Thursday, April 14, 2011

aurat

aurat perlu dijaga tapi itu hak asasi setiap wanita di mana2 negara di dunia ini. soal dosa dan pahala adalah hak tuhan antara ia dgn tuhan, kita tak mampu menjadi pengadil dan hakim dlm soal ini kerana dikhuatiri menyebabkan wanita2 berkenaan tersinggung dan menjauhkan diri dari admin -anon-

memang tidak dinafikan bahawa aurat itu adalah hak setiap manusia. dosa dan pahala yang akan diberikan terhadap cara kita berpakaian pula bukan ditangan manusia.tapi kenapa aurat itu penting?

tak lain adalah kerana ia adalah arahan tuhan yang mewajibkan semua hambanya untuk menutup aurat. bukan aku yang suruh tapi tuhan. rujuk surah annur ayat 30-31. Bukak terjemahan dan cuba fahami ayat itu. sangat-sangat mudah untuk difahami aku rasa. soal hak pula, apa hak kita nak langgar arahan tuhan? kita bagi jawapan pula yang manusia itu tak lari dari melanggar arahan tuhan. baik. sampai bila? mungkin sebelum ini kita tidak tahu yang ada arahan berkenaan penutupan aurat tapi sekarang, dah tahu kan. apa tindakan kita seterusnya?dan, semak juga terjemahan surah al-ahzab ayat 59. aurat Allah kaitkan pula dengan gangguan yang akan terjadi keatas si pendedah aurat.

apa yang pasti adalah, aku tidak pernah memaksa mana-mana individu untuk menutup aurat. cukup sekadar aku sampaikan peringatan bahawa aurat itu perlu ditutup sesempurna mungkin. aku cuba letakkan di akhir entri ini beberapa ayat suruhan untuk menutup aurat.

hak manusia vs hak allah

kau fikir-fikirlah

1)annuur 30-31
2)al-ahzab 59
3)al'araf 20
4)al'araf 26

mungkin ada lagi, yang tahu itu sja

3 comments:

Anonymous said...

baguslah kalau bukan kau yg suruh kan. nanti ada pula jadi muncul tuhan baru,hehehe

WAHAB said...

menyampaikan dakwah agama apa ni bro? jgn terikut-ikut jejak dan perangai org kurang siuman spt 'pengumpul gambar awek bertudung' tu. berdakwah boleh tapi bro kena belajar agama lebih mendalam lagi. ibarat menunggang seekor unta dgn membawa garam yg banyak melintasi sebuah sungai tapi setelah berjaya melintasi sungai garam2 tadi habis terjatuh ke dalam sungai tiada satu pun yg tinggal. teruskan menulis, salam blogger!

Anonymous said...

bah, apa kena mengena unta pula