Friday, April 15, 2011

henti

akan kembali semula

mudah-mudahan

Thursday, April 14, 2011

belia

belia kena sedar bahaya tukar kerajaan-bharian

SHAH ALAM: Generasi muda dinasihatkan sentiasa membantu kerajaan mengekalkan kuasa politik sedia ada bagi memastikan kelangsungan pembangunan demi kesejahteraan masyarakat berbilang kaum.

Mereka juga diminta menggunakan liberalisasi maklumat sebaik mungkin agar tidak terperangkap dengan rancangan pihak tertentu yang bercita-cita untuk menghancurkan sistem pemerintahan yang sudah menabur bakti sejak 54 tahun lalu.

Prof Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi MARA (UiTM), Datuk Dr Ramlah Adam, berkata peralihan kuasa politik sangat berbahaya bagi rakyat Malaysia kerana kumpulan penentang kerajaan tidak mempunyai sejarah kepemimpinan yang jelas.


apa yang bahaya?
sampai bila nak pegang kuasa?
100 tahun?
200 tahun?


tukarlah
lama sangat dah tu..

aurat

aurat perlu dijaga tapi itu hak asasi setiap wanita di mana2 negara di dunia ini. soal dosa dan pahala adalah hak tuhan antara ia dgn tuhan, kita tak mampu menjadi pengadil dan hakim dlm soal ini kerana dikhuatiri menyebabkan wanita2 berkenaan tersinggung dan menjauhkan diri dari admin -anon-

memang tidak dinafikan bahawa aurat itu adalah hak setiap manusia. dosa dan pahala yang akan diberikan terhadap cara kita berpakaian pula bukan ditangan manusia.tapi kenapa aurat itu penting?

tak lain adalah kerana ia adalah arahan tuhan yang mewajibkan semua hambanya untuk menutup aurat. bukan aku yang suruh tapi tuhan. rujuk surah annur ayat 30-31. Bukak terjemahan dan cuba fahami ayat itu. sangat-sangat mudah untuk difahami aku rasa. soal hak pula, apa hak kita nak langgar arahan tuhan? kita bagi jawapan pula yang manusia itu tak lari dari melanggar arahan tuhan. baik. sampai bila? mungkin sebelum ini kita tidak tahu yang ada arahan berkenaan penutupan aurat tapi sekarang, dah tahu kan. apa tindakan kita seterusnya?dan, semak juga terjemahan surah al-ahzab ayat 59. aurat Allah kaitkan pula dengan gangguan yang akan terjadi keatas si pendedah aurat.

apa yang pasti adalah, aku tidak pernah memaksa mana-mana individu untuk menutup aurat. cukup sekadar aku sampaikan peringatan bahawa aurat itu perlu ditutup sesempurna mungkin. aku cuba letakkan di akhir entri ini beberapa ayat suruhan untuk menutup aurat.

hak manusia vs hak allah

kau fikir-fikirlah

1)annuur 30-31
2)al-ahzab 59
3)al'araf 20
4)al'araf 26

mungkin ada lagi, yang tahu itu sja

Wednesday, April 13, 2011

wind

Take me to the magic of the moment
On a glory night
Where the children of tomorrow dream away
In the wind of change



-scorpion(wind of change)-


kau

kau bukan yang suka mempertontonkan sesuatu yang harus disembunyikan

Tuesday, April 12, 2011

jangan

demi suara kami yang tidak dipedulikan
maka kamu, pemerintah atau pembangkang,
teruskan berkelahi, tetapi
jangan huru-harakan hidup dan mimpi kami
jangan mangsakan anak-anak buah hati kami!

-pyanhabib-

ubah

perubahan untuk sesuatu perkara itu amat menykitkan. kadang-kadang kita perlu meninggalkan segala yang seronok (penuh dengan kerosakan dan dosa) demi sesuatu yang lebih baik walau nampak begitu menyusahkan.noktah

kunci utamanya adalah takut. mungkin juga sebab tidak sanggup untuk sedikit merasa susah sebelum benar-benar kenikmatan berubah itu dirasai. itu sja masalahnya.

dalam konteks pilihanraya, masyarakat sering dimomokkan dengan hal serupa. Undi lain dari biasa, maka kita akan susah. bantuan tidak dapat disalurkan dan sebagainya.akan datang disarawak. laungan bodoh itu kini dapat didengar memandangkan di sana sudah bertapak lama si perintah dan analisis terbaru, kejutan bakal berlaku di sarawak.maka, semakin kuat gendang untuk menakutkan masyarakat di palu. kononnya, yang baru itu haprak, kelam kabut dan lain2.

sama juga halnya dengan diri kita. setelah sekian lama hidup dalam keseronokan yang melalaikan, pendedahan aurat yang kita sendiri tak tahu yang itu merupakan pendedhan aurat, maka bila ada yang datang menegor, maka kita akan mula gelisah. mana tidaknya, sedang kita mengikut kiblat itu, tiba-tiba ada yang ingin mengubah kiblat yang sedia kita telah ikut sejak dulu (kiblat-cara, kepercayaan -sumber, otak sendiri).

"Allah tak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri"- Allah


dari berpakaian yang jarang-jarang menutup aurat, kali ini perlu mengikut garis panduan islam tentang aurat. kalau dulu bertepok tampar laki perempuan, sekarang ini dah perlu jaga batasan pergaulan. macam mengongkong, bukan? tapi itulah yang terbaik.

apa yang pasti, perubhan itu memerlukan pengorbanan.sukarnya hanya ada pada permulaan dan selepas itu, perubahn yang baik itu akan berterusan menjadi sesuatu yang bermakna dalam hidup kita, insyaA