Saturday, January 15, 2011

azan

Azan
Isu azan ini telah kembali selepas lama menyepi. Dulu di salah sebuah masjid di puchong kononnya salah seorang YB cina yang membawa sekumpulan penduduk telah bertemu dengan seorang YB lain dan menyerahkan petisyen bantahan terhadap laungan azan yang dikatakan mengganggu penduduk sekitar. Kononnya. Dan hari ini, lain pula ceritanya. Seorang peguam not-yet muslim yang hampir sewel (aku saja letak) telah membuat aduan bahawa bunyi azan dari sebuah masjid di Kuala Lumpur telah membuatkan malaon ini menjadi hampir gila kerana ‘kelantangan’ pembesar suara yang digunakan oleh masjid terbabit sehingga memaksa pihak pengurusan masjid memperlahankan bunyi pembesar suara di masjid berkenaan. Aku rasa tak lama lagi peguam yang seekor ini akan menjadi seorang yb.

Pertamanya, aku tidak pasti sama ada tindakan yang dilakukan oleh pihak JAWI yang mengarahkan diperlahankan bunyi pembesar itu merupakan langkah yang betul atau pun tidak. Bagi aku, dalam soal praktik agama orang Islam, terutamanya di masjid, persoalan azan itu jangan langsung diusik. Apatah lagi mengatakan bahawa azan itu mengganggu di kawasan majoriti Melayu beragama Islam! Hal ini sudah tentu membangkitkan rasa benci dan marah terhadap pengadu yang bukan dari kalangan mereka. Difahamkan juga bahawa masjid tersebut telah diwujudkan hampir 30 tahun di situ.

Keduanya, bagi aku, sekiranya amalan-amalan biasa yang telah dilakukan sejak turun temurun seperti azan, bacaan alquran sebelum masuk waktu, bacaan-bacaan dalam solah dan lain-lain, pihak pengurusan masjid atau surau jangan ambil pusing langsung tentang aduan dan rungutan dan sekali lagi terutamanya di kawasan penduduknya orang islam. Cuma yang menjadi agak bermasalah, aktiviti seperti pengumuman kematian pada jam 3 pagi, zikir sambil bernasyid selepas solat subuh pada hujung-hujung minggu dan aktiviti-aktiviti lain seperti ini yang perlu diberi perhatian (seperti yang berlaku di tempat aku hari ini).

Pihak pengurusan masjid seharusnya bijak menangani masalah ini tanpa ada sebarang tekanan dari mana-mana pihak. Bagi aku, sekiranya pembesar suara yang di luar masjid digunakan untuk azan, mengaji 5 minit sebelum azan, kuliah maghrib mungkin, bacaan dalam solah, tidak mengapa untuk digunakan. Aktiviti-aktiviti lain, guna speaker yang ada dalam masjid sahaja. Sekiranya masih aduan berkenaan azan, kau pergi pasang speaker depan rumah pengadu. Bagi ada akal sikit.

Nasihat aku kepada peguam seekor ini, gamak tak suka dengar azan kuat-kuat, pindah pergi tempat lain. Faham?

No comments: