Tuesday, March 15, 2011

cantik

Aku beranggapan bahawa apa yang cantik itu akan dikatakan “ia cantik” berdasarkan nafsu. Hanya nafsu yang akan memandu manusia untuk mengatakan yang enak-enak berkenaan apa pun. Tanpa nafsu, tiada gambaran akan diberikan tentang apa pun. Manusia kaku tanpa nafsu. Manusia beku tanpa nafsu. Dan kerana itu, kita diajar untuk mengawal nafsu, bukan dikawal. Mengawal.

Aku sedang cuba menyampaikan idea nafsu ini kepada sang pencinta kecantikan individu. Mereka ini akan terus menghukum dan mengadili seseorang hanya dengan melihat kecantikan seseorang tanpa mempedulikan apa di sebalik kecantikan itu.

Apa di sebalik kecantikan? Ramai yang kurang faham. Cuma yang pasti, kecantikan individu sering menutup sebarang bentuk kelemahan dalaman individu-individu cantik ini. Dan yang paling menarik, cantik selalu dikaitkan dengan perempuan. Ya kan? Sebab aku, dia dan seorang lagi adalah lelaki. Biasa. Bisa tertarik dengan kecantikan golongan mereka.

Dan untuk mengatakan perempuan itu cantik adalah dari panduan yang disediakan oleh si nafsu. Bukan dari hati yang ikhlas. Hanya kecantikan luaran yang perlu dilihat, kata nafsu. Ini biasa. Sekali pandang ok, cantik dan terus berkenan. Ini kehendak celaka nafsu. Ini yang berlaku sekarang. Dalam dunia anak-anak muda. Dan kerana itu, ramai anak-anak muda tua sebelum tiba usia tua mereka.

Apa yang perlu diberi perhatian,menilai sosok seseorang bukan dengan nafsu tetapi hati yang penuh dengan keikhlasan untuk melihat kecantikan itu sebagai peluang untuk menyebarkan kebaikan.cuba selak kecantikan luar itu, untuk melihat kecantikan yang ada di dalam. kalau di dalam, cantiknya seperti longkang penuh kekotoran, persetankan tuanempunya kecantikan luaran yang gagal mencantikkan dalamannya seperti apa yang wujud diluarnya.


agama dari langit belum sampai kepada wanita cantik ini-belum berpeluang melihat sosok ini bertudung-nafsu aku kata, kau cantik, summer glau..

No comments: