Tuesday, January 25, 2011

macam-macam

kenapa perlu tidak terlalu yakin dengan akhbar hari ini?

kenapa disuruh menilai terlebih dahulu berita yang disampaikan?

kenapa disuruh untuk tidak menjadi bongok dengan terus mempercayai apa yang dinyatakan media?

kenapa?

kenapa?

PELANCONG IKTIRAF KEBERSIHAN KE'EL- bhairan (hari ini)

KUALA LUMPUR: Tahap kebersihan bandar raya ini masih memuaskan hati pelancong asing, malah mereka mengakui Kuala Lumpur antara bandar raya dunia yang wajar dilawati kerana tahap pembangunan dan kebersihannya amat membanggakan. Berikutan itu, pelancong asing yang kerap melawat ke sini, terkejut apabila mengetahui ada pihak tidak berpuas hati dengan kebersihan terutama di Kuala Lumpur kerana sepanjang mengunjungi negara ini, mereka berpendapat tahap kebersihan di sini baik dan terkawal.

Petty Marlow, 67, dari England berkata, beliau juga kagum dengan kebersihan tandas awam di bandar raya ini yang diselenggara dengan baik, selain Kuala Lumpur mempunyai sistem perparitan moden yang menggunakan sistem bawah tanah, sama seperti negara maju yang lain.

“Sepanjang berada di ibu kota ini, kebersihan gerai makanan serta tandasnya yang pernah saya kunjungi terutama di sekitar Bukit Bintang dan Jalan Masjid India berada dalam keadaan baik.

“Jadi, saya terkejut apabila timbul aduan kononnya tahap kebersihan bandar raya ini adalah lemah kerana saya kerap ke sini dan tahu perkembangannya,” katanya.
Suaminya, Roger Marlow, 73, berkata Malaysia dan Kuala Lumpur adalah destinasi kunjungannya bersama keluarga sejak 1990 dan melihat setiap pembangunan yang berlaku di sini serta tahap kebersihan yang dipersoalkan pihak tertentu itu.

“Saya tidak bersetuju jika ada yang mengatakan Kuala Lumpur kotor kerana saya melihat sendiri pembangunan yang berlaku di sini sejak 20 tahun lalu,” katanya.

Akhbar sebelum ini melaporkan, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang menerima aduan daripada pelancong asing dari London berhubung tahap kebersihan di negara ini, menghantar SMS berhubung perkara itu kepada Menteri Pelancongan, Datuk Seri Ng Yen Yen. klik sini




MALAYSIA CANTIK TAPI KOTOR - bhairan (hari lepas)

LABIS: Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, berkata majoriti pelancong asing ke negara ini mengakui Malaysia sebuah negara yang cantik, namun mempunyai masalah dari segi kebersihan.

Beliau berkata, antara aspek kebersihan yang sering dibangkitkan pelawat membabitkan gerai makan, longkang dan tandas. klik sini


keel tu kan kat malaysia?
yakan?

keel kan memang tempat umpuan pelancong?
yakan?

pointnya kat sini

jangan terus percaya pada apa-apa berita yang sampai kepada kita

jangan terus menghukum

No comments: