Monday, April 11, 2011

ghaib

adakah perlu keyakinan itu muncul hanya untuk sesuatu perkara yang jelas wujud di depan mata? bagaimana keadaannya kewajipan kita untuk mempercayai sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar? yang pastinya, aku tidak ingin menulis berkenaan apa yang sedang difikirkan kalian, buka juga berkenaan hantu. itu montaj.

kita sedang mengalami krisis kepercayaan pada hari ini. apa yang berlaku, kita meminta untuk diwujudkan dahulu sesuatu supaya kita boleh mempercayainya- selepas melihat. hakikatnya, dunia ini memerlukan kita untuk mempercayai sesetengah perkara yang tidak dapat dilihat dan ia sangat bersangkut paut dengan soal keimanan (bagi mereka yang bertuhankan Allah).

dosa, pahala ini tidak dapat dilihat. begitu juga syurga dan neraka. malaikat juga sama, tidak dapat dilihat. dan kepercayaan ini yang perlu dipegang bersungguh-sungguh. perlu kah diwujudkan di depan mata, supaya baru kita boleh percaya?mengarut lagi bodoh.

aku amat yakin, ramai dalam kalangan kita yang bosan dengan perbualan yang bersangkut paut soal keyakinan pada benda yang tidak dapat dilihat ini terutama soal dosa dan pahala.klise kata mereka. dan selama itu juga, apabila keyakinan terhadap wujudnya dosa dan pahala ini tidak diambil berat, maka, tanpa mereka sedari, mereka sedang bermain-main dengan dosa.sehingga ada yang memakan dosa-dosa itu, kenyang lalu tidor hasil kekenyangan dosa yang dimakan. kemudian dosa itu menjadi sebahagian dari darah daging mereka dan kemudian sebati, bersatu padu dengan ruh dan seterusnya merosakkan iman.


perlu difahami disini bahawa, sudah menjadi tugas kita,siapa?yang itulah, siapa? kitalah..untuk kembali menyedarkan golongan-golongan yang hanya percaya apabila melihat sesuatu. yakinkan mereka, dosa itu ada, dan yang berdosa akan ke neraka yang juga ada.


bercintalah dengan pahala.

2 comments:

Anonymous said...

hanya org mahu meninggal dunia dan telah meninggal dunia sahaja mengeluarkan kata2 sebegini sayu dan tiada motif utama. saudara sakit apa?

Anonymous said...

apa motif?