Saturday, January 29, 2011

selamat

Entri ini ada kaitan dengan pilihanraya kecil yang bakal berlangsung esok. Sebagai seorang masyarakat, pelajar, aku mengharapkan tertegaknya kerajaan baru di Malaysia. Ubah yang lama kepada yang baru. Bukan lagi umno-barisan nasional. Sebab? Aku nak kan yang lain lah! Tiada sebab yang spesifik. Mungkin naluri aku berkeinginan yang baru. Seperti ada kekasih lama, kemudian bosan dan tukar baru. Atau mungkin seperti bertukar pakaian yang dah lusuh dan buruk kepada pakaian berjenama yang lebih baru atau mungkin juga bertukar selera makanan harian yang hari-hari makan benda yang sama yang tidak berjenis kepada makanan yang lebih berkhasiat. Ada orang tanya, kalau ditakdirkan pakatan menang esok pun, bukan boleh ‘jajah’ Putrajaya pun. Mahu aku back-hand dekat mulut celupar longkang itu. Nak ada rm10 perlukan kepada rm 1. Nak ada rm 1 perlukan kepada seposen. Itulah kiranya matematik mudah untuk menggambarkan suasana ‘Politik Putrajaya’. Dapatkan yang kecil untuk dapatkan yang lebih besar. Untuk esok, ramalan aku, umno-bn mampu mempertahankan kerusi dun tenang tetapi dengan majoriti undi yang tidak boleh dibanggakan. Sekiranya, majoriti undi berkurangan berbanding pru12, maka tidak mustahil masa depan Johor akan berubah tangan.


Kenyang makan budi

Ini faktor utama dari dulu sampai sekarang masyarakat takut untuk buat sesuatu demi perubahan politik negara. Banyak sangat makan budi-kata kawan aku. Mungkin ya mungkin tidak. Memberi undi kepada parti pembangkang dilihat sebagai satu malapetaka kepada masyarakat tambahan pula kenyataan yang telah dibuat oleh MR TPM semalam seolah-olah seperti pengumuman hukuman bunuh kepada masyarakat andai tidak mengundi parti kerajaan. Kita sering diingatkan berkenaan jasa kerajaan yang telah banyak membantu masyarakat. Dan kemudian, kita akan jadi serba tidak kena untuk tidak mengundi parti memerintah walaupun kepincangan demi kepincangan telah didedahkan terhadap badan memerintah ini.

Harapan
Diharapkan, masyarakat tenang dapat membuat pilihan bijak pada esok hari. Keluar beramai-ramai untuk mengundi. Meriahkan karnival demokrasi di tempat anda esok. Jangan termakan dengan segala provokasi yang dijalankan oleh pihak-pihak tertentu.

SELAMAT MENGUNDI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



-pengundi hantu-

No comments: