aku nak sentuh tentang tahun baru yang aku kau dia dan semua kita sambut pada setiap tahun. Tidak kira sama ada tahun baru hijrah atau tahun baru masihi. Meriah bukan? yalah, benda baru, siapa yang tidak suka?
cumanya, setiap HARI baru dalam hidup kita tiada perayaan dilakukan. Ada yang merungut terpaksa menempuh hari baru. Terpaksa berdepan dengan orang yang sama pada hari yang baru.
seharusnya, setiap hari baru perlu dirai!
kau masih hidup!
kau masih beragama fitrah!
kau masih kau dan bukan orang lain!
tuhan nak kan kita hidup sebab tuhan sayang kita
berapa dosa kita buat sehari?
dan
terhidupnya kita hari ini adalah untuk membersih dosa yang kita telah kita lakukan semalam. dosa daripada kejahilan. dosa daripada perasaan ingin mencuba.
apa yang perlu dilakukan?
ucapkan,
TERIMA KASIH TUHAN KERANA HIDUPKAN AKU PADA HARI INI!
No comments:
Post a Comment