Friday, May 8, 2009

TAZKIRAH-e2-SERONOK YANG BERKEKALAN

Dari Abbas r.a telah menceritakan: Telah datang seorang pemuda menemui Rasulullah dan berkata:" Ya Rasulullah,apakah akan terhalang untuk masuk syurga disebabkan mukanya yang hitam dan hodoh? Lalu Rasulullah bersabda " Tidak,demi Allah yang jiwaku di tangannya dan selama kamu yakin dengan tuhanmu dan ajaran rasulNya"
Pemuda itu adalah Saad Assulami dan beliau masih baru memeluk Islam ketika itu.Dia datang kepada Rasulullah dan mengadu perihal nasibnya yang malang apabila pinangannya ditolak oleh wanita-wanita disebabkan wajahnya yang hitam lagi hodoh.kemudian nabi menyarankan kepada Saad Assulami untuk pergi berjumpa dengan Amr B wahab,bapa kepada seorang gadis cantik dan pintar yang bernama Atiqah dan menyampaikan pesanan kepada beliau tentang niat sebenarnya datang ke rumah Amr-Untuk menikah dengan Atiqah atas arahan Rasulullah. Apabila diberi tahu perihal berkenaan, Amr dengan marah telah menghalua Saad. Saad terus bergegas berjumpa rasulullah untuk mengadu nasibnya yang masih malang. Namun,di pihak Atiqah, dia merayu kepada ayahnya : " Wahai ayah, patuhilah perintah rasulullah sebelum diturunkan pula wahyu yang akan mendedahkan perbuatan ayah.Bagi diriku,aku rela kepada apa jua yang telah Allah dan RasulNya tetapkan untukku" Mendengar jawapan dari anaak gadisnya,Amr terus berjumpa dengan Rasulullah lalu memohaon maaf dan kemudiannya bersetuju untu menikahkan anak gadisnya dengan Saad Assulamidengan mas kahwin sebanyak 400 dirham. Rasulullah kemudiannya memberitahu perihal mas kahwin itu kepada Saad Assulami. Dengan sedih Saad menjawab : Sesungguhnya saya tidak ada wang maupun saudara untuk saya mintajumlah sebanyak itu. Rasulullah bersabda : "mahar untukmu sebenarnya telah ditanggung oleh 3 saudara mukminmu.Pergilah kepada Usman B affan, Abdurrahman B auf dan Ali.Setiap mereka akan memberikan 200 dirham kepada kamu. Saad Assulami menerut perintah dan beerjumpa dengan Ketiga-tiga mereka tadi.Mereka telah memberi lebih dari apa yang disebutkan oleh Rasulullah.Dengan wang yang ada,saad segera berjalan menuju ke pasar untuk mendapatkan hadiah perkahwinan untu isterinya. Tiba-tiba saad seolah-olah mendengar suara dari langit yang menyerunya:" Wahai kuda Allah,berkenderaanlah!Keluarlah untuk berjihad!" mendengar sahaja suara itu Saad lantas mengangkat tangan dan berdoa " Ya Allah,Tuhan pencipta langit dan bumi..Akan aku gunakan wang ini untuk membeli sesuatu yang lebih Allah Dan Rasulnya sukai."
Saad telah menggunakan wang perkahwinannya untuk membeli kelengkapan perang.Dia lantas berpakaian seorang tentera dan menyertai pasukan muhajirin yang sedabg berperang. Ditakdirkan Allah, Saad Assulami gugur syahid. Demi terlihat saja lengannya yang hitam tersingsing, Rasulullah lantas mengenali pejuang tersebut-Saad Assulami. Rasulullah segera memangku kepala Saad sambil mengusap tanah yang melekat di wajahnya dan baginda bersabda: " Alangkah harumnya baumu dan alangkah kasihnya Allah dan Rasul kepadamu." Kemudian Rasulullah menangis diikuti pula dengan riak wajah yang gembira lalu memalingkan wajahnya diiringi dengan sabda baginda:" Kini dia telah sampai di Haudh,demi tuhan yang mempunyai Kaabah."
Para sahabat menjadi kehairanan dengan tindakan rasulullah yang bersedih,gembira dan memalingkan muka baginda.Rasulullah menceritakan dalam sabda baginda:"Haudh itu adalah telaga yang diberikan Allah kepadaku.Lebarnya antara Shan'an Yaman hingga ke Bushro.Ditepi telaga itu di hiasi dengan mutiara dan permata.Airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu.Barang siapa yang meminumnya sekali,pasti tidak akn haus untuk selama-lamanya. Aku menangis kerana rindu kepada Saad.Aku gembira kerana Allah telah mengurniakan kemuliannya kepada Saad dan aku memalingkan muka kerana aku melihat isteri-isteri Saad Assulami dari kalangan bidadri berebut-rebut menghampiri Saad sehingga terselak kain mereka dan menamoakkan betis-betis mereka,aku merasa malu." Kemudian Rasulullah memerintahkan para sahabat untuk mengumpulkan segala peralatan perang Saad Assulami untuk diberikan kepada isterinya...Wallahua'alam...

Di atas merupakan sedikit sebanyak cerita yang boleh aku kongsi bersama pembaca.Ingatlah,apa-apa yang kita rasa baik untuk diri kita boleh jadi ia tak sebaik yang kita sangkakan dan Allah maha mengetahui apa yang terbaik untu hamba-hambanya.....Keseronokan,kebahagian,kegembiraan yang berkekalan hanya mampu diperoleh apabila segala nikmat yang dikurniakan disyukuri dengan sebenar-benarnya..

No comments: