Saturday, March 12, 2011

proses

"pakcik ni, start join benda2 ni start umuq pakcik 23. skarang dah 43, anak, wayne rooney dah (10 orang, sebab rooney pakai jersi n0. 10). Sekarang ni baru pakcik rasa tenang dengan Islam.."

ok, itu montaj.


pernah tanya diri kenapa kita tidak boleh jadi sebaik orang yang kita rasa mereka baik?maksud aku, orang yang berupaya menangis kerana kesalahan-kesalahan kecil yang mereka lakukan. "isk..isk..maaf prof, ana, ni..isk..isk..sembahyang, sembahyang..tapi..isk..susah nak fokus..isk..takut saya tuhan marah dan tak redha..isk.." Maksud aku lagi, cuba tgk orang-orang yang begitu komited dengan agama Islam. Kagum kan? tak kagum? islam tak kau? Macam mana mereka boleh sampai ke tahap itu?


jawapannya mudah. PROSES. PROSES UNTUK MENJADI HAMBA DAN PEMIMPIN.

Bila bercakap berkenaan proses, ia tidak akan mengambil masa yang singkat untuk kita merasai kesan dari proses tersebut. Malah, ia mungkin mengambil separuh dari umur-umur kita. Proses yang dimaksudkan adalah proses membentuk jiwa-jiwa kita untuk kembali kepada sang pencabut segala kenikmatan. Proses ini pula penuh dengan kepayahan dan cabaran. cuba renungkan balik sejarah-sejarah sahabat nabi pada zaman rasulullah. Islam tersemat indah dalam diri mereka sehingga mereka sanggup mati kerana agama. hal ini kerana proses yang diberikan oleh rasulullah sangat berkesan. Tiada kemewahan. Tiada jalan mudah. semuanya selepas diseksa, diancam bunuh, meninggalkan kemewahan, meninggalkan kesenangan dunia dan sebagainya.


apa yang berlaku hari ini, kita kurang kepada proses itu. ada juga yang berada didalam proses tetapi sekejap-sekejap sebab jemu, bosan dan tak tahan.


ingat, proses untuk menjadi insan yang baik adalah sangat lama dan payah. Yang berjaya harungi segala 'peraturan' yang ada di dalam proses, maka mereka akan dapat rasa sesutau yang cukup membahagiakan. Percayalah.

carilah..cari..

No comments: