Sunday, April 10, 2011

sebak

kita punya pelbagai alasan untuk berasa sebak. ada yang sebak kemudian terus menangis sampai mati. noktah

minggu lepas, dalam perjalanan pulang dari mana-mana, aku terserempak dengan seorang tua india sedang menyapu sampah di kawasan perumahan aku (cleaner). muka si tua india itu tadi telah membuatkan satu persoalan muncul dalam kepala ini "eh, macam familiar ja india ni..sapa ha.." selepas menyedekahkan sekuntum senyuman (harap dapat pahala untuk itu),aku terus ke rumah.


dan, semalam, semasa menuruni tangga flat rumah aku untuk ke mana-mana, aku terserempak dengan orang serupa, kali ini dengan seorang anak kecil sedang menyapu sampah. budak kecil itu tadi, memegang plastik sampah sambil memasukkan botol-botolair ke dalam plastik tersebut.oh ya, budak kecil itu tak ada la kecil. form 2 (tahu selepas aku buat temubual sekitar 2 bulan lepas). dan tanpa diduga, aku mula teringat akan 2 sosok tubuh yang sedang menyapu sampah terbabit. Mereka adalh penjual roti, di kejiranan aku. aku sebak. tiba-tiba. apa masalah dengan mereka ini.apa susah sangatkah hidup makhluk berdua ini? dari jual roti menjadi cleaner. atau cleaner sebagai kerja sampingan untuk cari pendapatan lebih (KAIS PAGI, MAKAN PAGI, KAIS PETANG POLITIKUS CURI).

apa yang ingin aku katakan


mereka sanggup bersusah payah


cukup bersusah payah


untuk menngenyangkan perut-perut mereka
mungkin, untuk dapatkan sesuatu untuk diamkan tangisan anak kecil yang kelaparan dalam kalangan mereka.


mereka mungkin lain bangsa
mereka mungkin lain agama

tapi mereka juga manusia


seperti kita.


kau faham tak?

1 comment:

Cik tempoyak maniss said...

teringt kisah masa form3 dulu...seorang guru penah mengata anak murid sendiri (my fren) about her mother's job...hina kah kerja sebagai seorang tukang cuci berbanding kerja nya sebagai seorang guru? padahal kita semua sama...x kira kerja,,kita semua makhluk allah kan... yg membeza kan,,tahap iman dan taqwa..