desakan untuk meletak jawatan dibalas pula dengan kenyataan akan menimbulkan kekecohan antara kumpulan pro kerajaan dan anti kerajaan yang dibuat baru-baru ini.

Masyarakat perlu faham mengapa masyarakat turun berdemo untuk menyahkan hosni dari terus menerajui kepimpinan kerajaan. Selama hampir 30 mentdbir, rakyat telah muak dengan amalan rasuah yang diamalkan kerajaan. Masyarakat mesir hidup dalam tekanan akibat tidak mampu mendapat bekalan asas dengan sebaik mungkin. Pengangguran berleluasa. Hal ini menimbulkan kemarahan rakyat. Ini sebenar matlamat desakan ‘turun & undur’ ke atas hosni.

Bagi aku, keengganan hosni untuk undur adalah disebabkan dosa dan kesalahan yang tersirat sepanjang 30 tahun pemerintahan si hosni itu. Sekiranya hosni berjaya disingkirkan, pelan peralihan kuasa berjalan dengan penuh kesudian dari pihak hosni, maka, kemungkinan besar hosni mungkin akan didakwa atas kesalahan yang telah dilakukan. Masuk mahkamah-masuk penjara. Ini yang amat ditakuti oleh pemimpin-pemipin seperti hosni. Akibat dari kebimbangan, maka, mahu tidak mahu, kuasa harus dikekalkan. Dan, selama itu, rakyat akan terus menentang. Biar kuasa kembali ke tangan rakyat.

No comments: