Thursday, February 17, 2011

pimpinan

Maka, akan bergegak gempitalah seluruh kawasan kampus, dengan suara-suara laungan slogan-slogan tertentu, cuba untuk meraih undi dan simpati masyarakat kampus. Perjuangan terpenting ini bakal menyaksikan perebutan kerusi-kerusi yang dipertandingkan seterusnya calon yang menang bakal menaiki takhta ‘pemerintahan’ untuk tempoh satu tahun yang akan datang. Seperkara, nama Majlis Perwakilan Pelajar kedengaran begitu klise. Seharusnya ia perlu diberi nafas baru dengan menggantikan nama yang lebih sesuai. Majlis Perwakilan Mahasiswa. Lebih eksklusif. Lebih mantap. Ya, mantap. Mantap seperti itu. Fikir dan dalami.

Apa yang ingin diperkatakan kali ini adalah berkenaan janji-janji yang akan disepahkan oleh clon-calon bertanding sepanjang waktu berkempen. Akan buat itu, buat ini. Perjuangkan itu dan perjuangkan ini. Masing-masing cuba untuk mengenegahkan ideologi dan fikrah masing-masing. Ok, cukup sekadar itu. Sila perhatikan kata-kata tuhan umat Islam dalam firmanya yang bermaksud:

"wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu perkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya? Amat besar kebencian di sisi allah bagi orang yang memperkatakan sesuatu yang tidak dilakukannya…..”

Sungguh mudah untuk difahami. Jelas. Cukup berkenaan ini.


Persatuan Mahasiswa Islam, aku amat mengharapkan kemenangan calon-calon dari kalangan kamu. Biar kuasa kamu yang pegang. Aku tak cakap kamu bagus. Cuma, antara yang tidak bagus dengan lebih tidak bagus, better pilih yang tidak bagus kerana hanya itu sahaja pilihan yang ada. Cumanya, aku akan sentiasa ANTI calon dari PMI yang bercinta-cinta, terjerumus dalam hubungan lelaki perempuan yang tidak halal.Sebab? Perkara asas.

Selamat berjuang!!

Salam perjuangan!!

1 comment:

Nurul Amal said...

pangkah:

atiqah ahmad
fatin syamila
lokhman alhakim
musmuliadi

satu cadangan..

sidang dpn masukla calon plak yer
;p