Tuesday, October 6, 2009

REMAJA DAN BERLIAN TAKWA

Sebelum apa-apa perlu diketahui bahawa berlian atau diamond dalam English is the strongest mineral on earth. Cantik dan kuat. Berasal daripada arang dan selepas mengalami proses-proses semulajadi tertentu, maka lahirlah berlian yang cantik dan kuat itu tadi. Berlian juga sering ‘digunakan’ oleh pakar-pakar motivasi sebagai modal bagi meningkatkan motivasi orang banyak. Apabila berlian yang kuat itu disamakan dengan TAKWA, maka ia dilihat sebagai satu kombinasi yang cukup menarik!! BERLIAN TAKWA- Kepatuhan yang sebenar-benar patuh kepada sang pencipta..Cantik dan tidak dapat ‘dipecahkan’ oleh sebarang anasir-anasir perosak. Bulan ramadhan baru melabuhkan tirai..Universiti Tarbiah Sementara sudah ditutup dan orang banyak akan menggunakan segala apa yang dipelajari di dalam universiti tadi untuk kegunaan luar universiti( selain Ramdhan). Kita juga diceritakan bahawa Ramadhan itu adalah untuk melahirkan ketakwaan kita kepada sang pencipta. Namun amatlah diyakini bahawa tidak semua yang mendapat penganugerahan takwa jika dilihat scenario yang berlaku sesudah ramadhan. Kalau ada yang dapat takwa itu pun , belum menjamin sampai ke tahap BERLIAN-CANTIK DAN KUAT. Dalam hal ini, remaja perlu sedar..Adalah penting untuk kita memiliki ketakwaan yang kuat..Apabila ketakwaan kuat, suruhan Allah dipatuhi, larangan Allah dijauhi, tidak mudah kita disogok dengan kenikmatan dunia yang melampau. Kenikmatan dunia yang melalaikan. Yakinlah, generasi-genarasi muda pada zaman Rasulullah itu memiliki ketakwaan yang cukup kuat dan hebat sehinggakan tiada apa yang lebih penting melainkan untuk mencari keredhoaan Allah..Bersamalah kita memperkuatkan ketakwaan kita kepada Allah. INSYAALLAH…

No comments: