Friday, April 8, 2011

himahasih

Dari jauh, terlihat sepasang suami isteri, tua, lelakinya bertongkat, buta, jalan bongkok, si perempuan memimpin si lelaki. Slow and steady. Duduk di meja sebelah aku sambil meminta orang kedai itu isikan air panas di dalam bekas minuman. Keletihan. Mungkin berjalan jauh. Santapan tengah hari sebelum solat Jumaat ini, atau lebih suka aku panggil ganja untuk tidor ketika khutbah.

“makcik, nak makan apa2, jum saya belanja.”

“hakpa-hakpa, hakcik hakmau hakan hagi” (takpa-takpa, makcik takmau makan lagi)

“jum lah makcik, makan sikit, ajak pakcik makan sekali na”

“hakmau-hakmau. Hakcik nak hopok, bleh?” (takmau-takmau. Makcik nak keropok, boleh?”

“kopok ja?sat saya p ambil……….nah makcik,nak air?”

“himahasih, hakmau-hakmau..himahasih..hanggu hakan hanak ja..hakan-hakan” (timakasih-tima kasih, takmau-takmau..timakasih..ganggu makan anak ja..makan-makan”

Aku pun, menyambung semula ganja di depan mata.sekali-kali, melihat gelagat orang tua itu. Penuh daif. Penuh lelah. Penuh payah.

Tak semena-mena

“nah, hakcik hagi hain, bhuat phaikai hayang, himahsih..” (nah, makcik bagi kain,buat pakai sembahyang)
“eh makcik takpa, saya ikhlas..tapi boleh jugak..hee hee hee”
“ha,hamek-hamek..himahasih na..hanak makcik, hepas hawen, hinggai makcik ngan makcik..kaktau hepa pi mana..(ha, ambil-ambil..terima kasih na. anak makcik, lepas kawen tinggal makcik dengan pakcik. Tak taula dia p mana sekarang…”

“Hakcik, balik hulu ha..” (makcik balik dulu na), sambil sua tangan untuk bersalam.

“himahasih, nak..”

3 comments:

Nurul Amal said...

rezeki hari jumaat

selalu sembang dgn makcik2 pangkat nenek, dlm rapid penang

mcm ni lah ceritanya, xda beza

anak2 keja, kawin, tinggal
anak2 lama tak balik
anak2 x bagi p rumah sbb suka bebel

layaan
siap jemput p rumah lagi

sayuu~

muhammad mu'adz said...

lebih bini dari ibu bapa

betul said...

lumrah hidup. bini seorg pun tak larat melayan karenah org pompuan biasalah. ni kan nak berbini lebih,ui kurus saye..haha