Baru-baru ni,aku dapat mesej tentang seorang kenalan yang bertanya perihal tudung..Perempuankah aku??kahkah..Untuk tidak menghampakan si bertanya,aku jawablah jugak..bini aku nanti perempuan jugak..Bila bercakap tentang tudung, macam-macamla akan terbayang dalam kepala hotak kita. Tudung saji, tudung tin, tudung kepala dan lain-lain lagi. Post aku kali ini ingin menyentuh serba sedikit tentang tudung kepala yang diwajibkan keatas perempuan Islam di samping sebagai jawapan kepada yang bertanya. Banyak juga nama yang diberikan kepada tudung-tudung.Tudung bulat, tudung tiga segi,tudung wardina,tudung ikin..kalau Datin Rosmah pakai tudung, nanti adala pulak tudung rosmah..kahkahkahkah...tudung shahrizat ka..kahkah...Apa-apa pun kisah tudung telah banyak diperkatakan.Ahli parlimen luar negara yang dihalau bila mana dia mengenakan tudung, pelajar tidak dibenarkan meneruskan pelajaran sebab pakai tudung dan sebagainya..Baru-baru ini, isu tudung turut dimainkan di tempat aku belajar sehingga memaksa 2 penuntut baru wanita yang baru mendaftar terpaksa menghentikan niat untuk belajar di tempat aku gara-gara,TUDUNG!!!! Khabarnya,tak tahan tekanan disuruh bertudung labuh..macam-macam..Banyakla kedengaran reaksi-reaksi sumbang.......
"dekat dalam tudung labuhla, tapi kat luar,tak pakai tudung terus!" "Kurang-kurang,aku pakai jugak tudung dari tak pakai..singkat pun pakai jugak.." "korang laki apa tahu pasal tudung?kami yang pakai,suka hatila.."(nak ja aku tampar biar terkeluar gegendang telinga). Isu sekarangnya adalah tudung labuh vs tudung singkat........
Salahkah pakai tudung singkat?baik sangatkah pakai tudung labuh? Banyak aku dengar kisah-kisah 'menarik' orang-orang yang pakai tudung singkat-singkat ni..tak payah cerita..Hakikatnya, berdasarkan pendapat peribadi, better pakai dari tak pakai terus.Singkat pun singkatla janji pakai.Tapi ingat, pakai yang singkat tu biar proper.tutup apa yang patut ditutup. Kalau boleh, janganla lama-lama sangat pakai yang singkat tu..Perbaiki diri..singkat-singkat ni,kadang-kadang senang nak terselak..labuh,susah sikit..Aku doakan agar terbuka hati aku dan kalian untuk menerima ajaran Allah dengan sempurna..Bagi golongan-golongan yang terlibat menyelesaikan permasalahan ini, anda disarankan untuk menggunakan cara yang paling berhikmah untuk tarik saudari-saudari seislam kita ini untuk kembali sedar hakikat MENUTUP AURAT. Antara aktiviti yang dicadngkan ialah
1) Edar risalah berkenaan kewajipan dan keberkesanan menutup aurat
2)Dedahkan mereka dengan suasana Islam(mudah-mudahan terbuka hati mereka)
3)Jangan terlampau mendesak
4)Geng2 bertudung labuh, tunjuk akhlak yang baik sesuai dengan kelabuhan tudung anda kepda mereka yang tidak bertudung labuh
5) Geng2 bertudung labuh, kalau nak sangat perempuan tudung singkat pakai tudung labuh, belila hadiah tudung labuh kat depa.depa pakai tudung singkat sebab takdak duit kot nak beli tudung labuh..
6) Geng2 muslimat,banyakkan buat usrah/halakat.Ajak geng2 tudung singkat join..
7) Geng2 tudung labuh, jangan nak mengada-ngada untuk berkawan dengan geng2 hampa saja..kawan dengan geng2 tudung singkat sama
Itulah saja dari aku..isu tudung, harap settle la ok..Banyak lagi isu-isu besar yang perlu diberi perhatian...gracias!
2 comments:
An-Nuur : 31
kisah tudung..
act, 2 insan yg stop dr klj tu mayb sbb mrk tak ley terime suh pki tdung labuh sbb mrk xpernah pki dan x mau mencuba utk pakai.lg2 mrk ni asalnye bkn dr skola2 agma..so bg mrk tu satu tekanan la bile suh pakai.
hmm..student tu jg patut ready la ade simpan tdung labuh..dah kate dlm bk peraturan klj suh pakai.
buat pengetahuan nta, kami dah tegur secara berhikmah..maybe mrk je x ley trime. bile ana tye student br len yg skola agme, mrk ok je. sbenarnye nie smue ttg kemahuan masing2. maybe mrk terkejut dan emosi kot..
tp yg penting,umum disini, tdung ape2 pun boley pakai, asalkan menutup yg mana perlu, tidak lah jarang, tapi better labuh la..selamat dr segalanya. =)
doa2 la xde isu tdung lg ye..
sekadar pendapat~
mg najah dunniya wal akhirah..
Post a Comment