Jawapannya mudah. Hal ini kerana, sesuatu yang telah lama dilakukan, dinikmati, ini bakal bertukar dengan sesuatu yang baru. Contoh mudah, trend bertuhankan barat dalam soal berfesyen sejak sekian lama pastinya menentang trend yang lebih bersifat 'menutup' yang dibawa oleh ajaran dari langit. Perkara ini jangan lagi dinafikan. Sebut sahaja tentang kesempurnaan berpakaian, maka akan ada segelintir masyarakat akan melenting.
Sama juga halnya dengan pemerintahan. Asal ada saja idea dan rancangan untuk menggulingkan kekuasaan lama, maka akan ada kumpulan yang bertindak menyokong dan sanggup ‘mati’ demi mengekalkan kuasa yang lama. Mereka ini tidak akan pernah sedar akan faham muak dan bosan. Mereka akan hidup dalam ketakutan. Takut untuk mencuba yang baru. Maka, akan ada pelbagai justifikasi yang akan diguna pakai demi untuk membenarkan tingkah laku mereka.
Namun walau apa pun berlaku, selama mana masa yang mungkin diambil, pembaharuan akan tiba. Yang adil akan memusnahkan yang batil. Yang adil akan berdiri gah. Cahaya itu akan terpancar ke segenap penjuru kegelapan fikiran manusia yang tidak inginkan perubahan.

No comments:
Post a Comment