Saturday, February 26, 2011

duit

untuk mencari duit, kemudian menjadi kaya, kadang-kadang manusia mengambil kesempatan atas kebodohan orang lain.oh, maaf, bodoh itu agak kasar. baik, kurang cerdik. ambil kesempatan atas kekurang kecerdikan orang lain.

Pernah bertemu dengan iklan-iklan jiwang celaka didalam televisyen? kasar lagi. Fikirkan satu perkataan lain untuk aku gantikan "celaka" bagi melambangkan kurang cerdik tahap melampau ini. ada? isi disini __________. terima kasih

Aku terbayang jugak, siapa yang akan percaya dan terus menggunakan servis yang tak masuk akal itu. Kau cuba bayangkan, untuk melihat peratus cinta teruna dan dara, hanya perlu menaip nama dan kemudian hantar melalui sms. Kemudian syarikat akan hantar peraatus cinta mereka berdua. Bangang. kasar?


syarikat yang menerima sms, gelak guling-guling. MASYUK atas kebodohan penghantar sms. satu msj rm3.50. kalau 100 orang yang hantar? kalau 1000? kalau 100000? kaya atas sebab @#$%@ manusia.

1 comment:

Cik tempoyak maniss said...

hakikatnya,,,
cam 2 la mnsia zaman skrg...
'kurg cerdik'??
actually x jugak...
'terlebih cerdik' sbnrnye...
sbb tu pandai manipulasi keadaan..
agk2 mereka 2 siapa eh smpai leh tau bpe prtus nilai2 cinta lah,,jdoh lah..pelik2,,,