Sunday, February 27, 2011

tahap

aku pernah mempersoalkan satu perkara besar kepada seseorang berkenaan kedudukan seseorang yang membolehkan orang tersebut berbuat sesuatu yang bertentangan dengan ajaran islam. Aku tanya walaupun aku tahu soalan ini tidak akan ada jawapan yang konkrit kerana orang yang aku tanya ini, bukan dari orang yang belajar agama. Tanya sajalah, kerana dia ketua. baik.

jawapan mudah, seperti aku sangka, memang tak ada jawapan.


kemudian satu malam, kami diminta berkumpul. Kami di 'basuh'. kalau boleh dikeluarkan otak dalam kepala ini, pasti dicuci dengan bersih oleh ketua tadi. semua dengar dengan penuh kaku. tergamam. takut. aku? biasa. lapar dan mengantuk. bukan boleh aku nak dengar ucapan yang aku memang menyampah. baik.

tiba-tiba.


persoalan yang aku tanya dulu, disebut semula oleh ketua tadi. berapi-api. hampir separuh menjerit. tanda marah, aku rasa. tanda tak setuju dengan aku, aku kira. katanya, kami ini terlampau banyak mempersoalkan sesuatu.ikut sajalah. katanya lebih kurang begitu. malam itu berlalu dengan agak mengecewakan. Menyampah aku dengan si tua itu.meluap-luap.baik.


adakah seperti itu?

kami perlu mengikut tanpa perlu faham?

atau, kami tak boleh persoalkan apa-apa sebab kami bukan setahap dengan kau?

kau ingat kami apa?

woi?

No comments: