Sunday, January 9, 2011

kawan

aku ingin jadikan mereka sebagai kawan
siapa?
pekerja-pekerja buruh dari indonesia
pekerja-pekerja pemungut sampah berlori daripada bangladesh
tukang-tukang sapu sampah ditepi jalan
pekerja-pekerja ladang dari nepal
pemungut kotak-kotak di pusat membeli belah
yang bekerja seawal jam 6 pagi hingga kadang-kadang lewat malam

bila dah menjadi kawan, satu soalan ingin aku tanya

berapa pendapatan kau untuk sebulan?

kerana bagi aku, kerja kalian teramat berat untuk dilakukan

berat untuk aku dan kami yang bukan dari kalangan kamu

tetapi, aku boleh agak yang pendapatan kau tidak seberapa untuk sebulan

betul? ya aku tahu

soalan kedua, cukup pendapatan itu untuk kau dan keluarga?

aku tahu jawapan kau. CUKUP

aku ingin belajar itu

cukup untuk yang sikit

bantu aku, boleh?


p/s: ada ka orang-orang yang aku sebutkan tadi nak baca blog aku?siapa yang nak baca?

No comments: