Monday, May 4, 2009

TAZKIRAH-E1-CINTA ALLAH

InsyaAllah,ruangan blog aku kali ini akan diselitkan dengan tazkirah-tazkirah ringkas sebagai santapan bagi hati agar terus menerus kita berasa kerdil di hadapan Allah S.W.T..

Sering kali kita sebagai umat islam lalai dan leka mengejar cinta manusia berbanding cinta Allah tuhan yang menciptakan kita.Air mata yang tumpah mengenangkan cinta kita yang tertolak oleh manusiawi dilihat sebagai tindakan yang kurang wajar terutama golongan pasangan romantis anak muda yang sering terlibat dalam kancah merugikan ini.Jika direnungkan kembali,cinta manusia tidak boleh mendatangkan apa-apa melainkan kekecewaan yang berpanjangan.Hati tidak akan berasa tenteram selagi mengharapkan cinta manusia yang tak kunjung tiba..Hati tidak akan rasa tenteram selagi perasaan diri sering dipermainkan dan dikecewakan.Justeru, untuk menghindarkan perasaan sebegini, langkah terbaik adalah berhenti seketika mencari cinta manusia dan cuba sedaya mungkin untuk mencari cinta Allah yang sentiasa dijaminkan dengan kebahagiaan dan keindahan. Namun persoalan yang sering timbul adalah bagaimana cara-cara untuk memperoleh cinta Allah?? Disini dapat aku simpulkan beberapa langkah yang boleh mendapatkan cinta Allah(mudah-mudahan)

1)AL-QURAN AL-KARIM

Perkara utama yang perlu diberi perhatian adalah Al-quran yang mengandungi banyak manfaatnya kepada hati-hati manusia.Tidak ada kejayaan dan kebahagiaan bagi umat selain membaca dan mempelajarinya. Banayak kisah yang mencatatkan betapa agungnya mukjizat yang terkandung didalam Alquran sehinggakan mampu mencairkan hati yang keras.al-quran boleh dianggap sebagai perantara manusia dengan tuhan.Selagi mana al-quran tidak disayangi,dicintai, maka selagi itulah kita tidak mencintai dan menyayangi Allah dan apabila kita tak sayang kepada Allah, apa yang kita harapkan daripada Allah??

2)ZUHUD DAN MENGHILANGKAN CINTA DUNIAWI

Dalilnya adalah hadis riwayat oleh Ibnu Majah dari sahal b Sa'ad bahawasanya dia berkata,:" ada seorang lelaki datang kepada Rasulullah, lalu dia bertanya : Wahai Rasulullah tunjukkanlah kepadaku amal perbuatan yang jika aku lakukan, Allah akan mencintaiku dan manusia juga mencintaiku." Baginda menjawab bermaksud " ZUHUDLAH TERHADAP DUNIA MAKA ALLAH AKAN MENCINTAIMU DAN ZUHUDLAH TERHADAP APA YANG ADA PADA TANGAN MANUSIA MAKA MANUSIA AKAN MENCINTAIMU."
Namun manusia perlu mengetahui dan memahami zuhud yang sebenarnya.Bukan bermakna totally tolak dunia tetapi zuhud bererti ambil didunia apa yang berguna dan tidak menyibukkan diri dengannya.

3)MENGHIDUPKAN WAKTU MALAM DENGAN BERIBADAH
-baca quran
-qiyamullail
-berzikir

Mudah-mudahan tiga langkah yang dikemukakan tadi dapat membolehkan kita memperoleh cinta daripada Allah...moga bertemu di sesi tazkirah yang seterusnya:)

No comments: