sekumpulan Alien di planet apa-apa diluar sana telah mendapat tahu, melalui radio berfrekuensi tinggi, bahawa,salah sebuah negara di bumi, MALAYSIA mengamalkan amalan-amalan ketimuran.bersopan santun, berpakaian sopan. Entah macam mana, novel AKU ANAK TIMUR turut menjadi bacaan bergilir anak-anak alien disana. Mungkin ditinggalkan oleh DR.CIK PA (sheikh) yang mengikuti ROMBONGAN/LAWATAN ke angkasa lepas beberapa tahun dahulu kemudian berkahwin dengan seorang gadis jelita. Oh ya, kumpulan alien tadi berhasrat menjadikan penduduk bumi di negara malaysia untuk dijadikan ikon bagi penduduk alien di planet apa-apa diluar sana. Hal ini kerana, berlaku kecelaruan yang melampau dalam kalangan alien. Tahap sosial alien-alien disana sudah sampai ke tahap membimbangkan. Buang anak, letupkan alien-alien yang cantik, rogol alien yang dijadikan pembantu rumah di rumah alien-alien tertentu, rasuah dalam kalangan alien, fitnah melampau alien terhadap alien yang lain dan sebagainya. Justeru, cerita-cerita yang didengari melalui radio berfrekuensi tinggi itu telah menarik perhatian jemaah menteri alien terutama alien yang memegang portfolio bakti/permata negara alien untuk turun ke bumi dan melihat sendiri keadaan sebenar masyarakat dibumi malaysia.
Untuk mengelakkan masyarakat bumi malaysia daripada terkejut dengan kehadiran alien-alien ini,takut-takut mati mengejut atau cuba membunuh diri dengan terjun bangunan kerana takut dibaham alien-alien ini (persepsi), maka dengan kuasa yang ada, segala aktiviti dan tingkah laku masyarakat malaysia dihentikan untuk beberapa minit-masyarakat Malaysia menjadi kaku, tidak bergerak-kemudian mereka turun dan mendarat di KLIA. setibanya di klia,jemaah alien ini terserempak seorang pramugari cun yang montok lagi mantap yang kaku di hadapan cermin. Diperhatinya dari rambut ke kaki. Kain terbelah sampai ke peha. Oh, mungkin ini pakain sopan yang dikatakan itu. Alien buat catatan. dilihatnya kad pengenalan ada tertera ISLAM. Oh,catatan dibuat supaya tidak lupa untuk dipanjangkan di planet apa-apa diluar sana.
Berjalan lagi jemaah alien ini di sekitar kawasan-kawasan yang telah dirancang untuk dilawati. Terserempak jemaah alien dengan sekolompok anak muda yang kaku. Kakuan mereka itu berlaku tatkala masing-masing sedang berpelukan, ada yang hampir bercumbuan, tangan di tempat yang tidak sepatutnya diletakkan.muka mereka ada yang sedang menahan kenikmatan. Kenikmatan? “wah, kalau begini, pasti menarik jika dipraktikkan di tempat kita..tidak begitu datok?” “ya saya setuju. Inilah rupanya budaya ketimuran yang dimaksudkan..catat, jangan lupa!”
Bersambung..
No comments:
Post a Comment