Wednesday, January 5, 2011

tak sudah-sudah

aku terbaca cerita tentang seorang artis di akhbar. Dulunya si artis ini bertudung tetapi sekarang sudah tidak bertudung. Bila diajukan soalan kenapa tidak bertudung, jawapan mudah. "saya tidak bertudung kerana memenuhi tuntutan kerjaya sebagai pelakon. Hanya Allah saja yang tahu niat saya. Saya mencari rezeki.." lebih kurangla statement yang dibuat. Aku tak tahu apa kau rasa. Tapi cukup aku katakan yang statement itu telah membantutkan selera aku untuk menjamah roti telor bawang + milo ais yang aku telah pesan!!!! Apa sebenarnya yang berlaku? Kenapa pemikiran menjurus kearah itu? Soal aurat bukan main-main. Yalah,kau boleh cakap apa saja. Hak masing-masinglah. Jangan tengok orang dari segi luaranlah..jangan menghukum oranglah..kau laki apa tahulah..Ini post aku yang ke berapa untuk aurat aku pun dah tak ingat.

aku melihat bahawa trend masyarakat hari ini seperti itu-bila sentuh sahaja soal aurat, ada saja jawabnya..banyak pula alasannya. Kita seolah-olah cuba mempersoalkan apa yang telah diwajibkan ke atas kita oleh tuhan sekalian alam. Seolah-olah kita sedang memperlekeh dan mempermainkan apa yang disuruh tuhan. Kau rasa kau lebih tahu berbanding tuhan-justeru kau mengabaikan tanggungjawab untuk menutup aurat. Kau rasa kenapa tuhan suruh tutup aurat? Minta kau jawab dengan jujur kenapa. Agak-agak apa sebabnya tuhan suruh kau tutup bahagian-bahagian yang tak rata pada badan kau tu? Ada kau fikir? Tak pernah fikir? Tolong fikir sekarang. Bukan jenis kau saja yang hidup dalam dunia. Dalam celah-celah orang ramai dan kaum kau, wujud aku dan yang sejenis dengan aku. Tak tahu aku kalau kau masih tak faham.

Susah untuk menutup aurat? Kenapa? Sebab kita tidak yakin dengan agama yang ada pada kita sekarang. Pendekatan yang dibawa dikatakan bersifat kuno dan tidak berkembang. Aku nampak itu pada kita sekarang. Tengok pasukan bola sepak Malaysia yang menang piala Suzuki. Terus ingin diangkat menjadi ikon kepada anak-anak muda. Ikon kepala bana apa kalau soal aurat tak clear? Hakikatnya, nak mengubah fikrah masyarakat ke tahap yang lebih baik sikit dilihat agak sukar. Masing-masing punya ‘kiblat’ lain untuk disembah. Agung-agungkan sangat fesyen barat, pelekeh pakaian berciri muslim.

Pesan aku, kau nak bercakap soal agama, minta kau clear kan dulu soal aurat kau. Kalau ingin lebih mendalam, aurat bukan sekadar pakaian. Dah, aku nampak kau semakin pening.

Aku cuba letakkan ayat alquran yang berkenaan aurat. Minta kau tolong tengok terjemahan dan buat muhasabah. Apa, kau tak ada terjemahan Al-quran? Apa ada kat rumah kau? Anjing?


Sila rujuk surah AN-NUUR ayat 30-31

No comments: