Monday, March 28, 2011

lucah

perhatikan situasi yang berlaku dalam negara sekarang. hari ini, timbul isu video seks yang dikatakan melibatkan seorang tokoh politik terkenal tanah air. adegan selama 20 minit itu menjadi isu yang begitu mengujakan bagi sesetengah pihak yang mempunyai permasalahan dengan individu yang kononnya terlibat dan parti yang diwakili hamba ALlah itu. Persoalan mudah yang harus dijawab, kita sedang menuduh seseorang melakukan zina dengn hanya membuktikan melalui rakaman cctv, apakah itu sudah menjadi bahan bukti yang kukuh untuk mensabitkan seseorang dengan perlakuan zina tersebut?

bagi yang kurang faham, pensabitan zina didalam islam hanya berlaku dengan membawa 4 orang saksi. Saksi ini pula, wajib, melihat perbuatan zina itu secara 'live' tanpa ada sebarang perantaraan. Dan, jelasnya mereka untuk melihat perbuatan zina itu adalah seperti mereka melihat 'batang celak yang masuk kedalam bekasnya' ( sekadar melambangkan bagaimana jelasnya perbuatan zina itu dilakukan).

Jika bercakap berkenaan zina, itu terlampau luas. jika dikecilkan, ia berkaitan dengan aib individu tersebut. pendedahan yang telah dilakukan itu kepada wartawan telah menimbulakn pelbagai persepsi terhadap rakaman video tersebut. ada yang bersetuju da ada yang tidak bersetuju mengatakan keterlibatan individu terbabit didlam video seks itu. apa yang pasti, aku amat yakin, walaupun siapa didalam video terbabit, dia tidak ingin perbuatannya diketahui oleh umum. dan, islam tidak menghukum dosa sesorang itu sekiranya kemungkaran yang dilakukan adalah secara sembunyi dan tidak menampakkannya ( tidak melibatkan orang lain ).

justeru, amat malanglah sekiranya permaslahan ini hanya ditimbulkan semata-mata untuk mendapat laba dunia yang tidak seberapa.




beberapa dalil berkaitan:
1)"Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menampakkan (dosanya)" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


2)Dalam riwayat Muslim, seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan berkata:

"Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (seks), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu. Lalu 'Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya: Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu. Nabi s.a.w tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan pergi. Nabi SAW menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah (maksudnya) Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat (Surah Hud ayat 114). Maka ada seorang bertanya: Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah? Jawab Nabi SAW: Bahkan untuk manusia keseluruhannya."

3)"Sesiapa yang menutup (keburukan) seorang muslim, Allah tutup (keburukannya) di dunia dan akhirat." (Riwayat Muslim).

1 comment:

Anonymous said...

Ada wang semua boleh jadi. Video hitam putih sudah disahihkan oleh KPN bahawa genuine, double standard. Cuma belum tahu siapa pelakon lelaki tersebut. Kita tunggu selepas ini apa kata kerajaan UMNO nak cakap...