Monday, March 14, 2011

pilih

"kalau pilihan raya di malaysia boleh mengubah apa-apa, telah lama ia diharamkan"
-orang-

dimana letaknya adil pilihan raya di malaysia? kalau tak adil pula dimana?adilnya pilihan raya sering dilaungkan apabila terdapat beberapa negeri yang dulu dikuasai kerajaan tetapi jatuh ke tangan orang lain. Adakah adil sekadar itu? Tidak adilnya pula, bagaimana? persoalan ini sering timbul tatkala satu persatu pilihan raya kecil dijalankan. dalam isu pilihan raya ini, permasalahan yang sering timbul adalah berkenaan dengan ruang berkempen kepada calon bertanding.

Dan, jangan dilupa, walau apa pun alasannya, matlamat asal dijalankan pilihan raya adalah untuk menawan putrajaya dan seterusnya menubuhkan kerajaan. faham itu. baik. berkenaan dengan media, perhatikan sahaja media-media berbentuk elektronik setiap malam sepanjang tempoh berkempen. Apa yang ada bila berita berkenaan pilihna raya disebut? berita elok-elok untuk siapa? yang tak elok? Ini satu ketidak adilan yang berlaku dalam sistem pilihan raya malaysia (kempen).Media-media milik kerajaan ini sudah semestinya mendokong perjuangan kerajaan tanpa banyak soal. Yang menerima publisiti buruk adalah lawan mereka dari pembangkang.

Seperkara lagi yang perlu difahami adalah, masyarakat malaysia merupakan masyarakat yang malas membaca.bukti, kempen membaca bersepah-sepah. Kita lebih suka mendengar dan melihat daripada membaca. Jadi, media elektronik dilihat sebagai alat yang mujarab untuk mendoktrinkan sesuatu ke dalam kepala hotak masayarakat berbanding media-media alternatif seperti blog yang lebih 'memaksa' masyarakat untuk membaca. Dan seperkara yang perlu difahami, demokrasi mengikut tafsirannya adalah berhubung dengan kerajaan yang dikawal oleh rakyat.

Justeru, untuk memilih kerajaan, maka seharusnya, kebebasan media amat perlu sebagai mediator untuk rakyat dalam membuat pemilihan. Bukan pemilihan dari sumber berat sebelah tetapi media yag penuh integriti.

No comments: