Thursday, February 3, 2011

agama

Malaysia negara yang mengamalkan kebebasan agama yang terkawal. Terkawal di sini bermaksud, setiap masyarakat bebas untuk menjalan praktikkan urusan agama tetapi ada di sana kawalan terhadap perkembangan atau penyebaran agama selain Islam terhadap orang Islam. Hal ini harus difahami oleh setiap masyarakat. Di dalam soal ini, sebarang bentuk unsur jahat yang berusaha untuk menimbulkan sentimen keagamaan ini akan menjurus kepada permusuhan sesama masyarakat.

Di Malaysia, konsep beragama ini dilihat agak menyebelahi orang islam berikutan terdapat beberapa peruntukan di dalam perlembagaan persekutuan yang menyentuh ‘Islam’ di dalam beberapa fasal di dalam perlembagaan tersebut. Namun, sebagai orang islam, perkara ini tidak seharusnya dilihat sebagai ‘tiket’ untuk mempersenda dan merendah-rendahkan agama lain yang terdapat di Malaysia. Untuk menjamin kestabilan agama secara keseluruhan di Malaysia, setiap masyarakat seharusnya memiliki tahap hormat yang tinggi terhadap penganut agama lain. Jangan kita menyuruh orang yang beragama lain untuk menghormati agama kita sekiranya kita tidak mampu untuk menghormati ajaran agama orang lain. Trend itu berlaku pada hari ini. Sensitiviti terhadap penganut agama lain kurang di dalam jiwa masyarakat. Kekurangan ini hanya akan menimbulkan bibit permusuhan sesama anggota masyarakat.

Seharusnya sikap toleransi dan saling memahami perlu disuburkan di bumi Malaysia ini. Hanya dengan itu, masyarakat mampu dan akan terus hidup dengan aman tanpa ada prasangka buruk terhadap anggota masyarakat yang lain

No comments: