Thursday, November 4, 2010

SAYAng SEmua HAmba Tuhan (SAYA SEHAT)

Sudah menjadi lumrah setiap manusia inginkan sesuatu yang mendamaikan, sesuatu yang baik, indah, mempesona dan ciri-cari positif yang lain. Perkara baik ini jika diperoleh, pasti dijaga rapi dan dibajai dengan penuh kasih sayang. Sama juga halnya dengan manusia yang baik-pasti akan disukai dan disayangi. Ditambah pula makhluk bernama manusia ini kaya, kacak, cantik, mantap (opps..) pasti akan mendapat perhatian yang lebih.
Coretan ini sebenarnya menceritakan kisah hidup aku yang dulunya amat membenci golongan-golongan ‘tak kena’ ni. Yalah, bagi aku, mereka ini sengaja cari masalah dengan buat benda-benda yang tak betul. Mereka ini dilihat begitu jijik dan memalukan. Aku pun satu hal, macam bagus sangat nak benci-benci orang kan. Macam fefek (perfect) sangat nak kutuk-kutuk orang, kritik-kritik orang. Tapi yalah, itu semua fitrah (benci benda yang tak baik)+kurang kefahaman aku tentang Hidayah dari langit. Berada di dalam bidang pengajian yang sangat berbeza (dip lain, dgree lain) banyak mengajar aku hakikat kasih sayang dan cinta (hello, aku bukan fatimah syarha) kepada golongan-golongan yang aku nampak bermasalah ni.
Selama lebih kurang 1 semester di tempt baru ni, aku dapat simpulkan bahawa para pelajar Islam terutamanya, tidak mengambil Islam secara menyeluruh. Benda yang tuhan tak bagi buat nak jugak2 buat. Untuk menghalalkan tindakan yang haram, istilah ‘cool’ sering dijadikan pegangan. “alah hg, tak cool langsung la…” “best la tengok diorang yang ada couple tu, nampak diorang cool jer..” “babe, tengok mamat tu pakai seluar pendek ala2 hawaii, pergh…cool siot!” Walhal aku amat yakin dan sangat-sangat yakin golongan-golongan bermasalah ni tahu apa yang salah dan apa yang tak salah. Apa yang haram dan apa yang halal. Tapi, untuk kelihatan cool, ajaran agama diketepikan. Kalau dulu aku benci mereka, hari ini perasaan itu sudah berubah. Ada satu hadis nabi yang sedikit sebanyak menyentap diri aku agar kembali bermuhasabah akan apa yang telah aku lakukan. Benci manusia sebab apa? Sebab rasa diri bagus? Antara lain sabda Rasulullah itu berbunyi : " ada umat ku yang berat amalannya semasa didunia dulu, tetapi apabila dihisab di padang mahsyar timbangan amalanya menjadi debu yang melayang, dan ada umat ku yang ringan amalannya semasa didunia dulu bila di hisab timbangan amalan itu menjadi berat."

KECELARUAN SEMASA
Apa yang dilihat di dalam kampus hanyalah sebahagian kecelaruan minda yang melanda umat muda masa kini. Rata-rata dalam kalangan kita hanya mempraktikkan ajaran tuhan hanya sekadar terpaksa mengikut apa yang disuruh tanpa ada langsung rasa keperluan dan memahami kesan daripada suruhan itu. Sebagai contoh, Kita diajar sekadar untuk bertudung (tutup rambut) tanpa memahami keperluan tudung untuk dilabuhkan hingga melepasi dada. Lebih teruk tudung itu hanya dianggap syarat untuk seorang wanita Islam tanpa mempedulikan pakaian-pakaian lain yang dipakai. Kita sekadar diajar bahawa berdua-duan lelaki dan perempuan itu akan mengundang makhluk yang ketiga iaitu syaitan tapi keluar beramai-ramai lelaki dan perempuan ke shopping-shopping complex sambil berpegang tangan itu masih dilakukan sebab keluar ramai-ramai, bukan berdua di tempat sunyi. Kita diajar untuk mendidik anak2 sedari awal mereka dilahirkan tetapi ajaran celaka yang diajarkan adalah dengan membawa anak-anak ke konsert-konsert. Kita diajar tentang ciri-ciri pakaian muslim yang perlu menutupi aurat tetapi masih ada golongan-golongan tak cerdik yang menganjurkan program-program fesyen Islamic yang pakaian-pakaian yang diperagakan bertentangan dengan ajaran agama. Hakikatnya, kita sedang berhadapan dengan kecelaruan. Rasa kita dah ikut sepenuhnya ajaran tuhan tetapi sebenarnya tidak.

Jangan kita lupa, sebagai seorang Muslim, kita bukan sekadar membawa imej diri atau keluarga tetapi ISLAM itu perlu dijaga melebihi segala-galanya. Bila sebelum berbuat apa-apa agama itu diberi pertimbangan dahulu, nescaya tiada benda bodoh yang memalukan agama akan kita buat. Ketahuilah kita bahawa kecelaruan yang sedang melanda ini tidak dapat diubati hanya sekadar membenci. Boleh membenci kesalahan-kesalahan yang dilakukan tetapi jangan membenci pelaku kesalahan itu.

Syukur tuhan,hari ini aku tidak lagi membenci golongan-golongan bermasalah ini..Semakin hari semakin sayang (bukan timah syarha sekali lagi). Sedarlah bahawa Islam itu perlu dijaga sebaik mungkin. Elakkan fitnah pada agama. Orang cakap, nak berubah, kita kena ubah diri dulu..Berubahlah, dan pada masa yang sama, ajak orang lain untuk merasa perubahan yang sedang kita lakukan..


p/s: SAYANG SEMUA HAMBA TUHAN, KITA AKAN 'SIHAT'

No comments: