Wednesday, October 14, 2009

DUA OTAI ENGLISH, SEORANG PALESTINIAN DAN AKU DI USM

Semalam aku diajak oleh ibu aku untuk pergi ke wacana ilmiah di Masjid USM anjuran HALUAN PULAU PINANG. Penceramah yang dijemput adalah seorang pensyarah kanan di UKM yang merangkap Setiausaha Agung Haluan Malaysia, Dr Hj Azizan B Ahmad. Ceramah yang disampaikan oleh beliau bertajuk APA DAN KE MANA SELEPAS RAMADHAN. Wacana Ilmiah itu di hadiri oleh ramai golongan-golongan akademik di USm termasuk pelajar-pelajar tempatan di sana. Wacanaa Ilmiah yang cukup menarik dari seorang yang memang hebat!! Aku tak bercadang unuk mengurai isi wacana ilmiah tersebut tetapi…..Selepas selesai wacana ilmiah berkenaan, aku disapa oleh seorang kenalan abah aku yang aku anggap memang otai dalam English..Dia membawa aku berjumpa dengan penceramah berkenaan dan kami saling bertukar-tukar nombor telefon disamping turut merancang program yang akan dilaksanakan di tempat pengajian aku.

Selepas sahaja berbincang, aku dan otai English pertama itu segera beransur dan secara tiba-tiba bertembung dengan otai English kedua bersama seorang pelajar antarabangsa dari Palestinian, Muhammad nama dia..Aku kenal Muhammad tu..Dia pernah tegor aku selepas aku sembahyang tentang cara aku sembahyang 3 tahun dulu.Tahun lepas jumpa dia lagi dan dia ajak aku join program dia dan rakan-rakan di USM pada waktu cuti.Entah macam mana, dia muncul pada malam itu bersama Otai-otai English. Otai English kedua ini merupakan kenalan abah aku dan otai English kedua..

Nak dijadikan cerita, Palestinian ni sure lah tak pandai berbahasa melayu..Jadi, kena cakap English la!!!!! Aku, 2 orang otai English dengan Palestinian tu..Aku dengan Palestinian tu cakap dalam English yang aku sendiri tak tahu betul ka salah. As long Palestinian tu tahu apa yang aku cakap, ok la kan..Tapi yang tak sedapnya, 2 orang otai itu berdiam diri sambil melihat aku!!! Macam banyak ja salah aku berbahasa dengan Palestinian tu.

Habis merapu-merepek sikit,aku pun balikla dengan mak aku..Sepanjang perjalanan pulang aku dapat rasakan batapa rendah dan bodohnya aku di hadapan para-para cendekiawan tu..Sebenarnya aku dah rasa semacam waktu dating ke USM waktu dengar ceramah tu..Yalah, dikelilingi oleh golongan-golongan yang ‘power-power’..Teringat aku tentang kata-kata imam Al-Ghazali dalam bukunya IHya’ Ulumuddin yang mengatakan pembesar-pembesar yang diangkat tetapi tidak berilmu akan menjadi serendah-rendah makhluk apabila berada bersama dengan golongan-golongan yang tinggi ilmunya..(macam tu la lebih kurang) Di sini, aku bukanlah pembesar, bukan juga PM macam Datuk Najib…Bukan al-malikul sembab macam Muhyiddin Yassin..Bukan juga Macam Rosmah..

Banyak benda yang masih perlu dipelajari..Banyak..Sangat-sangat banyak..Kepada teman-teman, ayuh bersama teruskan belajar tanpa jemu..Belajar dan terus belajar..Jangan jadi bangang..Jangan jadi bongok..Jangan jadi tolol..Jangan jadi siru..Jangan jadi lengai..Jangan jadi samdol..Jangan jadi keng..Jangan jadi serrr..

ALLAHUMMA FAQQIHNA FIDDIN………….

1 comment:

muhammad syafiq said...

jangan jadi senget !!

huhu, beliau diatas meminta ak jemput di KLIA..

tp ak prac..

dlm usaha kembara mencari ilmu, insan yang bergelar guru,cikgu juga tidak dilupakan..

smart geng!! entry yg membakar semangat..